Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tabung Pendidikan SSPN-iPlus Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit
April 25, 2016December 17, 2023

Pelan Pendidikan Murah Serendah RM30 | SSPN-i Plus PTPTN Terbaik

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Menabung merupakan satu amalan yang dituntut oleh setiap agama. Dengan adanya Tabung,  akan menjamin masa depan yang terurus dan terjamin. Zaman sekarang ni, kalau tak de duit tabung bukan mudah memang susah ok! Untuk merancang pengurusan kewangan di masa akan datang. Semuanya makin mahal..!! Stress ooo bila difikirkan. Duit duit dimana kau duit…!! Chewah… Siap lirik lagu M.Nasir gitu.. hehee . . . Pelan Tabung Pendidikan Murah Serendah RM30 SSPN-i Plus PTPTN Terbaik

Isi Kandungan hide
1 Kos Yuran Kursus Pengajian Tinggi Di Malaysia
2 Pelan Skim Pendidikan Serendah RM30 Sebulan
3 Related posts:
4 Sinopsis BULAN DI KOTA LANGIT satukan Risteena dan Isa Khan
5 RESEPI SUP TULANG RAYA HAJI KHAIRULAMING INI PALING MUDAH SEDAP! KENA CUBA
6 Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang
7 Sinopsis CURI CURI CINTA - Astro

sabda Rasullullah SAW Simpanlah sebahagian harta kamukerana itu jauh lebih baik untuk kebaikan masa depan

Nina pasti Mak Pak zaman sekarang ni setuju dengan menabung sejak anak kita kecik adalah cara paling mudah untuk simpanan pendidikan anak-anak dewasa nanti kann….  Salah satunya ialah dengan membuka akaun di bank mahupun dengan membeli pelan skim pendidikan yang ada dipasaran.  Betul tak?? Sapa yang dah buat, cer angkat tangan… Tahniah pada yang dah mula menabung..!

Kos Yuran Kursus Pengajian Tinggi Di Malaysia

Kita sedia maklum, sekarang ni kita memerlukan sekitar RM10K-RM50K peruntukan yuran  anak sambung belajar ke pusat pengajian swasta di Malaysia.  Hakikatnya nilai ini pada 10 tahun lagi semakin meningkat! Kos yuran semakin naik naik naikkk….!!  Kannn… Mana ada benda yang murah sekarang ni..!! hehee . . .

Yuran Kursus Pengajian Tinggi
haa..!! tengok jangan tak tengok… Yuran kursus Pengajian Tinggi tahun 2014. Sekarang..?? Hhurmm….. Agak-agak ada darah tinggi tuu cepat-cepat pi makan ubat lepas tengok ni ehh..!! Segera tau..!!

Oleh sebab ini lah, sebaiknya dari sekarang lah kita menabung. Biar kita menyimpan menabung dengan jumlah yang ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’. Macam tak pernah dengar lak kann .. Jangan mengade kat tak tahu pepatah lama ni ehh.. Korang percaya tak dengan RM1 sehari pun korang boleh menabung dan sekali gus disertakan Pelan Pendidikan dan Takaful untuk anak-anak!

Tabung Pendidikan SSPN-i Plus Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Kot korang pun macam Nina budget ciput (maklumlah punya 4 orang anak dan tak lama lagi +1 ) Jangan risau… Korang masih boleh merancang simpanan pendidikan anak-anak.  Dengan hanya RM30 minimum aka sehari hanya RM1..!! Kenapa tak percaya..?? Percaya laaa . .  .  serius Nina tak bohong!

Pelan Skim Pendidikan Serendah RM30 Sebulan

Ahaa..!! Korang klik Pelan Pendidikan RM30 sebulan (klik)  untuk maklumat lanjut. Nina sendiri teruja dengan manfaat yang disediakan. Dengan satu skim simpanan yang kita mampu milik disertakan sekali skim perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. Terbaik laa…!! Selain tuu kan, pelan ini juga dikecualikan dari tax. Best kann… ?? Nak citer banyak pun Nina bukannya terror sangat. Korang klik link tadi ehh…

Nina pun baru jer tahu tentang Pelan Pendidikan yang murah berpatutan mampu milik ni Ahad lepas. Masa tu Nina dapat jemputan dari PTPTN. Bila dengar aje PTPTN terus seriau . . . Huhuuu… Nak gi ker tak, nak gi ker tak?? Hahaa . . .

Rupa-rupanya PTPTN memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus). Nina cukup teruja dengan Pelan Simpanan yang ditawarkan. Mereka menyediakan Pelan simpanan yang berpatutan mengikut kemampuan. Bukan itu saja, ianya juga amat mudah. Secara online pun boleh buka akaun. Tak perlu buat medical check up bagai. Bagus kann… Korang klik aje web SSPNi . Step yang mudah dan ringkas. Kat sana pun banyak info lanjut untuk korang fahami… Kalau korang rajin nak mentelaah bagai nak rak, korang intai-intai jer kat :-

Web : http://www.ptptn.gov.my

Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (klik)

Instagram : https://www.instagram.com/instaptptn

Hotline : 03-2080 4455

Hi-Tea SSPN-i Plus PTPTNSkim Tabung Pendidikan Murah RM30 SSPN-iPlus oleh PTPTN Terbaik

Terima Kasih banyak buat pihak PTPTN di atas jemputan majlis Hi-Tea bersama Blogger Ahad lepas. Banyak ilmu dan pendedahan yang Nina dapat. Ianya membuka minda Nina betapa pentingnya Pelan Simpanan Tabung Pendidikan untuk anak-anak. Kita perlu berusaha dan mulakan dari awal walaupun jumlahnya kecil.  Setuju tak? Tepuk dada tanya selera poket!

Jom menabung bersama SSPNi-Plus

Related posts:

Sinopsis BULAN DI KOTA LANGIT satukan Risteena dan Isa Khan

RESEPI SUP TULANG RAYA HAJI KHAIRULAMING INI PALING MUDAH SEDAP! KENA CUBA

Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang

Sinopsis CURI CURI CINTA - Astro

Lifestyle Review Tips Pelan Simpanan TerbaikPTPTNSimpanan Hari TuaSkim Pelan Pendidikan Murah RM30 sebulanSkim Simpanan Pendidikan NasionalSSPN-iPlusTabung PendidikanTakaful

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. lynda says:
    April 25, 2016 at 11:33 pm

    Betul tu….rm1 sehari je..murah sangat…kalau ada budget tinggi..plan rm500 tu pun menarik

    Reply
  2. Fieza Sani says:
    April 25, 2016 at 11:48 pm

    Betul..ramai mak pak sekarang dh bjiak, menabung untuk simpanan pendidikan anak2 dri dorang lahir lagi..kos pendidikan makin hari makin meningkat..

    Reply
  3. miminadam says:
    April 25, 2016 at 11:50 pm

    Senang dan mudah nak reg. Manfaat pun banyak jugak.

    Reply
  4. Mama Kembar 3 says:
    April 26, 2016 at 7:16 am

    I pun rasa sspn-i plus ni memudahkan utk mak pak yang ada kekangan bajet utk start menabung.

    Reply
  5. Anuar says:
    April 26, 2016 at 4:33 pm

    Bagus ni… Dapat kumpul sedikit demi sedikit setiap sebulan… lama-lama simpanan boleh jadi bukit… 😉

    Reply
  6. mas saari says:
    April 26, 2016 at 10:17 pm

    menarik pakej yg ditawarkan.. memang mampu utk semua ibu bapa yg ramai tanggungan

    Reply
  7. Umminani says:
    April 27, 2016 at 7:26 am

    setuju kak, yuran makin mendadak naik. sayangi anak, kita kena menabung untuk depa.

    Reply
  8. shiqeen sattar says:
    April 28, 2016 at 12:03 am

    terbaik habaq hang

    Reply
  9. Azwan says:
    December 8, 2016 at 2:09 pm

    Bagi yang sudah meminjam PTPTN dan merasa sendiri perit ke tidak membuat bayaran balik, mesti tak mahu anak-anak bakala alami pengalaman yang sama.

    Reply
  10. Arif says:
    April 10, 2017 at 4:08 pm

    Yup, betul tu, aku pun baru sedar bila dah sambung belajar. Jangan biarkan anak dan diri kita terbeban di masa hadapan, jadi jom buka akaun untuk anak2 kita dan kongsikan dengan suadara2 kita. Buka akaun sekarang https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000005379

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes