Juadah buka puasa ganti ari ni yang Nina nak share ngan korang Resepi Bihun Goreng Bodo. Awatnya bodo…? Halah hallahhhhh…. Tak payah nak komen kecam naaa, selama ni pun Nina dok share Resepi Mee Goreng Bodo , ramai yang suka dan dah jadi menu kegemaran deme sekeluarga. Alhamdulillah..
Ok laaa… Nina terangkan sikit. Maksud Bodo tu bahan rencah nak masak nya ala kadar gitu. #menujimat so memandangkan kita semua sedang lalui Perintah Kawalan Pergerakan, singkatnya #PKP #RMO maka Nina masak pakai aje apa jua bahan yang ada kat dalam fridge kecik Nina ni.
Kena berjimat, seharusnya tatkala di landa musibah, tak seharusnya berlebih-lebihan. Bersederhana itu sebaiknya. Risau weyhhh . . .
Menurut perintah gomen, so tak payah keluar rumah mengade cekadak pi beli rencah isi ayam ke, udang ke, sotong ke.. Miss u alls ! Lama tak ketemu 😂😂
Mujur stok bawang besau, bawang putih, sos sos hado. Kita kasi meriah buh fish ball, sawi dan telur jer… Nampak laaa menarik sikit kann? Bismillah..
Korang masak apa tu…?
Bihun Goreng Bodo Sedap Mudah Jimat
Bahan-bahan
1 packet bihun – Nina rendam dulu sebelum masak
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
Garam secukup rasa
minyak masak
Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air
rencah-rencah; korang pi bukak fridge korang kemudian pakai laaa apa jua yang ada dalam fridge tu eh
2 biji telur
fish cake dan fish ball – potong ikut suka
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm (sayur lain pun boleh – taugeh ke, kobis ke, ikut suka)
Cara Masak Resipi Bihun Goreng Bodo
1-. Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
2-. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
3-. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
4-. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
5-. Masukkan bihun. Kacau rata kesemuanya.
Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama garam secukup rasa . Kacau rata, tutup api, siap!
6-. Sedia dihidangkan
Selamat mencuba !!
Senang aje kann…?? Cuba laaa, mana lah tau kot Bihun Goreng Hailam Tak Pedas style Nina ni menepati citarasa sekeluarga.. Menu ni pun sesuai di jadikan bekal anak sekolah. Korang boleh laa intai banyak lagi resepi mudah Bento Bekal Sekolah yang Nina dah pernah kongsikan. Semoga ianya memberi idea ilham buat mereka yang suka , enjoy masak untuk keluarga.
Comment