Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN
October 28, 2021March 24, 2023

Sawadikap! Marrybrown TOM YAM CHICKEN Baru Memang BEST

MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN Memang BEST!

Isi Kandungan hide
1 MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN Baru Memang BEST
2 Terkini Menu Dari Thailand
3 Apa kata Nina
4 Harga MB TOM YAM CHICKEN
4.1 Jangan lupa cuba!
5 Mana nak beli MB TOM YAM CHICKEN
6 Related posts:
7 Resipi AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH
8 Resepi Mee Goreng Sempoi Sedap Mudah
9 Ayam Goreng Kicap Lemak Manis
10 TIPS Resipi Donut Gebu Lembut sampai besok! Bahan rahsia wajib ada . . .

Nyum nyummm sawadikap!
Sapa rindu travel ke Thailand?
Rindu nak makan yang pedas² ala Tom Yam ?

Tadaa
Menu baru Marrybrown Tom Yam
Memang best!

Sapa pun tahu kannnn, Marrybrown is the largest homegrown Halal fast-food chain!

MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN

MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN Baru Memang BEST

Sempena 40 tahun anniversary MARRYBROWN , mereka melaksanakan misi mereka untuk menawarkan ‘sesuatu yang berbeza’ kepada pelanggan mereka. Bersempena dengan Ulang Tahunnya yang ke-40 tahun ini, rangkaian makanan segera Halal terbesar tempatan telah membawa peminat ‘seluruh dunia’ bermula dengan Korea dan Itali pada awal tahun memperkenalkan makanan istimewa yang diilhamkan dari negara tersebut sambil memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Terkini Menu Dari Thailand

Tu hari Nina dah share Marrybrown Eatalian Sedap , dan  Oktober ini, untuk peminat Memang Best, Marrybrown akan membawa penggemar makanan ini untuk menikmati perjalanan yang lazat ke Thailand dengan hidangan Tom Yam yang dijamin akan digemari oleh semua!

“Tidak kira muda atau tua, Thailand adalah syurga bagi rakyat Malaysia untuk menemui masakan lazat dan makanan jalanan, untuk menyelami budaya berwarna-warni dan membeli-belah sepuasnya. Kami berharap dapat mencipta semula perasaan gembira itu apabila kami mengembara ke Thailand pra-pandemi dengan memasukkan rasa Tom Yam ke dalam menu inspirasi Thailand baharu kami,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Apa kata Nina

Okey, Nina dah rasa. Fall in love sama Tom Yam Chicken. Rasa YAM-miness so nyummy! Pedas masam dia cukup rasa! Isi ayam moist lembut dengan perapan. Luarnya rangup rasa Tom Yam kawwww. Asyik makan. Tak cukup seketul

Paling BEST lagi Tom Yam Porridge!
Ya Ampunnnn… Korang should try. Membuka selera sungguh buat yang tak de selera makan. Isi ayam pun banyak. Tak sangka anak Nina pun suka. Portion nya agak banyak juga tau, Eilhan boleh habiskan sampai licin! Siap mintak Nina punya lagi. Terpaksa laaa kongsi. Huhuuu

Korang boleh dapatkan Marrybrown Tom Yam Chicken bermula hari ini. Banyak menu yang boleh korang pilih antaranya seperti :

Marrybrown Tom Yam Chicken Bucket

Untuk Ayam Tom Yam yang dihidangkan dalam bucket ni, korang boleh dapatkan dengan harga bermula dari RM 31.50 Rasa Ayam Tom Yam yang disalut dengan gabungan rasa pedas dan masam yang membuatkan ia terasa istimewa. Rasa ayam dia memang padu!

Tom Yam Chicken Burger

Korang juga dijemput untuk mencuba Burger Ayam Tom Yam berair yang terdapat dalam Kombo Burger Ayam Tom Yam dari RM 14.90, disertakan dengan kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade, yang disediakan secara eksklusif dalam Marrybrown. Burger kalau ayam di dalamnya jenis ranggup memang sedap la. Tambah pula dengan perasa tom yang YAM-my memang kena la dengan rasanya.

Tom Yam Big Box

Korang juga boleh memilih menu Tom Yam Big Box yang dilengkapi dengan seketul Ayam Tom Yam, Burger Ayam Tom Yam, enam keping Nugget Ayam Tom Yam dan semestinya kentang goreng dan penghilang dahaga Nestlé Pink Lemonade berharga dari RM 25.80. Jarang dapat rasa nugget perisa tom yam. Macam menu ini, semua ada. jadi korang dapat rasa ayam, burger dan nugget.

MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN COMBO

Something different, korang should try Tom Yam Fries Marrybrown sebab rasa adia wow! Confirm tak cukup satu korang makan.  Korang juga boleh memilih untuk menaik taraf kentang goreng asli kepada Tom Yam Fries pada mana-mana kombo dari hanya RM 1.00 atau menikmatinya sendiri daripada RM 5.00! Serius kena cuba.

Marrybrown Tom Yam Porridge

Kalau yang teringin makan bubur, boleh cuba Tom Yam Porridge. Rasanya memang sedap, tahu-tahu perut rasa panas sahaja sebab pedas. Bubur kalau makan panas-panas masa tekak rasa tak sedap memang terbaik. Di tambah pula dengan air Nestlé Pink Lemonade, fuhhh…terangkat!.

MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN

So rekemen to try!
Ya di ulang, sila pegi grab cepat-cepat sebab Nina dah rasa memang BEST! Padu rasa Tom Yam dia. Puashati laaa

Harga MB TOM YAM CHICKEN

Okey, Marrybrown Tom Yam Chicken ni didatangkan dalam set / combo atau ala carte pun ada.
Baik hati Nina senaraikan tuk korang so mudah laa korang nak plan nak rasa yang mana dulu or set mana lagi berbaloi korang grab!  Kalau tanya Nina, rekemen korang order Tom Yam Chicken Bucket or Combo. Puashati makan!

💜 Tom Yam Chicken
○ à la carte (comes in bucket when order 5pcs or more)
■ Tom Yam Chicken 2-pc – price from RM12.70
■ Tom Yam Chicken 5-pc – price from RM31.50
■ Tom Yam Chicken 9-pc – price from RM55.80

○ Combo
■ Tom Yam 2-pc Chicken Combo – price from RM17.90
■ Tom Yam 3-pc Chicken Combo – price from RM21.90
● Tom Yam Chicken Burger
○ Single – price from RM7.90
○ Tom Yam Chicken Burger Combo – price from RM14.90

Jangan lupa cuba!

● Tom Yam Porridge
○ Single – price from RM7.80
○ Tom Yam Porridge Combo – price from RM16.50

● Tom Yam Chicken Nuggets ○ 6-pc – price from RM9.50
○ 12-pc – price from RM17.00

● Tom Yam Big Box – price from RM25.80
● Tom Yam Fries
○ Upgrade on combo – price from RM1.00
○ Single – price from RM5.00

● Promotion:
Buy 6-pc Tom Yam Chicken Free 6-pc Tom Yam Chicken Nuggets – price from RM37.80

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Marrybrown, makanan di seluruh dunia, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

IG : @marrybrownmy
FB : @marrybrownmalaysia
Twitter : @MarrybrownMY
TikTok : @marrybrownmy 
Website : https://marrybrown.com

Mana nak beli MB TOM YAM CHICKEN

Delivery: http://mbdelivery.com.my

Yes! Order je delivery lagi mudah! Dan lebih selamat dari berada di luar tatkala kini.
Atau Marrybrown Tom Yam Chicken boleh didapati disemua cawangan Marrybrown seluruh Malaysia bermula 28 Ocotber 2021
Tak dapat travel ke Thailand, jommm kita menu baru Marrybrown – MB TOM YAM CHICKEN!

Related posts:

Resipi AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH

Resepi Mee Goreng Sempoi Sedap Mudah

Ayam Goreng Kicap Lemak Manis

TIPS Resipi Donut Gebu Lembut sampai besok! Bahan rahsia wajib ada . . .

Lifestyle Review Harga MARRYBROWNHarga PromosiHarga Set MakananMakan SedapMana Makan SedapMARRYBROWNMARRYBROWN 40th AnniversaryMARRYBROWN Set PromosiMARRYBROWN TOMYAM CHICKENMasakan Thai sedapMenu Baru MARRYBROWNPromosi makanThai FoodThailand FoodTOM YAMTom Yam Big BoxTom Yam BurgerTom Yam NuggetTom Yam Porridge

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (14)

  1. Rawlins GLAM says:
    October 28, 2021 at 2:59 pm

    Menarik nie. Rawlins nak try this weekend dengan rakan-rakan la. Terus terasa rindu nak pergi ke Bangkok.

    Reply
  2. LampuHijau says:
    October 28, 2021 at 9:50 pm

    Marrybrown ni tau time LH pergi tak ada pula product baru. Time LH dah tak ingat pasal dia, dia datanglah balik. Gerram tau. Dahlah tak boleh tak cuba. Hati tak tenang

    Reply
  3. leeza says:
    October 29, 2021 at 7:56 am

    cara nina cerita pon dah cukup menarik hati mencubanya..dah boleh bayang rasanya…insyaallah boleh cuba nanti,,,

    Reply
  4. Sunshine Kelly says:
    October 29, 2021 at 10:11 am

    Wah!!! MB new flavor tom yam macam best dan pedas. Kita pun tak sabar nak singgah MB

    Reply
  5. Sis Lin says:
    October 29, 2021 at 12:01 pm

    Harini angannya nak pi beli laaa, memang tak miss kalau MB ni kuar flavour atau menu baru..sedap ayamnyaa..

    Reply
  6. Aisya Ismail says:
    October 29, 2021 at 1:34 pm

    Paling suka bubur ayam tu. Sedap! Semangkuk besar makan sorang je.

    Reply
  7. Nelfei Kitkat says:
    October 29, 2021 at 1:49 pm

    Sedap kan Tom Yam version ni! Confirm puas hati ahhh! Lagi2 tengah rindu sesangat nak travel kat Thai.. ada perisa tomyam ni pun jadi la for now

    Reply
  8. Syu Deris says:
    October 30, 2021 at 8:13 am

    Emmmm… Dapnyer…
    Selalu beli yang biasa jer
    Terliur tengok. Cadang nak beli. Tapi, Semalam dah makan TEXAS Chicken, takkan nak makan MB pulak hari ni. Postpone next week jelah.

    Reply
  9. cik nur says:
    October 31, 2021 at 7:33 am

    area tmpt cik nur xda marrybrown
    kalau pegi mana2 mall yg ada baru ada change mkn he hee

    Reply
  10. Mama Kembar Tiga says:
    November 11, 2021 at 3:39 pm

    Ayam tu nampak sedap! Teringin nak rasa gak.

    Reply
  11. Saidila Abdul Rahman says:
    November 15, 2021 at 5:22 pm

    Burger dia ai paling suka , memang sedap dan rasa tomyam dia. Ayam pun sedap kalau makan panas. Bubur jer tak rasa. Tapi kalau dah ada perasa tomyum memang jamin sedap jugak.

    Reply
  12. Pingback: MB EGG STRA ONG LAGI POWER KEMBALI LAGI SEDAP PADU
  13. Pingback: MARRYBROWN APP DISKAUN DEALS LEBIH MURAH JIMAT  -
  14. RemyLeBorman says:
    June 17, 2022 at 7:40 pm

    nice post thank you for the information

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes