Selepas 40 minggu overdue selamat bersalin normal. Akhirnya! Alhamdulillah. Risau juga kot kena induce. Tapi bila buat senaman ringan, doa . . . teruskan baca ehh
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Bertemu kembali setelah beberapa purnama Nina menyorok dari tirai kamar. Chewahh….!! Purnama konon.. Tak sampai sepurnama pun, adalah dalam 2minggu kot Nina tak update sebarang ceritera. Hang pi mana, pi mana.. pi mana?? #Ehh.. ternyanyi lak lagu Khalifah. Hahaa..
Dah dahh… tak usah layan lagu tu. Meh layan cerita Nina yang dah meletop! Setelah sekian lama Nina berdebar-debar ‘Dupp dapp dupp dappp’ dengar tak bunyi tuu. Hehee… Nina menghitung hari demi hari sehingga lah 40 minggu berlalu.
Sepanjang tempoh dari 38 minggu hingga ke bersalin, kerap gak laa kontraksi palsu dok main cak cak! Aduh…. Gawat aje! Ingatkan dah nak bersalin, tanda nak bersalin !! Tengah malam dok sakit pinggang, sakit kat bahagian ari-ari so Nina pun standby laaa.. manalah tau esok pepagi dah nak bersalin. Tetiba dalam sakit tuu Nina tertido maka ianya adalah palsu semata! Kalau sakit pasti tak boleh tido kann….. “Tipah tertipu bang… Tipah tertipu!” hehee….
Paling merisaukan Nina adalah Nina ni jenis tahan sakit, tapi idok ler kebal yaa… Kalau kebal baik jadi super hero boleh selamatkan bumi. Plak daaa…. Haishh..!! Melalut laa plak. Hahaa… Ok, Mengikut pengalaman sebelum ni, Nina sakit tak lama sangat dan saat pecah aje air ketuban terus rasa nak push! Jangka masa tuu lebih kurang tak sampai satu jam. .. Risau terberanak dalam rumah masa MyGang gi keje dan hanya ditemani dak Eilhan yang tak reti apa tuu… Naya naya…!!

Namun, Segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah… tanggal 31/7/2016 – Ahad (Mygang ada di sisi. Yeayy!!). Lebih kurang sekitar lepas Zohor Nina perasan dah adanya tanda nak bersalin (ada cecair dan sedikit darah). Akan tapi masa tuu kontraksi belum menunjukkan sebarang tanda. Memandangkan jiran ada buat open house, Nina suh MyGang dan anak-anak pegi makan sana dulu. Nina dok aje kat rumah standby apa yang patut. Ambik feel aka menghayati saat kontraksi kononnya…
Bukan apa, karang pi rumah jiran, syok makan, berbual gerenti Nina lagi lupa sakit bersalin tuu, risau lak terbersalin kat rumah jiran. Hehe… (kalau bersalin atas flight ke baru lah best. Untung seumur hidup kann…..? ) hehe . .
Setelah settel mak nenek semua urusan, dan dah rasa nikmat kontraksi maka sekitar jam 4pm kami menuju ke Hospital Selayang. Dalam hati dok berkata-kata “ini lah saat nya.. kali ni bukan lagi palsu”. Selesai pendaftaran, dok atas katil doktor pun sampai. Semasa seisi berbual mesra ‘kononnya’ doktor periksa bukaan pelvik. Ok dah 6cm. Dan….
Air ketuban pun mengalir tanpa diduga. Hohooo . . . . “Doktor, saya nak kasitau ni, selalunya air ketuban pecah tak lama lepas tuu saya dah rasa nak push! Sementara saya kuat ni, bole laa kalau nak tukar katil ke, doktor nak pakai glove ke…”
Nurse senyum-senyum balas “ Doktor, puan ni dah anak ke-5. Dia dah gelak-gelak ketawa bagi signal tuu… Baik kita tolak jer ke labour room”. Nasib baik Nurse memahami. .. Moh ler lekas…
Sementara ditolak ke labour room, Nina pun dok ingat segala step bersalin yang pernah Nina kongsikan sebelum ni. Tips bersalin dengan mudah. Moga kali ni pun mudah hendaknya…. Nervous seyhh…!!

Selepas 40 minggu overdue selamat bersalin normal. Akhirnya!
Alhamdullillah… push pertama keluar kepala dan kemudian tarik nafas sekali lagi dan PUSH! Lahirlah anugerah ke-5 baby girl tepat jam 4.55pm. Syukur Alhamdulillah… Segala nya dipermudahkan dan berjalan dengan cepat dan mudah.
Paling bahagia kali ni… Giler tak mengaku bahagia?? Akhirnya … Diulangi Akhirnya kali ni MyGang dapat temankan Nina kat dalam labour room dan dapat bersama-sama sepanjang proses kelahiran. Bayangkan dah beranak ke-5 baru MyGang melihat saatnya, merasai debarannya, menikmati detiknya… Agaknya apa lah yang bermain kat minda dia tatkala pertama kali bersama-sama teman Nina bertarung melahirkan zuriat. Hurmm…. Macam nak suh MyGang plak tulis type entry pengalaman dia. Ok ke? Hehee . . .
Maklum lah sementara tunggu ward, suasana bilik sebelah menyebelah agak tegang. Terpancar memek muka tak keruan kat wajah MyGang. Seriau kot dok dengar macam-macam kerenah bunyi orang mengerang kesakitan. Ngeri lah tuu …
Biasalah … lain orang lain penerimaan kesakitan mereka. Tak semua orang sama. Rezeki Nina merasai kontraksi yang tak lama, tak terlalu menyeksakan, sakit yang mampu ditanggung badan, mudah meneran dan melahirkan… Ini semua pun rezeki.
Syukur Alhamdulillah… Walau Nina tak kaya berjuta ringgit, Nina punya rezeki yang tak ternilai harganya. Sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Boleh dikatakan kesemua proses kelahiran anak-anak Nina mudah. Tiap insan punya pelbagai bentuk dan bahagian rezeki masing-masing… Yang baik semuanya dari DIA.
Buat mommy yang bakal menimang anugerah tak lama lagi, Perbanyakkan doa dan jaga diri. .. meh baca tips dan petua nak bersalin dengan mudah. Nina doakan moga Allah permudahkan segala urusan, proses kelahiran korang nanti…
Ada masa nanti Nina kongsikan lagi pengalaman Nina dalam pantang lak ya…. Jumpa lagi
Alhamdulilah…seronok kan hubby dapat teman akak dalam labour room…huhh satu pengalaman yg pastinya dia takkan lupakan…tahniah kak nina
Tahniah! Alhamdulillah akhirnya lahir juga Princess ni yer…. Selamat berpantang…
Haa suruh laa your gang tu buat satu entry, pengalaman tu coretkanlah biaq anak anak pun boleh baca nanti
Alhamdulillah… Dapat juga suami Nina merasa pengalaman menyambut kelahiran anak…. First Time yer…
Saya pun pernah sekali jer merasai pengalaman menemankan isteri bersalin…. Masa lahir anak yang ke 3.
– Masa lahir anak yang pertama Flight saya lewat sehari sebelum isteri bersalin
– Masa lahir anak yang kedua di Mukah Sarawak , Suami tak dibenarkan masuk ke dewan bersalin
– Masa lahir anak yang ke 3 – saya dapat bersama dengan isteri
– Masa lahir anak yang ke 4 – Melalui Pembedahan di Hospital Kerajaan -> Suami tak boleh masuk.
Tahniah kak nina, walau za x merasa lagi pengalaman.. tp bakal rase jugak.. feel kak nina cerita mcm terasa gak kat diri hahahaha
comelnya jari baby… rasa nak gigit2 je… hehe… take care nina… kalau ita tak dapat lagi nak bayangkan bersalin tanpa suami.. semua empat anak dia ada… alhamdulillah…
Alhamdulillah…tahniah
SAlam kak nina, lama ida tak jenguk sini. dah bersalin rupanya!!! Tahniah akak.. aumm baby girlll.. cium sikittttt! Selamat hari rayaaaa akakkkkkk ;))
takdan lagi nk p melawat….
Alhamdullillah.. Tahniah sekali lagi Nina. Semoga baby sihat walafiat. Amiin.
Alhamdullillah.. Tahniah kak Nina. Nak tengok pic baby// hehehehe
salam nina…
alhmdllh mudah skali brsalin. skrg udah 6 la yer? 🙂
comelnya tengok tangan baby.. suka bau baby..lain dari yang lain.. Alhamdulillah kak nina.. Tahniah..
comelnya tengok tangan baby.. suka bau baby..lain dari yang lain.. Alhamdulillah kak nina.. Tahniah Kaknina dapat baby..
hai baby..kawan fariza ni..mudahnya akak bersalon..hehe..alhamdulillah..nak tengok baby nanti