Semua orang tahu nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Ada yang cakap, mana boleh tinggal, tak makan nasi! Tak makan nasi nanti rasa ketaq, gigil weyhh… Pernah dengar kan? Hari ni nak share tips cara masak nasi sihat paling mudah. Hanya perlu bahan tambahan yang ada je kat semua orang punya dapur. 3 bahan itu adalah VCO + halia dan bawang putih. Mudah kannn? Hasilnya nasi yang kita masak tu lebih sihat dan sedap! Ramai tak buat lagi, korang boleh lah cuba
Nasi biasa jadi lebih sihat berkhasiat dengan tambah 3 bahan ni je
“Eh bau apa ni wangi semacam?” – Haaa .. kalau korang pernah masak nasi campur halia + bawang putih + minyak kelapa (VCO) dan sesekali letak daun pandan jugak, confirm jiran sebelah pun terliur! Bukan setakat wangi dan sedap, tapi rupanya penuh dengan manfaat untuk kesihatan dan badan. Jom kita sembang santai sikit pasal kenapa korang kena mula amalkan cara masak nasi macam ni. Buat yang tak makan nasi, kiranya cerita hari ni bukan untuk korang. HEhee

Kebaikan VCO dalam nasi
- Minyak kelapa dara (VCO) ni bukan minyak biasa-biasa. Dia lemak baik yang bantu kesihatan korang
- Stabilkan tenaga (takde la makan nasi je terus mengantuk macam kena pukul bantal)
- Kawal gula darah (bagus untuk yang tengah jaga berat atau ada masalah gula tinggi)
- Bantu perut hadam nasi lebih selesa
- Bau dia pulak… macam nasi kampung yang mak kita masak masa kecik-kecik dulu.
- Campak je 1-2 sudu besar masa masak nasi. Tak payah tumis pun dah cukup umphh!
HALIA
Halia ni ibarat tukang penangkap angin dalam badan. Kerja Halia ni tukang “pembersih dalaman”. Korang yang selalu rasa sebu lepas makan? Senang angin? Perut rasa tak tenteram? Solusi nya masukkan halia dalam nasi.
Manfaat Halia dalam nasi
- Buang angin
- Bantu penghadaman
- Legakan perut gastrik ringan
- Panaskan badan sikit (sesuai musim hujan atau angin kuat dalam perut)
- Membantu melancarkan proses penghadaman
- Lagipun bau halia ni sedap wei bila bergabung dengan VCO dan bawang putih.

Manfaat Kebaikan Bawang Putih dalam nasi – Kecil Tapi Power!
- Masukkan bawang putih dalam nasi mampu membantu turunkan paras kolesterol
- Baik untuk jantung
- Ada sifat anti-virus dan anti-bakteria (macam pengawal keselamatan badan korang)
- Elak angin masuk, angin keluar tanpa salam
- Ketuk je 2-3 ulas dan campak dalam periuk nasi. Simple je! Kalau Nina suka masukkan aje selabu bawang putih, nanti nasi dah masak, makan gitu aje bawang putih ni. Sedap! Rasa macam kentang.
Kombinasi POWER ni bantu tingkatkan kesihatan lebih baik . Korang cuba lah amalkan dan rasa perbezaannya!
- Kurangkan lesu lepas makan
- Lawas dan tak sembelit
- Kurang perut buncit angin
- Bertenaga lebih lama
- Rasa nasi pun lebih sedap walau makan dengan telur goreng je
Lagi best, korang tak payah tambah perasa atau minyak berganda. Nasi tu dah cukup complete, sihat dan beraroma.
Cara Masak Nasi Sihat
Mudah (Tak Sampai 5 Minit Nak Sediakan)
Bahan
2–3 ulas bawang putih (tak payah buang kulit, cuci bersih)
3-4 hiris halia nipis
1–2 sudu besar VCO
1-2 helai daun pandan. Optional
2 cawan beras
Air secukupnya

Cara Masak Nasi Sihat
1. Cuci bersih semua dan masukkan semua bahan dalam periuk nasi
2. Sukatan air ikut macam biasa , kacau sikit biar mesra
3. Tekan ‘cook’ dan tinggal.
Siap! Nina suka gembur-gemburkan nasi sebelum makan.
Korang suka gembur ke biar je?
Bersederhana dalam semua perkara termasuk kesihatan
Okies, seterusnya Nina just nak share pendapat Nina je tau. Tak setuju? Chill, kita kan boleh agree to disagree, takde hal – kita semua ada cara masing-masing. Nina ni bukan doktor, bukan saintis, bukan pakar nutrition, bukan juga coach kesihatan. Nina cuma suri rumah sepenuh masa… sepenuh hati… dan sepenuh pinggan orang rumah. HAhaa..
Nina percaya, setiap rezeki dan makanan yang kita tu ada manfaat dia. Tak kisahlah nasi ke, keledek ke, tempe ke – janji kita tahu kenapa kita makan, bukan ikut-ikutan. Ini cara Nina urus diri dan keluarga tak semestinya betul untuk semua orang, tapi yang pasti ianya sesuai untuk Nina dan bajet dapur Nina yang tak berapa nak bajet nih! Untuk keluarga anak ramai macam Nina, sumber karbo paling bajet ialah nasi. Huhuuu…. Nina percaya setiap rezeki yang masuk mulut kita, Allah kurniakan dengan manfaat dan kelebihan tersendiri untuk kita. Janji kita makan dengan ilmu, bukan dengan emosi. Kalau cara Nina sesuai dengan orang lain, alhamdulillah. Kalau tak, pun takpe – kita sambung makan dengan bahagia masing-masing. Jangan take serius sangat ehh…
Tugas nasi sebagai karbohidrat
- Membekalkan tenaga – sumber utama tenaga untuk tubuh.
- Menyimpan tenaga – disimpan sebagai glikogen dalam hati dan otot.
- Membantu fungsi otak – glukosa penting untuk fungsi otak yang optimum.
- Menyokong sistem pencernaan – serat membantu pergerakan usus dan elak sembelit.
- Menjaga kesihatan usus – serat prebiotik menyokong bakteria baik dalam usus.
- Menjaga keseimbangan gula darah – karbohidrat kompleks membantu kestabilan gula darah.
- Bahan binaan struktur sel (tertentu) – seperti glikoprotein dalam membran sel.
Kenapa makan nasi tu penting?
Sebab nasi tu macam pekerja yang ada diploma — dia tau kerja dia bagi tenaga. Tapi kalau awak tak bagi dia masuk badan langsung, dia blur lah… masuk-masuk je terus lost, ‘Eh aku nak buat apa ni? Dia ni anti-nasi kot, aku malas la kerja.’ Tu yang orang kata nasi jadi bodoh tak tau nak buat apa, bila dia masuk badan orang yang benci dia. Sudahnya tersimpan dan kekal jadi lemak. Kesian tau.”
“Padahal kalau awak masak nasi elok-elok— letak minyak kelapa dara (VCO) sikit, halia, bawang putih… haaa kan sedap, sihat, siap boleh turunkan indeks glisemik (GI). Kau tolong dia, dia tolong kau. Win-win. Biarlah nasi buat kerja dia. Kita ni je kadang overthink macam nasi tu bekas toxic ex. Padahal dia cuma nak tolong bagi tenaga.”
“So moral of the story — jangan salahkan nasi, salahkan cara kau treat dia. Bagi dia ruang, bagi dia tools nak berjasa, insyaAllah dia perform!” Terasa macam lawak antarabangsa lak kannn tapi ianya benar!
iyer ke makan nasi gemuk?

Sejujurnya apa yang Nina citer ni based true story Nina sendiri. Bila badan kurang khasiat karbo akan ada efek lain samada kita perasan atau sengaja diri sendiri menafikannya. Antaranya kulit jadi kering, sensitive, kurang bermaya, kurang berseri, muka tiba-tiba breakout, hormon tak stabil, kuku rapuh, rambut gugur dan banyak lagi malas nak citer. Sadis! Punca – mereka ini tak cukup khasiat sebab bekalan sumber untuk mereka terpaksa keje lebih sebab kena ganti tugas karbo. Huhuu…
Bila kurang protein, serat (fiber), dan mineral dalam diet — kecantikan dalaman dan luaran akan terjejas dengan ketara Kalau asyik elak nasi (atau apa-apa karbohidrat) dan hanya makan protein, fiber, dan mineral je, badan memang boleh berfungsi… tapi ada harga dia, terutama dari segi kesihatan dan kecantikan.
Cara kira BMI

Kecantikan Kesihatan saling penting
Karbohidrat = tenaga
Protein = bina kecantikan
Fiber = buang toksin
Mineral = kawal hormon dan fungsi kulit.
Kurang salah satu? Badan akan ‘tunjuk’ melalui rambut, kulit, kuku dan mood.
Nak sedap, nak sihat, nak berjimat? Ni la rahsia paling win-win-win. Makan dengan bersederhana, nikmati lah makan dengan cara suku suku separuh. Try la buat cara masak nasi sihat ni sekali sehari selama patploh hari berturut-turut… lepas tu korang sendiri akan rasa beza dia. Badan rasa ringan, makan pun puas hati. Eh! Aku boleh je makan nasi rupanya. Jaga portion tau! HAhaaa
Selamat mencuba dan jangan lupa share dengan kawan satu kampung! HAhaa
Tak cukup karbohidrat = badan jadi macam pekerja disuruh kerja tapi tak dapat gaji. Akhirnya, dia jual meja pejabat (otot sendiri) nak survive. So, jangan takut makan nasi… bagi je dia kerja!
ulang ulangggg – Jaga portion tau! Dan jangan lupa bersenam. Brisk walk senaman paling mudah. Ajommm…