Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Bubur Lambuk Bonda menu wajib Juadah Berbuka Puasa
June 7, 2016March 23, 2023

Resepi Bubur Lambuk Bonda | menu wajib tiap kali Ramadan Resepi Rahsia Arwah Makcik tersayang

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Syukur Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa kita yang pertama semalam. Moga kengkawan semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keberkatan hendaknya. Resepi Bubur Lambuk Bonda adalah resepi yang Nina nak kongsikan hari ni sempena Ramadan ke-2 . Resepi asal dari Arwah Makcik Nina yang tersayang. Alfatehah buat beliau. Tak mampu cerita lebih, banjir sini nanti

Isi Kandungan hide
1 Doa Ramadhan : Hari ke dua
2 Bubur Lambuk – Menu Utama Juadah Berbuka Puasa
3 Resepi Bubur Lambuk Bonda
4 Related posts:
5 MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE
6 Ayam Bakar Berempah Mudah Sedap. Menu Jimat Minyak, Kita bako aje!
7 Anak Demam Sawan Tarik.. Bukan sekadar demam biasa. Info penting yang harus ibubapa perlu tahu.... P...
8 Allahu... Asthma menyerang kali ke-2. Nasib baik ada ....

Doa Ramadhan : Hari ke dua

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِي فِيْهِ اِلَى مَرْضَاتِكَ، وَجَنِّبْنِي فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَنَقِمَاتِكَ، وَوَفِّقْنِي فِيْهِ لِقِرَآءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allâhumma qarribnî fîhi ilâ mardhâtika, wa jannibnî fîhi minsakhatika wa naqimâtika, wa waffiqnî fîhi liqirâati âyâtika birahmatika yâ Arhamar râhimîn.

Ya Allah, dekatkan daku di bulan ini kepada keredhaan-Mu. Jauhkan daku di dalamnya dari kemurkaan dan kebencian-Mu, serta bimbinglah daku untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu wahai yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Bubur Lambuk – Menu Utama Juadah Berbuka Puasa

Bubur Lambuk antara menu favorite yang wajib ada bila  tibanya Ramadhan. Kalau tak pekena bubur lambuk seolah tak lengkap bulan Ramadhan. Iyer tak?? Memandai aje Nina ni kann…. Ada orang lain tak kisah pun kalau tak makan bubur lambuk!

Bubur lambuk yang femes kat KL ni tak lain tak bukan kat Masjid Kg.Baru. Sapa pernah rasa? Nina pernah… Memang sedap! Akan tapi, anak-anak Nina lebih sukakan bubur lambuk yang tidak terlalu berempah, tak pedas tapi simple aje.. pernah rasa yang terlalu banyak black pepper. Aduyai… pedasnya! Sakit perut lak lepas tuu… huhuuu . . . .

Boleh katakan tiap tahun tiba Ramadhan Nina akan masak Bubur Lambuk. Tahun lepas pun sama. Bubur Lambuk Pra-Ramadhan yang mudah Nina sediakan untuk family. Tahun ni pun sama… Menu wajib Ramadhan kami. Jadi laaa….

Jom tengok Resepi Bubur Lambuk Bonda style Nina yang mudah ringkas. 🙂

Resepi Bubur Lambuk mudah sedap

Resepi Bubur Lambuk Bonda

Bahan-bahan utama
Beras – dibersihkan dan ditoskan
Air
Udang kering – dicuci bersih dan ditoskan
Daging yang dicincang halus
Halia – letak lebih lagi uummph..!
sedikit rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
Santan
Lada Hitam – ditumbuk halus
Garam secukup rasa

Sampingan
Daun ketumbar – Nina letak banyak!!  Favorite Nina.. hehee . . .
Ikan Bilis – digoreng garing
Kacang Tanah – digoreng garing
Lobak Masin
Cili Potong

Resepi Bubur Lambuk Mudah Sedap

Cara penyediannya
1- Kesemua bahan utama disatukan dalam periuk kecuali santan, lada hitam dan garam . Masak hingga menjadi bubur. Kacau selalu.
2- Setelah masak menjadi bubur mengikut kepekatan yang di inginkan, masukkan santan dan kacau sebati hingga mendidih.
3- Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa
4- Akhir sekali boleh dihidangkan bersama ikan bilis, kacang, lobak masin, cili potong dan daun ketumbar banyak-banyak!. Atau letak lah apa-apa mengikut citarasa masing-masing.

Simple aje kan Bubur Lambuk Nina…?? Tak perlu yang remeh-temeh, yang sarat-barat atau pelbagai menu yang menyukarkan aktiviti seharian kita. Yang penting, kita dapat menghayati maksud sebenar Ramadhan. Yang paling mudah ringkas tu laaa yang terbaik!

Selamat berpuasa!

Related posts:

MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE

Ayam Bakar Berempah Mudah Sedap. Menu Jimat Minyak, Kita bako aje!

Anak Demam Sawan Tarik.. Bukan sekadar demam biasa. Info penting yang harus ibubapa perlu tahu.... P...

Allahu... Asthma menyerang kali ke-2. Nasib baik ada ....

Resepi Tips Bubur Lambukbubur lambuk mudahDOA RAMADHANJuadah Berbuka PuasaJuadah Iftarjuadah ramadhanmenu anak-anakmenu cepatresepi mudahresepi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. adda syuhada says:
    June 7, 2016 at 11:45 am

    ketinggalan betul adda ni sebab tak pernah buat bubur lambuk hihi…

    Reply
  2. Anuar says:
    June 7, 2016 at 3:18 pm

    Bubur lambuk… Bestnya… lama dah tak makan Bubur Lambuk… Dapat makan setahun sekali pun dah kira bersyukur sangat-sangat…

    Reply
  3. eintan nurfuzie says:
    June 8, 2016 at 10:34 am

    nyum2.. sedappnyeeee

    Reply
  4. Faz says:
    August 11, 2023 at 11:06 pm

    kena taruk santan ke?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 11, 2023 at 11:24 pm

      Ya Faz, letak santan sikit membangkitkan rasa lemak dan lebih sedap. Try laaa

      Reply
    2. Nina Mirza says:
      August 22, 2023 at 4:10 pm

      ya Faz, taruk santan sikit lagi sedap! Selamat mencuba

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes