Halah halahh halahhh… Ada rindu blog Nina eh. Sorry agak lama tak berupdate. Terharu kira awak selalu tanya khabar blog kita. Alhamdulillah tuan empunya blog sihat walafiat hendaknya. Cuma agak kebizian buat masa ni. Biasalah awal tahun. Resipi Sagu Gula Melaka
Sejak Eilman start sekolah terus ada latihan sukan.
Makanya sehari dekat 10 kali kita kuar masuk rumah dok hantar jemput anak sekolah. Sila percaya! Gini laaaa realiti kehidupan mak anak 5, empat yg sekolah.
Dok rumah sejam dua dah kuar semula. Gitu laaa sampai Geng balik keje. Pastu dia lak take turn hantar depa tuition. Mak dah habis tenaga 😂😁
Lately time midnite kita dah tak mampu nak stay berjaga update entri. Faktor usia kot..
Lagipun sejak baca pasal statistik keburukan tido lewat kita seram dah nak stay up midnite. 🙈🙈
Eh.. Terpanjang lak… Baik kita sambung dalam blog jer gini 😂😂😂 (ni pun copy paste dari fb) HAhaa… Sadis kann?
Ppssttt … Tips nak buat dia cantik terbentuk kan korang kena cuci sagu selepas masak. Ini untuk buang kanji nya. Bila dah kurang kanji, tekstur lebih kenyal dan kukuh.
Tak caya try tak cuci, lembik sikit. So payah nak buh dalan acuan cecantik. Bila cantik sesuai laaa buat hidangan apa-apa majlis.
Cara masak Resipi Sagu Gula Melaka
Rujukan Azie Kitchen
Sagu:
1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran
Cara masak Sagu Gula Melaka
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan.
2. Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.
4. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.
Untuk Manisan:
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis
Santan:
1 cawan pati santan
1/4 sudu teh garam
Masakkan santan hingga mendidih dan kemudian masukkan garam sikit. Nakkan kuah yang sikit pekat, buh sikit campuran air tepung jagung. (terpulang)
atau lagi senang Susu cair jer… Tapi kalau ikut taste tekak Nina lagi suka lemak berkrim santan.
Cara Menghidang
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan santan. Siap!
Senang jer kannn? Untuk kenduri, atau apa-apa majlis keramaian sesuai menu ni.
Selain tu, korang boleh gak try bikin Sagu Bronok . Menu ni orang dolu-dolu cukup suka!
Sagu yang ni tentu korang biasa tengok kann?
Resipi : Sagu Bronok Kukus | Kueh Sagu Merah Salut Kelapa Parut
Resipi yang Nina kongsikan kebanyakkannya sukatan cawan. Senang tuk korang follow cuba buat. Sebab yang susah Nina pun ‘malas’. HAhaa . . .
Resipi Sagu Gula Melaka
anak-anak suka sangat sagu gula melaka ni. tapi kami suka makan dengan susu cair.
Thankyou for sharing dear,,,love this esp musim panas sekarang
Mrs Singh. Ipoh