Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Buffet Ramadhan Hotel Royal KL 2019
March 20, 2019March 20, 2019

Buffet Ramadhan Hotel Royal KL Khazanah Warisan Melayu

Nikmati 13 menu Khazanah Warisan Melayu setiap Negeri di Buffet Ramadhan Hotel Royal KL

Isi Kandungan hide
1 Nikmati 13 menu Khazanah Warisan Melayu setiap Negeri di Buffet Ramadhan Hotel Royal KL
2 Kat mana Buffet Ramadhan murah sedap berpatutan area KL ni?
2.1 Kerabu
2.2 Ulam ulaman
2.3 Dessert Kueh Mueh pun ada!
3 Promo Early Bird hanya RM50 jer…!!
3.1 Harga Early Bird RM50 jerr…. 18 Mac – 22 April 2019
3.2 Kot korang terlepas tarikh early bird, korang masih boleh beli voucher. RM60 nett per person – dapat diskaun tiket Hop On Hop Off sebanyak 10%
3.3 Harga Buffet Ramadhan Hotel Royal KL Bermula 7 May 2019 – 3 June 2019 RM78 nett dewasa RM38 nett kanak-kanak / warga emas (kanak-kanak umur 4 tahun ke bawah percuma)
3.4 Ada Live Performance
3.5 Surau dan Kaunter Zakat
3.6 Parking valet
3.7 Monorail turun Bukit Bintang
4 Related posts:
5 Kelab Blogger Ben Ashaari : Bloggers DayOut "Family Day" : 1st day aktiviti
6 Sinopsis Drama KISAH CINTA KITA BEST! Tonton Online Episod Akhir
7 My Cutety Kismis Cake
8 What difference between CCRIS and CTOS

Buat yang kerja di tengah metropolitan ibukota, bulan Ramadhan antara bulan yang agak busy kann? Rushing nak balik awal nak masak, nak siapkan juadah berbuka puasa, tak campur dengan nak hadap jammed lagi. Huhuuu… Pernah alaminya satu ketika dulu. Kesibukkan kerja hakiki yang melambak-lambak kebiasaannya antara penyebab terpaksa ambil keputusan berbuka puasa bersama kengkawan di ibukota aje.. Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah

Kat mana Buffet Ramadhan murah sedap berpatutan area KL ni?

Okey.. Baru-baru ni, Nina bersama kengkawan dijemput oleh Hotel Royal KL untuk food tasting esklusif Buffet Ramadhan nanti yang bertemakan Khazanah Warisan Melayu. Wahh … Syiokkk beb!

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah

Pertama kali Nina jejakkan kaki ke sini, tertawan dengan lokasi nya yang cukup stategik ditengah bandar ibukota. Betul-betul sebelah Lot 10. Nina datang sini naik monorel, turun station Bukit Bintang, jalan kaki dekat jer… Tak sempat pun kalori ni nak terbakar. Huhuuu

Level M terletaknya Kafe Makan2 Coffee House Hotel Royal KL. Dekorasi nya nya minimalis cukup selesa, kemas dan santai jer… Nina suka!

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Kafe Makan-Makan Coffee House Hotel Royal KL yang minimalis, santai, kemas dan selesa. Boleh menempatkan 250 pax. Paling penting ada pensijilan HALAL dan Gred A untuk kebersihan. Cayalah … Tahniah! Ini lah kita cari..

Sempena tema Khazanah Warisan Melayu, Chef Sudin Bin Ahmad dan team menyajikan 13 menu Melayu setiap Negeri dan ianya bertukar setiap hari setiap negeri. Dengan hanya berbuka puasa kat Hotel Royal KL jer korang boleh nikmati kepelbagaian menu setiap negeri sekaligus. Bilang aje korang nak menu dari negeri mana, Selatan Johor? Pantai Timur – Pahang, Terengganu, Kelantan? Utara Kedah? Penang? Sabah Sarawak? Semua pun ada! Tak payah gado-gado.. Nikmati aje. hehee..

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Chef Sudin kata jemput laaa datang berbuka puasa di Hotel Royal KL nanti yaaa… Acecehcehh… Memandai jer Nina bikin dialog. HEhee

Antara menu yang ada nanti seperti Rendang Tok dari Perak, Gulai Ikan Tempoyak dari Pahang, Ayam Percik dari Kelantan, Kerutuk Itik dari Terengganu, Ketam Bercili dari Sabah, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak dari Perak dan banyak lagi.  Menarik kannn?

Moh lerrr cuci mata  tengok menu apa yang menarik Buffet Ramadhan Hotel Royal KL

Buffet Ramadhan Hotel Royal KL 2019
Ini Rendang Tok usah di tanya sapa nama Tok tuu? sebab Nina pun tak tahu, yang pasti Rendng Tok air tangan Chef Sudin Hotel Royal KL ni paling sedap pernah Nina rasa. Walau nampak hitam gini, hitam ni laaa yang menawan sekali. Nanti korang berbuka puasa kat sini, jangan lupa ambik tau! Please laaaa ambik rasa. Serius sedap tak tipu ni… Kalau boleh Nina nak pi dapur tapau sepiuk, tak dapat daging nak rempah nya aje pun tak pe. Aduhhh… Teringat-ingat ni. Parah tul
Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Aduyai … Tengok! Ikan Patin Gulai Tempoyak Terengganu dari Hotel Royal KL ni memang menggugat selera tau.. Nanti korang pi laaa rasa sendiri. Kuah dia akan buat korang tak cukup pinggan. i tell you! HAhaa
Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Ini nama dia Kerutuk Itik. Lembut moist isi dia, rempah kerutuk ni sedap buat cecah dengan nasi impit ke, pulut kuning ke, lemang lagi laaaa sodap bak hangg!
Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
tengok jangan tak tengok… Ketam Bercili ni sekejapan licin! Wajib pi terjah rasa sebelum hilang dari pandangan…
Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Ayam Percik Hotel Royal KL ni menepati citarasa Nina. Last Nina makan ayam percik yang sedap masa Nina kecik dulu. Ayamnya dibakar, isi nya moist kat dalam dan curahan kuah nya yang buat Nina teringat ingat. Masa makan ni, dok terfikir kalau laaa ada nasi impit ni lagi syiokkk!
Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Atas : Gulai Pisang Muda Ikan Bilis, kuah dia sedap weyhh…. Dok hirup hirup terhirup di buatnya. Bawah : Pucuk paku masak lemak, dah nama Khazanah Warisan Melayu wajib ada menu sayur kampung gini.

Kerabu

Kerabu pun ada! Antaranya Kerabu Mangga Muda Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Nangka, Acar Rampai, Hinava, Kerabu Utara Tomato Berkerisik. Dalam banyak banyak ni, paling Nina suka Kerabu Mangga  dan Kerabu Utara. Nina ratah gitu ajer…!! Ya ampun.. Teringat-ingat. Huhuuu

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Antara pilihan kerabu yang ada. Sedap semuanya..

Dah ada Kerabu , Jeruk pun ada… Ada Jeruk Cemai, Kelubi, Kedondong, manga, Mempelam, Betik dan Buah Pala.

Ulam ulaman

Khazanah Warisan Melayu wajib ada ulam-ulaman. Pelbagai ulam ulaman ada kat sini.  Antaranya ada Ulam Raja, Ulam Pegaga, Daun Selom, Kacang Botol dan Timun.  Tok nenek ita dulu semuanya makan ulam sebab tu depa kuat cergas awet muda. Dan opkos sambal pencecah pun ada! Antaranya Sambal Belacan, Sambal Tomato, Sambal Mangga, Sambal Tempoyak, Sambal Kelapa Budu dan Cencaluk. Ada gak Cucur Udang dan Gado-Gado. Wahhh …. Asyik ni kann..!!

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Ulam ulaman wajib ada. cecah lak ngan sambal belacan, budu, sambal tempoyak. Perghhh….!! terus eat clean diet gitu. HEhee..

Selain tu kat sini pun ada Pulut Kuning, Ketupat, Lemang. Mmmmm…. Asyiknya cecah dengan Rendang Tok Chef Sudin.

Ada gak yang suka makan Pulut Kuning dengan ikan masin kannn?  Don’t worry,  buat penggemar ikan masin kat sini ada Ikan Sepat, Ikan Bulu Ayam, Ikan Talang Masin, Ikan Gelama, Pekasam.

Keropok buat kudap-kudap pun ada. Keropok Ikan, Keropok Malinja dan Papadom.

Dessert Kueh Mueh pun ada!

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah

Buffet Ramadhan tak lengkap andai tak de manisan. Antara dessert dan kueh mueh tradisional yang ada antaranya Seri Muka, Kuih Ketayap, Pulut Panggang. Pelbagai Tapai pun ada antaranya Tapai Pulut, Tapai Ubi, Tapai Pulut Hitam. Pemanis mulut lain ada Puding Gula Hangus, Sago Gula Melaka, Agar-Agar dan banyak lagi kek dan pastry dan aneka buah-buahan. Tak lupa kurma pun wajib ada!

Amacam? Menarik terliur kann..?? Ooppss… sorry!
Ok, memandangkan hati dah tertawan, tekak tetiba rasa gatal-gata, perut lak berkeroncong tahap acah-acah macam ibu mengandung mengidam gamaknya maka… Nina sarankan korang book awal sebab harga promo early bird. Jimat murah banyakkk awak!

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah

Promo Early Bird hanya RM50 jer…!!

Harga Early Bird
RM50 jerr…. 18 Mac – 22 April 2019
Kot korang terlepas tarikh early bird, korang masih boleh beli voucher.
RM60 nett per person  – dapat diskaun tiket Hop On Hop Off sebanyak 10%
Harga Buffet Ramadhan Hotel Royal KL
Bermula 7 May 2019 – 3 June 2019
RM78 nett dewasa
RM38 nett kanak-kanak / warga emas (kanak-kanak umur 4 tahun ke bawah percuma)

Murah kann..? Sebenarnya kannn, Nina sendiri tak percaya adanya Harga Buffet Ramadhan hotel murah  kat tengah ibukota Kuala Lumpur.  Tak sampai pun seratus dan Nina sendiri dah rasa food nya sedap, suasana nya selesa, berbaloi-baloi laaa korang berbuka puasa kat sini.

Ada Live Performance

Ahaa… Ada lagi best tuk korang. Berbuka puasa kat sini siap ada persembahan live band lagi awak dari Ani Mayuni dan Kelly Azman. Pasti lagi terasa kemeriahannya nanti.

Surau dan Kaunter Zakat

Hotel Royal KL ada sediakan Surau Khas sempena Ramadhan bertempat di level 2. Korang pun boleh berterawih kat sini so idok lerr korang rushing nak balik solat terawih kat surau kat rumah korang. Surau yang sedia ada kat Level 3 pun ok tuk korang Magrib kat sini. Dapat laaa korang santai makan-makan nikmati keenakkan juadah Khazanah Warisan Melayu Hotel Royal KL ni..

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah
Cukup selesa, bersih..Terbaik!

Selain tu sambil korang berbuka puasa kat sini, kot kot risau nanti tak sempat nak bayar zakat, kat sini juga ada sediakan Kaunter Zakat untuk korang menunaikan tanggungjawab.

Parking valet

Untuk makluman korang, kat sini tak de parking khas tapi … Korang boleh jer guna perkhidmatan parking valet Hotel Royal Kuala Lumpur sediakan. Korang hanya perlu bayar RM15 jer untuk sekali masuk parking tanpa had masa. Ok kannn dari korang park merata sesuka hati sekali kena saman acaner? Sila nangis.. Huhuu

Monorail turun Bukit Bintang

Nak lagi senang korang naik aje public transport, monorel paling senang. Pastu korang turun Bukit Bintang station. Jalan kaki ke Hotel Royal KL dekat jer… Jangan risau korang jalan kaki  tak akan berlepoh sampai lencun punya. Lelemak tepu yang korang bertahun simpan tak akan tersingkir punya. Still there! HEhee…

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah

Tempahan :
Call : 603-2148 6888 ext 2855 / 2887
012-2024694 Cik Qis

Email: info@hotelroyalkl.com

Alamat:
Hotel Royal KL (Bersebelahan Lot 10)
Jalan Walter Granier
55100 Kuala Lumpur

Untuk info lebih lanjut korang layari
Facebook :  Hotel Royal Kuala Lumpur
Instagram :  https://www.instagram.com/hotelroyalkl/ 

Okey… Amacam? Menarik tertarik tuk ajak kengkawan berbuka puasa kat sini nanti?
Lokasi stategik, harga Buffet Ramadhan murah, hotel lak tu… Kemudahan ada, pilihan menu pun banyak,  dari satu Malaya ada kat sini! Berbaloi-baloi kann…

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa!
Maaf Zahir dan Batin

Buffet Ramadhan 2019 Hotel Royal KL murah

Related posts:

Kelab Blogger Ben Ashaari : Bloggers DayOut "Family Day" : 1st day aktiviti

Sinopsis Drama KISAH CINTA KITA BEST! Tonton Online Episod Akhir

My Cutety Kismis Cake

What difference between CCRIS and CTOS

Lifestyle Review Tips Travel Buffet RamadhanBuffet sedap KLBuka Puasa Hotelharga buffetHotel BuffetHotel Royal KLIftar RamadhanInfo - Food ReviewKhazanah Warisan Melayumakan best KLmakan sedap KL

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (40)

  1. Chrissella says:
    March 21, 2019 at 12:06 pm

    Kat Hotel Royal ni, makanan dia memang semuanya sedap-sedap. Cuti sekolah ni nak pergi la. hihhihihi

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:44 pm

      Nanti datang makan sini share with me your experience lak ya…

      Reply
  2. yanieyusuf says:
    March 21, 2019 at 2:55 pm

    wahhh terliur yanie tgk..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:43 pm

      Sila lap. Air liur tu eh… Hahaha

      Reply
  3. comel says:
    March 21, 2019 at 3:43 pm

    huhu dalam banyak2 tu.. omg rendang tu xle tahan.. macam sedap je..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:42 pm

      Comel, yes. Rendang Tok tu paling win. Sedap seyh. Should try

      Reply
  4. Sherry says:
    March 21, 2019 at 3:43 pm

    wow nice place to dine, yeah buffet is everyone favorite as can eat many times. I like slowly choose what to eat, then go again for another round meal.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:40 pm

      Sherry… betul betul… Kena makan slowly. Baru dapat rasa semua

      Reply
  5. Chaza Xiaojie says:
    March 21, 2019 at 4:50 pm

    Seronokya! Dahlah harga affordable, environment pon just nice. Luas dan kemas. Makanan paling menarik sebab ada semua jns hidangan seluruh negeri . Taklah tercengang orang luar yang berbuka disana hahaah. Bagus sebenarnya sbb dpt rasa semua jns makanan setiap negeri.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:39 pm

      Chaza.. Yes tempat Seles, Food sedap. Nanti datang KL singgah laaa berbuka kat sini eh

      Reply
  6. Nadia johari says:
    March 21, 2019 at 5:53 pm

    Sedapnya semua tengok mwnu makann ni.. Buln puasa pun dh nak dekat.. Boleh masuk list dlam buka puasa ni.. Terliur terus tengok gmbr kak nina

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:38 pm

      Hahaa… Sila lap air liur sebelum terjejes kat laptop tu. Jomm Nad kita berbuka sesama nanti kat sini

      Reply
  7. Faries says:
    March 21, 2019 at 11:13 pm

    Amboi semua makanan mengiurkan sungguh. Suka konsep die, makanan melayu klasik macam ni. Harga pun not bad. Boleh try kesini ramadhan nnti.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:36 pm

      Faries, jommm…. Nak datang nanti roger eh, kita pi sesama

      Reply
  8. Syamimi says:
    March 21, 2019 at 11:32 pm

    Best nya menu menu dia..
    Kalau masuk bulan puasa nanti, tinggal tengok list nak berbuka kat mana.
    Ramai juga kawan kawan dah buat review tuk ramadan ni.
    Semua menu memang best best.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:36 pm

      Kannnn…. Ramai dah start review buffet Ramadhan. Kita ni yang kelibut tak tahu nak berbuka mana nanti. HAhahaa

      Reply
  9. Mahamahu says:
    March 22, 2019 at 1:41 am

    Ya Allah sedapnya Rendang Tok dan juga Patin Masak Tempoyak tu memang menyelerakan. Nanti boleh lah kita cuba makan kat sini hehehehe memang tak pernah pergi lagi hotel ni bestnya…. Banyak makanan puaslah makan ramadhan nanti…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:35 pm

      Jom …. Gerenti you pun teringat ingat rendang tok dia beb! Sedapppp berbintang bintang. Rekemen you try!

      Reply
  10. Bonde Zaidalifah says:
    March 22, 2019 at 3:49 am

    Menarik pakej bufet Ramadhan dekat sini, macam-macam menu ada.. Bonde tak boleh tengok masakkan kampung.. cepat jer rasa terliuh ha ha ha.. Nanti kalau teringin boleh ambik pakej dekat sini… nak makan nampak selesa sekali he he he

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:33 pm

      Bonde, rekemen makan berbuka kat sini. InsyaAllah bonde puashati punya laaa…. Taste the different. Memang ohsem masakan kat Royal KL ni. Sedap beb

      Reply
  11. Mimi says:
    March 22, 2019 at 7:49 am

    Selera makanan melayu tetap jadi pilihan. Nak nak rendang tuh uit buat meleleh air liur tau. Memang murah harga yang ditawarkan. Boleh makan apa saja yang kita nak tapi rasanya makan menu satu dua pun dah kenyang kan. Nak dekat ramadhan ni memang banyak tawaran buffet dibeeikan

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:32 pm

      Mimi, yes… Rendang Tok dia memang ohsem! Rekemen you try… Sesekali berbuka makan sedap, reward pada diri sendiri. Asyikkkk

      Reply
  12. Liez says:
    March 22, 2019 at 8:21 am

    Kalau bulan puasa mmg permintaan nak makan masakan melayu mmg tinggi. Liez terliur tgk rendang tu.. mmg all time fav.. harga buffet hotel royal pun murah.. yg keje area2 BB boleh la pergi berbuka dekat situ.. senang dan ada public transport

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:31 pm

      Liez, memang rendang Tok dia padu terangkat beb! Rekemen you berbuka kat sini.

      Reply
  13. Min Shamsuddin says:
    March 22, 2019 at 8:47 am

    Ooo banyak menu dari pantai timur ye sebab ada patin tempoyak & kerutuk itik juga. Harga pun berpatutan nanti leh la try sini

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:30 pm

      Min, nanti datang berbuka kat sini. Serius cakap, berbaloi dengan harga dan rasa dia memang Uumphh..!!

      Reply
  14. budak bandung laici says:
    March 22, 2019 at 1:15 pm

    eh boleh tahan murah RM78 pax.. dah la semua menu favorite BBL. boleh la datang iftar kat sini time bulan puasa nanti..nasib baik dekat dengan area office housemate.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:29 pm

      Ahaaa… Cepatan book early bird. RM50 jer

      Reply
  15. nikkhazami says:
    March 22, 2019 at 1:24 pm

    kalau dapat menikmati masakan kampung ketika berbuka memang seronok. semua lauk kena dengan anak tekak. puas hati puasa satu hari hehe

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:28 pm

      Kannn…. Terasa kenikmatan Bila semua menepati selera kan. Kat sini harga pun murah . Sapa sangka RM50 early bird makan kat hotel kannn

      Reply
  16. Alia says:
    March 22, 2019 at 2:52 pm

    Sedap nampak masakan dia.
    Kalau hotel royale dekat penang ni memang sedao2 hidangan dia. Company husband mmg selalu buat kt situ sebab hrga berpatutan and rasa pun sedap

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:13 pm

      Alia, nanti datang KL leh laaa try Royal KL pula ya… Rasai kesedapan air tangan Chef sini lak. Hehee

      Reply
  17. emi says:
    March 22, 2019 at 5:43 pm

    Amboi, tengok gambar semua nampak menggiurkan. Kecur air liur kita wak. Pandai betul ambik gambar. Btw harga dia consider murah la ni sebab bawah 100/pax.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:09 pm

      Emi, food tu mmg mengiurkan . Kita bukan pandai sangat pun ambik gambar. Pakai hp jer awak… Tapi harga dia berpatutan kann… Below RM100 untuk. Makan kat hotel tu kira murah giloss! Kannnn?

      Reply
  18. Wui Kathy says:
    March 23, 2019 at 1:44 am

    Early bird RM50 tu berbaloi ni! Mesti dah ramai booking kan. Nak ajak famili dengan kawan-kawan sekali feast jugak.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 23, 2019 at 8:31 am

      Jommmm Kathy… Nanti nak pegi roger eh, manalah tahu same date. Leh selfie

      Reply
  19. Lia Hasty says:
    March 24, 2019 at 2:42 pm

    Tengok gambar makanan sekarang ni rasa lapar nya. Lagi2 tengok ikan patim dengan ketam tu. Plus plak ada ulam-ulaman lagi memikat selera. Harga pun berpatutan bawah RM100. Nak letak dalam list tempat berbuka nanti.

    Reply
  20. Lya says:
    March 24, 2019 at 9:12 pm

    Huhuhu terliur plak kita tgk semua makanan kat atas ni . Semua nampak sedappp jer ni .

    Reply
  21. Ai says:
    March 27, 2019 at 10:13 am

    Sedap-sedap nampak menunya.

    Reply
  22. Bella idura says:
    May 11, 2019 at 1:35 pm

    Nak pergi cuba. Tapi kena tanya kawan2x setuju tak.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes