Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama ANGKARA CINTA
November 6, 2020November 11, 2020

Sinopsis Drama ANGKARA CINTA lakonan Hun Haqeem , Meerqeen dan Wanna Ali

Sejujurnya nama Wanna Ali belum berapa femes tika kini tapi Nina pernah tonton lakonan beliau dalam Filem ADA APA DENGAN DOSA  . Salute dengan lakonan beliau yang amat natural dan bersahaja membawakan watak Aurora, seorang gadis yang dibesarkan di Eropah mencari kebenaran dalam dirinya. Korang kena tonton! Filem islamik yang rare. Sinopsis Drama ANGKARA CINTA

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama ANGKARA CINTA
2 Related posts:
3 Sinopsis DIA YANG KU CINTA TV3
4 Sinopsis BATIK ZAKIAH
5 Eina Azman laaaa punya pasal ni....
6 Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap...

Hun Haqeem cukup popular dengan watak Jekferr dalam komedi KAMPUNG PEOPLE . Memang menjadi watak Jekfer dia tu. Dari kanak-kanak sampai laaa ke dewasa terhibur dengan watak dia. Rezeki beliau meletop-letop sebab Drama Kampung People. Tahniah!

Slot Tiara Astro Drama 6pm kali ni menayangkan Drama yang lain dari yang lain. Kali ini Drama Aksi berjudul ANGKARA CINTA adalah adaptasi dari Drama Telenovela Filipina berjudul Tayong Dalawa.

Sinopsis Drama ANGKARA CINTA

Sinopsis Drama ANGKARA CINTA

Menceritakan tentang dua susuk tubuh yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan. Wajah mereka juga hampir sama!

Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.

Sinopsis Drama ANGKARA CINTA

Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketika Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.

Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira lakonan Wanna Ali.

Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya?
Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?

Sinopsis Drama ANGKARA CINTA

Apakah Indah akan berdiam diri?
Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak.

Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya?
Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?

Perghhh . . . Semua konflik ada!
Dari konflik kekeluargaan, harta benda, kekayaan, kebenaran hingga lah cinta. Semuanya perlukan pengorbanan. Dari awal telah banyak pengorbanan antara kasih sayang anak dan bapa yang terpisah dan semuanya bakal terjawab terungkai. Penyelesaian sebuah kebenaran yang pastinya semua pihak impikan kebahagiaan.

Nantikan drama bersiri ‘Angkara Cinta’ bakal ditayangkan di saluran Astro Prima. Drama 70 episod arahan Hadith Omar. Dibarisi pelakon seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Sinopsis Drama ANGKARA CINTA

JUDUL : ANGKARA CINTA
EPISOD : 70
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara (Astro Prima & Prima HD)
PENGARAH : Hadith Omar
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Alif Muhaimin, Azhar Amir, Roy Azman, Lydia Saimon, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Nur Auni Zahra, Gen Darwish, Syed Irfan

WATAK PELAKON
Hun Haqeem sebagai Luqman
Meerqeen sebagai Haqeem
Wanna Ali sebagai Adira
Yuna Rahim sebagai Jijie
Nina Juren sebagai Mariani
Normah Damanhuri sebagai Nek Milah
Sharifah Shahora sebagai Indah
Alif Muhaimin sebagai Dino
Nur Auni Zahra sebagai Adira
Syed Irfan sebagai Luqman
Gen Darwish sebagai Haqeem

Tak sabar nak tonton kannn? Drama aksi yang lain dari yang lain jalan cerita nya. Tidak laaa cliche ala-ala asyik kisah cinta, kahwin paksa, darjat  semata.
Kalau korang terlepas episod dan ingin   . Click jer! Semuanya dihujung jari . . .

Related posts:

Sinopsis DIA YANG KU CINTA TV3

Sinopsis BATIK ZAKIAH

Eina Azman laaaa punya pasal ni....

Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap...

Drama Movie Lifestyle Review ANGKARA CINTAAstroastro PrimaDrama bestDrama TelenovelaHun HaqeemMeerqeenWanna AliYuna Rahim

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. amie says:
    November 11, 2020 at 8:25 am

    Banyak sungguh drama yang menarik. Sayangnya tak sempat nak tonton semua sebab banyak pula episodnya.

    Reply
  2. Shafyqah Azahar says:
    November 12, 2020 at 9:12 am

    baru nak follow peh sekali 70 episod takboleh tengok drama panjang panjang cepat bosan

    Reply
  3. Aisya Ismail says:
    November 12, 2020 at 10:25 am

    Tengok iklan menarik tapi lom tertengok lagi.

    Reply
  4. Nadia johari says:
    November 13, 2020 at 3:11 am

    Baru tau cerita ni.. Tak follow lagi.. Sebb dok layan tv3.. Hehehe

    Reply
  5. Odah lurve says:
    February 10, 2021 at 4:11 pm

    Cerita mmg best….. Mmg jrng miss episode demi episode…makin lama mkin best… Tp kata 70 episode je… Nape nie da lbh 70… X abis²… Penat tunggu r…bila nk abos… Hehehhehehe…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes