Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama THE GADIS TV3
April 11, 2020April 11, 2020

Sinopsis Drama THE GADIS TV3 arahan Liyana Jasmay. BEST ke?

Setelah tamatnya Drama BUDAK TEBING  slot Lestary  disambung dengan Drama THE GADIS. Adakah drama ini bakal trending? Ada beberapa pelakon muda yang hebat dalam drama ini antaranya yang semakin meningkat naik Hun Haqeem yang popular watak Jekfer dalam Kampung People.  Tak lupa Yuna Rahim yang popular dalam drama Sweet Dream.  Sinopsis Drama THE GADIS

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama THE GADIS
2 Related posts:
3 Milk Booster HIMALAYA Shatavari berkesan !!
4 Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL
5 Resepi Bubur ChaCha Keledek Manis Juadah Manisan Berbuka Puasa
6 Mee Kuah Tomato

Semalam Nina dah tonton episod 1, so far ok laaa boleh layan. Pelakon tak kayu, comel. Sejuk mata memandang . Dihiasi dengan lakonan hebat Syafie Naswip dan Hun Haqeem ohhh… Jekferrr! Punca Kampung People laaa kita tersuka dengan lakonan dia! Ellehh…. Korang pun sama kannn? 😬

Baca : Sinopsis Drama Popular KAMPUNG PEOPLE

Jommm baca sinopsisnya dulu. Mudab nak hadam drama ni nanti. HAhaa..

Sinopsis Drama THE GADIS

Sinopsis Drama THE GADIS TV3

Kisah sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Memasing punya latar belakang yang berbeza-beza dari segi sejarah hidup dan pendidikan.  Dan . . . Mereka juga punya matlamat yang berbeza ingin di capai dalam hidup mereka.

Lina dan Lisa dua beradik yang  tinggal bersama ayah mereka. Satu ketika dulu kehiudpan mereka cukup sempurna namun semua nya berubah sekelip mata.  Di saat Lina ingin menyampaikan berita penuh gembira keputusan SPM nya straight A,  tiba-tiba ayahnya jatuh sakit strok. 

Impian Lina untuk menyambung pelajaran ke peringkat Universiti terpaksa dilupakan. Dia terpaksa bekerja di kampung sebagai ketua keluarga demi menjaga ayah dan adiknya Lisa. 

Sinopsis Drama THE GADIS TV3

Percintaan Lina dan Shazman sejak dari zaman persekolahan terhenti seketika kerana Shazman melanjutkan pelajaran. Setelah tamat belajar, kasih mereka bertaut kembali. Namun, ibu Shazman tidak menyukai Lina  hanya kerana Lina tidak berkelulusan tinggi dan hanya bekerja di kampung. Ibu Shazman  lebih menyukai Nad kerana merasakan Nad lebih  sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi.

Dimasa terluang, Lina selalu menjenguk dan menguruskan Nek Timah – nenek Nad kerana Nad berpeluang melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur.  Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa (adik Lina) kerana penampilan Nad semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Manakan tidak, Nad pulang ke kampung membawa kereta mewah sedangkan Nad masih belajar. 

Sinopsis Drama THE GADIS TV3

Nad cuba memujuk Lina untuk tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja part-time seperti nya untuk memperbaiki nasib Lina namun Lina lebih rela tinggal di kampung lalu Nad cuba beralih mengajak adik Lina.

Lisa sememangnya bercita-cita ingin jadi seperti Nad lalu  berjinak-jinak mengikut jejak langkah Nad.  Apa yang bakal menanti Lisa di KL? Mampu kah Lisa mengubah kehidupan nya sekeluarga? 
Bagaimana kesudahan percintaan Lina dan Syazman? Siapakah Mika?

Drama THE GADIS bersiri ini  arahan Liyana Jasmay untuk slot Lestary TV3. Menampilkan lakonan Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip dan Hun Haqeem. The Gadis disiarkan pada bulan April 2020.

JUDUL : THE GADIS
TARIKH TAYANGAN : 10 April  2020
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Faten Syamimie
PENGARAH : Liyana Jasmay
PRODUKSI : Mermaid Studios Sdn Bhd
PELAKON : Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip, Hun Haqeem, Zain Hamid, Hamidah Wahab

Sinopsis Drama THE GADIS TV3

WATAK PELAKON
Yuna Rahim sebagai Lisa
Fatin Afeefa sebagai Nad
Erynne Erynna sebagai Lina
Syafie Naswip sebagai Shazman
Hun Haqeem sebagai Mika

Amacam? Agak-agak akan trending tak drama THE GADIS ni? Kupasan isu semasa remaja masakini.

Banyak iktibar yang ada dan seharusnya part positif dan apa yang nak disampaikan dalam drama ini dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupana kita seharian.

Kot korang tak tahu, drama ni arahan Liyana Jasmay. Pelakon Papadom yang comel tu… Tak sangka kannn? Dah besar dah dia, dan sekarang dah jadi pengarah. Best tak best drama ni kita tonton sampai habis dulu naaaa..

 

Related posts:

Milk Booster HIMALAYA Shatavari berkesan !!

Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL

Resepi Bubur ChaCha Keledek Manis Juadah Manisan Berbuka Puasa

Mee Kuah Tomato

Lifestyle Review Drama sangatDrama TV3Erynne ErynnaFatin AfeefaHun HaqeemINFO DRAMA TERKINILiyana JasmaySinopsis Drama THE GADISSlot LestarySyafie NaswipYuna Rahim

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Cik Nor says:
    April 12, 2020 at 6:44 am

    Kita lyn jgk drama ni.. First episod mcm bosan skit

    Reply
  2. kakgojes says:
    April 12, 2020 at 3:24 pm

    ooo..rupanya arahan Liyana Jasmay. episod 1..ok sikit la..nanti nak tgok episod seterusnya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes