Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 5, 2017July 5, 2017

Ppsstttt… Nina beraya kat Teratak Che Mat Gebu memang penuh misteri …. Camner orangnya..??

Isi Kandungan hide
1 Che Mat Gebu
2 Related posts:
3 Terkini! UTC dah tukar waktu operasi 2019 seluruh Malaysia
4 Sinopsis Drama KISAH CINTA KITA BEST! Tonton Online Episod Akhir
5 Kat mana makanan Jepun Halal? KONICHIWA CAFE BANGI
6 CARRIE JUNIOR - terbaru koleksi mainan comel SUKAN RIA

Acececehhh… Jangan muntah nengok Nina kengkonon posing control cun ayu lagi sopan ala wanita melayu terakhir gitu bersama si tiffin biru. Senyum sengeh dah macam popia simpul. Hehe..

Sapa terror tau Nina kat mana ni..?? Lokasi nya kat Sedenak. Hurmm… Macam biasa dengar kan..? Jeng jeng jengggg … Ini lah empunya teratak yang penuh misteri tuu… Sapa dia?!

Dengar misteri jer tetiba rasa suspen kan..? Mau tak suspen, sapa pun tak pernah tahu orang nya gi mana. Melainkan yang dah pernah bersua bertentang mata ngan dia. Ahaa… Misteri sangat kan..

Che Mat Gebu

Aha.. Nak kasitau ni. Nina kat rumah Che Mat Gebu … Sapa aje yang tak kenal. Giler laa kalau korang bilang tak kenal..!! Hey hey.. Mat Gebu adalah insan yang paling femes di kalangan blogger masakan. Tak lokek ngan ilmu resipi dan tips masakan. Pi ketuk ketampi kalau korang tak kenal..

Aduh … seronok weyyy dapat merasa Tart Nenas air tangan Che Mat. Macam nak habiskan semua jer…!! Buruk perangai Nina ni… hahaa

Ni nak citer, Raya tu hari Nina sekeluarga beraya kat Singapura. Dah bertahun tak balik raya sana. Gumbira seyhh… Dalam pada tuu kann… Hati ni dok berkira-kira alangkah indah nya dunia kalau perjalanan balik KL nanti Geng bawak Nina singgah rumah Che Mat . Tapi … “nak tanya ke tak, nak tanya ke tak??” Risau Geng tak setuju. Maklum lah kami ni konvoi ngan family mertua.

Ku gagahi niat di hati dengan segunung Kinabalu dan setinggi KLCC harapan nya. Tanya kan juga kot berjaya. “Abang, on the way balik KL kita singgah rumah Che Mat nak? Kecewa hati ni kalau dah lalu JB tapi tak kesampaian singgah sana” chewah… pujuk sikit kot dapat ya tak… Tak cuba tak tahu. Sendiri rugi..!!

“ Boleh laa.. tanya dia dulu kalau dia free leh laa singgah” selamba jer Geng jawab. Ya Allah … !! Yeayy yeahhhh horayyy..!! Sambil lompat bintang Nina dibuatnya. *Lompat dalam hati jer* Tak sanggup lompat depan dia, kang kata buang tebiat ke hapa! Haha..

tengok tuu … Alahai cantiknya..!! Nipis-nipis lapisan Kek Lapis Che Mat. Sayang nak makan.

Sebenarnya ni dah kali ke-2 Nina bersua bertentang mata ngan Che Mat. Kali terakhir rasanya dah 6 tahun lalu. Che Mat masih tak berubah. Sama macam dulu orangnya. Masih peramah, humble, mesra alam macam kita ni tiap hari dok nyembang main masak-masak kat tingkap dapur dia jer.. *ada aje citernya*

Terima Kasih banyak Che Mat sudi undang Nina ke teratak Che Mat. InsyaAllah ada masa kita bersua lagi ehh…

Korang jangan mengade tanya mana gambar Che Mat ehh… Bababbb kang..!! Memang tak laa Nina nak tunjuk. Ben Ashaari jiran Che Mat yang dah 30 juta kali pegi pun tak pernah tunjuk gambar Che Mat. Ini kan Nina yang baru dua kali pi sana. Korang nak tahu orangnya kena lah pi tengok sendiri. Hehehe . . .

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin

Kek Buah Che Mat ni, sedap dia sangatttt sedap! Lain kali nak tapau boleh? Ppsstt… Sekali ngan Kek Lapis Mint hijo tuu..! HAhah… Larikkkk >>>>>>>

Banyak lagi nak citer,  rare kan..?? Ni haa baby lyssa dah bangun lak..  nanti laa sambung ehh… entah bila nantinya huhuu

Related posts:

Terkini! UTC dah tukar waktu operasi 2019 seluruh Malaysia

Sinopsis Drama KISAH CINTA KITA BEST! Tonton Online Episod Akhir

Kat mana makanan Jepun Halal? KONICHIWA CAFE BANGI

CARRIE JUNIOR - terbaru koleksi mainan comel SUKAN RIA

Lifestyle Aidilfitri 2017Che Mat Gebutiffinbiru.comTop Blogger

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (18)

  1. Julia Johari says:
    July 5, 2017 at 7:45 am

    Puas hati beraya rumah che mat mcm2 kak nina leh jamu selera…baby lyssa nak bergambar juga tu kak hehe

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 5, 2017 at 8:44 am

      Seronok Juju.. Ada masa ke JB Juju singgah laa,, Rare you!

      Reply
  2. sal says:
    July 5, 2017 at 8:04 am

    best nyer k.nina..tiap tahu Sal beraya Johor pun tak sempat nak bersua lagi dgn Che Mat..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 5, 2017 at 8:46 am

      Sal, alahai …. Rugi nya tak pi singgah. Best oo… Kalau boleh rasa nak pindah dok sebelah rumah Che Mat. Hehe

      Reply
  3. mas saari says:
    July 5, 2017 at 8:34 am

    Bestnya dapat raya rumah Che Mat, mesti puas makan makanan yang sedap² kan?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 5, 2017 at 8:43 am

      Puashati Mas… Layanan Che Mat terbaik! Seronok sembang ngan dia

      Reply
  4. cik nor says:
    July 5, 2017 at 8:59 am

    sdapnya nampak kek lapis tu..:)

    Reply
  5. Anuar says:
    July 5, 2017 at 9:47 am

    Wah Suspen…. Teringin betul nak tengok gambar Che Man… Selama ni kenal melalui blog sahaja… Saya start baca Blog Che Mat sejak tahun 2011-2012… Tapi sampai sekarang tak pernah tahu macam mana rupa orangnya..

    Reply
  6. dorsett pink says:
    July 5, 2017 at 11:00 am

    Bestnya kak nina dapat jumpa che mat…. Kita memang suspen nak tahu macam mana rupa che mat kat alam reality.. Hopefully, one fine day dapatlah saya ketemu che mat in person..

    Reply
  7. zai zamree says:
    July 5, 2017 at 11:00 am

    seronoknya dpt beraya & jumpa che mat gebu

    Reply
  8. Zie says:
    July 5, 2017 at 8:41 pm

    Untungla..kita sekadar bc vlog je..jpe xmungkin…

    Reply
  9. umminani says:
    July 6, 2017 at 9:28 am

    suspen nya..tapi makanan amat menarik perhatian owhh

    Reply
  10. Uyul Rosli says:
    July 6, 2017 at 11:22 am

    hao nina. selamat hari raya. thanks sudi drop komen dalam fb uyul. uyul da masukkan dalam bloglist julai. jom laa ke blog uyul.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    Reply
  11. Mama Kembar 3 says:
    July 8, 2017 at 12:22 am

    Bestnya nina dapat jumpa CMG, dapat rasa masakan dia…bestnyaaaaa!

    Reply
  12. mama pipie says:
    July 8, 2017 at 12:12 pm

    sedapnya makanan kat umah cik mat ni..

    Reply
  13. Haida Eyda says:
    July 8, 2017 at 6:42 pm

    Seronoknyaaa… slama ni dok tgk resepi dia je…

    Reply
  14. yanieyusuf says:
    July 13, 2017 at 3:26 pm

    huwaa jeles lah.. kaknina dah sampai.. teringin nak sgah rasa masakan Mat Gebu tau…

    Reply
  15. nadia johari says:
    August 10, 2017 at 2:50 am

    che mat hensem orangnya..hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes