Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE
December 17, 2019January 3, 2020

Satu keluarga, seluruh kampung masuk air! Lawak giler Drama KAMPUNG PEOPLE! Tengok jangan tak tengok

Korang dah tengok ke belum drama trending yang huru hara lawak sakan Drama Kampung People!  Seluruh kampung masuk air korang…  Kejung perut dok gelak ngan telatah depa semua.

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE TV3
2 Related posts:
3 JAKEL Promosi Baju Raya Design Terkini | rugi tak rebut peluang ini!
4 Kuey Teow campak-campak jadinya.... nak cepat punya pasal~
5 Mee Goreng KasihKu Ramadhan menu mudah dan cepat buat tetamu....
6 Hitam hitam si tampok manggis, Walaupun hitam itu lah paling sedap dimakan.. Daging Masak Kicap lema...

Drama yang cukup santai,  menghiburkan malam korang seisi keluarga.  Setiap watak ada personaliti mereka yang tersendiri.  Punya karektor yang rare!

Elly Mazlein dengan Rashidi Rashid ada habit pillow talk sebelun tido memang memberi aura positif walau hakikatnya depa tu plan nak bercerai memula.

Eh…  Baik korang baca Sinopsis Drama Kampung People ni kot ada yang baru TER tonton lepas trending meletop ni..  Drama ni banyak pengajaran tersurat tersirat kisah kehidupan kita seharian.  Ikatan kekeluargaan Razif sentiasa saling memerlukan antara yang perlu kita contohi.

Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE TV3

Keluarga Razif  lakonan Rashidi Ishak dan Mona (Elly Mazlein) hidup penuh kemewahan. Kerjaya Razif sebagai akauntan dengan gaji yang lumayan,  serba serbi ada lengkap dalam rumahnya bersama beberapa orang pembantu rumah. Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE

Walaupun kelihatan bahagia, Razif dan Mona dah lama tak sehaluan tapi mereka tetap hidup sebumbung. Satu hari Razif memberanikan diri meluahkan tentang status hubungan mereka dan gembiranya Razif rupanya Mona juga bersetuju untuk berpisah. Merancang untuk berpisah tapi lain pula yang jadinya…

Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis.

Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE

Agent Shukri ( Fizz Fairuz ) dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan.

Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Sesuatu yang tak terlangkau dek minda mereka. Terpaksa tinggalkan kehidupan serba mewah mereka dan kehidupan mereka berubah 200%!

Oh no..!! Nama Razif tukar jadi Abu seorang petani moden yang berjaya padahal Razif manalah tahu bercucuk tanam. Mona jadi Aminah seorang surirumah. Selama ni segala tugasan rumah pembantu rumah yang buat kini dia kena buat sendiri. Huhuu . . . . Kedua-dua anak mereka yang over manja tak pernah buat keje rumah terpaksa melakukan semuanya sendiri.

Pelbagai kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung. Bagaimana kah Razif dan keluarga nya menjayakan watak identiti baru mereka? Terselamat kah mereka dari buruan Kumpulan Cengkih Manis?

Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE

Nantikan drama komidi bersiri Kampung People di slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. Ditayangkan bermula 11 Disember, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : KAMPUNG PEOPLE
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP :
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PRODUKSI : Kl Motion Picture
PELAKON : Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Shah Kimin, Haeriyanto Hassan, Shahkimin, Azwan Razali

WATAK PELAKON
Rashidi Ishak sebagai Razif / Razif
Elly Mazlein sebagai Mona / Aminah
Riena Diana sebagai Laila
Kamarul Eqifshah sebagai Adam
Shah Kimin sebagai Ismail

So kot korang terlepas tonton silaaa pi Tonton Online Kampung People Youtube TV3 Malaysia Official tau. Lawak habis beb! Hadoi…  Watak depa ni semua masuk air! Tengah suka tengok Laila dan Jekfer!  Sweet lawak yang mantap tak bosan langsung.

Related posts:

JAKEL Promosi Baju Raya Design Terkini | rugi tak rebut peluang ini!

Kuey Teow campak-campak jadinya.... nak cepat punya pasal~

Mee Goreng KasihKu Ramadhan menu mudah dan cepat buat tetamu....

Hitam hitam si tampok manggis, Walaupun hitam itu lah paling sedap dimakan.. Daging Masak Kicap lema...

Lifestyle Review Drama 10pmDrama sangatElly MazleinRashidi IshakRiena DianaSinopsisSinopsis Drama KAMPUNG PEOPLETV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. umi nazrah says:
    December 17, 2019 at 2:19 pm

    alah dah start rupanya. terlepas ketapi la ni. hehe. nasib baik boleh tengok kat tonton ^_^

    Reply
  2. Pingback: Sinopsis Drama TITIAN TAKDIR TV3 - Nina Mirza
  3. Pingback: SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI Drama Aeril Zafrel dan Nabila Razali
  4. Pingback: Sinopsis Drama THE GADIS TV3 arahan Liyana Jasmay
  5. Pingback: KAMPUNG PEOPLE 2 - Lebih kecoh, lawak sakan weyhhh...!!
  6. Pingback: Sinopsis Drama ANGKARA CINTA lakonan Hun Haqeem Meerqeen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes