AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY | Bila sebut je nama cartoon Tom and Jerry pasti generasi kita 80-an, 90-an atau awal 2000 yang membesar dengan keletah lucu kucing dan tikus ikonik ini. Mereka berdua ni asyik gadoh jer! Lawak slaptick tanpa dialog, muzik klasik yang menghidupkan aksi, serta adengan kejar-mengejar yang tidak pernah gagal menghiburkan kita dulu-dulu kannn? Kartun Tom and Jerry merupakan kartun sepanjang zaman yang terus dikenang hingga kini.
Nak kongsi ngan korang, AEON MALL menghidupkan keajaiban Tom and Jerry di 28 lokasi AEON MALL!
Tom and Jerry kembali dekat pada kita semua. Bertemakan AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY bersama kita perayaan menikmati Hari Raya kita tahun ini dengan lebih nostalgia dan imersif!

AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY
Seloka RAYA eksklusif ini akan membawa korang kembali ke memori indah zaman kanak-kanak dengan dekorasi interaktif bertemakan Tom and Jerry versi tempatan. Pengunjung boleh menikmati suasana yang dihias indah sambil mencipta detik-detik istimewa bersama duo kartun kegemaran korang! Anak-anak pasti teruja! Entah-entah kita yang dewasa ni over excited kot. HAhaa… Maklumlah cartoon zaman kanak-kanak kita kannn?
Dekorasi bertemakan Tom and Jerry sempena Seloka Raya di tengah-tengah lobi AEON MALL boleh digambarkan sebagai satu suasana yang ceria, penuh warna-warni, dan menggabungkan elemen tradisional Hari Raya dengan karakter kartun ikonik ini.
Nikmati Kemeriahan Seloka Raya AEON MALL
Lukisan besar Tom dan Jerry dalam suasana Hari Raya, Tom dan Jerry memakai baju Melayu siap bersampin bagai . Amboi … Comey nya dua ketul nih!
Berlatarbelakang suasana kampung tradisional, lengkap dengan rumah kayu, pelita, dan hiasan ketupat yang penuh kemeriahan!

Gerbang dihiasi dengan lampu LED hijau dan kuning, dengan elemen menggambarkan suasana raya yang meriah. Dominasi warna kuning, hijau, biru, dan merah untuk mengekalkan unsur ceria dan mesra keluarga. Hiasan lampu fairy light berkelip-kelip untuk memberi suasana malam raya yang penuh keceriaan. Terasa Syawal bakal tiba!
Dekorasi ini pasti menjadi tarikan utama pengunjung di AEON Mall kerana ia bukan sahaja menghidupkan suasana Raya, tetapi juga membawa nostalgia bagi peminat Tom & Jerry dari pelbagai generasi.
Hadiah Eksklusif Special Edition menanti!
Sambil-sambil shopping tuu korang berpeluang rebut hadiah menarik! Pasti kemeriahan berbelanja Raya lebih bermakna sebab AEON MALL menawarkan penebusan eksklusif edisi terhad sempena Seloka Raya ni!

AEON MALL x TRACEY Micro Bag
Diperbuat daripada bahan lestari, beg mikro eksklusif ini boleh ditebus dengan perbelanjaan :
RM1000 (Bukan Ahli)
RM800 (Ahli AEON)
dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.
Menarik kann? Lagi banyak shopping boleh lah redeem banyak lagi hadiah!
Mug Edisi Khas Tom and Jerry
Tebus koleksi Mug Edisi Khas Tom and Jerry eksklusif ini dengan perbelanjaan :
RM680 (Bukan Ahli)
RM580 (Ahli AEON)
dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.
Peket Duit Raya
Tebus koleksi Peket Raya eksklusif ini dengan perbelanjaan :
RM280 (Bukan Ahli)
RM180 (Ahli AEON)
dalam dua resit gabungan pada hari yang sama.
Parade Seloka RAYA Pertama di Malaysia!
Buat pertama kalinya di Malaysia, AEON MALL membawakan Perarakan Seloka RAYA, menampilkan maskot kesayangan kita, Mochi & Orange, dalam busana tradisional perayaan!
Saksikan kemeriahan perarakan ini di 28 lokasi AEON MALL, pastinya akan menceriakan suasana menyambut Aidilfitri tak lama lagi. So check it out kat mana lokasi AEON MALL yang berhampiran dengan tempat korang!
Lokasi dan Tarikh Seloka Raya Parade
8 MARCH 2025
Taiping (12pm)
Bukit Mertajam (4pm)
Ipoh Klebang (8pm)
9 MARCH 2025
Seri Manjung (2pm)
Ipoh Station 18 (5pm)
Kinta City (8:30pm)
15 MARCH 2025
Bandar Dato Onn Kulaijaya, Taman University (2pm)
Permas Jaya Bukit Indah (5pm)
Tebrau City (8pm)
16 MARCH 2025
Bandaraya Melaka, Melaka Ayer Keroh (2pm)
Seremban 2 Nilai (5pm)
Bukit Raja (8pm)
22 MARCH 2025
Shah Alam (2pm)
Alpha Angle, Bukit Tinggi (5pm)
Metro Prima (8pm)
23 MARCH 2025
AU2 Setiawangsa, Taman Maluri (2pm)
Rawang , Taman Equine (5pm)
Cheras Selatan (8pm)
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :
• Facebook : @AEONMallMY
• Instagram : aeonmallmalaysia
• Tik Tok : aeonmall.malaysia
• Website : www.aeonmallmy.com

Meet & Greet bersama Tom and Jerry!
Vavavaa… Kemeriahan lebih terasa bila dapat jumpa dan bergambar bersama Tom and Jerry secara langsung kann? Peluang datang sekali je, jangan lepaskan peluang bermakna ini bertemu dan bergambar dengan duo legenda ini di lokasi AEON MALL terpilih!
Jommm kita meriahkan Raya bersama hastag #AEONMALLSelokaRaya #TomAndJerryRaya #aeonmallmalaysia
Bersedia untuk pengalaman perayaan yang menyeronokkan dan mengasyikkan apabila AEON MALL menghidupkan keajaiban Tom and Jerry di 28 lokasi AEON MALL!