Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

BENGKEL JELAJAH PKSK UKKM
August 18, 2024August 19, 2024

SERTAI BENGKEL PKSK UKKM | PERSEDIAAN LULUS CEMERLANG UJIAN SEKOLAH KHUSUS SBP MRSM

“Mama, nanti Eilhan tingkatan 1 nak masuk sekolah asrama laa” luahan Eilhan yang kini masih darjah 5 buat Nina tersentak dari lamunan. Alamak..! Kejap je masa berlalu, dah besar dah Eilhan. Tak lama je lagi dah naik sekolah menengah. Walaupun lagi 2 tahun ke tingkatan 1 namun persediaan melangkah ke sekolah asrama penuh tingkatan 1 kena mula dari sekarang! Nak mohon SBP ke MRSM? Entah laa… Dua-dua pun bagus. Setelah bincang dengan Geng, langkah pertama adalah pendedahan kepada Eilhan apa yang akan dia lalui sebelum melayakkan dia ke sekolah asrama. Ya, antara caranya dengan hantar anak sertai Bengkel PKSK UKKM sebagai persediaan yang lebih mantap! Penting sangat sebab ujian PKSK UKKM saingan sengit dan wajib lulus cemerlang!

Isi Kandungan hide
1 Pengalaman Pertama Duduki Ujian UKKM
2 BENGKEL PKSK UKKM
3 Objektif Modul BENGKEL PKSK UKKM :
4 Kombo Jelajah Siri 3 UKM Bangi dan Jelajah Siri 3 Special Edition Shah Alam
5 FOKUS PENGISIAN BENGKEL JELAJAH PKSK UKKM
6 PERINCIAN BENGKEL JELAJAH PERSEDIAAN KE SBP MRSM PKSK UKKM
7 FLY HIGH Education Centre | Pusat Tuisyen Online Terbaik
8 Related posts:
9 Menganggur? Nak tukar keje atau cari keje lain? Meh apply ada lebih 10,000 jawatan kosong kerajaan t...
10 Nak KURUS vs Sihat?? Iyer ke minum air rebusan Serai dan Halia boleh kurus? Apa khasiat nya..
11 Percutian last minute buat anak-anak kat Kuala Terengganu
12 BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah

Pengalaman Pertama Duduki Ujian UKKM

Setelah google rupanya ada banyak pilihan Bengkel PKSK UKKM yang ada dipasaran. Lagi banyak tengok jadi stress pulak. Tak tahu nak pilih yang mana. HAhaa… Bila anak bersedia nak sekolah asrama, kita as parent kena lah lebih bersungguh, sokong keputusan anak kita kann.. Rasanya Eilhan terjebak pasal sekolah asrama sejak kita temankan abangnya Eilman duduki ujian UKKM dia Muar untuk kemasukan tingkatan 4 dulu. Ini Pengalaman Pertama Duduki Ujian UKKM PKSK

PENGALAMAN UJIAN UKKM MRSM

BENGKEL PKSK UKKM

Untuk memastikan anak kita berada di circle yang betul, kena pastikan bengkel tersebut dikelola oleh barisan tenaga pendidik yang hebat lagi berpengalaman. Kisah Bella anak kepada Dato Dr Sheikh Muszaphar merupakan inspirasi buat Nina. Modul dan formula Dato Dr Sheikh Muszaphar ternyata terbukti berjaya dan kita boleh aplikasi pada anak kita. Setuju tak?
Tak dapat ikut semua, ikut dan contohi yang termampu pun dah bagus kann?

Setelah survey sana sini, rupanya Dato Dr Sheikh Muszaphar ada di BENGKEL JELAJAH PERSEDIAAN PKSK UKKM SIRI 3 Special Edition tak lama lagi. Ohhoo… Kena rebut peluang keemasan ini!
Tambahan lagi tenaga pengajar penganalisis lain juga terdiri mereka yang hebat lagi berpengalaman dalam bidang mereka. Bengkel ini juga dikelola oleh FLYHIGH Training Center, ini ukan lah pertama kali mereka buat Bengkel PKSK UKKM, dah banyak kali dah dan feed back dari parents lain juga berpuashati.

BENGKEL BERSEMUKA JELAJAH PKSK/UKKM – SIRI 3 (SPECIAL EDITION)
Penampilan istimewa  – Dato Dr Sheikh Muszaphar
FOKUS – Soalan Popular Peperiksaan PKSK/UKKM
Bersama 6 BARISAN GURU PENGANALISIS Dan BERPENGALAMAN PKSK/UKKM

BENGKEL PKSK UKKM

Objektif Modul BENGKEL PKSK UKKM :

  • Mempersiapkan murid untuk ujian PKSK UKKM dengan penuh keyakinan.
  • Meningkatkan pemahaman murid terhadap kemahiran sosial.
  • Mengukuhkan kemahiran menjawab soalan ujian dengan berkesan.
  • Modul Persediaan Ujian PKSK UKKM adalah sumber yang berharga bagi murid-murid yang bercita-cita untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh

Nina kongsikan sini antara butiran penting untuk rujukan korang.
Ada 2 pakej yang ditawarkan, keduia-duanya adalah Bengkel Bersemuka . Nina memang rekemen bengkel bersemuka face to face gini, suasana dewan yang selesa bersama aura positif akan membuat kan anak akan lebih bersemangat!

  • Bengkel paling awal ada lah pada 24 dan 25 Ogos ini, bertempat di Dewan UKM Bangi
  • Seterusnya pada 31 Ogos dan 1 Spetember bertempat di Shah Alam
  • Kalau daftar kedua-duanya lagi jimat!

Kombo Jelajah Siri 3 UKM Bangi dan Jelajah Siri 3 Special Edition Shah Alam

Antara keistimewaan pada yang mendaftar di Jelajah 3 Shah Alam :
1) 10 lucky draw (printer n chromebook)
2) Free classes
3) Kehadiran Dato Dr Sheikh Muszaphar
4) Kehadiran anak ustazah Asma Harun dan 3 cucu Dato Jalaludin Hasan
5) Tips dan rahsia-rahsia yang belum dibongkar sebelum ini
6) Rakaman : PERCUMA Rakaman Taktik Peperiksaan PKSK/UKKM ibubapa

FOKUS PENGISIAN BENGKEL JELAJAH PKSK UKKM

  • Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
  • Teras PBD dan DKSP
  • Penekanan Kepada Kombo 8 Komponen
BENGKEL PKSK UKKM

Tapi kalau korang tak dapat join tarikh 24 dan 25 Ogos, korang masih berpeluang turut serta pada 31 Ogos dan 1 September nanti. Anak kita tetap akan dapat ilmu dan perkongsian terbaik dari bengkel ini.
Selain suasana yang selesa , kemudahan lain termasuk makan turut disediakan dari pihak FLY HIGH Education Centre. So kita tak perlu risau anak kita di sana sepanjang mereka berada di bengkel ini.

PERINCIAN BENGKEL JELAJAH PERSEDIAAN KE SBP MRSM PKSK UKKM

Tarikh : 31 Ogos dan 1 September 2024
Masa : 8.00am – 5.30pm
Lokasi : SHAH ALAM

Yuran : RM350
Early Bird : RM320
Pihak FLY HIGH Education Centre menyediakan : Makan 3x sehari dan Modul Belajar untuk pelajar untuk rujukan pelajar ulang ulang ulangkaji.

Untuk Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Wasap.my/60199202004
Wasap.my/60105433732
Wasap.my/60192808418
Wasap.my/60126877488
Website : flyhigh.my
Facebook : https://www.facebook.com/flyhigheducentre

FLY HIGH Education Centre | Pusat Tuisyen Online Terbaik

FLY HIGH trusted! Pengalaman terbaik anak-anak belajar tuisyen online dengan FLY HIGH Education Centre. Cikgu yang dedikasi, berpengalaman, cara pembelajaran yang mudah faham. berbaloi laaa korang daftar anak korang tuisyen online di FLY HIGH! Sememangnya FLY HIGH Pusat Tuisyen Online Terbaik bantu anak score A dalam peperiksaan.

FLY HIGH Education Centre
Pusat Tuisyen Online Terbaik

Sebab Eilhan bersemangat nak sekolah asrama penuh nanti maka sertai Bengkel PKSK UKKM ini lah solusi terbaik untuk dia walaupun masih darjah 5. Mana lah tahu ada asbab bengkel ini rezeki Eilhan berpeluang duduki ujian PKSK UKKM macam Abang Eilman dia dulu. Apalah sangat pelaburan kecil untuk pembelajaran anak kita, yang penting as parents kita usahakan bantu keperluan anak-anak. Good Luck bakal pelajar cemerlang. Jom daftar anak kita!

Related posts:

Menganggur? Nak tukar keje atau cari keje lain? Meh apply ada lebih 10,000 jawatan kosong kerajaan t...

Nak KURUS vs Sihat?? Iyer ke minum air rebusan Serai dan Halia boleh kurus? Apa khasiat nya..

Percutian last minute buat anak-anak kat Kuala Terengganu

BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah

Parenting Review Tips Bengkel PKSK UKKMFLY HIGH Education CentreInfo - ParentingInfo - SemasaJelajah PKSK UKKMPengalaman Ujian PKSK SBPPKSKPusat Tuisyen Online TerbaikSekolah KhususTeknik Menjawab Ujian PKSK UKKMTuisyen OnlineUKKM

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Nini says:
    August 18, 2024 at 8:01 pm

    Baguiih program persediaan mcm ni. Masa iman dulu idok tahu

    Reply
  2. ayu rafikah says:
    August 20, 2024 at 8:03 am

    2 hari berkursus boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Gali ilmu utk tips dan info kemasukan sekolah berasrama

    Reply
  3. Shamiera Osment says:
    August 20, 2024 at 10:04 pm

    Seronoklah anak-anak dapat tambah ilmu dan pengetahuan dengan cikgu-cikgu hebat dalam kursus ni nanti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes