Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

February 9, 2016December 21, 2017

Resipi Bihun Goreng Hailam tak pedas menu anak-anak

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Cuti sekolah telah bermula. Pelbagai ragam dan kerenah anak-anak pasti meriuhkan keadaan seharian. Ibu-ibu gerenti buntu nak sediakan menu untuk si manja. Anak-anak ni pula ada yang cerewet bab makan. Tak mau nasi laa, tak mau ikan laa, tak mau sayur laa, tak mau pedas laaa.. Itu lumrah! Kalau tak biasa, belajar terima dengan redha ya! hehee…

Isi Kandungan hide
1 Bihun Goreng Hailam Tak Pedas
1.1 Bahan-bahan 1 packet bihun – Nina rendam dulu sebelum masak 1 biji bawang merah besar – dihiris halus 3 ulas bawang putih – dihiris halus 1 sudu besar serbuk secukup rasa minyak masak
1.2 Bahan sos (disatukan) 4 sudu besar sos tiram 4 sudu besar kicap lemak manis 2 sudu besar sos cili 1 cawan air
1.3 rencah-rencah; 2 biji telur udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa) fish cake dan fish ball sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm (sayur lain pun boleh – taugeh ke, kobis ke, ikut suka) Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …
1.4 Bahan hiasan; Daun kuchai – dipotong anggaran 4cm Bawang goreng
1.5 Cara-cara 1-. Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan.. 2-. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan. 3-. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. 4-. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika. 5-. Masukkan bihun. Kacau rata kesemuanya. Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa. Kacau rata bersama daun kuchai 6-. Sedia dihidangkan
2 Related posts:
3 Ermmm ..... Pisang dan ceritanya ~~~
4 Bazar Perdana 10 Binjai PNB Buffet Ramadhan meriah!
5 haishh ... Tak tahu nak masak apa! Ikan Cencaru Masak Taucu ... sedap gak!
6 Roti Pita Berinti Daging... Diet ke?

Menu yang kerap Nina sediakan untuk anak-anak adalah Bihun Goreng Hailam. Yang penting ianya tak pedas untuk anak-anak! Senang semua pun boleh makan… Nak pedas just sediakan cili jeruk, sambal goreng tak pun cili sos aje.  Senang kann?? hehee . . . .

Ini antara menu siaran ulangan yang paling kerap Nina masak untuk family. Lagi pun ini menu favorite anak-anak. Kot rajin nak tengok entry sebelum ni, cincai-cincai masak Mee hoon tak pedas …

Jom tengok resepi Bihun Goreng Hailam Tak Pedas style Nina 🙂

Bihun Goreng Hailam Tak Pedas

Bihun Goreng Hailam Tak Pedas

Bahan-bahan
1 packet bihun – Nina rendam dulu sebelum masak
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu besar serbuk secukup rasa
minyak masak
Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air
rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm (sayur lain pun boleh – taugeh ke, kobis ke, ikut suka)
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …
Bahan hiasan;
Daun kuchai – dipotong anggaran 4cm
Bawang goreng
Cara-cara
1-. Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
2-. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
3-. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
4-. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
5-. Masukkan bihun. Kacau rata kesemuanya.
Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa. Kacau rata bersama daun kuchai
6-. Sedia dihidangkan

Selamat mencuba !!

Senang aje kann…?? Cuba laaa, mana lah tau kot Bihun Goreng Hailam Tak Pedas style Nina ni menepati citarasa sekeluarga..

Related posts:

Ermmm ..... Pisang dan ceritanya ~~~

Bazar Perdana 10 Binjai PNB Buffet Ramadhan meriah!

haishh ... Tak tahu nak masak apa! Ikan Cencaru Masak Taucu ... sedap gak!

Roti Pita Berinti Daging... Diet ke?

Lifestyle Parenting Resepi bihun gorengbihun goreng hailammenu anak susah makan nasimenu anak-anakmenu tak pedasResepiresepi mudahresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Julia Johari says:
    February 10, 2016 at 12:42 pm

    Wowwww pandai kak nina masak, julia selalu masak yg pedas2…leh cuba versi baru ni

    Reply
  2. nadia johari says:
    February 11, 2016 at 1:20 pm

    Sedapnyaaa..rajin akk..hehe

    Reply
  3. Showbox says:
    December 31, 2020 at 4:11 pm

    Many times, people will only have a vague idea of their goal. This isn’t a problem- starting broad will actually help you map out a clear path towards more specific, attainable goals.

    Reply
  4. Tutuapp says:
    December 31, 2020 at 4:11 pm

    This is a very large and vague goal, but it can be specified in time. Right now, what’s important is that you’ve identified a big idea that will help guide you through the process of finding your goal.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes