Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama NUR 2 2019 Samarinda TV3
April 2, 2019August 25, 2023

DRAMA NUR 2 Full SINOPSIS – Samarinda TV3

Setelah tamatnya Drama Cinta Tanpa Henti , yang di tunggu-tunggu pun tiba.  Tahun lepas ia menjadi  fenomena  – Drama NUR. Lebih 17 juta penonton mengikuti drama NUR yang sarat dengan pengajaran yang cukup mendalam. Pelbagai reality kehidupan di kupas dalam drama NUR 2018. Kesinambungan kembali lagi. Jom baca Sinopsis Drama NUR 2 2 TV3

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Nur 2 Slot Samarinda TV3
2 Sinopsis Drama NUR 2 TV3
2.1 Siapa laaa plak Juita
2.2 Sinopsis NUR 2 TV3
2.3 Hamadi ni pun banyak hal! Apa lagi kisahnya
2.4 Sinopsis Drama NUR 2 TV3
2.5 Related posts:
3 Apa yang korang tahu tentang Logo HALAL JAKIM?
4 Day 3 - Eilhan tadika, Mama lak yang syahdu. Huwaaa . . . .
5 Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur
6 Buffet Ramadhan 2016 di Restoran Istana Bambu | Sedap..!! Berpatutan..

Jeng jeng jengggg…. Fenomena ini kembali lagi…
NUR 2  bakal ditayangkan di TV3 mulai malam ini mulai 2 April 2019. Setiap Isnin – Rabu 10pm.

Dengar cerita Drama NUR 2 2019 lebih extreme , lebih mendebarkan, lebih menyentuh perasaan. Fuuhhh … Yang NUR lepas pun dah cukup menyentuh perasaan. Kelam kelibut kecamuk emosi ni dibuatnya . Geram menyampah,  sumpah seranah pun ada sambil tonton. HAhaa… Nina sendiri tak sabar nak tonton kesinambungan Drama NUR ini.

 Sinopsis NUR 2 TV3 Full Sinopsis Drama Samarinda

Okey … Jom baca Sinopsis Drama NUR 2 2019 TV3 ni. Ambik nafas dulu …tiup.. nafas.. tiup…
Cehhh … Berdebar lak nak citer eh type. HAhaa.. Ok poyo!

Sinopsis  Nur 2 Slot Samarinda TV3

Nur 2 (2019) ialah sebuah drama televisyen yang bersifat Islamik dan sarat dengan pengajaran. Drama ini menfokuskan tentang perbezaan kehidupan masyarakat yang dilabel sebagai golongan ‘pendosa’ dan juga golongan ‘beriman’ daripada perspektif masyarakat sekeliling.

Antara watak penting yang kita nantikan perubahannya adalah Kak Aisyah dan suaminya Syed Hamadi. Opkos ternanti kesinambungan watak mereka. Derang laaa punca segala permasalahan! Kannn…??

 Sinopsis NUR 2 TV3 Drama Samarinda Hamadi dan Aisyah

Adakah Aisyah masih membuta tuli setia dan taat kepada suaminya. Adakah Hamadi masih lagi belum bertaubat dan masih menipu duit masjid di belakang isteri dan bapa mertuanya? Geram tul ngan watak Hamadi ni last year. Tahun ni kot dia dah insaf ker kann…??

“Malam ini aku ceraikan kau dengan talak satu!” Ustaz Adam
tak leh lupa riak angkuh Ustaz Adam saat melafazkannya pada Nur yang lepas. Huhuuu . . . .   Adakah ianya akan berulang kembali? Apa punya soalan daaaa Nina ni? Sure bikin korang lagi tak keruan kannn.. HEhee

Sinopsis Drama NUR 2 TV3

Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati.  Biasalah makcik bawang ramai laa ni!

Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji mereka. Jiran jiran kat situ kebanyakkanya kerja malam, siang depa nak tido, bebudak lak excited mengaji. Kuat laa sikit. Kelas mengaji Nur yang semakin mendapat sambutan, sebab kan menghormati kejiranan maka Nur dan Ustaz Adam terpaksa  mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong gelap itu.  Nur begitu telus merelakan dan memberi sokongan pada Ustaz Adam sentiasa saban hari setiap malam ke lorong gelap itu. Niat di hati dengan tujuan Ustaz Adam dapat membawa hidayah pada insan yang ada di lorong itu tempat di mana Ustaz Adam temui Nur dulu. Seperti mana Ustaz Adam mampu membawa Nur keluar dari lorong gelap itu

Siapa laaa plak Juita

Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

 Sinopsis Drama NUR 2 Samarinda TV3 10pm

Nur membenarkan Ustaz Adam untuk berkawan dengan Juita. Sekaligus kononnya  menjadi sahabat baik Nur juga. Alahai… Baiknya Nur! Namun, kepercayaan Nur pada Ustaz Adam membuatkan kebahagiannya hampir tergadai.

Apa yang terjadi? Alahai… confirm pedih mata, bengkak mata episod ni.

Sinopsis NUR 2 TV3

Dalam drama Nur 2, ada watak baru bernama Juita yang dilakonkan oleh Azar Azmi. Fuhhh … sapa dia ni? Hadoi … Ni yang buat saspen ni..!!  Ia adalah watak sampingan antagonis yang bakal menjadi dalang dalam rumahtangga Nur dan Ustaz Adam. Oh tidakkkkk…!!!

Juita adalah seorang yang tidak dapat dijangka tindakannya. Sanggup lakukan apa saja asalkan impiannya tercapai. Parah parahhh!

Apakah yang akan dilakukan Juita untuk meruntuhkan mahligai Nur? Mungkinkah badai melanda hubungan Nur dan Ustaz Adam dan Nur dianiaya sekali lagi? Alahai … Sian Nur. Korang siap-siap tisu berkotak-kotak eh tuk episode ni. Huhuuu . . . .

Sinopsis NUR 2 TV3

Okey … Confirm kali ni team Sup Bunjut Khairiyah akan beralih arah ke Azar Azmi dengan pembawakan watak antagonis yang bakal bikin seluruh Malaya nanti benci sama dia. Nasib laaa Azar Azmi ya. Lakonan awak yang mantap bakal melonjak nama awak! Nina memang suka lakonan dia ni…

Pelakon Azar Azmi mengaku gementar jadi wanita watak jahat JUITA dalam NUR 2  Kehadiran watak antagonis berkenaan dijangka menambahkan lagi konflik dalam drama yang pernah mencipta fenomena apabila ia ditayangkan menerusi TV3 dulu.

Hamadi ni pun banyak hal! Apa lagi kisahnya

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

Pengarah Shahrulezad Mohamideen, dan bakal ditayangkan di TV3 mulai 2 April 2019. Drama OST adalah bertajuk Bimbang nyanyian Marsha Milan. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada drama yang ditayangkan.

Tak sabar nak tonton. Nanti Nina update lagi episode malam ni eh… Apa yang bakal terjadi. Stay tune tau!

Barisan Pelakon Drama NUR 2 Samarinda TV3

JUDUL : NUR 2
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd

Watak pelakon NUR 2 2019
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Azar Azmi sebagai Juita
Azhan Rani sebagai Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul
Eyra Hazali sebagai Suraya

Tuhan hadirkan ujian, kerana Tuhan sayangkan kita

 Sinopsis NUR 2 TV3 Full Sinopsis Drama Samarinda

Kot korang terlepas … korang leh tonton kat www.tonton.com.my
Tapi tak syiokkk laa tengok lambat. Tak thrill gitu kannn..? Hehee

Baca : Full Sinopsis Drama NUR TV3

Sinopsis Drama NUR 2 TV3

Related posts:

Apa yang korang tahu tentang Logo HALAL JAKIM?

Day 3 - Eilhan tadika, Mama lak yang syahdu. Huwaaa . . . .

Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur

Buffet Ramadhan 2016 di Restoran Istana Bambu | Sedap..!! Berpatutan..

Lifestyle Review Amyra RosliAzar AzmiDrama sangatFull SinopsisNUR 2NUR 2 2019Samarinda TV3SinopsisSyafiq Kyle

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Cik Nor says:
    April 2, 2019 at 10:54 pm

    semua pakat layan nur 2 mlm ni..senyap jer smua..:)

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 2, 2019 at 10:58 pm

      Kannnn…. Baru episod satu. Belum bermula debaran dia lagi. Baru nampak jelingan Juita masa nak habis tadi jer…

      Reply
  2. Aku Pujangga says:
    April 8, 2019 at 9:46 pm

    Cik Nina.
    Aku suka baca sinopsis kau. Sempoi giler
    Cara kau sampaikan lain dari web yang aku baca semua copy paste.
    Kau punya copy paste, kau olah sampai aku nak baca setiap hari.

    Reply
  3. Radhia says:
    April 10, 2019 at 12:57 pm

    Nur 1 pun tak tengok lagi..keluar dah yea yang 2

    Reply
  4. Pepy says:
    June 2, 2019 at 12:03 am

    Kat iflix dah tak ada nur 2…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:17 am

      Still boleh tengok kat tonton.com atau youtube TV3. Citer NUR 2 best kannn?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes