Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Eat Clean SALAD AYAM
September 13, 2020July 23, 2023

Minyak Zaitun AL’ARD pelengkap menu Eat Clean Resipi Salad Ayam Panggang Mudah

Salad antara menu pilihan yang paling ringkas bila bersembang tentang Eat Clean.  Dalam menu salad  adanya kombinasi fiber, protein dan sumber mineral sebagai pelengkap diet. Semangkuk salad harusnya banyak sayur-sayuran, di adun dengan protein. Nina akan letak isi ayam yang di grill / bakar dan wajib direnjiskan dengan sedikit Minyak Zaitun Al’Ard . Nina share kan kebaikan dan kelebihan amalkan Olive Oil atau nama melayu dia Minyak Zaitun. 

Isi Kandungan hide
1 Minyak Zaitun
1.1 Kebaikan Kelebihan Khasiat Minyak Zaitun Untuk kesihatan Kecantikan
2 Minyak Zaitun AL’ARD
2.1 TIPS : Ketahui Cara Pilih Beli Minyak Zaitun Original
2.2 Resipi Eat Clean Salad Ayam Minyak Zaitun AL’ARD
2.3 Cara buat salad Eat Clean
2.4 Resepi Eat Clean Minyak Zaitun AL’Ard Ayam Panggang Mudah Sedap
2.5 Tentu korang tertanya-tanya apa tuu Premium Palestinian Za’atar Blend (Thyme) kannn?
2.6 Palestinian Blackseed Paste (Qizha)
2.7 Kat mana nak beli ?
3 Testimoni Minyak Zaitun Al’Ard
3.1 Manfaat ambil 2 sudu minyak Zaitun Al Ard setiap hari
3.2 Manfaat khasiat Kegunaan Al’Ard Extra Virgin Olive Oil untuk kecantikan
3.3 Kegunaan dan manfaat olive oil pada rambut
3.4 Kegunaan olive oil untuk muka
3.5 Kegunaan untuk bayi
3.6 Related posts:
4 Sambal Udang Petai | Ketahui 12 Khasiat Kelebihan PETAI untuk kesihatan
5 Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
6 Aduyai... Camner ni, daging dah berbau, elok lagi ke ?? TIPS PETUA elak daging berbau
7 Roti Sausage Gulung

Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah nutrien yang digunakan secara meluas sebagai minyak salad dan dalam masakan. Ia juga telah digunakan sebagai kenderaan untuk penggantungan berminyak untuk suntikan dan topikal seperti demulsen dan emolien. Dari segi sejarah, ia telah digunakan sebagai julap. Eerrkk… Julap? Baru ku tahu!

Minyak zaitun terhasil dari perahan buah Zaitun. Buah ini kebanyakannya terdapat di kawasan Mediterranean seperti negara Sepanyol, Tunisia, Morocco, Itali dan Turki. Minyak zaitun adalah sejenis minyak yang diperoleh dari buah zaitun. Ianya merupakan pokok tradisional dari lembah Mediterranean, jadi ianya sudah digunakan sejak berkurun dahulu.

https://youtu.be/Fvt2_aCW46Y

Pasti ramai yang sudah tahu, minyak ini mempunyai banyak khasiatnya dan sering digunakan dalam perubatan, sabun, kosmetik dan juga masakan.

Kebaikan Kelebihan Khasiat Minyak Zaitun Untuk kesihatan Kecantikan

1. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
2. Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
3. Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
4. Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
5. Antioksidan dan antikanser
6. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
7. Membekal vitamin E
8. Mencantikkan kulit dan rambut
9. Kestabilan asid lemak
10. Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan.

Minyak Zaitun AL’ARD

TIPS : Ketahui Cara Pilih Beli Minyak Zaitun Original 

Dibotolkan dengan gas nitrogen ke dalam botol kaca gelap atau tin aluminium untuk mengelakkan kualiti minyak zaitun terjejas akibat terdedah kepada cahaya matahari dan bagi menjamin kesegarannya. So kesimpulannya Sila beli Minyak Zaitun botol gelap

Segala maklumat yang berkaitan dengan penghasilan minyak dinyatakan di label botol seperti nutrisi, tarikh luput produk (tidak melebihi 24 bulan), maklumat pengeluar, negara asal produk dengan alamat yang lengkap, termasuklah berkenaan tarikh tuaian buah.

Eh eh . . . Tadi awal citer nak share resipi Salad style Nina.  Biasa lah Nina, bila dah mula bercerita segala info yang bagus Nina nak kongsikan ngan korang. So take note tau, beli Minyak Zaitun yang jual dalam botol kaca gelap. 

Minyak Zaitun Al'Ard

Resipi Eat Clean Salad Ayam Minyak Zaitun AL’ARD

Bahan-bahan
Isi dada Ayam perap dengan Premium Palestinian Za’atar Blend (Thyme)
Taburkan dengan cili flakes
Kemudian grill sehingga masak ikut citarasa samada nak well done atau janji  isi ayam cukup masak. 

Sayur Salad – ikut suka nak letak apa atau apa jer bahan yang ada kat rumah. Tak payah die hard sangat pi beli memacam, hanya letak yang kroang akan makan. Contohnya daun Salad, tomato, timun, bayam brazil, hirisan baby carrots, sedikit hirisan daun ketumbar, perahan lemon sikit, capsicum atau sayur kegemaran korang.

Cara buat salad Eat Clean 

1. Isi Ayam di perap dengan Za’atar Blend  dalam 15-30 minit kemudian di grill. Pastu hiris nipis.
2. Cuci bersih dan toskan semua sayuran, susun dalam mangkuk. 
3. Renjiskan dengan minyak zaitun Al’Ard dan sedikit perahan lemon. Gaul rata. Kemudian letakkan isi ayam. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar . Siap!

Minyak Zaitun Al'Ard berkualiti tinggi

Resepi Eat Clean Minyak Zaitun AL’Ard Ayam Panggang Mudah Sedap

Bahan-bahan
Isi ayam
Za’atar Blend
Cili Flakes
Minyak Zaitun Al’Ard
Sampingan – Kentang, Carrots, Brokoli 

cara penyediaan
1. Ayam diperap bersama Za’atar, cili flakes lebih kurang 13-30 minit.
2. Kemudian panggang ayam bersama kentang, carrots dan brokoli. Korang boleh jer tambah apa saja bahan sampingan kegemaran korang. Kekacang pun sedap! Tabur kan lagi sikit Za’atar dan renjiskan sedikit minyak Zaitun Al’Ard. (Nina panggang dalam magic pan jer)
3. ayam dah masak terus hidangkan. 

Tentu korang tertanya-tanya apa tuu Premium Palestinian Za’atar Blend (Thyme) kannn?

Sedap weyhhh Za’atar Blend ni. Rempah ratus yang memberi lebih aroma dan taste dalam masakan.  Dalamnya ada Thyme, Sesame, Salt dan Sunflower Oil. Masyarakat timur tengah dah berkurun dok amalkan campuran rempah dan herba ni. 

Keistimewaan Za’atar Al’Ard ni terletak pada thyme nya yang ditanam di atas kawasan bukit Palestine mengikut amalan pertanian yang diwarisi secara turun-temurun bahi memastikan thyme yang terhasil adalah lebih segar dan bermutu tinggi selari dengan rasa terbaik di dunia. 

Biasanya Za’atar ni dijadikan pencecah roti yang dicelupkan ke dalam minyak zaitun. Selain tu macam Nina buat, sebagai bahan asas perapan daging, ayam, atau seafood. Ada juga di tabur atas doh roti sebelum dibakar, ditabur atas salad macam Nina buat tadi. Oh ya, korang tabur atas pizza atau sos pasta bolognese pun sedap!  Ikut laaa citarasa memasing. Kita yang masak dan kita juga yang nak makan kannnn..?? 

Palestinian Blackseed Paste (Qizha)

Pes ini mengandungi Habatus Sauda dan Bijan yang berkualiti tinggi dan baik untuk kesihatan hasil tanaman dibumi Palestine. Terbuat dari biji nigella yang dihaluskan, memiliki rasa pahit yang tajam dengan sedikit rasa manis.

Biasanya digunakan oleh warga Timur Tengah dan Afrika sebagai penambah rasa manis yang dicampur bersama madu, sirap atau gula juga ditambah bahan lain untuk menjadi hidangan yang enak seperti pai, roti, dan pemanis mulut yang lain.

Biji Habatus Sauda melalui pemprosesan menggunakan mesin dan teknologi terkini di kilang moden yang mematuhi Syarat & Standard Antarabangsa serta mempunyai Persijilan Halal dan ISO-22000.

Cara paling mudah untuk menggunakan Qizha ialah sebagai Sapuan/Spread dengan Roti, seperti jem. Ia akan memberikan rasa lemak lemak pahit. Kalau nak rasa lebih sedap, boleh dicampurkan dengan Madu. Boleh juga campurkan satu sudu teh Qizha bersama Kopi O dan tambah madu lebah secukup rasa.

Bahaya kopi kafein buat ibu hamil

 

Nina belum cuba lagi Qizha ni, tapi nanti nak try buh kat dalam air coffee Nina. Tentu lebih sedap! 

Kat mana nak beli ? 

Sekarang ni semuanya di hujung jari. Mudah sangat!  Korang boleh pi order melalui media social Al’Ard di

Website : http://www.alard.my
Beli : http://www.alardproducts.my
Facebook:  https://www.facebook.com/alardmalaysiaHQ/
Instagram : https://www.instagram.com/alardmalaysia

Atau korang hubungi jer  013 747 6570

Testimoni Minyak Zaitun Al’Ard

Sejak Nina amalkan 2 sudu minyak zaitun Al’Ard setiap pagi , perbezaan paling ketara adalah keesokkan harinya proses pembuangan amat lah lancar! Senang nya buang sisa makanan semalam. Perut rasa lega, ringan dan takde dah sembelit. 

Nina guna perasan, kulit Nina semakin hari semakin sihat, lembab, lembut je terutama dikawasan tumit. Nina dah tak perlu sapu lotion malam-malam sebelum tidur dah. 

Kebaikan lain, rasa semakin sihat!
Nina takde buat check darah bagai nak dibandingkan tapi kita kenal badan kita kann..? Kita tahu apa yang kita amalkan membawa kesan baik untuk kesihatan kita. No more migraine!
Maybe laa paras kolestrol Nina dah turun kot… Korang yang betul-betul ada masalah kesihatan boleh lah buat check up before after. Lagi pula, Al’Ard Olive Oil bukan lah ubat, sekadar makanan terbaik yang kita patut amalkan. Why not? 

Manfaat ambil 2 sudu minyak Zaitun Al Ard setiap hari

AL ARD Minyak Zaitun

“Ambil 2 sudu minyak zaitun AL Ard setiap hari mampu mengurangkan risiko sakit jantung” – sumber FDA dan EFSA

Jommm amalkan pemakanan sihat! Pelan-pelan pun tak pe atleast kita dah bermula dari dok makan sokmo tanpa ambil tahu risikonya nanti. 
Banyak dah menu Eat Clean yang Nina dah share sebelum-sebelum ni.. Pepandai laaa korang selongkar ehh.. Nah, tekan ni Menu Eat Clean Yang Sedap Mudah Simple

Manfaat khasiat Kegunaan Al’Ard Extra Virgin Olive Oil untuk kecantikan

 

Kegunaan dan manfaat olive oil pada rambut

Sapu dan gosok pada kulit kepala, biarkan seketika dan kemudian basuh rambut seperti biasa. Bertindak menyuburkan rambut, mengurangkan kelemumur, mengelakkan rambut dari rosak, bercabang, gugur dan memberikan nutrien penting, kelembapan pada kulit kepala serta rambut.

Kegunaan olive oil untuk muka

Gunakan sebagai oil cleansing method / menanggalkan makeup.
Sapu rata sekeliling muka minyak zaitun akan melarutkan kotoran dan minyak permukaan dengan lebih berkesan daripada kebanyakan pembersih muka yang dibeli di kedai, yang berasaskan air. Ia tidak akan menyumbatkan liang pori malah benar-benar membersihkan wajah. Selepas diratakan seluruh wajah, cuci muka dengan pencuci muka seperti biasa.

Scrub muka
Campurkan minyak zaitun dengan garam laut atau gula untuk menghasilkan pengelupasan semulajadi.
Campurkan kira-kira satu sudu minyak zaitun dengan ½ sudu teh garam atau gula, sapukan pada muka dan kemudian bilas dengan air suam. Gula perang adalah lebih lembut daripada gula pasir putih, jadi ia adalah yang terbaik untuk kulit yang benar-benar sensitif

Kegunaan untuk bayi

Manfaat olive oil untuk bayi sebagai minyak urut. Memberikan ketenangan, kualiti tidur yang lebih baik. Gosok perut secara bulatan arah jam bayi bagi mengelakkan kembung perut. Mengatasi masalah kulit kepala kering dan ruam lampin. Minyak zaitun juga sering digunakan untuk pada rambut bayi kerana ia dapat meningkatkan penghasilan kolagen dan keratin untuk mendapatkan rambut yang kuat dan sihat.

Baca : Ketahui Cara Guna Minyak Zaitun Untuk kecantikan dan Kesihatan lebih terperinci. 
Panjang lebar dah Nina kongsikan. Check it out

Related posts:

Sambal Udang Petai | Ketahui 12 Khasiat Kelebihan PETAI untuk kesihatan

Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah

Aduyai... Camner ni, daging dah berbau, elok lagi ke ?? TIPS PETUA elak daging berbau

Roti Sausage Gulung

Resepi Review Tips AL ARDAl'ArdAyam PanggangEat CleanExtra Virgin Olive OilKebaikan Kelebihan Amalkan Minyak Zaitunkhasiat Extra Virgin Olive OilKhasiat ManfaatManfaat Minyak ZaitunManfaat Minyak Zaitun untuk kesihatan KecantikanMinyak ZaitunMinyak Zaitun AL ARDMinyak Zaitun ALARDMinyak Zaitun botol gelap lagi bagusnak sihatOlive OilOriginal Virgin Olive OilPalestinian Blackseed Paste Qizharesipi mudahSaladtestimoni Minyak Zaitun Al Ard

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (37)

  1. huda says:
    September 14, 2020 at 11:36 am

    thanks sharing resepi. nnt nak trt

    Reply
  2. anakdenesor says:
    September 14, 2020 at 2:11 pm

    sedapnyaaa..bagus menu nya

    Reply
  3. azni says:
    September 14, 2020 at 7:23 pm

    minyak zaitun al arad ni mmg femes kan.. cara derang hasilkan minyak zaitun ni mcm speselsikit.. tak ingat apa nama caranya tu. and yg bagus derang pakai botol kaler gelap mcm nih

    Reply
  4. Tini says:
    September 14, 2020 at 7:40 pm

    Nampak eksklusif packagingnya… gabungan warna hitam dan emas tu memang sungguh memukau… belum try lagi dah fefeeling classy gitu… hehehehe… resipi Nina pun sungguh menarik untuk dicuba sementelah pula memang tengah berEat Clean ni… nanti bolehlah cuba…

    Reply
    1. Nadia johari says:
      September 14, 2020 at 11:28 pm

      Pergh tiga produk, dengar kak nina cerita dua produk tu yang tabur dkat roti atau pizza denga pes tu macammenarik..

      Reply
  5. Marina says:
    September 14, 2020 at 10:15 pm

    Sedapnye nampak ayam panggang kak nina. Botol minyak zaitun ni cantik sangat.

    Reply
  6. Ayu Rafikah says:
    September 14, 2020 at 11:39 pm

    Bagus amalkan eat clean mcm ni. Kena Jaga kalori jugakkan. Tapi makanan ttp maintain sedap

    Reply
  7. Mahamahu says:
    September 15, 2020 at 2:31 am

    Cantiknya botel kita suka tengok kalau ada minyak zaitun yang botol macam ni nampak menarik dan juga rasa nak minum macam tu jer hehehe tapi ok kalau ambil sesudu minyak zaitun sehari banyak khasiatnya… Ok lah boleh cuba ni hehehehe..

    Reply
    1. Ana Suhana says:
      September 15, 2020 at 8:07 am

      Salad dengan ayam grill pun dah sedap. Yang perting berkhasiat lagi2 bila guna minyak zaitun yg berkualiti.

      Reply
  8. Rane Chin says:
    September 15, 2020 at 5:15 am

    I like to use organic olive oil too.. Can use to cook so many different food and keep healthy by eating it.

    Reply
  9. Yaya Azura says:
    September 15, 2020 at 8:21 am

    Nak eat clean ni kena rajin lah kan. Resepi yang kak nina share nampak mudah nak buat. Guna olive oil utk panggang ayam dan renjis dalam salad mmg sedap dan berkhasiat.

    Reply
  10. Sis Lin says:
    September 15, 2020 at 8:37 am

    Sis kalau minyak zaitun ni pandai makannya dengan ayam panggang macmtu ke, spageti ke, tapi kalau salad tak boleh lerr, terasa minyak dia tu erkkkk… hahahahaa

    Reply
  11. Sunshine Kelly says:
    September 15, 2020 at 8:53 am

    I m using virgin olive oil for my salad and pasta also, its good for the heart and health.

    Reply
  12. Kitkat Nelfei says:
    September 15, 2020 at 9:16 am

    Banyaknya kelebihan mengambil minyak zaitun as part of the clean diet meal preparation. Nak recommend ni kat family and friends juga la..

    Reply
  13. Hafiza Aizzawa says:
    September 15, 2020 at 10:15 am

    sedapnya menu2 kak nina masak guna al ard minyak zaitun.. boleh bukak restoran dah nie

    Reply
  14. farhana jafri says:
    September 15, 2020 at 10:16 am

    tak pernah lagi guna brand lain untuk olive oil, selalunya beli yang dekat NSK tu je. Boleh try nanti sebab nampak macam pekat minyak dia. Apa rasa letak qizha dalam kopi ek

    Reply
  15. Marshaliza says:
    September 15, 2020 at 10:22 am

    Minyak zaiton memang banyak khasiat. Sedapnya kak nina jamu gambar makanan. Lapooo

    Reply
    1. Halimah says:
      September 16, 2020 at 12:55 pm

      Memang bagus guna minyak zaitom dlm masakan utk kesihatan dan juga kena pandai lih myk zaiton yg berkualiti, resepi pun sedap nti blh cuba

      Reply
  16. Ruby says:
    September 15, 2020 at 11:27 am

    Minyak Zaitun memang banyak manfaat kak. Harga pun pelbagai. Ruby selalu beli paling murah kat pasaraya. Asalkan dapat minyak zaitun. Sebab minyak ni buat ayam bakar, salad dan dressing pun dah sedap. Healthy lifestyle sejak gemuk PKP. Hahahaha

    Reply
  17. Madam B says:
    September 15, 2020 at 12:27 pm

    Yup.. Olive oil always debest choice. Heath and yummy factors. Kita mmg akan try hard to EatClean once a week. Salad looks tasty. Lovit. Efharisto sharing it.

    Reply
  18. Moha says:
    September 15, 2020 at 1:36 pm

    Menyelerakan semua resepi kak nina.. nanti nak cuba buatlah..

    Reply
  19. Cik Puan Ena says:
    September 15, 2020 at 6:03 pm

    Tak pandai nak buat sebab takut tak sedap tpi kalau sis masak confirm nak makan. Haha. Ngeri batu hempedu tu sbb mil kena operate. Skrg ni byk pantang makan kena jaga. So kite muda ni kenalah jaga kan.

    Reply
  20. Slumberlady says:
    September 16, 2020 at 9:36 am

    Baru tahu beli minyak zaitun eloknya botol gelap. Selama ni beli yang nampak minyakny sbb senang nak nampak banyak ke sikit yang tinggal.

    Reply
  21. Fas says:
    September 16, 2020 at 10:24 am

    Minyak zaitun memang lah bagus untuk kesihatan tetapi kdg bila masak dah biasa ambi minyak biasa haha

    Reply
  22. budak bandung laici says:
    September 16, 2020 at 12:09 pm

    sedapnya tengok salad ayam tu. favorite BBL pulak tu. lagi-lagi nak makan western memang wajib guna minyak zaiton baru sedap masakan tu.

    Reply
  23. Kak yana says:
    September 16, 2020 at 7:35 pm

    Bagus untuk yang nak diet macam Yana. Buat salad boleh . Makan spagethi pun boleh .

    Reply
  24. Mama Kembar Tiga says:
    September 21, 2020 at 7:25 am

    I suka guna minyak zaitun ni lumur kat spaghetti.

    Reply
  25. Ai says:
    September 21, 2020 at 2:44 pm

    Kadang-kadang rajin juga guna minya zaitun. tapi costing lah sikit. Hurmm.

    Reply
  26. Pingback: My Homepage
  27. Pingback: microsoft exchange kiralık sunucu
  28. Pingback: goswipe login
  29. Pingback: bilişim danışmanlığı
  30. Pingback: kurumsal sunucu servisi
  31. Pingback: slot online
  32. Pingback: Sunucu Teknik Servis
  33. Pingback: sunucu teknik servis
  34. Pingback: microsoft exchange mail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes