Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3
October 31, 2019January 4, 2024

Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3

Semalam tertengok drama baru ni, SETELAH KU DIMILIKI lakonan Intan Najwa bergandingan dengan Abam Sado Zul Ariffin. Macam best jer… Comel lak nengok Intan Najwa bertudung. Korang yang belum tonton nanti tengok laaa… Manis sungguh! Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3
1.1 Apa yang disembunyikan Sarrafia?
1.2 Info Drama
1.3 WATAK PELAKON
1.4 Tonton Online
1.5 Related posts:
2 8 SEBAB RELY APLIKASI KELAS ONLINE TERBAIK UNTUK PELAJAR SEKOLAH
3 Tips jaga kulit muka dan pilih Serum yang bagus! EHPYRA SKIN NANO
4 Bubur Pisang aka Pengat Pisang... Hebatnya Bismillaahirrahmaannirrahiim
5 BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah

Tu hari  baru-baru ni Intan Najwa berlakon jadi orang gaji pun comel dalam Drama Tuan Danial . Pastu jadi minat lak ngan Intan Najwa ni.

Dalam Setelah Ku Dimiliki ni, Nina tengok lak jalan ceritanya pun cam best jer… Leh laaa layan. Pelakon lain pun semua yang hebat-hebat gak. Suka Kuza dan paling best lagi adanya Tiz Zaqyah. Fuhh …

Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3

Meh Nina share ngan korang sinopsis drama ni.. Sekurangnya kot baru nak layan dah tau sebab apa Sarrafia tu cuba mengelak dari Adriz .

Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3

Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Apa yang disembunyikan Sarrafia?

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia.

“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” – Adriz

Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?

Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3

“Kalau saya nak lepaskan awak, tunggu Allah cabut nyawa saya dulu. Waktu tu tentulah saya dah lepaskan awak.”

“Niat di hati memang saya tak nak kahwin dengan awak pun, Encik Adriz. Tapi bila setiap malam muka awak saja yang muncul maknanya Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak. Kerana Allah dah bagi petanda, maka terpaksalah saya memilih awak juga.”

Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar difahami. Tidak mahu bahagia, tetapi hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz.

Eerrkkk .. mana satu ni? Nak ke tak nak? Sapa pulak Sarlina?

Info Drama

Nantikan drama adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry akan disiarkan di Slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah. Akan menemui penonton pada bulan Oktober nanti.

Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3

JUDUL : SETELAH KU DIMILIKI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd

PELAKON : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan

WATAK PELAKON

Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Encik Rahimin
Kuza sebagai Bonda Ummi

Tonton Online

Amacam..? Macam best kann… Ok, kot korang terlepas nonton, nanti-nanti korang try laaa search drama SETELAH KU DIMILIKI ni kat http://www.tonton.com.my Drama Online

Related posts:

8 SEBAB RELY APLIKASI KELAS ONLINE TERBAIK UNTUK PELAJAR SEKOLAH

Tips jaga kulit muka dan pilih Serum yang bagus! EHPYRA SKIN NANO

Bubur Pisang aka Pengat Pisang... Hebatnya Bismillaahirrahmaannirrahiim

BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah

Drama Movie Lifestyle Review DramaDrama bestDrama MalaysiaDrama MelayuDrama sangatIntan NajwaSETELAH KU DIMILIKISinopsisSinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKITiz ZaqyahTV3Zul Ariffin

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Ciktie says:
    November 2, 2019 at 10:37 am

    Alahhh sikit ini je ke sinopsisnya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes