Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak
December 29, 2017October 5, 2023

Cuti sekolah enjoy sakan di FELDA Residence Hot Spring Sungkai Perak

Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak. Sapa pernah datang sini? Bila korang dengar FELDA .. Mesti korang dok terfikir kan Estate! Kann…? Nina pun sama macam korang. Alahai .. apa aje yang ada kat estate.  Setakat  ladang kelapa sawit.  Pokok jer pun… tak de apa yang menarik pun kannn?

Isi Kandungan hide
1 Tempat menarik di Perak
1.1 Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak
1.1.1 Check in – Deluxe Room
1.2 Apa yang menarik kat Felda Residence Hot Spring Sungkai
1.2.1 Kolam Air Panas suhu yang berperingkat banyak
1.2.2 Aktiviti Merebus Telur
1.2.3 Playground untuk kanak-kanak
1.2.4 Kawasan dan lanskap bersih terjaga – bersih
1.2.5 Kemudahan laluan untuk orang kurang upaya
1.2.6 Barang peribadi selamat – ada loker
1.2.7 Terapi kaki
1.2.8 Karaoke
1.2.9 Security 24 jam
1.2.10 Parking – luas banyak
1.3 Ada kerr yang tak best?
1.3.1 Food sedap tapi
1.3.2 Bilik ok tapi . . .
1.4 Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak BEST!
1.5 Related posts:
2 Spray jer SWiPEL SERAI WANGI Settel Halau Serangga! Lipas, Semut, Tikus, Pepijat, Cicak semua pun...
3 Dagu Berlapis? SAFI YOUTH GOLD Lifting Golden C Duo Serum Review
4 Fuhh.. Gempak bro! Merempit pun boleh .....
5 Sinopsis BUKAN CINTA AKU TV3 AKASIA

Hurmm… Apa ada kat sana? Korang mesti tak tahu selain dari estate kelapa sawit ada juga kemudahan-kemudahan untuk kita merehatkan minda.  Cari ketenangan laaa katakan… Tak semestinya tengok laut jer. Eeerrkk … Ada ker??

Tempat menarik di Perak

Ok, kali ni Nina nak share ngan korang satu tempat menarik yang ada kat kawasan FELDA di area Sungkai, Perak.  Sebuah kawasan ladang yang tenang, sunyi, nyaman. Kiri kanan ladang pokok kepala sawit. Itu jer yang Nina nampak sepanjang perjalanan ke sana.

Al-kisah … Destinasi menuju ke Utara. Dari rumah Nina kat area Batu Caves ni tak jauh pun. Dalam 1 jam  ½  perjalanan dah sampai. Itu ikut masa Waze.  Tapi kitaorang berhenti makan tengahhari kat Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai, Perak.  Sue Izza yang cadangkan.  Katanya Restoran nasi bamboo ni  cukup femes area sini. Mmmm…  Masa post gambar kat fb ritu, ramai dok tanya sedap ke, ok ke,  harga, bla, bla blaaa… Nina dah update citer pasal Nasi Bamboo ni , serius puashati makan sini sebab.. pi baca sendiri, Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah  penat dah Nina story untuk korang. Support laaa baca tau!

Usai selesai mengisi perut kekenyangan, kitaorang pun meneruskan perjalanan ke destinasi utama – FELDA. Perjalanan kira-kira  dalam 20 minit dari Nasi Bamboo tadi tu sampai lah ke FELDA Residence Hot Spring Sungkai Perak. Masuk simpang ke Felda ni memang sunyi sepi. Kiri kanan pokok kelapa sawit jer semata.

Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak

Mmmm… Gambar ni punya sejuta makna yang mendalam…. Kannnn??

Staff kat lobby yang sambut kitaorang penuh sopan santun. Bagus dia! Selepas check in, anak-anak dok merengek tak sabar nak lihat persekitaran. Dah nama pun Hot Spring depa teruja nak tengok apa itu Hot Spring. Abahnya siap nyanyikan lagu Ameng Spring masa perjalanan kengkonon kasi depa faham. Poyo dia! Hahaa .. Eh korang, tak de kaitan pun Hot Spring ngan Ameng Spring tau. Abah nya memang suka nyakat. Haha . . .

Check in – Deluxe Room

Bilik Nina tingkat satu. Ok laa… Naik tangga setinggat jer. Anak-anak ramai, dah besar leh laaa tolong angkat kan bag masing-masing.  Bilik agak ‘bersih’, kelengkapan cukup. Ada iron board,  seterika, kettel, air mineral, fridge kecik, tuala kiranya ok laa…   Cuma  . . . nanti Nina citer kat bawah. Korang baca sampai habis ehh

Apa yang menarik kat Felda Residence Hot Spring Sungkai

Banyakkkkk yang menarik! Tak cukup tido sini semalam je.
Aktiviti bersama keluarga pun macam-macam ada. Serius best cuti kat sini!

Kolam Air Panas  suhu yang berperingkat  banyak

Dah nama pun Hot Spring kann.. Memang Hot Spring dia best! Kawasan yang besar, luas dan ada beberapa kolam air panas mengikut suhu.  Ada kolam tuu 35-40c , 40-45c manyakkk panas sini! Dan … paling best ada kolam air panas yang suam-suam kuku yang besar dan luas! Sini lah anak-anak dok berkubang. Baby Lysa paling seronok sebab dah macam air tab mandian  dia kat rumah.

Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak

Kolam yang ini suam suam kuku jer… Anak-anak gerenti syiokkk berendam berkubang lelama. Baby lagi laaa suka! Kolam ni pun selamat sebab tak dalam pun. Tak risau biar je anak-anak expore apa yang ada sekitar kawasan sini.

Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak

Aktiviti Merebus Telur

Aktiviti ni menyeronokkan tuk anak-anak. Lepas puas berkubang  dalam air panas suam, dengan penat lelah tentu perut lak berkeroncong.  Sebelum keluar Hot Spring ni, ajak depa rebus telur. Ikut laa nak rebus ½ cook ker, atau rebus macam telur orang kawin tu..  RM5 tuk 6 biji telur..

Playground untuk kanak-kanak

Kat depan Café di sediakan playground untuk kanak-kanak. Eh! Iyer laaa tuk kanak-kanak, tak kan tuk Mak Pak Atok Nenek lak kann… Ok statement poyo!  Bila dah kepenatan mandi-manda, perjalanan balik ke bilik pasti akan lalu playground ni. Anak-anak asal nampak tempat mainan ni,  mana tau penat. Nampak aje playground tetiba jerr tenaga depa macam dah re-charged! Terus aktif  bermain dengan penuh keseronokkan.  Alhamdulillah, tumpang enjoy nengok  zaman kanak-kanak depa. ..

Kawasan dan lanskap bersih terjaga  – bersih

Ini  memang Nina setuju. Kawasan persekitaran Hot Spring memang terjaga. Seawal pagi Nina nampak pekerja dok bersihkan daun-daun yang berguguran,  tahap kebersihan bagus! Biasanya kalau tempat riadah lain tak terjaga. Sampah sarap sana sini, daun kering bersepah menyekatkan aliran air dan macam-macam lagi. Tapi tidak di sini. Suasana tenang dan keindahan flora fauna dijaga baik – bersih! Waktu pagi berkabus, udara nyaman segar!

Kemudahan laluan  untuk orang kurang upaya

Kat kawasan persekitaran Felda Residence ni mesra pengunjung. Laluan OKU ada sepanjang resort dan kawasan Hot Spring.  Nina dok peratikan ada yang bawak mak pak depa yang berkerusi roda  sekitar kawasan hot spring ni pastu dukung Maknya masuk dalam kolam tuk rendam kaki dalam kolam air panas tuu…  Touching nengok nya . . .

Barang peribadi selamat – ada loker

Kat dalam kawasan Trap Hot Spring ni korang tak payah risau kan barang peribadi berharga korang.  Kenapa? Bukannya ada Pak Guard tolong pegangkan tapi derang ada sediakan loker untuk pengunjung.  Boleh laa korang letak bag duit ke,  hand bag ke, jam Pro Trek kerrr… Eh! Jam Sapa tu … hehe

Terapi kaki

Batu-batu kecik kat laluan sini nampak macam biasa-biasa jer … Tapi korang cuba lah jalan atas batu ni. Terjengket-jengket korang di buatnya! Nina lerr tu… Hahaha . . .

Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak

Ni nama dia Alga. Kata pakcik yang jaga kolam air panas ni, alga ni bagus tuk facial kat muka. Kelmarin baru jer Nona datang shooting kat sini. Alga ni lumur kat muka, gosok-gosok, tonyoh-tonyoh pastu bilas. Nanti jadi lembut jerrrr kulit muka. Korang tengok anak Nina punya video…  kat  Instagram Nina…

Karaoke

Bagi yang tidak ke mana-mana atau tak de buat apa-apa, malamnya ada di sediakan tempat hiburan bersama keluarga.   Open konsep gitu… Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Tak mahal pun, RM5 untuk 3 lagu. Kot rasa duit tuu berkepok-kepok, bayarkan aje tuk sesapa yang ada kat sana. Pepandai laaa derang  sumbangkan  buat hiburkan korang. Sapa lahhh yang dok nyanyi sampai anak terlena di pangkuan. Oopsss…!! Geng laa tu

Security 24 jam

Nina ni jenis payah tido malam. Dah lewat malam pun mata dok terkebil-kebil.  Sempat laa jugak malam tu Nina draft kan entri  LazzCafe Susu Kambing LAZZ tu pun idea datang lepas pekena sechawan coffee Lazzcafe.  Sambil  tu dok intai-intai nengok pemandangan kat luar, nampak secutiry guards  Felda Residence meronda. Ooo… Bagus. Keselamatan terjaga!

Parking – luas banyak

Mmm … Ini paling best! Idok lerrr best mana pun. Tapi serius, tension  plus stress kalau pi bercuti kete kena park nun jauh, pastu kadang tu kat tepi jalan. Risau dan spoil mood! Walaupun sekadar dipinggiran pakai kete Mesia aje! Lain laa kalau Bentley kann…? hehee . ..

Keselamatan keselesaan yang penting. Korang tak perlu risau bab parking. Luas dan banyak. Kat depan pintu masuk pun ada security guard.  Kalau korang book Villa, depan villa boleh isi 2-3 kereta.  Security guard kat Villa ni pun jaga orang keluar masuk kawasan Villa. Pengunjung luar nak pi Villa kena dapatkan pass khas dari lobby utama.

Ada kerr yang tak best?

Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak

Ok! Banyak yang best kann… Ada ker yang tak best?? Hurmm… Biasalah setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Nina kurang suka bab menu breakfast dia. Kenapa? Tak sedap ke? Tak variaty? Menu tak meriah? Eermm . . . .

Nina bukan nya cerewet sangat orangnya. Tapi bila dah biasa pi breakfast buffet kita pasti dah tahu sajian hidangan standard mereka. Bila menu yang di sajikan ini itu, ini itu itu itu ajer selama 2 hari …. Mmmm…  baik bawak koko  krunch + susu kotak ‘fresh’ tuk anak-anak, pastu  makan dalam bilik aje bersama sechawan Lazzcafe cecah biskut. Lagi uummphhh..!!

Food sedap tapi

Ppssssttt >>> Mak pak datang bawak anak-anak… Sila kurangkan sikitttttt MSG tu ehh…  #jangan kecamsaya  . Bukan apa, Nina ni alah sikit banyak ngan MSG. Nina memang tak letak MSG dalam masakan harian, maka kalau pi mana-mana yang buh banyakkkkk MSG tuuu memang tekak ni cepat detect. Ada alarm gitu. Biasalah mak mak! Korang pun sama kot kannn….?? Ker asal belasah jer makan apa-apa tuk anak-anak korang? Eerkk… Ok, cancelled.  No comment (wordpress ni tak de lak icon tutup mulut macam kat WhatsApp tu) Overall Food OK je..

Bilik ok tapi . . .

Ahaa… ! Tadi Nina kata nak sambung bab bilik kann… Agak ‘bersih’ cuma …
kawasan sekitar sliding door agak kotor. Eeewww . . . (bukan Nina yang kata, anak-anak yang bebel) Anak sapa lah tuu… Ikut perangai sapa entah lerr.. Huhuu . . . Dinding kat bilik air pun Hurrmm….
Nina andaikan Staff depa  tak punya cukup waktu kot nak bersihkan secara terperinci atau sekadar bersihkan yang basic aje. Atau anak-anak Nina pun OCD cam mama nya. Oopsss…!!  eerkkk . . .
Overall Bilik OK je

Penat dah Nina citer ni.. Paling senang korang pi laaa layan Youtube Nina

sepanjang Nina bercuti di Felda Residence Hot Spring Sungkai, Perak. Ahaa..!! Jangan lupa lak tekan subcribe tau..

Kot korang tak cukup data tenet kerrr… Ssyyhhh… Nina pun kekadang gini gak, Meh layan gambar-gambar sepanjang Nina bercuti kat facebook Album Cuti Sekolah enjoy di Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak Nina..  Instagram pun ada. .. Dah follow ker belum? Meh follow www.instagram.com/nina.mirza

Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak BEST!

Syukur Alhamdulillah … Akhirnya di penutup 2017 ni, Nina masih berpeluang  bawak anak-anak pegi bercuti. Dalam Malaysia jer.. Jadilah kann, dari depa dok terperuk kat rumah aje… Datang sini pun orang ajak, kalau tak… Sila  dok je diam-diam jerrr kat rumah. Budget non-hado lah katakan. Hahah… Gelakkan diri sendiri .  Makaseh Ben Ashaari di atas kenangan terindah  ini!  🙂

 Korang nak datang sini senang je, waze aje FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS atau korang tekan je map bawah ni. Baik kannn hati Nina mudahkan keje korang. HEhee..

Apapun, jaga diri dan selamat bercuti!
Kalau korang memang sukakan Theme Park mandi manda gini, Nina cadangkan korang cuba berseronok di Bangi Wonderland . Orang KL rugi laa tak pegi sebab orang dari jauh-jauh pun dah berjimba enjoy sakan di sini. Nina pun dah pegi, korang bila lagi?

Related posts:

Spray jer SWiPEL SERAI WANGI Settel Halau Serangga! Lipas, Semut, Tikus, Pepijat, Cicak semua pun...

Dagu Berlapis? SAFI YOUTH GOLD Lifting Golden C Duo Serum Review

Fuhh.. Gempak bro! Merempit pun boleh .....

Sinopsis BUKAN CINTA AKU TV3 AKASIA

Parenting Review Tips Travel Aktiviti Cuti SekolahCuti SekolahFelda Residence Hot Spring Sungkai PerakHot SpringInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaKolam Air PanasTempat Best Jalan-jalanTempat Cuti Budget BestTempat Menarik Cuti SekolahTempat riadah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. YB Shehan says:
    December 29, 2017 at 11:14 pm

    woah.. menarik. yg bad tu. moga dipertingkatkan lagi..

    Reply
  2. ina says:
    December 29, 2017 at 11:19 pm

    bape rate kat sini kak nina? ehehehe..

    Reply
  3. mas saari says:
    December 30, 2017 at 1:11 am

    Menarik jugak ni, sempat lagi nak pergi sebelum sekolah buka. Kalau nak mandi kat hot spring tu tanpa menginap boleh ke?

    Reply
  4. useful need says:
    December 11, 2018 at 6:06 pm

    I personally think that such a place will be perfect for the family vacation. I see that there are interesting places both for children and for their parents. Fabulous spot! Great post, thank you very much for sharing!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes