Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Kedai Spek Murah Viral cari William kat EYE PRO VISION
June 13, 2019June 11, 2020

William tokey Kedai Spek Murah yang Viral tu…

Baru-baru ni masa nak dekat Raya dok viral pasal William yang baik hati bagi duit Raya pada despatch GrabFood . Bila tengok berita ni, tengok lak muka William yang dok diperkata tuu “Oooooo…. Nina kenal William ni, dia memang baik hati, pemurah, peramah. Dia ni owner Kedai Spek Murah yang pernah gak Viral awal tahun lepas. “

Isi Kandungan hide
1 Spek Raya untuk Kakak
2 1 jam siap!
3 Harga
4 Kelebihan lens Alpha Blue 420
4.1 1. Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan) 2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop. 3. 100% block sinar biru dan ultra ungu (UV420) 4. Tahan lasak 5. Tidak mudah pecah 6. Kalis air 7. Kalis calar 8. Harga berpatutan mampu milik oleh ramai pengguna
5 Spek murah? Cari William kat EYE PRO VISION
6 Kat mana EYE PRO VISION Kedai Spek Murah William ni?
7 Kedai Spek Murah Viral William
8 Related posts:
9 Ya awak.. !! Nasi Lemak ni RM1 jer... Sedap beb! Pegi beli rasa sendiri...
10 Senang jerrr . . . Masak PASTA CARBONARA guna Susu Segar lagi sedap berkhasiat
11 Rumah sewa tengah bandar KL siap perabot, facility bagai hanya RM800?? Biar betul?!
12 Wajib cuba! Resipi BROWNIES Kedut Paling Sedap confirm jadi

Buat yang follow page facebook EYE PRO VISION Sungei Wang korang tentu pernah tahu masa Gong Xi Fa Chai yang lepas dia ada bagi angpow pada pelanggan yang buat spek  kat kedai dia.  Tak kira bangsa dan jumlah nya bukan singgit dua tau, RM500 pun ada yang pernah dapat. Terkejut yang dapat tu… Rezeki!

Kedai Spek Murah Viral cari William kat EYE PRO VISION

Hari ni anak-anak dah mula bersekolah setelah 2 minggu cuti sakan, Raya sakan. Pasni depa kena fokus sekolah plak, tak lama lagi exam pertengahan tahun lak. Udah udah lerrr main sokmo yea anak-anak..

Baru – baru ni Kakak dok ngadu pandangan dia agak kabur bila cikgu tulis kat white board kat depan. Alahai sayang… Tanda-tanda rabun tu.. Maklumlah Mak Pak dah memang pakai spek, maka bersiap sedia anak pun akan ada rabunnya jugak.

Spek Raya untuk Kakak

Ianya satu keperluan, maka Nina bawak Eillya ke kedai spek yang Nina buat spek murah last year. Nina amat berpuashati buat spek kat sini. Kedai Spek Murah Viral – EYE PRO VISION Sungei Wang

Sesampai jer kat sini ….

Fuuhhhh … Ramai nya orang!

Nina sedia maklum Kedai Spek Murah ni dah lama Viral dan sememangnya selalu ramai dan tak sangka laaa cuti Raya pun ramai! Haishh … Depa ni tak balik kampung ker? HAhaa..

Pilih punya pilih …. mana yang cun dan sesuai tuk Kakak Eillya?

Dok chat ngan abahnya, akhirnya abah dia pilih yang ni… ok kann?

Kedai Spek Murah Viral cari William kat EYE PRO VISION

Kemudian setelah dah settel pilih frame yang berkenan di hati baru laaa check power mata Eillya. Padan laa dia dok citer apa teacher tulis kat whiteboard kat depan tak nampak jelas. Mata dia ada silau dan rabun pun ada.

1 jam siap!

Paling best buat spek kat sini, siap cepat! Nina dan Eillya sempat jengjalan Watsons jer… Makan pun tak sempat. Tapi tau jer laaa fomfuan bila masuk drugstore kannn… 5 jam pun tak pe! HAhaa..

Harga

Alahai … Amat berpatutan dan kualiti tip top! Harga promosi hanya RM65 jer untuk frame sekali multicoated lens. Pastu Nina tambah lagi RM60 untuk lens Alpha Blue 420 sebab dulu Nina buat lens Alpha so untuk lens anak Nina pun buatkan jugak. Total hanya RM125 ajer … Terbaik laaa kannn?

Kelebihan lens Alpha Blue 420

1. Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
3. 100% block sinar biru dan ultra ungu (UV420)
4. Tahan lasak
5. Tidak mudah pecah
6. Kalis air
7. Kalis calar
8. Harga berpatutan mampu milik oleh ramai pengguna

Ikutkan kena tambah RM250 untuk lens Alpha Blue 420 ni, sebab Kedai Eye Pro Vision ni tengah Promo Raya maka lepas diskaun hanya tambah RM60. Rugi laaa tak grab peluang ni kannn?

Spek murah? Cari William kat EYE PRO VISION

Promo masih tengah ada lagi ni… Kot korang nak buat spek ker, pi laaa Kedai William ni. Recommended !

Kedai Spek Murah Viral cari William kat EYE PRO VISION

ni laaa William nya. Kita sibuk beraya dia pun sama dengan Baju Melayu nya. Korang jangan risau, dia fasih sangat berbahasa Melayu. Style dia pun macam Melayu cuma muka dia jer ala-ala K-Pop Korea gitu. HEhee…

Kat mana EYE PRO VISION Kedai Spek Murah William ni?

Korang pi Sungei Wang, naik eskelator kat tingkat 1 korang akan nampak Famous Amos yang biskut wangi semerbak tu… Belah kanan nampak kedai emas TOMEI, pandang terus ke depan  > > > > >

zasssss! Korang akan nampak EYE PRO VISION. Terus masuk dalam pilih laaaa frame pilihan hati. Pelanggan biasanya memang ramai, jangan buang masa  tau. Pilih frame, check power mata dan tunggu 1 jam Siap!.

Kedai Spek Murah Viral cari William kat EYE PRO VISION

Kedai Spek Murah Viral William

Related posts:

Ya awak.. !! Nasi Lemak ni RM1 jer... Sedap beb! Pegi beli rasa sendiri...

Senang jerrr . . . Masak PASTA CARBONARA guna Susu Segar lagi sedap berkhasiat

Rumah sewa tengah bandar KL siap perabot, facility bagai hanya RM800?? Biar betul?!

Wajib cuba! Resipi BROWNIES Kedut Paling Sedap confirm jadi

Lifestyle Review Alpha Blue Lens 420design terkiniDuit Raya GrabFood dari William yang baik hatiinfo - kecantikanInfo - SemasaKedai cermin mata murahKedai spek murahKuala LumpurSungei WangviralWilliam

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (25)

  1. Ai says:
    June 13, 2019 at 1:58 pm

    Ramainya orang.

    Reply
  2. Rawlins GLAM says:
    June 13, 2019 at 3:05 pm

    Rawlins dah pergi ke Sungei Wang.
    Dah macam berlawan-lawan dah kedai cermin mata kat situ buat promosi.
    Sudahnya Rawlins hilang fokus dan terbeli 2 pasang, makcik beli 2 pasang dan adik beli 2 pasang gak. Hahaha

    Reply
  3. Min says:
    June 13, 2019 at 3:40 pm

    Bagusnya William ni..pemurah betul ek orangnya. Murah la buat spek kat tempat dia. Moga dengan kemurahan hati beliau dapat membantu ramai lg golongan yg memerlukan spek tp agak kurang berkemampuan

    Reply
  4. farah wahida says:
    June 13, 2019 at 4:46 pm

    cantik anak kak nina pakai spek baru

    Reply
  5. Rin says:
    June 13, 2019 at 5:14 pm

    Wah bestnya macam nak pergi jugak, sayang jauh hehe.. Saya ni pulak dari form 1 entah dah berapa pasang cermin mata bertukar-tukar. Alhamdulillah sekarang setakat ni masih kekal dah 2tahun cuma haritu upgrade untuk cermin nya!

    Reply
  6. Liza says:
    June 13, 2019 at 6:05 pm

    Rugi pulak tak tahu awal pasal kedai spek ni. Baru je buat spek kat Aeon hari tu. Next time boleh ke sini.

    Reply
  7. Muhammad Naim Abdullah says:
    June 13, 2019 at 6:37 pm

    Cantik frame sebegini. hehe. Semoga ia kekal dengan pemilik nya. selamat hari raya ya

    Reply
  8. Cindyrina says:
    June 13, 2019 at 9:08 pm

    Murah rezeki dia sebab suka bersedekah. I pun nak try la buat spec kat sini nanti. Masa baca kisah grabfood rider Tu terharu betul I. Rezeki datang tak Kira bangsa. So…moral of the story sharing is caring. If u wanna gain something don’t be stingy to others.

    Reply
  9. Huzaini ismail says:
    June 14, 2019 at 12:02 am

    Biar betul harga lens tu murah macam tu. Saya punya cermin mata pun x dapat harga macam tu. Kalau berkunjung ke sana blh lah nak buat satu lagi cermin mata ni. Trima kasih kongsi info..

    Reply
  10. Mimie says:
    June 14, 2019 at 7:42 am

    Ada baca kisah viral tu tak sangka pula William yang dimaksudkan tokey kedai cermin mata yang viral tuh. Kalau dekat memang saya buat spek kat kedai Willam ni tapi tuhlah jauh lah pulak dengan rumah. Kalua dekat memang dah terjah dah

    Reply
  11. farhana jafri says:
    June 14, 2019 at 8:47 am

    wahhh tak pernah tahu pulak pasal william owner kedai spek mata ni. Viral sampai masuk dalam surat khabar ea. Memang pemurah sangat la dia, jarang nak tengok kedai spek mata meriah macam tu. Boleh try ke sana nanti sebab harga dia murah.

    Reply
  12. Nadratul Syazwana says:
    June 14, 2019 at 4:31 pm

    Ya Allah. Kedai spek dah macam pasar borong Nad tengok. Mesti betul murah tu. Kira bertuah betul kalau dapat angpow yang mahal hehe. Btw, pekerja kedai spek tu sorang muka dia macma Yoo Jae Suk lah hahah.

    Reply
  13. Nadia Johari says:
    June 15, 2019 at 10:18 am

    dah viral habis si william ni erk..hehehe..cantik kakak pakai spek baru tu…dekat sini memng best..nad pun ada stu spek dekat sini..mata silau terus buat spek

    Reply
  14. Izaramli says:
    June 15, 2019 at 12:59 pm

    Eh boleh tahan murah jugak offer dia tapi bila dah viral ni mesti ramai giler orang dtang buat cermin mata kat situ. Huhuhu

    Reply
  15. MEK ONIE says:
    June 17, 2019 at 9:06 pm

    PUAS HATI YANG AMATKAN BUAT SPEK MATA KAT SINI, ONIE TAK BUAT KAT SINI SEBAB RAMAI TIME ONIE PERGI. ONIE P YANG BELAH DALAM SIKIT. MEMANG PUAS HATI DENGAN HARGA DAN SERVIS DORANG TU. RASA NAK BUAT BEBANYAK JE SPEK IKUT TEMA BAJU,HAHAHA

    Reply
  16. Pingback: Spek patah! Huhuu... Eye Pro Vision ku kembali lagi - Nina Mirza
  17. Pingback: My Homepage
  18. Pingback: Facebook
  19. Pingback: solarmovie-free.com
  20. Pingback: situs judi online
  21. Pingback: mejaqq11.club
  22. Pingback: http://www.2qiuqiu99.club/
  23. Pingback: ufa
  24. Pingback: Skrot bil Göteborg
  25. Pingback: คาสิโน

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes