Tamat sudah drama Obsesi Dia! Slot Samarinda diteruskan dengan sebuah naskah hebat Drama AKU YANG KAU SAKITI lakonan Rita Nadira bergandingan dengan Zamarul Hisham dan Redza Rosli. Nama Rita Nadira semakin dikenali kini, jam 9pm dia berlakon drama Keria Woman pun bagus lakonannya. Pertama kali tonton lakonan Rita Nadira dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu. Masa drama ni dah terserlah kemampuan beliau lakonan yang natural tak over. Dah laa cantik!
Zamarul Hisham memang superb! Bagi aje laa apa watak pun semua dijiwai dengan jayanya. Sebelum ni bergandingan dengan Bella Astilla dalam drama Aku Tanpa Cintamu, ya ampun… Kita yang menonton rasa nak mental dibuatnya! HAhaa
Redza Rosli pun best! Lakonan dia yang paling best sebelum ni masa bergandingan dengan Intan Najuwa dan Rita Nadira. Kali ini Redza Rosli mereka bergandingan kembali bersama Rita Nadira dengan watak lebih fresh, santai, sedikit kelakar. Best!
Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti
Mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya bersama ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) .
Mak Su dan Sara sebenarnya berniat menumpang kesenangan kemewahan yang Amanda perolehi peninggalan arwah bapa Amanda. Mereka ini bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Menyampah sakit hati tengok Mak Su dan Sara! Over nau berlagak macam harta tu dia yang punya. HAhaa
Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri. Sedikit sebanyak dalam diam, layanan istimewa Tuan Zaki pada Amanda membibit rasa cemburu pada Bella.
Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.
Dendam Amanda
Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.
Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengan Tuan Zaki dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang. Kiranya Tuan Zaki lah penyebab bapa Amanda dibunuh!
Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?
Tonton Online Drama AKU YANG KAU SAKITI
Drama Aku Yang Kau Sakiti ini ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan boleh je tonton online di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.
Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.
Aku Yang Kau Sakiti
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2023
Waktu Siaran: Isnin – Khams, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Barisan Watak Pelakon
Rita Nadira sebagai Amanda
Redza Rosli sebagai Rykal
Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
Fify Azmi sebagai Bella
Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
Jasmin Hamid sebagai Mak Su
Iman Suhana sebagai Sara
Syazwan Zulkifly sebagai Faris
Zazly Baginda sebagai Encik Rasyid
Syazuwan Hassan sebagai Shahrul
Natasya Mahyan sebagai Cika
Anies Hann sebagai Mia
Ain Yasmin sebagai Suzana
Lagu Tema (OST) Drama Aku Yang Kau Sakiti
Lagu: Buat Ku Setia
Penyanyi: Syah Putra & Hariz Fayahet
Lirik & Komposer: Firdaus Rahmat, Naim Daniel
Jom tonton dan layankan video menarik OTS Drama AKU YANG KAU SAKITI
Saksikan drama terbaharu Aku Yang Kau Sakiti menerusi slot Samarinda bermula 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam atau
Apa kata Nina : Drama AKU YANG KAU SAKITI TV3
Naskah hebat Drama Aku Yang Kau Sakiti ini membongkar satu persatu gelodak emosi yang ditanggung Amanda. Dendam yang disimpan rapi akhirnya membakar diri sendiri atau dendam tersebut lenyap disirami kasih dan sayang?
Setiap manusia boleh berubah dan perubahan bukan lah seperti biskut, semudah sehari dua boleh diubati.
- Memahami nilai diri : Drama ini mungkin menerapkan betapa pentingnya memahami dan menghargai nilai diri sendiri. Cinta sejati tidak sepatutnya menyakiti atau merendahkan diri seseorang.
- Membina hubungan yang sihat : Dalam sesuatu perhubungan, memang wujud hubungan toksik! Ia ada di mana-mana. Betapa pentingnya kita berada dalam hubungan yang sihat dan saling menghormati. Stay dalam relationship yang penuh dengan toksik sememangnya merugikan. Tidak sepatutnya dipertahankan. Kena keluar dan pergi!
- Pembelajaran melalui pengalaman hidup : Melalui perjalanan watak utama nya Amanda, kita menyaksikan bagaimana pengalaman hidup dapat membentuk jati diri seseorang. Jiwa Amanda yang penuh demdam, kekecewaan, kemurungan yang ditahan telah membentuk Amanda berjiwa keras, penuh kepura-puraan.
- Sahabat yang setia : Menyoroti pentingnya sahabat yang setia dan sokongan dari orang terdekat dalam menghadapi masalah. Sahabat sejati dapat memberikan nasihat yang jujur dan membantu kita dalam menghadapi situasi sulit. Keberadaan Rykal yang sentiasa ada di sisi Amanda sedikit sebanyak membantu Amanda dari terus berdendam.
- Memilih kebahagiaan : Setiap orang tertulis adanya kebahagiaan untuk mereka. Kita lah perlu bijak memilih kebahagiaan dan mencipta rasa bahagia. Bahagia tidak datang dengan sendiri, ianya harus lah dicipta, dipupuk dengan hati yang tulus. Terkadang, kita harus berani mengambil keputusan sulit untuk melepaskan hubungan yang merugikan dan mencari kebahagiaan sejati.
Akan ku Genggam Luka Semalam
Mmmm… Review Nina hanya lah pendapat perseorangan Nina. Chillx!
Drama AKU YANG KAU SAKITI ini mungkin membawa pengajaran kehidupan yang bermakna kepada penontonnya dan memberikan pandangan yang lebih dalam tentang kehidupan, kekeluargaan hubungan, dan cinta sejati. Tapi dah nama pun drama kann…
Semua yang terjadi dan pengajaran dalam drama adalah subjektif dan dapat diinterpretasikan dengan berbagai cara oleh setiap penonton. Lain orang maybe lain pendapat dan masing-masing mahupun ending yang tersendiri. Sama-sama kita tunggu ending episod Drama AKU YANG KAU SAKITI ini.
Tahniah! Drama AKU YANG KAU SAKITI best
Apapun, tahniah buat barisan pelakon!
Lakonan cukup natural, Nina semakin suka dengan lakonan Rita Nadira. Pendapat korang pulak acaner?
Memang kena dengan raut wajah dia untuk watak ni kannn, dalaman yang penuh dengan dendam! Tak lupa opkos Zamarul Hisham memang lah superb. Tak perlu dipertikaikan lagi. Kombinasi barisan pelakon lain seperti Redza Rosli, Syazwan Zulkifly, Fify Azmi, Jasmin Hamid, Iman Suhana, Aleza Shadan turut buat drama ini sebuah naskah yang hebat. Jom nonton!
wahhhhh ada zamarul hisham mmg tak rugi tengok hehe
Ahaa.. kena tonton! lakonan beliau memang menjadi je kann?