Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Baby Nangis tak henti Apa itu colic
November 25, 2011December 20, 2017

Baby nangis tak henti. Apa nak buat? Apa Itu COLIC ??

Huwaaaaa …… huwaaaaaa ……  Aaaaaaa……. huuuuuwaaaaaa ……

Isi Kandungan hide
1 Baby nangis tanpa henti. Apa nak buat?
2 Kembung Perut (COLIC)
3 Apa itu kembung perut (Colic)?
4 Mengapakah sebab sesetengah bayi mengalami kembung perut?
5 Biologi
6 Psikososial
7 Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?
8 Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
9 Tiada rawatan khusus
10 Apakah ubat yang boleh membantu?
11 Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
12 Antara tips dan petua untuk elak bayi kembung perut (COLIC) dan rawatan
13 Related posts:
14 Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju
15 Resepi Bubur ChaCha Keledek Manis Juadah Manisan Berbuka Puasa
16 Resepi Kari Daging Sedap yang simple, mudah dan cepat dimasak : sampai menjilat jari!
17 Teh Misai Kucing Apotec! Oooo... Baru ku tahu rupanya banyak manfaat dan kebaikan nya. Minum TEH pas...

Baby nangis tanpa henti. Apa nak buat?

Iskhhh iskh iskhh…!! Baby nie asyik menangis ajer!! Kenapa lah agaknya. Dah puas dipujuk, ditepuk-tepuk malah dah pula di dodoi. Dah dimandikan semula, dah tukar pampers beberapa kali, dah juga tukar persalinannya … kalau-kalau kain baju nya yang membuatkan baby tak selesa. Tak mau juga henti tangisannya.

Tolong … tolong …… macammana nie????? buntu dibuatnya… Antara keluhan ibu-ibu muda bila baby meragam hingga boleh mengakibatkan terjadinya STRESS.

Baby Nangis tak henti Apa itu colic

Kembung Perut (COLIC)

Apa itu kembung perut (Colic)?

Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
    Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.

Mengapakah sebab sesetengah bayi mengalami kembung perut?

Usus :

  • Alah kepada protein susu lembu.
  • Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
  • Ketidakselesaan disebabkan “angin”.

Biologi

  • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut

Psikososial

  • Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain

Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini? Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?

Bayi akan selalunya :

  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain

Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?

  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.

Tiada rawatan khusus

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini? Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.

Jika anak anda kembung perut :

  • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
    Kurangkan bunyi bising
  • Bawa bayi anda bersiar-siar
  • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
  • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.

Dapatkan nasihat doktor jika :

  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

Apakah ubat yang boleh membantu?

Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut. Anda boleh mencuba ubat untuk “angin” atau “colic” dan sejenis ubat bernama “dimethicone” untuk mengurangkan rasa kembung.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol: Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan. Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.

Jika bayi menyusu badan : Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.

Peringatan:
Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.

Dapatkan nasihat doktor jika:

  • Diagnosa tidak dapat dipastikan
  • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Antara tips dan petua untuk elak bayi kembung perut (COLIC) dan rawatan

  • Pemakaian barut dan bedung agar bayi tak masuk angin dan sentiasa terasa seperti dalam pelukan ibu lagi nyaman dan selamat.
  • Tuamkan perut bayi selepas mandi.
  • Seluruh badan bayi disapu dan di urut lembut dengan penuh belaian menggunakan minyak telon atau minyak kayu putih. Terutama dibahagian perut (ikut arah jam), betis dan pergelangan kaki. (buku lali)
  • Ibu yang menyusu bayi disarankan makan ikut waktu dan sentiasa menjaga pemakanan yang berkhasiat. Elakkan makanan yang berangin seperti  air teh tarik, ubi, pulut, sayur kobis, kangkung, nangka dan sebagainya
  • Tidurkan bayi dengan keadaan meniarap

info dari http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/KembungPerutkanak.php
dan juga petua mama Nina

Related posts:

Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju

Resepi Bubur ChaCha Keledek Manis Juadah Manisan Berbuka Puasa

Resepi Kari Daging Sedap yang simple, mudah dan cepat dimasak : sampai menjilat jari!

Teh Misai Kucing Apotec! Oooo... Baru ku tahu rupanya banyak manfaat dan kebaikan nya. Minum TEH pas...

Lifestyle Parenting Tips baby nangisbayi kembungCOLICgejalaInfo - kesihatanInfo - Parentingrawatansimptomubatanvaksin

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Harley Harris says:
    October 25, 2023 at 3:18 am

    I have read a lot of articles in this site and they seemed to be very useful and informative. Thanks a lot for sharing this site!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes