TIPS MUDAH BERSALIN NORMAL Ketahui cara teran kurangkan sakit contraction. Pelajari teknik pernafasan teran, doa dan zikir yang di amalkan.. Bersalin melahirkan ni bukan memang mudah, kita diibaratkan sedang berjuang bertarung nyawa melahirkan satu lagi nyawa amanah dari Allah. Ya bukan mudah tapi ketahui tips mudah bersalin normal dari pengalaman Nina. Alhamdulillah nikmat anugerah dari Allah. Jom sambung baca!
Lama menghilang sebab
Ada yang bertanya : kemana lah menghilangnya Nina setelah sekian lama tak nampak?
Beberapa bulan yang lalu Nina dalam proses memalaskan diri dari mengupdate sebarang apa-apa kat blog. Dah lama tak menaip hinggakan buntu dibuatnya nak tulis taip apa…..
Apa yang nak diceritakan, dikongsikan buat teman-teman yang sibuk suh update story mory.
Eermmm… nak update resepi tak der lak resepi baru nak dikongsikan. Hari-hari pun masak cuma menu yg simple-simple dan basic ajer. Lagi pula, mood nak snap picture masakan dah lama ke laut…. Laut mana entah lerrr….
Alhamdulillah selamat bersalin
Ini story terbaru dari Nina buat kengkawan semua
Syukur Alhamdulillah, pada 3/12/14 yang lalu Nina telah selamat melahirkan anak ke-4. Alamak! Terbaru ker??? Dah hampir 2 bulan lebih punnn…. Ok lah ehh, asal ada story. Hehee . . .
Anugerah ke-4 ini diberi nama EILHAN MIRZA . Puas dok pilih nama anak lelaki yang baik, makna yang baik yang bermaksud
MIRZA = anak yang baik
kelam kelibut cepat proses kelahiran, geng pun tak sempat temankan Nina. So baby pakai aje baju hospital. Baby boy baju pink. Janji berbaju iyer tak? comey jer kannn
Tips mudah bersalin normal.
ketahui teknik cara pernafasan yang betul serta zikir dan doa
Ok laa, Nina story mory sikit pengalaman yang tak seberapa nie.
Alhamdulillah proses kelahiran yang ke-4 sama seperti No.2 & 3 – Normal dan kelahiran kali ini juga dipermudahkan oleh DIA. Semuanya berjalan dengan cepat, lancar dan mudah. Kiranya ini kelahiran normal ke-3 Nina sebab No1 czer – baby breech. Oh ya, Eilhan adalah pregnancy ke-5 sebab mengandung no.2 gugur. Merasa lah proses D&C. Huhuuu
Pengalaman Nina bersalin mudah anak ke 4
Pada pagi 3/12/13 dalam jam 6:30am Nina terbangun dari tido dan rasa tak sedap hati. Berdebar-debar. Dup dapp dup dapppp…!! Dok keluar masuk bilik air. Ermmm…. inikah masanya? Entah laaa…. Sebab simptom nak bersalin tak der pun. Tak der sakit belakang, tak der pecah air ketuban, tumpah darah pun tak der… cuma hati ajer tak sedap
Anggaran 7:45am Nina ajak Geng ke hospital. Perjalanan dalam 15-20minit. Maklumlah jalanraya dah mula jammed time tu. Macam malas lak nak ke hospital. Sebab tak der simptom nak bersalin, takut nanti disuruh balik. Tup-tup dalam perjalanan yang jammed tuu tetiba terasa basah kain. Aduyai… Nina terkencing dalam kain ker nie? Bau sikit….. tak der lak bau apa-apa. Oh hoo.. Air ketuban dah pecah!
Bahaya nie…!!! Hospital tak sampai lagi, takut lak ‘ter’bersalin dalam kereta nanti. Bukan apa, mengikut pengalaman sebelum-sebelum ini, time air ketuban pecah Nina dah ada atas katil kat dewan bersalin. DAN air ketuban pecah ajer terus dah nak
push push pushh…. dan pastu terus bersalin!!!
Cepat-cepat inform Geng dan si dia pun terus memecut laju tuju ke Hosp Selayang. Nina pula bisik-bisik kat baby supaya sabar dan bertenang. Actually, ayat sedapkan hati sendiri pun iya juga. Hehee . . . . (sambil tuu berselawat banyak-banyak dan doa moga semuanya dipermudahkan)
Sampai ajer kat pintu masuk dewan bersalin, Nina turun dulu dan Geng terus memarkingkan kereta. (Time tuu gerenti parking penuh – sabar ajer laaaa…) Geng pesan suh tunggu dia kalau tak larat nak jalan sendiri. Dia nak dokongkan kerr…??? Hehehee . . . Oh No..!! Memang tak boleh tunggu… Nina terus jalan naik ke tingkat-5 dengan sendirinya.
Tiba kat kaunter pendaftaran, (lebih kurang 8:10am , sempat jeling tengok jam, hehee…
dan biasalah nurse akan tanya sebab datang dewan bersalin, dah berapa minggu kandungan, datang ngan siapa dan bla, bla blaaaa…… Pastu nurse akan suruh kita buang air kecil dulu, tukar baju hospital dan baring atas katil standby yang disediakan sementara tunggu nurse datang periksa.
Tips mudah bersalin normal
“Sorry doktor… Tak boleh tunggu daaaa”
“Dah ready naik atas katil, doktor pun datang check dan tanya, tanya, tanya…. (soalan yang sama). Aduyai … Memang tak boleh nak jawab daaaa… Terus Nina potong soalan doktor tu dan bilang nak bersalin dah nie. Macam biasa, doktor nak tengok dulu pembukaan pelvik dan……
“cepat, cepat, cepat tolak patient nie masuk labour room!” Kata doktor tuu. (Dah nampak kepala baby lah agaknya)
Sesampai labour room, dikehendaki tukar katil. Memang dah tak mampu time tu nak bangun tukar katil. Nurse dan doktor yg bantu cuz time tuu memang rasa nak push ajer.
TIPS BERSALIN NORMAL MUDAH
Dalam posisi duduk dan lutut dinaikkan, tumit didekatkan ke peha. Tangan pegang pergelangan tumit kuat-kuat. Bertenang ….. Nafas dengan lancar. Tarik nafas lalu hembus katakan :: huf huf tiup – tarik nafas lagi. Ulang beberapa kali. (Ini supaya para doktor dan nurse dapat menyediakan kelengkapan dan mengurangkan kita rasa untuk meneran) Sambil tuu Nina baca dalam hati “Ya Fattah” banyak kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
Tapikan >>>>> kejap ajer Nina buat. Pastu Nina minta tolong doktor untuk tegakkan lagi katil agar Nina dapat duduk dengan lagi tegak dan muka mengadap ke arah perut. Lagi tegak kita duduk, lagi senang baby nak keluar nanti. Done duduk tegak terus ajer Nina push!
Dan Alhamdulillah… sekitar jam 8:30am Nina selamat melahirkan EILHAN MIRZA.
Doktor siap bising kata tak sempat pakai glove puan dah teran. OOppss…!! Sorry doktor, Nina dah tak boleh tungguuu… HEhe.. Sorry Doktor.
Pastu Doktor akan tanya, “Puan tengok nie, puan dapat baby apa? Baby diletakkan atas dada kita sementara proses mengeluarkan uri dan proses seterusnya. Selesai kemudian, nurse akan ambil baby untuk dibersihkan dan diperiksa oleh doktor.
Dan kemudian… Geng pun sampai. Alahai, Geng tak sempat juga temankan Nina sepanjang proses kelahiran. Semua kelahiran anak-anak pun dia tak sempat temankan Nina . Huhuu… Tak apa laaa…. yang penting semua dah selesai dan selamat. Alhamdulillah
Amalan semasa mengandung. Bagus praktiskan!
Disini Nina kongsikan lagi beberapa amalan basic yang Nina buat sepanjang Nina mengandung dan proses nak bersalin. Apa yang bagus dimakan, rutin harian, zikir dan doa dan sebagainya.
- makan KURMA setiap hari
Makan Kurma angka ganjil samada 1/3/7/21. Kalau rasa tak larat nak kunyah kurma tuu, Nina blendkan kurma bersama susu tanpa gula. Senang ajer….
Masukkan kurma dan susu tanpa gula dalam blender . GGrrrrrr….. masukkan dalam gelas add beberapa ketulan ais. Ready to serve! Kurma Milk Shake. Sedappp…..
- Jangan malas – banyakkan berjalan
(nak dekat due lagi banyak berjalan.) Nina gi IKEA. Puas jalan dan cuci mata. Mesti akan ada TERbeli apa-apa dari sana. Sabar ajer laaa.
- Selalu letakkan kaki pada paras tinggi.
Balik IKEA pastikan kaki sentiasa diletakkan pada paras tinggi. Tido alas bantal kat kaki. Mama Nina yang pesan dan Nina memang selalu buat gini… Walaupun tak preggy. Katanya supaya peredaran darah berjalan lancar dan kaki tak bengkak. Memang kaki Nina tak bengkak time preggy
- Selalu amalkan senaman pelvis.
Camner tuu…?? Camner nak citer ehh…. Kalau orang dolu-dolu kata kemut. Tau tak? Actually, tak pandai nak explain. Apabila otot pelvis kita kuat (selalu bersenam) ia akan memudahkan otot pelvis menerima tekanan sewaktu mengeluarkan baby nanti. Selain itu, lakukan juga senaman biasa yang ringan secara tetap.
Tips mudah bersalin normal
- Zikir Ya kaliq, Ya Barri, Ya Musawwir – 21x
Amalkan zikir ini lalu hembus dalam air pastu minum. Nina akan amalkan masa dah nak masuk 9 bulan hingga hari bersalin. kat dalam labour room baca “Ya Fattah” – untuk mengurangkan rasa sakit nak bersalin.
- RELAX
Masa nak bersalin tuu nanti, cuba sedaya upaya untuk relax. Jangan panic! Memang patut takut pun, apa lagi kalau first experience kan. Banyak hal yang bermain di fikiran. Tapi, daripada kita fikir benda-benda yang menakutkan, jom kita fikir hal-hal yang menggembirakan. Because, at the end of the day, hasilnya akan sama saja
Makin kita takut, makin kuat contraction, sebab otot semakin tegang, jadi kita akan rasa makin sakit. Tapi kalau kita relax, tubuh kita akan release hormon endorphin, iaitu salah satu hormon yang membuatkan kita kurang merasa sakit. Hormon ni effect dia lebih kuat dari morphine ubat tahan sakit tu. Dan kalau kita relax, otot-otot kita pun akan sedikit relax.
So far Nina tak pernah ambik apa-apa tahan sakit/epidural. Apa yang Nina buat , Nafas ikut hidung dan hembus ikut mulut sambil kata huf huf huf tiup..
Ini akan mengurangkan rasa nak meneran supaya kita tidak meneran pada waktu yang tidak sepatutnya. Kalau salah time teran, takut nanti bengkak dan akan koyak lebih besar dan banyak. This part yg paling ngeri!
- Meneran waktu ada contraction
Contraction makin lama makin kuat dan frequent. Contraction yang baik adalah 3-4x dalam 10 minit. Setiap contraction yang baik pula akan berlangsung selama 40-60 saat. So, waktu kita dah boleh meneran (bukaan lengkap), kita kena meneran PADA WAKTU CONTRACTION berlangsung. Jangan buang tenaga pada waktu tak perlu teran. Jimatkan tenaga!
Kalau contraction stop, kita pun stop jap, rehat jap, atur nafas semula. Bila ada contraction lagi, tarik nafas, mula teran lagi. Teran sekuat-kuatnya macam waktu sembelit (bak kata ibu-ibu bidan). Yang bagus, teran lama-lama…..
- Buka mata, jangan tutup
Mata pandang ke perut. Dagu kalau boleh kena lekat kat dada supaya effective. Yang ni ibu-ibu selalu lupa. Sebab kalau kita tahan sakit atau meneran kan biasanya tutup mata. Bila buka mata, kita akan lebih focus dengan proses meneran. Kalau tutup mata, takut tertido lak nanti. Acaner? HEhee . . .
- Jangan mengeluarkan suara
Ini pun susah sikit jugak. Ibu-ibu terbuka mulut, atau terkeluarkan suara. Kalau keluarkan suara ak.a menjerit, buat habiskan tenaga ajerr….
Silap haribulan, kena marah ngan nurse lak nanti so dinasihatkan agar tidak mengeluarkan suara supaya semua tenaga tertumpu pada proses meneran tadi.
Tips mudah bersalin normal . Bayangkan sedang laluinya dengan mudah sambil berzikir dan berdoa
- Kaki kena betul-betul kangkang
Tangan pegang kaki. Boleh pegang part buku lali, boleh jugak pegang kt paha.Tapi paha mungkin berat sikit kan. Suggestion, pegang kat buku lali supaya bukaan kaki lebih besar.
Senang citer, jangan lah malu-malu…. Kangkang ajer luas-luas dan sebesar yang mampu!
- Jangan angkat punggung
Hehe..ini paling kerap terjadi, angkat punggung. Pastu bidan.nurse akan marah-marah. “Ibu jangan angkat punggung yea….” Bukan apa, berisoko luka lebih besar kalau terangkat punggung.
- Bersedia
Setkan kat minda yang kita telah bersedia untuk melahirkan baby. Yelah, setelah 9bulan pastinya kita tak sabar nak melihat baby yang dalam perut dok kita bawak ke hulu ke hilir. Dengan adanya perasaan teruja nak tengok baby akan menghilangkan rasa takut nak bersalin. Secara tak langsung, ini akan mengurangkan rasa sakit bila minda kita dah disetkan dari awal untuk enjoy menikmati saat yang paling bermakna.::::
- Selain dari tu, sebelum pegi hospital sebaiknya
1.- Mandi dulu (wangi-wangi laa… kalau busyuk nanti doktor/nurse pulak pengsan. Hahaha..!!
lagipun kan nak sambut baby, mestilah wangi-wangi),
2.- Potong kuku tangan dan kaki (takut nanti kuku panjang akan mencederakan doktor dan nurse dan juga baby – nantikan nak berpantang) ppsstt & terdengar bilik sebelah kena marah ngan nurse sebab kukunya panjang.
3.- Cukur lah bulu apa yang patut (takkan nak inform kot… faham-faham sendiri lah ehh..)
4.- Sediakan kelengkapan diri dan baby dalam bag. Masukkan siap-siap dalam kereta. Termasuklah buku check up.
5.- Pastikan tank minyak kereta sentiasa ada – jangan nanti time tuu lah nak kena singgah isi PETROL. Oh Tidak!!
Make sure Hubby tahu jalan nak ke Hospital. Sediakan map/GPS, manalah tahu kot-kot Hubby panic sampai buntu tak tahu jalan pegi Hospital. Bukan apa, maybe kita kat tempat/kawasan lain ( pegi kenduri ker, jalan-jalan ker, atau ada urusan lain) So kita perlu tahu lokasi hospital yang terdekat.
6.- Bersalin nie kan tak tahu bila akan terjadi…
So ini paling penting sekali! Sempat kan diri untuk makan dulu… Ini penting!
Kita perlukan tenaga yang banyak untuk PUSH nanti. Makan lah makanan yang berkhasiat contoh paling bagus = Kurma. Ketahui Apa Itu Air Nabeez Ketahui Apa Khasiat nya
- BERDOA
Ini yang paling utama, sentiasa berdoa pada Yang Esa agar semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan selamat. Semua yang berlaku dengan izin DIA. Korang tahu tak Cara BERDOA yang betul . Penting tau supaya doanya jelas. Selain tu boleh lah amalkan surah-surah biasa contohnya Surah Al Kahfi 1-10
Ni Eilhan setelah beberapa bulan. Dah nakal banyak ragam dia ni.
Ermm… panjang berjela entry kali nie. Setelah beberapa purnama Nina tak update. Macam boleh buat buku nie! Nanti kalau ada lagi yg Nina teringat, Nina sharekan lagi ehh.. Alhamdulillah, sepanjang proses preggy dan bersalin Nina (dari anak 1-4) semuanya dipermudahkan oleh DIA. Syukur…
Kita hanya mampu sedaya upaya yang mampu dan hanya ALLAH yang menentukan segalanya. Berusaha sedaya upaya yang boleh lebih baik dari tidak mencuba langsung. Dah kelahiran ke-4 nie, baru Nina tergerak hati nak kongsikan tips Nina. Moga ianya memberi manfaat buat teman-teman dan bakal ibu/bapa yang lain. Tips mudah bersalin normal
Tahniah Nina,
another addition to the family ya..hero yang comel!!!
Patut la nina snyap jer…anyway congrate ye
Ayu,
terima kasih … hero nie so far ikut muka abg dia Eilman 🙂
But still follow rekabentuk abah dia
Mirza Luv,
terima kasih banyak …..
rindu juga berblogging nie bila dah lama senyap sepi, sampaikan masa nak memula aktif semula tak tahu jadi buntu nak type apa..
huhuuu . . .
tahniah nina..thanks sebab bgi tips..best juga mngurangkn stress…sya tggu hari jer..klu bleh nak cepat jer bersalin ni…x sabar gitu..anyway thanks…
Nurzalina yasir,
sama-sama…. Dah nak bersalin ehh..??
Nina doakan moga semunya dipermudahkan segala urusan oleh DIA dan semuanya selamat nanti
Aamiin…
Tq for the tips.sangat berguna
Ainul Mustafa,
sama-sama… Moga ianya memberi manfaat bersama
Cuaknyer… cuaknyer…. dh nk masuk 34minggu ni… baca n3 akk ni byk kali dh.. harap2 blh amalkan..
As'salam Tun,
nervous ehh….?? Standard lah tu…. Semua mummy akan merasakannya.
Bagus rasa nervous tuu, atleast kita bersedia dan dalam mode standby sentiasa.
Kak Nina doakan moga semuanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan selamat. In Sya Allah dengan ilmu yang ada sekurangnya kita akan lebih bersedia.
Makan kurma setiap hari ehh….
Take care
info yg sgt berguna. jrg jmpe kt blog lain. thnx for ur tips n info. skrg lia tgh preggy 37w. hopefully dpt bsalin senng mcm sis. tips mse push tu yg pling berharga.
Lia Sakura,
Terima kasih sudi singgah blog Kak Nina…
Kak Nina doakan nanti Lia senang bersalin dan semuanya Selamat. Dah bersalin nanti inform Kak Nina yea… Boleh share ceritera Lia pula
Take care