Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

TEMPAT MENARIK DI SELANGOR FLINSTONE CHALET SUNGAI MENARIK BERSIH BERKELAH
June 6, 2023August 4, 2023

Tempat Menarik di SELANGOR | FLINTSTONE CHALET berkelah dan mandi sungai paling bersih

Cuti-cuti panas terik ni teringin nak berendam berkubang dalam sungai. Mmmm… syoknya! Feeling sejuk nyaman gitu. Tempat menarik di Selangor memang ada banyak pilihan terutamanya untuk aktiviti mandi sungai. Tapi kat mana tempat nya sungai menarik yang sesuai untuk berkelah di Selangor?

Isi Kandungan hide
1 Kat Mana Tempat Menarik di SELANGOR
1.1 ‘Tandas bersih Sungai Selangor’
1.2 Flinstone Chalet Ulu Yam Selangor | Toilet bersih superb!
2 Sungai Menarik di Selangor
2.1 FLINTSTONE CHALET ULU YAM tempat cantik menarik berkelah bersama keluarga
2.1.1 Harga Flintstone Chalet Ulu Yam
2.2 Tempat BEST Mandi Sungai di Selangor
2.3 FLINTSTONE CHALET ULU YAM menarik puashati TOILET BERSIH!
2.4 Related posts:
3 Day8 ROTI TELUR UPIN IPIN Bekal Sekolah Eilhan
4 Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur
5 TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL | Rugi tak join!
6 Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan

Puas jugak laa search tapi mostly agak jauh dari rumah Nina dan selalu nya tempat public ni ramai sangat orang. Nina tak berapa gemar tempat yang sesak. Kita ni pemalu orangnya. Pastu kalau lambat sampai jawab nya takde port menarik nak bentang tikar atau pacak khemah. Musnah lah feeling healing. Huhuu..

Kat Mana Tempat Menarik di SELANGOR

Tempat Menarik di SELANGOR
  

Lawa kannn? Syokkkk je tengok sungai
Kat Selangor memang banyak pilihan mandi sungai tapi buntu nak pilih sungai yang ikut piawaian Nina. Cerewet kah daku? Eerrkk… Nina amat tekankan bab kebersihan. Segan nak mengaku semamangnya sungai kita terutama sungai awam agak kotor. Huhuu..   So Nina pun tekan search kat Facebook type

‘Tandas bersih Sungai Selangor’

Biar bethol search macam tu? Ya, luar kotak kot otak Nina, macam kelakar kannn apa yang Nina search?! HAhaa… tapi inilah hakikat.
Point utama nak cari tempat yang sediakan Tandas dan bilik mandi yang bersih. Sebab kebanyakkan sungai , fasiliti yang disediakan Tandas out! Nak citer details pun erkkk… Kembang tekak! Paling penting toilet wajib boleh flush, pintu boleh kunci. Kotor ya rabbi nauzubillah..  Bayangkan lah sendiri. Tak mampu nak story satu per satu lak kannn? Tapi sure korang pun setuju, kebanyakkan sungai kita level kebersihan memang memalukan kann?

Okies, lepas godek-godek, search bagai, then Nina jumpa lah Flinstone Chalet Ulu Yam. Baca review kat Facebook semua suka, puashati so Nina terus call no yang tertera. Kasitau kitaorang nak datang sana sebab kitaorang datang hari Isnin bukan weekend. Risau lak tempat persendirian gini tak buka.

Tempat Menarik di SELANGOR

Flinstone Chalet Ulu Yam Selangor | Toilet bersih superb! 

Ni nak share, Serius BEST giler mandi sungai di FLINTSTONE CHALET ULU YAM SELANGOR! Korang pernah datang sini? Maybe ada yang belum sebab setahu Nina tempat ni tak femes sangat sebab Nina pun tak tahu sebelum ni. Ker korang dah sedia tahu, Nina je yang ketinggalan zaman. HAhaa
Dekat je ngan rumah. Dari Gombak Batu Caves dalam 15 minit perjalanan.

Sampai di FLINTSTONE CHALET, keadaan persekitaran memang bersih. Sungai dia wow!
Cantik, banyak kawasan cetek ala kolam yang sesuai untuk kanak-kanak. Batu besar tak banyak. Helok lah!

Ada nya pondok outdoor. Siap ada power point plug. Boleh laa nak charge handphone ke, bawak kipas ke dan keperluan lain. Tempat BBQ dan arang pun disediakan. Bahan masak BBQ , pinggan mangkuk, air bagai kena lah bawak sendiri kannn? Banyak lak cekadak semua orang chalet sediakan. Melampau bethol! HAhaa

Sungai Menarik di Selangor

FLINTSTONE CHALET ULU YAM tempat cantik menarik berkelah bersama keluarga 

Selain kawasan picnic yang bersih, menarik, cantik, fasiliti bagus, Flinstone Chalet juga ada sediakan  rumah chalet tepi sungai untuk menginap. Nina dah tengok, selasa!
Lepas puas berkubang, check in terus tido.  Malam boleh nikmati keindahan malam yang penuh dengan ketenangan alam semulajadi. Menarik kan?

Chalet tepi sungai menarik bersih! Flinstone Chalet Ulu Yam Selangor
Mereka menyediakan chalet – dalam sebuah  bilik ada 1 Queen + 1 single. Ada ruang lagi untuk bentang tikar / toto. Kira-kira selesa untuk sekeluarga. Nak solat pun selesa, luas.
Korang tengok gambar di bawah. Luas kan bilik nya?

FLINSTONE CHALET SUNGAI MENARIK BERSIH BERKELAH

Harga Flintstone Chalet Ulu Yam

Per masuk
RM5 x1 per person
RM5 x 1 per kereta (parking)

Pondok daily (untuk berkelah picnic) RM60 – RM100
Rumah chalet tepi sungai RM150 – RM180

Kemudahan lain
Tikar
Tempat BBQ + arang
Tandas + bilik mandi banyakkkk bersih!
Surau
Dewan
Parking Tong sampah pun disediakan. Ada banyak

Sebaiknya nak datang kena call dulu untuk booking. Maklumlah tempat private
Korang call laaa

019-332 5500 Mansor
017-326 3116 Syafiq
017-668 7020 Hafizuddin

Tempat BEST Mandi Sungai di Selangor

FLINSTONE CHALET SUNGAI MENARIK BERSIH BERKELAH TOILET BERSIH

Apa kata Nina
Tempat ni ok, harga murah dari tempat lain
sebab Nina bukan lah jenis bila pegi stu tempat tidak meletakkan impian menggunung tinggi nak kan semua nya tip top. Nina very simple orangnya. Faciliti cukup dan bersih dah memadai. Maybe daku insan yang mudah terhibur kot! Pi mana pun aku enjoy. HAhaa..
Sila take note sini bukan hotel atau glamping 6 bintang! So faham sendiri lah ya.. HAhaa

Nina sekeluarga puashati. Happy!
Mandi Sungai BEST Selangor di FLINTSTONE CHALET ULU YAM memang menarik.
Nyaman, air sungai tak banyak batu, kawasan bersih memang puashati
Sungai cantik, air jernih bersih, paling best tandas pun ok!
Nikmat apa kau dustakan dengan bayaran RM5 sorang kannnn?

FLINTSTONE CHALET ULU YAM menarik puashati TOILET BERSIH!

Tempat Menarik di SELANGOR

Datang lagi?
Ya InsyaAllah.. nak bawak family besar pulak nanti. Nanti Nina plan nak stay pulak. Lagi syok healing feeling berkonsep alam semulajadi. Sambil tido dialunkan bunyi deruan sungai, unggas, sejuk. Bangun pagi terus hirup oksigen. Bestnya berangan! Takpe, berangan dulu, nanti jadi lah kenyataan kann..

Korang boleh tonton video Nina tengok sendiri view yang cantik menenangkan di sini
Click Video Tempat BEST Mandi Sungai Selangor Flinstone Chalet Ulu Yam menarik
Terima kasih FLINTSTONE CHALET ULU YAM . Keep good work 👍👍

Tapi buat yang suka ala themepark, Nina rekemen korang bawak family ke Bangi Wonderland
kat sini pun happening!
Tempat menarik lain di Selangor : FARM IN THE CITY

Related posts:

Day8 ROTI TELUR UPIN IPIN Bekal Sekolah Eilhan

Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur

TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL | Rugi tak join!

Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan

Parenting Travel Aktivti keluargaChalet Murah SelangorChalet tepi sungai murahFamily VacationFlinstone Chalet Ulu YamHarga ChaletMandi SungaiMandi Sungai BEST SelangorMandi sungai near meSungai Bersih SelangorTandas bersih Sungai SelangorTempat khemah campingTempat Mandi kanak-kanak di SelangorTempat Menarik di SELANGORTempat Menarik SelangorTempat riadah seisi keluargaUlu Yam Sungai Selangor

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Mama Kembar 3 says:
    June 15, 2023 at 7:32 am

    Menarik ni. Plg penting tandas bersih tu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes