Hurmm… Topik hari ni sikit berbeza dari hari hari sebelumnya. Today no Resipi! Cuti entri resipi drama hari ni yaaa . . . HEhee
Ada kawan kata, sesekali Nina share laaa something positif. Katanya Nina ni positif orangnya. Tapi sebenarnya tidak jugak. Emosi Nina sama jer macam korang. Kadang kala dilambung ombak badai jugak. Bak kata P.Ramlee tenggelam tenggelam timbul. HAhaa
Entah laa.. Pendapat memasing. Sapa kita lak nak menilai pandangan orang lain kannn..?? dah itu katanya
Terbaca satu perkongsian yang Nina rasa sesuai dikongsi di sini juga.
Erti kata lain, ianya untuk diri sendiri juga. Kita ni selalu lupa – alpha. Kena terhantuk baru teringat. Kalau dah lama tak terhantuk, saja laa pi sepak batu supaya beringat! Maksudnya setiap pagi, pupuk diri baca bahan ilmiah, motivasi untuk maintain jiwa sendiri.
So bahan bacaan Nina hari ni indah di kongsi sebagai selfreminder juga. Moh lerrr baca..
3 sebab kenapa korang masih rasa “sakit” dengan circle sedia ada:
1. Kita berusaha dekat dengan orang yang berusaha menjauhkan diri dari kita.
– ajak minum, cari alasan.
– kita mesej, tak berbalas.
– kita nak bantu, dia lari-lari.
Maka kita akan berasa hati. Mulai hari ini, tinggalkan dan lantakkan mereka ini. Berhenti cakap kita “caring” atau “sayang”. Mereka tak mahu mengapa kita terhegeh-hegeh.
2. Kita beri perhatian kepada mereka yang mengabaikan perasaan kita.
– kita buat semua benda kepada dia, bantu dia, beri masa kepada dia, dia ajak keluar kita layan, dia ada masalah kita layan, dia sakit dia apa pun semua kita layan, namun dia tak pernah peduli tentang kita.
Maka, keluarlah dari circle yang ini. Bukan meminta balasan, ia sepatutnya persahabatan atau berkawan dua hala. Bukan kita yang beriya-iya setiap masa.
3. Kita sentiasa beri masa, luang masa kepada mereka yang sentiasa “sibuk” beri alasan nak jauhkan diri dari kita.
– sedangkan kita tahu, kita 100 kali lebih sibuk dari dia. Jadi mulai hari ini, kena sibukkan diri sendiri, fikir pasal diri sendiri, keluarga sendiri dan circle sendiri. Berhenti sibuk-sibuk nak berkawan dengan mereka yang sibuknya melarikan diri dari kita.
*****
Kawan-kawan,
Jaga perasaan sendiri. Berhenti salahkan orang lain. Perangai orang, jiwa orang, tindak tanduk orang semua kita boleh baca dan selami.
Berhenti stress, berhenti pening, berhenti kecewa. Berhenti tengok FB dia, berhenti tengok insta dia, berhenti semua. Dia nak tengok, itu hal dia, kita stop!
Fikir 2-3 minit, keluar dari situ. Berhenti berharap lebih-lebih. Itu yang akan buat kalian kecewa dan mulalah hidup dalam kesedihan.
Lawan dengan kesibukan. Buat kerja. Alami proses kejayaan.
Yang menjauh akan mula stalk. Boleh jadi dia pula akan mendekati seperti mana kita mendekati dia dulu. Cuma kali ini, layanlah dia baik-baik. Jangan sesekali membalas apa yang dia buat kepada kita dulu. Kalau kita buat juga, maka kita sama ja macam dia.
Kita jauh lebih ok dari itu. Kita kejar syurga. Orang buat jahat ke kita, kita beri dia kebaikan yang kita ada.
Begitulah.
Perkongsian dari Khairul Hakimin Muhammad.
Jalan terus!
_______________________________________
Kata Nina?
Setuju!
Ikut kan macam nak ulas tapi takpe laaa..
Nina park jer kat sini pandangan peribadi Nina dan sebagai self reminder to myself. Macam kata awal tadi kekadang kita ni alpha dan lupa, dalam berkawan ni ramai yg ngendeng untuk ambik kesempatan. Mereka tak salah sebab mereka rebut peluang yang ada. Pergunakan sebaiknya apa yang ada depan mata. Ramai gitu. Normal jer kann… Senang citer ramai kata lumrah alam. Hurmmm
Kita yg salah sebab
tak bijak menilai dan terusan biar diri diperkotak katikkan demi kepentingan mereka.
Dan tidak dinafikan ada yang bertindak melepaskan persahabatan demi memudahkan kehidupan mereka. Ini jalan yang mereka pilih. Nina setuju juga.
Tapi
Pendapat Nina lak berbeza.
Insya’Allah, masih teruskan silatulrahim yang ada selagi dikurniakan nyawa… Nina yakin hadirnya setiap persahabatan adalah rezeki dari pelbagai sudut dan ruang. Semuanya ada hikmahnya. Dan ianya hadir tepat pada masanya.
Stay positif, keep moving
Buat apa yg kita suka bukan sebab terpaksa.
Bersederhana. Simple!
Nikmati hari hari kita dengan insan yang sayang pada kita. Hargai dan bersyukur sentiasa. InsyaAllah tenang..
Eh! TER ulas lak 🤭🤭😂😂
Okies, ni pendapat Nina buat masa kini. Bukan apa, entah esok lusa kita berubah kata sapa tahu kannn? Sedang kan pasir pantai lagi kan berubah, ini kan pula kita ni manusia. Kena buang jauh jauh ego, usah biar diri terikat dengan kata-kata kerna kata-kata juga seringkali perlukan perubahan seiring kehidupan. Yang tidak pernah berubah adalah AL-QURAN!