Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 22, 2019March 22, 2019

Puashati seyh..! Hi-Tea di ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL

Last week  Nina sekeluarga tak ketinggalan pegi intai promo apa yang menarik ada kat Matta Fair PWTC. Kami ni jenis wajib pi survey dulu bila nak pi holiday. Yelah… “Kenapa berbelanja lebih sedangkan boleh dapat harga yang lebih murah?” Acecehhh …. Macam pernah dengar tak iklan ni kat TV! HAhaaa…

Isi Kandungan hide
1 Seri Pacific Hotel KL
2 Apa yang best Saturday Hi-Tea kat Seri Pacific Hotel KL
3 Seafood Fresh
4 Malaysian Food
5 Bread Bar
6 Dim Sum
7 Dessert yang memukau. Ooppsss…! Oh my diet
8 Kueh mueh tradisional pun ada
9 Bubur / Pengat Section
10 Drink section
11 Salad section
12 Rojak buah terbaik!
13 Cantik kannn deko section buah buahan dia!
14 Kids Corner
15 Hi TEA ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL
15.1 Harga Hi-Tea Zende Weekend Treats Hotel Seri Pacific KL
15.2 RM75 nett DewasaRM38 nett Kanak-kanak ( 6 hingga 12 tahun)
15.3 Masa : 12.30pm – 4pm
15.4 Hi TEA ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL
16 Related posts:
17 KASUT SEKOLAH TERBAIK. KENAPA PILIH PALLAS ?
18 Seronoknya anak-anak terokai Mini Zoo in the City KL Tower
19 Resepi Dan Tips Sotong Goreng Tepung Rangup Sedap
20 Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari : Hari ke-3 : Kenangan terindah kita semua.... Bukan Sekadar B...

Alang alang dah sampai area PWTC, maka kami pun ber Saturday Hi-Tea buffet kat sebelah nya. Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Hi-Tea buffet ni kiranya merangkap lunch sekali. Dok santai makan-makan,  borak-borak, family time gitu…

Buat yang selalu follow Nina, korang akan perasan dah beberapa tahun Seri Pacific Hotel KL ni antara hotel yang kerap Nina pi makan teruatamanya Buffet Ramadhan.  Selalunya Nina dengan kengkawan jer tapi kali ni untuk Hi-Tea Nina bersama family lak…  Sebab apa tau.. Stay tune tau sampai habis!

Seri Pacific Hotel KL

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL


Hotel ternama , sapa pun kenal bila sebut namanya yang  terletak kat tengah bandar ibukota metropolitan. Lokasi yang stategik berdekatan dengan stesen LRT Putra dan Komuter Putra.  Restoren Zende kat level 1 cukup selesa. Nina suka! Konsep minimalis, kemas dan agak luas. Sesuai laaa bawak anak-anak. Staff dia pun  ramah dan helpful.

Apa yang best Saturday Hi-Tea kat Seri Pacific Hotel KL

Okey .. Kalau tanya Nina yang cerewet makan ni banyak juga yang best ada kat sini. Antara menu yang paling Nina suka kat section noodles nya. Korang tengok ni… Nina ambik Mee Udang. Macam biasa rencah ikut suka nak buh apa, buh udang banyak! Paling win kuahnya. Perghhh …. Sedap weyhh! Terasa air udang dia, cukup kombinasi nya bila tabor bawang goring, daun sup! 3 kali Nina ulang makan …Ssyyhhhh… Malu lak TERcerita. HAhaa

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL

Seafood Fresh

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL

Yang ni favorite Geng.  Dia memang penggemar seafood style gini. Katanya sedap! Udang, tiramnya segar. Dah suka sila ambik bebanyak yaaa Abang.. Kat rumah idok lerrr Nina akan buat menu ni. Geng  sorang jer makan. HEhee…

Malaysian Food 

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL

Opkos laaa kita ni payah nak lari dari makan nasi iyer tak? Typical Malaysian orang kata. Dan macam biasa nasi kat Seri Pacific Hotel KL ni menepati citarasa Nina. Jangan tak tahu, nasi aje pun Nina cerewet awakk …! Nasi kalau keras memang out. Bagi Nina , nasi yang sedap kena lembut tapi bukan lembik. Camner eh… Susah nak citer tapi kebanyakkan nasi kat mana-mana hotel café restaurant lain banyak yang keras. Nape tah?

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL

Antara menu local delights yang ada satay, popiah basah, rojak, nasi tomato, ayam masak merah dan banyakkk lagi!

Lauk pauk yang ada pun variety. Ada style mamak, malay dan chinesse style. Favorite Nina yang ni.. Nina ambik lauk jer.. Kengkonon diet. HEhee..

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL

Bread Bar

Kat Bread Bar ni ada pelbagai jenis roti.  Kot korang jenis tak makan mee atau nasi  jangan risau sebab pilihan roti ada banyak! Ada 6 jenis kesemuanya. Whole bread – whole meal, rye, ciabatta, focaccia, french loaf, croissant, toast, pita bread, lavish, cheese and grissini stick. Macam Nina pandai semua nama ni kannn? HAhaa… Nina catat apa yang tulis kat situ jer.. HEhee..

Dim Sum

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL

Aduyai … Dimsum ni pun  berkali kali Nina dok ulang! HAhaa… dah nama pun buffet iyer tak? Rugi laaa tak makan puas puas menu kegemaran kita kann..

Dessert yang memukau. Ooppsss…! Oh my diet

Ok, seleksi dessert kat Zende Seri Pacific Hotel KL memang cantik! Pastu ada pelbagai pilihan dan sedap. Yang Nina ambik ni korang kena try tau. Asyikkkk….!!

Kueh mueh tradisional pun ada

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL

Anak-anak Nina ni unik. Kueh mueh tradisional memang antara kuih kegemaran derang. Tekak orang tua gitu. Ikut sapa entah lerrr…
Gambar atas : Yang ni depa laaa yang punya. 
Gambar bawah : Nina yang punya. Omputeh panggil crepe, kita panggil lempeng! HEhee…

Bubur / Pengat Section

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL

Aduhh … Ada 4 jenis pengat dan bubur awakk…!! Bnayak kann…?  Larat tak larat jer nak rasa kesemuanya. Fuhhh … Tak rasa rugi lak kann… Sedap! Roti Jala pun ada, dan …. Mee Goreng Mamak dia terlajak sedap ni pun korang wajib cuba.

HI TEA HOTEL SERI PACIFIC KL

Section  hot drink dia harus di beri pujian. Kemas tersusun dan bersih. Bagus! Selain  pilihan air panas,  Saturday Hi-Tea Zende Seri Pacific Hotel KL pun ada Lai Che Kang atau ABC. Pepandai laaa korang mix match ikut citarasa. Anak-anak Nina lak dok ngadap Ice Cream. Makan laaaa sayang, all you can eat!

Drink section

Ada hot drink yang kemas bersih. Bahagian sejuk ada Ice kacang, ABC, Cendol dan Lai Chee Kang.. Korang pepandai laaa ambik apa yang korang nak dan mix match.  Ice cream pun ada! 

Salad section

Nina suka kombinasi section salad ni. Ada western, ada Malaysian ala kerabu. Sedapnya ratah begitu saja.  Kat sini pun ada gado-gado. Korang jangan bergadoh kat sini udah ler yaa… HAhaa

Rojak buah terbaik!

Dah beberapa tahun Nina dah makan rojak buah kat sini dan tak pernah berubah rasa kuah dia. Masih sedap seperti tahun tahun sebelumnya. Pekat, cukup pedas dan kombinasi nya uummphhhh..!! Apa paling best rojak buah kat Seri Pacific Hotel KL ni kuahnya tak akan cair sambil kita makan. So sampai ke titisan terakhir calitan rasa kuah rojak nya superb!

Cantik kannn deko section buah buahan dia!

Kids Corner

Ahaaa… Ini laaa sebab nya Nina bawak anak-anak Nina. Ada pelbagai menu yang pastinya jadi kegemaran bala tentera anak-anak Nina nan berderet ni. Masing-masing ada citarasa dan bila Chef Zende Seri Pacific Hotel KL ni  deko cecantik cute gini, laju jer anak-anak makan. Suka mak!

Antara menu yang ada kat Kids Corner ni adalah Speghetti Bolognaise , Breaded Checken Boxing with Mild Herbs, Macaroni Carbonara, Mushroom Soup, Crispy Fried Chicken Wing, Sausage, Nugget, Cute Mini Beef Burger, French Fries, Pop Corn, Wanton with Dip, Dougnut, Mini Cup Cakes, Muffin, Biscuits, Candy dan banyak lagi..

Hi TEA ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL

Amacam, menarik tertarik tak? Kot korang nak Hi-Tea Nina rekemen korang try datang sini. Keselesaan dan food Seri Pacific Hotel KL ni memang tip top!  Mungkin sebab tu laaa full house. 

Harga Hi-Tea Zende Weekend Treats
Hotel Seri Pacific KL
RM75 nett Dewasa
RM38 nett Kanak-kanak ( 6 hingga 12 tahun)
Masa : 12.30pm – 4pm

Kot korang rajin mentelaah kroang boleh laaa pi website depa
Website : www.seripacifichotel.com

 

Hi TEA ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL

Related posts:

KASUT SEKOLAH TERBAIK. KENAPA PILIH PALLAS ?

Seronoknya anak-anak terokai Mini Zoo in the City KL Tower

Resepi Dan Tips Sotong Goreng Tepung Rangup Sedap

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari : Hari ke-3 : Kenangan terindah kita semua.... Bukan Sekadar B...

Lifestyle Review Tips Travel Buffet sedap KLfamily gatheringharga buffetHi-tea Buffethotel bestInfo - Food ReviewJalan Jalan Cari Makanmakan best KLmakan mana bestMakan MurahSeri Pacific Hotel KL

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (19)

  1. Jane says:
    March 22, 2019 at 5:22 pm

    Seafood dia indeed nampak fresh and sedap. I yet to try this place and will definitely try it soon with my family.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:10 pm

      Jane, nanti try ya… Yes, really puashati. Berbaloi dengan harga dan taste dia! ♥

      Reply
  2. cindyrina says:
    March 22, 2019 at 8:22 pm

    I lama tak pergi hi tea camni. Rasa boleh makan sampai pengsan kat sini .Menu selection dia nampak best and the price super reasonable too. Boleh ar try nanti.

    Reply
  3. Cik Nor says:
    March 22, 2019 at 10:00 pm

    wow..semuanya sdap2..tiba2 saya rasa lapar la k.nina..huwaa

    Reply
  4. Sally Samsaiman says:
    March 22, 2019 at 11:46 pm

    MasyaAllah meriahnya Mee Udang akak…mmg betul dia boh berekor-ekor udang dalam tuu…hahahaha…Sally kalau pi sini mmg serang terus ke pengat dgn bubur tuu…mmg minat betul!

    Reply
  5. Qaseh says:
    March 23, 2019 at 12:44 am

    Semua menyelerakan aduhai setiap hari buffet ramdhan ah gini hehehe

    Reply
  6. Mimi says:
    March 23, 2019 at 8:14 am

    Kalau macam ni bukan akak je puas hati saya pun puas hati. Dahlah banyak menu leoas tu semua nampak sedap dan menyelerakan. Dim sum tuh buat iols kecur liur saja tau. Semua meriah lah makanan..nak makan semua je rasa.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 23, 2019 at 8:29 am

      Kannn…. Pilihan banyak! Tinggal larat makan ngan tidak jer. Hehee

      Reply
  7. Zharif Azis says:
    March 23, 2019 at 9:07 am

    Ya Allah terliur saya dibuatnya. Tambah2 dessert table tu. geram dibuatnya. Warna warni cantik je tersusun. Banyak pilihan yer pilihan makanan buffet di sini. Nanti nak ajak satu family datang lah

    Reply
  8. Nadia johari says:
    March 23, 2019 at 11:51 am

    Wah hitea pun banyak pilihan makanan dia.. Dekat dh ni.. Kids corner ade tu best.. Tenang sikit mak pak nak makan.. Hehehe..boleh try ni

    Reply
  9. Min says:
    March 23, 2019 at 2:58 pm

    Meriahnya makanan kat sini. Nampak sedap semuanya ye! Hi-tea kat sini nampak sgt2 berbaloi la if bawak family

    Reply
  10. Izaramli says:
    March 23, 2019 at 7:20 pm

    Alamak sedapnya Hi-tea dekat sini. Tak pernah datang sini lagi. Macam-macam hidangan ada. Kalau buat event pun best kat sini ni.

    Reply
  11. Syamimi says:
    March 23, 2019 at 10:37 pm

    Alahai..
    Banyaknyaaa menu sesedap..
    Kita pulak rasa lapar tengoknya..
    Kalau dapat terjah syok ni..
    Makan puas puas. Hehe

    Reply
  12. Ayu Rafikah says:
    March 24, 2019 at 12:40 am

    Ya ampun sedapnya makanan kat sini. Banyaknya pilihan makanan. Kalau saya x tahu nak mulakan dari mana hehehe. Tapi mmg rekomen la utk org datang berbuka di sini

    Reply
  13. Yana says:
    March 24, 2019 at 1:49 pm

    The amount of food and the price is totally worth it. I wish I had more time at Matta Fair, then at least I could have grabbed more deals, also.

    Reply
  14. Lya says:
    March 24, 2019 at 9:15 pm

    Waahh siap ada dimsum tuu . Kita suka benar ngan dimsum . Sedap sangat . Makanan lain pon tak kurang hebatnya semuanya nampak menyelerakan . Jadi kena la cuba nanti .

    Reply
  15. Tekkaus says:
    March 25, 2019 at 4:20 am

    I would love to try the pengat which is very difficult to be found elsewhere. 🙂 Seems like you and your family had a great time. Will try to give this hotel a try if I am in KL. 🙂

    Reply
  16. Kathy says:
    March 25, 2019 at 10:12 am

    Seronok hi-tea satu famili kan, boleh sambil makan sambil sembang sambil cerita, makanan pun nampak pelbagai dan menarik.

    Reply
  17. Mawardi says:
    March 31, 2019 at 11:08 am

    Sedapnya makan2 kat hotel. Dah lama x buat food review ni. Nanti boleh la makan kat sini ya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes