Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau
September 9, 2019June 14, 2023

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

Ayam bermacam ayam.. Telur sebiji riuh sekampung.. Eh! Ternyanyi lak. HAhaa Okies, hari ni main menu Nina masak lauk ayam so Nina kongsikan Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau. Ahaa.. Selalu masak lomak cili api kannn, kali ni masak lemak hijau! Lagi sedap, rekemen korang cuba sebab rasa dia lain dari masak lemak yang biasa tu.. 

Isi Kandungan hide
1 Selalu ayam korang masak apa?
2 Tips beli ayam segar
3 Apa masakan ayam paling senang simple mudah cepat
4 Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau Sedap Mudah
5 Cara masak Ayam Masak Lemak Hijau
6 Related posts:
7 Apam Karamel Tanpa Telur... walaupun tanpa telur, hasilnya tetap jadi APAM yang penting....
8 PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL
9 Ahaa dah jumpa! Don's Warong - Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor
10 CARA BUANG ANGIN TANPA UBAT | SERBUK HALIA #1 PADU

Selalu ayam korang masak apa?

Mak Mak selalu buntu stress bila mikir bab nak masak apa. Kannn …? Bukan apa, dok ulang masak yang sama bosan lak, kalau masak menu rare kang risau tak de sapa nak makan. Nanti dah jadi pembaziran lak. Tak baik membazir kann… Amalan syaitonnnnnirrajim. Syuh syuhhhhh

Tips Pilih Ayam Segar Ayam Masak Apa Sedap

Tips beli ayam segar

Nak beli ayam pun bukan sebarang beli, kena tau tips dan caranya baru lah dapat ayam yang segar. Baru lah masakan ayam kita tuu sedap menyelerakan.
Baca : Tips Pilih Ayam Segar dan Ayam Masak Apa Sedap Senang Mudah… ni menu favorite ramai

Dok ulang ulang, akhirnya masak aje Ayam Masak Lemak Hijau. Lebur jer semua. Bukan apa, kadang menu ayam ni ada yang kena goring dulu ayamnya, toskan dan kemudian baru masak kuahnya. Cam leceh gak.. Masa itu emas beb!

Apa masakan ayam paling senang simple mudah cepat

Meh laaa Nina share cara masak style Nina Ayam Masak Lemak Hijau ni.  Nina tumis dulu bahan blend ni, lagi wangi dan sedap berbanding lebur jer semua dalam periuk.  Tapi kadang tu kalau saka malas bebenor tu dok bertengek ku lebur jerrr semua dalam periuk. HAhaa… Kita yang masak dia kannn . . .?

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau Sedap Mudah

Bahan-bahan
Seekor ayam ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, belah 4
2 batang serai – ketuk jer
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
1 kotak kecik santan
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar
Beberapa biji cili hijau
Beberapa  biji cili padi kampong – nak pedas terangkat buh laaa banyak
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit jerr senang
6 biji bawang merah
Sedikit air

Cara masak Ayam Masak Lemak Hijau

1.- Ayam dicuci bersih dan toskan. Tabur garam perap seketika.
2.- Blend bawang besar, cili hijau, cili padi, kunyit dan sedikit air.
3.- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend tadi. Masukkan serai dan tumis sampai pecah minyak.
4.- Masukkan ayam ke dalam periuk dan gaul rata. Masukkan air, kentang. Masak sehingga kentang empuk.
5.- Masukkan santan dan asam keping. Masukkan daun kunyit. Gaul rata, masak hingga mendidih. Perasakan garam secukup rasa.
6.- Tutup api, siap!

Yeayy … Dah siap menu tuk hari ni. Korang lak suka  ayam masak apa?
Kalau tak berapa suka masakan berkuah, korang boleh cuba follow resepi Ayam Masak Bawang ni pun sedap jugak! Pi tengok gambar dia, ya ampun…. terleleh air liuh korang bukan salah daku. HAhaa

RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT

Tapi resepi paling hot top meletop opkos laaa menu favorite anak-anak, tak lain tak bukan jatuh kepada
Resepi Ayam Masak Kicap . Bebudak kalau makan mesti nak kicap. Entah laa.. Kita dulu pun gini. Dah tua ni kurang dah nak berkicap selalu. HAhaaa

Anak korang suka ayam masak apa?

Related posts:

Apam Karamel Tanpa Telur... walaupun tanpa telur, hasilnya tetap jadi APAM yang penting....

PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL

Ahaa dah jumpa! Don's Warong - Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor

CARA BUANG ANGIN TANPA UBAT | SERBUK HALIA #1 PADU

Lifestyle Resepi Tips Ayam Masak Apa SedapAyam Masak LemakAyam Masak Lemak HijauresipiResipi cepatresipi mudahresipi ringkasresipi sedap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Ai says:
    September 12, 2019 at 11:39 am

    Ai kalau masak lemak mesti kena letak asam keping. Bagi masam2 sikit.

    Reply
  2. Pingback: Sedap rupanya Ikan Siakap Masak Lemak - Nina Mirza
  3. Pingback: Resepi Ayam Masak Kurma paling sedap ringkas mudah
  4. Pingback: AYAM MASAK BAWANG YANG GUARANTEE KORANG SUKA - MOMMY'S DIARY OF LIFE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes