Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

AEON GOAL BONANZA X ROBBIE FOWLER WORLD CUP FIFA
November 17, 2022

AEON GOAL BONANZA X ROBBIE FOWLER WORLD CUP FIFA FOOTBALL LEGEND

AEON Goal Bonanza X Robbie Fowler World Cup FIFA legend bola sepak ternama Liverpool kini akan berada di Malaysia! Vavava… Dasyat weyhh! Sapa tak kenal Robbie Fowler, nama penuh beliau Robert Bernard Fowler merupakan seorang bekas pemain bola sepak profesional Inggeris dan pengurus yang pernah bertanding sebagai penyerang dari tahun 1993 hingga 2012. Legend Football!

Isi Kandungan hide
1 AEON Goal Bonanza X Robbie Fowler World Cup FIFA
2 Sesi Ramah Mesra Bersama Lagenda Bola Sepak Robbie Fowler
3 AEON GOAL BONANZA X ROBBIE FOWLER WORLD CUP FIFA
4 Related posts:
5 Satu keluarga, seluruh kampung masuk air! Lawak giler Drama KAMPUNG PEOPLE! Tengok jangan tak tengo...
6 KITSUI REVIEW PERBEZAAN ANTARA PRODUCT WHITENIN BB DAN VITAMIN C + sHINE
7 How to evaluate property investment returns
8 REVIEW SUNSCREEN TERBAIK PALING BAGUS MURAH BEST

Okies sedikit info tentang Robbie Fowler
Robert dilahirkan di Toxteth, Liverpool dan dibesarkan di kawasan bandar dalaman Liverpool. Walaupun dia peminat Everton sejak kecil, kerjaya Robert bermula dengan penglibatan dengan Liverpool. Robert muncul untuk kali pertama untuk England pada 27 Mac 1996 sebagai pemain pengganti pada minit ke-76 dalam perlawanan persahabatan yang berkeputusan 1-0 menentang Bulgaria di Stadium Wembley.

Selepas kembali ke England, Robert bekerja seketika dengan Milton Keynes Dons dari League One mengikut permintaan untuk membantu pekerja latihan kelab itu. Sebagai penjaring gol terkenal, Robert merupakan penyerang cepat and bijak mengambil kesempatan dengan kebolehan teknikal bagus. Sepanjang kerjaya pemainannya, Robert ditaja syarikat pakaian sukan Nike dan muncul dalam iklan Nike. Robert berkahwin dengan Kerrie pada 9 Jun 2001 di bandar Dun di Scotland. Dan sekarang beliau merupakan ketua pelatih Bisbane Roar FC

AEON Goal Bonanza X Robbie Fowler World Cup FIFA

Ikutkan Nina takde lah minat sangat bola sepak ni sebab kebiasaanya aktiviti bersama family pun setakat brisk walk senaman paling mudah untuk saja basahkan ketiak, lencunkan baju. HAhaa.. Tapi layankan jugak tonton Piala Dunia tapi memandangkan Geng pun minat, nak tak nak secara tak langsung jadi terambik tahu lah juga.  Kali ini Piala Dunia di Qatar dan seperti biasa walaupun Geng minat takde lah sampai nak book tiket pi tonton live kat sana. Rakyat Marheann biasa laa..

Seperti biasa selalu nya kitaorang tonton live Piala Dunia kat TV je , paling lebih pun port kat mamak dengan kengkawan. Moment ni bukan boleh dapat hari-hari kann..  Memang meriah lagi happening bila tonton sama kengkawan keluarga. Tapi tapi  . . .

Tahun ni bila dapat tahu je AEON Mall mengadakan AEON Goal Bonanza kolaborasi bersama Robbie Fowler hati ni jadi tak keruan. Hello, Robbie Fowler datang Malaysia weyhh!
Bukan tu aje, kita boleh tonton live sama-sama dengan beliau. Sila lah percaya! Serius tak tipu.
Jap Nina share poster dari AEON Mall.

AEON Goal Bonanza X Robbie Fowler World Cup FIFA

Haa… tengok tengok! Betul kannn?

Sesi Ramah Mesra Bersama Lagenda Bola Sepak Robbie Fowler

Robbie Fowler akan hadir untuk sesi ramah mesra bersama penyokong serta peminat pengunjung AEON Mall.

AEON MALL Ipoh Klebang – 20hb November 2022
AEON MALL Shah Alam – 22hb November 2022

Alahai . . .  Beruntungnya orang yang tinggal di kawasan Ipoh dan juga sekitar Shah Alam kannn?
Bersenang lenang lah mereka boleh turut serta AEON Goal Bonanza dan jumpa dengan Robbie Fowler – lagenda bola sepak dari England ni. Bukan selalu ada peluang gini kann?  Tapi nak seribu daya tak nak berjuta dalih. Iyer tak?

Ada lagi!

Korang  juga berpeluang memenangi Pass VIP Robbie Fowler dengan pembelian RM580 (bukan ahli AEON) dan RM480 (AEON members/AmBank Credit Card). Apa tuu, apa tuuu..??
Bukan takat dapat berborak dan selfie je, dapat menonton perlawanan antara England dan Iran secara live bersama Robbie Fowler weyhh.. di AEON Mall Tebrau City, Johor pada 21hb November 2022 ini.

AEON GOAL BONANZA X ROBBIE FOWLER WORLD CUP FIFA

Bermula 15hb hingga 25hb ini pelbagai aktiviti akan diadakan di AEON Goal Bonanza  dan korang berpeluang memenangi barangan merchandise Piala Dunia yang ekslusif. Gempak gempak!
Sapa yang pasangannya hantu bola memang sesuai lah korang beli dan jadikan hadiah buat yang tersayang. Sure berbunga-bunga hati sidia menerimanya.

Korang kena pi tengok snediri sebab terdapat banyak pilihan barangan pasukan kegemaran korang. Atleast dapat kan selai tshirt ke kannnn, sure lagi terasa kemeriahkan Piala Dunia kali ini dengan penuh ceria dan bergaya. Perghhh..!!

Ale ale ale!  Jommm pegi  AEON Mall yang terlibat dan semarakkan lagi kemeriahan kejohonan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 kali ini. Korang rasa-rasa yang akan menang dan menjulang Piala Dunia FIFA 2022 kali ini?

Related posts:

Satu keluarga, seluruh kampung masuk air! Lawak giler Drama KAMPUNG PEOPLE! Tengok jangan tak tengo...

KITSUI REVIEW PERBEZAAN ANTARA PRODUCT WHITENIN BB DAN VITAMIN C + sHINE

How to evaluate property investment returns

REVIEW SUNSCREEN TERBAIK PALING BAGUS MURAH BEST

Review 38th AEON AnniversaryAEONAEON GOAL BONANZAAEON MallAEON MALL Ipoh KlebangAEON MALL Shah AlamAEON Mall Tebrau CityFootball LegendJohorLimited EditionMeet And Greetmerchandise ekslusifRobbie FowlerTonton liveVIP PassWorld Cup FIFA

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Sally Samsaiman says:
    November 17, 2022 at 8:25 pm

    Bestnya kempen niii sbb ada peluang jumpa Robbie Fowler!!

    Reply
  2. bitlife says:
    December 8, 2022 at 4:55 pm

    Your help improved my cooking abilities.

    Reply
  3. drift boss says:
    December 19, 2022 at 12:35 pm

    This is great post! I will follow you

    Reply
  4. Fast Speed VPN says:
    January 17, 2023 at 6:07 pm

    I Admire the FIFA World Cup. I frequently play football, therefore your message is really moving to me and shows that you have a wealth of knowledge. I’m happy to have read your article and will return to this website. Observe it.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes