Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Tauhu Bunga
June 5, 2017June 5, 2017

Ohh … Teratai bunga indah… Eh! bukan lirik… Ini Resipi Tauhu Bunga

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Isi Kandungan hide
1 Resipi Tauhu Bunga
2 Related posts:
3 JOMMMM join #SheIsRemarkable #iamRemarkable dari BIO-OIL Malaysia
4 Sebab kotak baru Susu LAZZ ada Omar Hana laaa anak Nina...
5 Apam Coklat Moist Resepi Mudah Sukatan Cawan Pakai Blender
6 Mee Kuah Tomato

Sungguh cantik wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandang teratai bunga indah

Acecehh … tetiba lak lagu Ramli Sarip! hehee…

Sebenarnya intro jer tuu… Nina nak tayang kat korang ritu Nina buat Bunga Teratai buat juadah Buka Puasa. Puashati buat sendiri dari beli kat Bazar Ramadhan. Maklumlah… sendiri bikin kann, sure kita letak apa jua inti yang kita suka! Sumbat penuh-penuh gitu.. best kann..??

Nahh… Ini hasilnya. Cantik tak? Cantik kann.. bukan setakat cantik malah sedap dimakan begitu saja. Eh! Macam pernah dengar lak . Hehe..

Ok.. sebelum Nina start bebelan, meh Nina kongsikan resipi Tauhu Bunga yang mudah ni. Kot kot korang tak de idea nanti, boleh laa korang buat menu ni lak..

Tauhu Bunga

Resipi Tauhu Bunga

Bahan-bahan
10-12 keping tauhu kering atau lebih
300gm isi ayam – dipotong dadu kecik-kecik
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1/2 biji carrot – dipotong dadu atau sagat
6-7 biji cendawan bulat – dipotong dadu
1 biji kentang – dipotong dadu
daun bawang – dihiris halus
sayur kacang panjang – dihiris bulat-bulat halus
cili merah sikit – dihiris halus
1 atau 2 biji telur (kalau intinya banyak, korang tambah lah lagi sebiji dua telur)
isi tauhu
garam secukup rasa

Cara penyediaannya
1- Belah bahagian atas tauhu menggunakan gunting. (Guntingkan bentuk X kecil)
2- Terbalikkan tauhu melalui bentuk X yang kita gunting tadi. Masa ni kena manja-manja terbalikkan tauhu tuu supaya tak koyak. Keluarkan isi tauhu kat tepi-tepi tauhu. Ketepikan.
3- Bahan-bahan inti disatukan kesemuanya termasuk juga isi tauhu tadi (tak baik membazir, sayang kalau dibuang kannn…. ) dan masukkan inti ke dalam tauhu yang dah diterbalikkan tadi hingga penuh. Tekan-tekan sikit.
4- Setelah itu goreng hingga garing. Cara menggoreng kena masukkan part kelopaknya dahulu dan kemudian baru dibalikkan. Paras minyaknya pula setengah bahagian tauhu tersebut.
5- Bila dah kekuning-kuninggan, angkat dan toskan
6- Sedia dihidangkan dengan cili sos kegemaran.

** Cantik kan? Kalau korang kurang faham… Meh jenguk gambar step by step cara buat Tauhu Bunga Terbalik Berinti : Step by step cara buat Tauhu Bunga

Tauhu Bunga Terbalik Berinti ni, intinya korang boleh jer pelbagaikan dengan bahan lain. Tak semestinya ayam. Udang ke, sotong ke, daging ke, sausage ke… Apa saja pun boleh jer korang sumbat dalam tauhu ni. terpulang pada individu. Bahan sampingan pun gitu. Ikut suka…

Hidangan ni selain buat Juadah Berbuka Puasa, amat sesuai sebagai menu kudap-kudapan/sampingan. Kot korang ada anak-anak yang tak suka makan nasi pun boleh jer cuba gantikan Tauhu Bunga Terbalik Berinti ni sebagai menu dalam hidangan mereka.

Pastu sesuai gak buat menu tuk majlis, party ataupun open house. Pasti laju diserbu tetamu dan yang penting tuan rumah kenalah buat stok banyak-banyak ehh…. Jangan korang yang tertonggang terbalik nanti udah ler yaaa… hehee . . .

Selamat Mencuba!

Related posts:

JOMMMM join #SheIsRemarkable #iamRemarkable dari BIO-OIL Malaysia

Sebab kotak baru Susu LAZZ ada Omar Hana laaa anak Nina...

Apam Coklat Moist Resepi Mudah Sukatan Cawan Pakai Blender

Mee Kuah Tomato

Lifestyle Resepi Juadah Berbuka PuasaJuadah Iftarjuadah ramadhanmenu anak susah makan nasiMenu buka puasaTauhu Bunga/ Tauhu Terbalik BerintiTauhu GorengTauhu Sumbat

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. qaseh says:
    June 5, 2017 at 11:39 am

    Sedapnya kak nina ..

    Reply
  2. azni says:
    June 5, 2017 at 1:39 pm

    ish.. pandainya nina masak… kreatif nih

    Reply
  3. Mama Kembar 3 says:
    June 5, 2017 at 10:51 pm

    Macam menarik je nak try ni, sumbat sayur banyak banyak bagi si kembaq makan mesti depa tak sedaq kata ada sayurhehe

    Reply
  4. nadia johari says:
    June 7, 2017 at 2:08 pm

    cantiknya akk buat

    Reply
  5. lisak says:
    June 8, 2017 at 8:10 pm

    macam nak try jek.. kalau rajin hehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes