Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 16, 2017December 21, 2017

Alahai …!! Cantik nya SCRUMMY RESTAURANT & CAFE

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…
Apa khabar kengkawan? Malam ni korang dinner kat mana? Korang ada teringin tak  dinner kat satu tempat yang romantik dengan budget yang berpatutan? Atau kalau korang ada plan nak buat birthday party tuk anak korang ker, anniversary ke, majlis cukur jambul ke, majlis nikah kahwin ke atau party Tupperware ke…. Eh! Tuu mak-mak punya urusan, pun boleh laaa… Nina nak kongsikan ngan korang satu tempat yang sangat sesuai untuk apa-apa majlis yang korang nak raikan. Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis

Isi Kandungan hide
1 Apa yang menarik nya kat Scrummy Restaurant & Café ni?
2 Tempat terbaik untuk adakan sebarang acara , majlis , event
2.1 Theme Party Corporate Lunch And Dinner Hi Tea Buffet Wedding Dinner Birthday Party Companies Annual Dinner Cocktail Party Product Launching Fashion Show Event Outside Cartering
2.2 Backdrop Stage Lighting Theme Decoration Table Set-up Music Door Gift
3 Kemudahan yang disediakan
3.1 Surau yang selesa
3.2 WiFi
3.3 Parking
3.4 Indoor dan outdoor
4 Menu apa yang Sedap dan best kat Scrummy Restaurant & Café
4.1 Chinese New Year Set
4.2 Waktu Perniagaan Isnin – Sabtu 8am – 10pm Ahad – tutup
4.3 Scrummy Restaurant & Café No. 2 Jalan Suppiah Pillay 3rd Mile, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur
5 Related posts:
6 Roti Telur Cheezy..... menu ringkas buat minum petang anak-anak
7 Resepi Bubur Lambuk Bonda | menu wajib tiap kali Ramadan Resepi Rahsia Arwah Makcik tersayang
8 Sebab kotak baru Susu LAZZ ada Omar Hana laaa anak Nina...
9 Nasi Ayam BAKAR Station PD best LUNCH MURAH SEDAP

Buat sapa yang follow Instagram Nina.Mirza , korang akan perasan Nina ada dinner ngan kengkawan Khamis minggu lepas kat Scrummy Restoran & Café yang terletak kat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan HSBC Bank. Nina suka restoran ni..! Tulisan kat signboard nya sangat comel dan bertema kan warna pink. Romantik gitu..

Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Nampak tak? Pink colour … Romantik, sweety, elegant gitu

Apa yang menarik nya kat Scrummy Restaurant & Café ni?

Saat kaki Nina melangkah masuk sambil menolak daun pintu Cafe, mata dan hati Nina terpukau terpesona akan dekorasinya yang amat romantik, nyaman, tenang, teratur, kemas dan bersih! Ya bersih! Seolah-olah bukan berada di sebuah restoran. Tampak eksklusif dan expensive nya tempat ni.. *Hadoi… terus teringat duit poket yang non-hado! Lepas ke nak bayar makan nanti ni* Hehe..

Setiap sudut punya sususan yang tersendiri. Deco yang minimalis namun ini lah yang memberi sentuhan ketenangan dan romantis saat berada dalam restoran ini. Ada privasy gitu kalau nak makan berdua celebrate anniversary … Chewah! Geng… sila noted ya. Haha..

Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Ala-ala ballroom kat Hotel pun ada kan…? Kurlasss seyhh restoran ni..!
Cer korang bayangkan, cer korang bayangkan…. Buat Majlis birthday anak korang kat sini? Fulamak…! Theme Fairy Tales. Gempak tuuu

Tempat terbaik untuk adakan sebarang acara , majlis , event

Scrummy Restaurant & Café ini ada indoor dan outdoor. Keluasannya yang luas dan besar mampu menempatkan seramai 200-300 tetamu dan sesuai untuk dijadikan tempat pelbagai acara keramaian. Samada majlis persendirian mahupun majlis korporat. Antaranya :-

Theme Party
Corporate Lunch And Dinner
Hi Tea Buffet
Wedding Dinner
Birthday Party
Companies Annual Dinner
Cocktail Party
Product Launching
Fashion Show Event
Outside Cartering

Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Scrummy Restaurant & Cafe ini 100% halal. Pemilik yang cukup humble, friendly dan sangat mementingkan kepuasan pelanggan. Bertuah Nina, kebetulan dapat bersua dengan beliau. Orang Melayu kita 🙂

Pihak Scrummy Restaurant & Café juga ada menyediakan pakej termasuk

Backdrop
Stage
Lighting
Theme Decoration
Table Set-up
Music
Door Gift

Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Di pintu hujung penjuru tuu lah, terletaknya surau yang sangat selesa! Alhamdulillah…

Kemudahan yang disediakan

Surau yang selesa

Scrummy Restaurant & Cafe menyediakan surau yang cukup selesa. Tempat wuduk di dalam surau. Korang tak perlu ambil wuduk kat bilik air. Sangat memudahkan…

WiFi

Macam biasa… Ada Wifi! Laju beb… Boleh lah korang snap gambar dan  berdesup share kat facebook dan instagram. Hehee…

Parking

Kat sini tak susah nak parking. Samada korang boleh jer park kat seberang depan restoran atau paling mudah tanpa kerisauan korang park kat dalam AEON Big. Berlambak parking ada kat sana. Tak jauh pun… Lintas jalan jer. RM2 sekali masuk parking. Settel…

Indoor dan outdoor

Buat yang suka lepak-lepak santai bersama hembusan angin segar , (biasalah bapak-bapak) boleh jer dok kat luar. Nyaman… Masih tetap menerapkan ciri-ciri tenang, santai.

Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis

Amacam… Betul tak cakap Nina, cantik kann restoran ni..? Kalau korang datang sendiri, pasti korang akan terjatuh cinta kat sini. Bukan aje restoran nya cantik, makanan kat sini pun tak kurang hebatnya tau! Sedap….

Menu apa yang Sedap dan best kat Scrummy Restaurant & Café

Ahaa… meh Nina belanja korang cuci mata lak… Tadi mata dah bersinar-sinar nengok romantika kann… Kali ni kasi korang sampai nangis leleh ayaq liuq lak! Titeba mood kejam !! Hahaa

Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Ahaa….!! Ini Beef Burger Meleleh..
Burger ni paling sedap pernah Nina rasa. Isi nya penuh padat dengan daging, lembut, berjuicy dan menepati selera Nina. Kombinasi sos nya yang meleleh sememangnya memukau. Besar tau burger ni. Kekenyangan! Sila kongsi makan ….
Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
tadi beef kan… Ini plak Chicken.
Pun sedap gak! Rangup salutan tepung kat luar ayam tuu boleh buat kita terlupa yang kita dah makan banyak! Hahaa…
Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Ini Chicken Chop Scrummy.
Nyummy seyhhh sos putih nya! Nina suka… sedap!
Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Sirlion Steak.
Lembut berjus… Memang kena ngan kombinasi capsicum yang rangup tuu!
Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Ini antara dessert yang ada..!! Nina dah rasa carrot cake dia. Mmmm…. sedap! Menepati selera Nina.
Ada promosi diskaun tau…!! Selepas 5:30pm 50% diskaun tuk setiap cake … Wallaa

Oh ya…  Ada promosi menarik Sempena Chinese New Year tak lama lagi,  banyakk menu yang sedap-sedap dan berpatutan yang harus korang cuba kat sini. Meh Nina war-war kan tuk korang, senarai menu yang menarik!

Chinese New Year Set

Set 1  = RM48 untuk 2 orang
Sweet Corn Soup
Cantonese Fried Rice
Roasted Chicken
Stir Fried Kailan And Oyster Sauce
Cut Fruit
Chinese Tea (Free Flow)

Set 2 = RM58 untuk 2 orang
Crab Meat Soup
Yong Chow Fried Rice
Chicken Black Pepper
Steammed Fish And Soya Sauce
Stir Fried Broccoli And Tofu
Chilled Longan
Chinese Tea (Free Flow)

Menu 3 = RM68 untuk 2 orang
Hot And Sour Soup
Pineapple Fried Rice
Sweet And Sour Soup
Asparagus Belacan
Fried Prawn With Nestum
Dim Sum (3 pcs)
Chilled Longan And Sea Coconut
Chinese Tea (Free Flow)

Side Order – Vegetable Yee Sang RM 28 Per Plate (for 2 pax)

Waktu Perniagaan
Isnin – Sabtu
8am – 10pm
Ahad – tutup

Hurmm…. Penat dah type membebel ni… Kalau korang nak info lebih detail lagi korang usha kat Facebook Scrummy.Restaurant.Cafe .. atau Instagram Scrummy Restaurant & Cafe , kat sana banyakkkk lagi info terkini promosi yang ada!

Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Pemandangan dari luar. Korang masuk ker simpang HSBC akan nampak Scrummy Restaurant & Cafe kat sebelahnya.

Nah… ni alamat

Scrummy Restaurant & Café
No. 2 Jalan Suppiah Pillay
3rd Mile, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan hubungi
03-4050 5991

Atau email kepada scrummycafe@gmail.com

Landmark : HSBC Jalan Ipoh. Korang masuk simpang HSBC dah nampak Scrummy Restaurant & Café sebelahnya. Cantik tersergam indah. Kalau malam lagi romantik! Senang citer korang *Waze jer lagi senang* hehee…

Scrummy Restaurant Cafe Restoran Paling Cantik Tempat Terbaik sebarang majlis
Santai kan…? Lepak ngan kengkawan pun best ni.. Atau korang nak jumpa client sambil borak pasal bisness juta-juta pun sesuai sangat! Hehee . . . .

Walaupun Scrummy Restaurant & Cafe ini tampak esklusif macam mahal tuk orang ada-ada jer kannn tapi hakikatnya nampak aje… Harga nya sangat berpatutan. Kengkonon event ala hotel tapi di restoran yang cukup indah dengan harga yang mampu dijadikan realiti.

Manalah tahu kot office korang nak buat majlis makan malam ker… Boleh laa hubungi no kat atas tu ehh.. Atau korang nak buat majlis bertunang ke, nikah ke … Wow..!! Gempak seyh… Jangan lupa jemput Nina lak yaa..

Pahatkan kenangan terindah penuh romantik di Scrummy Restaurant & Cafe untuk sebarang majlis keramaian.

 

Related posts:

Roti Telur Cheezy..... menu ringkas buat minum petang anak-anak

Resepi Bubur Lambuk Bonda | menu wajib tiap kali Ramadan Resepi Rahsia Arwah Makcik tersayang

Sebab kotak baru Susu LAZZ ada Omar Hana laaa anak Nina...

Nasi Ayam BAKAR Station PD best LUNCH MURAH SEDAP

Lifestyle Review Tips Burger Meleleh SedapCafe Paling Cantik KLFood reviewInfo - Food ReviewJalan Jalan Cari MakanLokasi terbaik untuk sebarang event majlisSCRUMMY RESTAURANT CAFEtempat makan besttempat makan sedapWestern Food

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (12)

  1. Kak Sue says:
    January 16, 2017 at 9:29 am

    Wah menarik restoran nie Nina..makanan pun semua sedap-sedap..

    Reply
  2. Mazni Azmi says:
    January 16, 2017 at 10:22 am

    Memang cantik hiasan dalaman scrummy cafe ni
    .
    Semoga majulah perniagaannya.
    .
    Sebab zaman sekarang ni ekonomi tengah slow. Bisnes restoran pun modalnya kasar
    .

    Reply
  3. adda syuhada says:
    January 16, 2017 at 10:53 am

    cantik pula makanan dok hias2 tu….patut la cafe pun cntik…

    Reply
  4. cik nor says:
    January 16, 2017 at 11:02 am

    exclusive tempat dia..makanan dia perghh..mengiurkan..:)

    Reply
  5. umminani says:
    January 16, 2017 at 12:37 pm

    Wah menarik.. Jom kak singgah lagi sekali ke sini

    Reply
  6. Rajee says:
    January 16, 2017 at 12:41 pm

    Burger leleh tu ya ampun!!! Tak tahan!!! Nak makan lagi!!!

    Reply
  7. Firzz says:
    January 16, 2017 at 12:56 pm

    Wowwwww…..confirm nak g ni..cari partner jap…

    Reply
  8. mas saari says:
    January 16, 2017 at 2:19 pm

    cantiknya deco cafe dia, pastu bilik solat pun comel dan bersih. menu pulak semua nampak menyelerakan! memang akan jadi pilihan cafe sebegini.

    Reply
  9. mas saari says:
    January 16, 2017 at 2:20 pm

    cantiknya deco cafe dia, menu pulak semua nampak menyelerakan! memang akan jadi pilihan cafe sebegini.

    Reply
  10. rajee says:
    January 16, 2017 at 6:56 pm

    Macam nak lepak sana lagi… Hahahaha

    Reply
  11. Mama Kembar Tiga says:
    January 17, 2017 at 3:02 pm

    Burger leleh beef tu menggodanyaaaa. Kena pi ni.

    Reply
  12. Suriaamanda says:
    January 18, 2017 at 2:58 pm

    Menarik!!! nanti bleh pi cuba….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes