Pernah tak korang tengah sedap tengok drama pukul 7 malam, tiba-tiba lipas lalu tepi kaki? Lalu ok lagi, yang hok jenis terbang tu, dengan kita pun boleh terbang kann? HAhaa..!! Atau baru je mop dapur, semut datang buat kenduri? Hadoi stress kann! Haa… siapa MakMak perangai serupa Nina, penakut, cerewet, nak bersih sokmo, confirm faham struggle ni. Sebab tu hari ni Nina nak share satu rahsia yang dah selamatkan dapur dan rumah kitaorang dan ramai lagi seantero dunia! SWIPEL AFY Haniff
Longshort story, sebenarnya Nina dah pernah dah kongsikan pasal SWIPEL Serai Wangi ni tahun terdahulu, lama dah Nina guna produk dari AFY Haniff ni. Produk bagus opkos lah Nina share ngan korang. Tapi baru ni ada kawan wasap Nina tanya tips halau lipas semut, so Nina excited lah nak share lagi ngan korang. MakMak memang suka share tips pasal rumah, resepi, rumahtangga, jimat berbelanja, produk bagus, macam-macam lagi! lagipun Nina notice packaging produk dari AFY Haniff ni dah upgrade lagi.

Ni Eilman, anak bujang Nina. Kat rumah Nina – my rules is NO Compromise! Lelaki ke perempuan ke tetap kena buat keje rumah. Kebersihan jaga rumah tanggungjawab bersama.
Apa Yang Buat SWIPEL Ni Jadi Favourite Mak-Mak?
Kalau korang tanya kenapa Nina setia dengan SWIPEL, ada banyakkkkk sebab. Antaranya :
SWIPEL 2 dalam 1
Nina gunakan SWIPEL sebagai bahan pembersih untuk Mop rumah. Selain berkesan membersihkan, SWIPEL guna bertindak halau serangga terus. Yelah, maksud SWIPEL iatu Serai Wangi Insect Repellent so opkos lah berkesan menghapuskan segala serangga.
Jimat masa, jimat tenaga, berbaloi beli
Mudahkan keje kannn? Nina buat satu keje – mop rumah je tapi seterusnya yang lain-lain SWIPEL yang kerjakan untuk kita.
Selamat! Takde bahan kimia
Ini pun faktor penting Nina pilih SWIPEL. Selamat untuk baby merangkak atas lantai. Walaupun rumah Nina dah takde baby, Nina tetap pilih produk selamat tanpa bahan kimia untuk seisi keluarga. Nina percaya apa saja yang kita pakai, ianya akan meresap dalam badan kita dan benda ni ada kesan jangka masa panjang contohnya kanser. Mencegah lebih baik kann?
Bau SWIPEL segar
Ya, bau yang segar, menenangkan umpama satu terapi saat mengemop tau! MakMak je faham situasi ni. Kita kan nak enjoy buat keje rumah, so kenalah rasa nyaman, tenang, masa buat keje rumah. Segar macam dok dalam spa serai wangi! Tak payah sembur pewangi lagi dah.. Rasa lebih relaxing dah siap buat keje rumah. Nikmat sungguh!
Mesra alam Multipurpose Multifunction
Paling best lepas mengemop atau lap, SWIPEL tak tinggal kesan melekit atau licin. Selesa!
Boleh guna kat mana-mana: dapur, meja makan, tandas, bilik stor, bilik anak, hatta ruang tamu pun boleh. Banyak betul kegunaannya!

AWAS! SWIPEL Ada Produk Tiruan!
Zaman sekarang ni, benda bagus memang selalu ditiru. Tapi masalahnya, tiruan SWIPEL ni bukan saja tak berkesan pun, malah boleh bahayakan kesihatan. Bayangkan korang mop dapur dengan cecair ‘misteri’, lepas tu anak terjatuh sebab licin… Kalau kita yang terjatuh acaner? Kita MakMak ni tunjang keluarga, mana boleh cedera. Tak pasal akan menyusahkan semua orang sekeliling kita.
Beza dia?
SWIPEL original: bau serai wangi sedap, warna konsisten, label kemas
Yang tiruan: bau pelik, cepat rosak, hasil pun hampa . Membazir je!
Ramai ingat semua serai wangi sama. Nope! Yang padu, yang betul-betul berkesan tu dari AFY Haniff je
Serai wangi viral-viral tu, asal-usulnya dari siapa?
Dari AFY Haniff lah, siapa lagi?!
So, please lah… check betul-betul, jangan main capai je masa beli. Cari yang betul-betul original AFY Haniff. Jangan takat pandang sekali lalu, nampak je ayat ‘Serai Wangi’ terus capai. Nehi nehi… Ayat ‘Serai Wangi’ ni lah ramai pengguna keliru, ingat sama tapi tak serupa langsung. Korang hati-hati tau!

Eh, Dah 20 Tahun Rupanya?!
Sumpah, tak sangka weh… AFY Haniff dah 20 tahun kat pasaran!
Dari Melaka ke seluruh Malaysia, dan sekarang dah menembusi pasaran luar negara macam Brunei, Singapura, Thailand. Bukan calang-calang ni!
Jenama ni bermula tahun 2006 – kecil-kecilan je dulu. Tapi sebab produk dia berkualiti, selamat dan berkesan, terus jadi kegemaran ramai. AFY Haniff ni bukan baru semalam wujud. Dah 20 tahun jaga rumah rakyat Malaysia dengan kuasa serai wangi. Trusted brand
Misi mereka jelas :
Produk berasaskan serai wangi
Selamat, semula jadi dan diuji makmal
Bebas bahan kimia merapu
Halal & mesra rumah tangga – mak-mak approve!
Orang sibuk tiru produk dia, tapi yang ori tetap berdiri teguh – AFY Haniff, serai wangi sebenar sejak 2006! Tahniah AFY Haniff dah masuk alam dewasa. Umur 20 tahun ni, kalau orang dah nak habis degree tau! Lagi 3-4 tahun dah boleh kawin dah. HAhaaa

Buat spray- spray kat peti ais pun boleh tau! Sebab tu laa kalau korang perasan, banyak kedai makan gunakan SWIPEL untuk bersihkan meja makan dan kawasan persekitaran. Bukan setakat semut lipas je tak muncul, lalat pun tak berani datang.
Produk AFY Haniff ni mempunyai pensijilan halal tau! Selamat di tempat makan.
Produk AFY Haniff – Bukan SWIPEL Je Tau!
AFY Haniff bukan produk sendu satu jenis je, dorang 3 lagi rangkaian produk berasaskan serai wangi yang power dan padu :
- SWiPEL ialah jenama produk penghalau serangga AFY Haniff (penjenamaan baru bagi Serai Wangi).
Fokus utama: semburan, lilin, kiub anti-lipas/tikus, dsb. - Plash – sabun tangan berbuih beraroma wangi dan praktikal untuk kegunaan harian.
- D’menc – dua rangkaian penyegar: satu untuk fabrik, satu untuk udara, setiap satu menawarkan pelbagai aroma menarik dan tahan lama.
Semua Nina dah pernah cuba dan Alhamdulillah, memang padu produk dari AFY Haniff. MakMak surirumah macam Nina , memang kena cuba! Satu kepuasan bila kita berbaloi beli dan ianya berkesan lagi menjimatkan. Setuju kann?
Kenapa Berbaloi Sangat Beli Produk AFY Haniff?
Opkos sekali sebab harga mampu milik. Almaklumlah, hidup ini keras weyhh!
Tugasan seorang Surirumah amatlah mencabar, kita lah Domestic Manager. Kurlasss jawatan. HAhaa.. Eh Eh betul hapa kann?! Pengurusan hal ehwal rumah yang betul, bijak lagi sistematik penentu sesebuah keluarga yang berjaya. Setuju kann?
Kualiti premium. Tip top! Puashati pakai. Nina jenis suka support local brand. Produk tempatan, terutama bumiputera. Yang bagus kita support lah kannn?
Mesra pengguna – Bau best, botol pun senang guna
Selamat dan diyakini ramai. Dan yang paling penting…
Mak-mak Malaysia recommend, itu dah cukup solid!

Nak Beli Kat Mana? Yang Confirm Original?
Shopee (HQ Verified): https://s.shopee.com.my/40Vo5p4H5W?share_channel_code=1
Website rasmi: www.afyhaniff.com
TikTok: @afyhaniff.hq
Instagram: @afyhaniff
Selain beli online, produk AFY Haniff boleh didapati di seluruh pasaraya Malaysia. Antaranya Mydin, Lotus’s, AEON, Aeon Big, Econsave, Family Store, Jaya Grocer dan banyak lagi. Senang je jumpa, masakan tidak sebab dah 20 tahun berada di pasaran!
Bila mak-mak mop dengan SWIPEL, jangan pelik kalau lipas buat U-turn. AFY Haniff punya kerja lah tu! HAhaa
SWIPEL bukan sekadar pembersih – dia kawan baik ibu-ibu yang tak larat nak perang dengan semut dan lipas tiap-tiap minggu. Dan AFY Haniff bukan jenama biasa – dia dah 20 tahun berbakti tanpa banyak bunyi. Senyap-senyap tapi berkesan!
So kalau korang masih tercari-cari pembersih yang bersih, selamat, dan wangi giler, tak payah pusing jauh. Cari logo AFY Haniff. Pastikan original. Mop-mop pun rasa tenang. Sila cuba!
saya pakai ni pun best sangat. semut lipas tak datang dah. bau pun best segar jeee