Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Teknik Fotografi mudah hasilkan gambar terbaik Adhadi Mohd
January 22, 2016December 21, 2017

Teknik Fotografi DSRL, mudah rupanya nak hasilkan gambar terbaik! Bersama En. Adhadi Mohd

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…

Isi Kandungan hide
1 Gambar ..
2 Cahaya
3 Latar Belakang
3.1 Website : www.adhadi.com
3.2 Facebook: www.facebook.com/adhadimohdIII
3.3 Instagram : www.instagram.com/adhadi_mohd
4 Related posts:
5 Kuih Buah Melaka a.k.a Onde-Onde
6 Yeehaaa...!! Contest hadiah RM5k weyy ... Johnsons baby sempena 125 Years
7 Buffet Steamboat + Grill yang sedap, mabeles dan murah! Maharaja Steamboat kat Selayang best!
8 Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy

Gambar ..

Apa ada pada sekeping gambar? Gambar adalah satu medium komunikasi. Ia bertindak sebagai penyampai cerita dari apa yang kita lihat di atas sekeping gambar. Maklumat nya haruslah tepat dan jelas. Apa yang ingin disampaikan dalam sekeping gambar? Adakah gambar tersebut menggambarkan apa yang tersirat? Susah ke nak dapatkan gambar yang cantik?  Camner?

Sekarang ni ramai aje yang ambil gambar dari handphone dan masih ramai yang menggunakan camera terutama DSLR. Tidak dinafikan , DSLR menghasilkan sebuah gambar yang amat cantik dan terbaik. Tapi …. Perlu tahu teknik yang betul baru gambar menceritakan apa yang ingin disampaikan. Setakat auto baik pakai semakphone macam Nina aje ….  Dan… Teknik asas nya mudah aje. Tak susah mana pun. Kalau susah Nina pun tak rela you hehee . . . . Tak suka stress

Adhari Mohd Fotografi skill mentor

Alhamdulillah, baru-baru ni Nina berpeluang mempelajari teknik fotografi yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari. Bengkel tersebut banyak memberi pendedahan fotografi buat Nina. En. Adhadi Mohd berkongsi akan tips dan teknik fotografi buat kami semua. Walaupun Nina tak punya DSLR, namun ilmu yang dicurahkan amat bagus dan bermanfaat buat Nina. Antaranya Nina kongsikan sikit **sikit jer tau** ngan korang..

Cahaya

Peranan cahaya amat penting dalam sesebuah gambar. Cahaya yang terlalu terang akan mengakibatkan terjadinya noise. (Bintik-bintik kecik berwarna putih). Dan gambar yang terlalu gelap tidak menyampaikan cerita yang tepat. Sebaiknya guna cahaya lembut dan semulajadi. Contoh cahaya gelap sebelah, menghasilkan gambar yang Dramatik. Cantik kann…?

Dramatic Teknik fotografi mudah

Latar Belakang

Latar Belakang merupakan faktor penting dalam sesebuah gambar. Ia menceritakan lokasi dan persekitaran yang ada. Contohnya di taman, pantai, pasar malam dan sebagainya. Kalau gambar tuu belakangnya sekadar warna biru kosong, dah jadi macam gambar pasport. Iyer tak? Hehehe ….

DSLR teknik fotografi

Dah pakai DSLR perlu tahu setting camera. Pemilihan setting yang penting  adalah ISO, Shutter dan Appecture. Ini adalah faktor penting yang akan menghasilkan gambar terbaik, gambar yang cantik, efektif dan memberi makna penceritaan . Untuk mendapatkan setting mudah ini korang dapat pelajari melalui kelas Fotografi En. Adhadi.  Meh Nina kongsikan sikit apa yang ada dalam video beliau..  Tak rugi tau..!! Nina suka video ni…

Teknik fotografi objek air bergerak

Teknik Fotografi mudah hasilkan gambar terbaik Adhadi Mohd

Semasa sesi pembelajaran, Nina suka cara penyampaian beliau yang bersahaja, relax dan mudah difahami. Selain teknik teori, beliau juga mengajar kami teknik snap gambar indoor dan outdoor. Teknik pencahayaan, latar belakang yang telah kami pelajari dipraktikkan  agar kami lebih faham.  Bagus kelas beliau. Seronok!

Beliau juga ada menyediakan CD buat rujukan andai yang berminat nak belajar tapi tinggal jauh dan tak dapat joint kelas beliau. Jangan risau, Video ini dalam Bahasa Melayu. Rakyat Malaysia tak kan tak faham Bahasa Melayu lak kannn….

Adhadi Mohd CD Video teknik Fotografi

Nah …. Sekarang dah tak susah pun nak belajar teknik fotografi DSLR . Untuk hasilkan gambar terbaik yang penting asas nya perlu tahu teknik dan setting dulu camera anda. Semua nya ada dihujung jari.  Untuk maklumat lanjut, boleh layari

Website : www.adhadi.com
Facebook: www.facebook.com/adhadimohdIII
Instagram : www.instagram.com/adhadi_mohd

 

Related posts:

Kuih Buah Melaka a.k.a Onde-Onde

Yeehaaa...!! Contest hadiah RM5k weyy ... Johnsons baby sempena 125 Years

Buffet Steamboat + Grill yang sedap, mabeles dan murah! Maharaja Steamboat kat Selayang best!

Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy

Lifestyle Review Adhadi MohdDSLRTeknik fotografiTeknik mudah ambil gambar

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Bella Idura says:
    January 25, 2016 at 10:23 pm

    Terbaik kak nina..

    Reply
  2. Explorasa says:
    January 26, 2016 at 8:51 am

    Fuuuh terbaik entri ni. Rugi x gi seminar kbba hr tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes