As’salamualaikum dan Salam Sejahtera, Esok sabtu, pasti ramai yang buzy dok buat open house kan? Sekarang ni nak beraya dah segan terus ke rumah kengkawan. Semuanya tunggu dijemput open house barulah bertandang. Gitu kann….??
Teringat masa sekolah dulu, konvoi naik basikal pegi rumah ke rumah ngan kengkawan sekolah. Entah rumah sapa pun selamba gi beraya. Kedatangan kita disambut meriah oleh tuan rumah. Bukan nak makan sangat pun…. Minum air sirap, kuih Raya sikit, kenal-kenal, borak-borak, salam salam pastu balik…. (Kalau dapat duit Raya punyalah seronok -bonus! , tak dapat pun ok jer dulu) Motif dulu kenal sesama Jiran setaman..anak sapa, isteri sapa, dok mana, adik beradik berapa. Sekarang? Jiran sebelah sapa pun tak kenal pastu jarang nampak. Huhuu… Kan kan kannnn~
Menu mudah simple Open House
Resipi Mee Kari Paling Senang Mudah Sedap
Resipi MEE KARI SIMPLE
Bahan-bahan
1 paket Mee kuning – cuci dan celur sekejap dan toskan
1 biji bawang besar -hiris halus
2 ulas bawang putih – Nina ketuk jer
1/2 inci halia -hiris halus
100gm sotong bersaiz sederhana
Ayam – part tulang (leher, kepak, kaki) kalau nak isi terpulang
2 biji tomato dipotong kiub
1 kotak kecik santan kotak (Nina guna ni jer)
3 camca besar rempah kari daging (Baba’s) – dicampur ngan sedikit air jadikan pes
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasaBahan sampingan lain
Tak de sawi, taugeh pun ok
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah/hijau
Bawang goreng
Limau kasturi -belah 2Cara penyediannya
1- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2- Kemudian masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3- Tuang air, kacau dan biar mendidih.
4- Masukkan kentang dan part tulang ayam. Masak hingga empuk.
5- Selepas itu masukkan udang dan sotong, fish cake dan juga tauho pok. Biarkan mendidih.
6- Tuang santan. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
7- Biarkan mendidih, tutup api.
8- Sediakan Mee dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atasnya bersama bahan sampingan lain. Sedia dinikmati…
Kalau tetamu yang datang tu ramai, resepi ni paling pantas untuk disediakan.
sangat menyelerakan mee kari…
tersangat beruntung kalau dapat jumpa orang yang pandai masak mee kari
Sedapnya makan mee kari..best jugak kalau masak sendiri..
Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read
Keep it up!
This is really amazing information.
simple dan dellicious ! nyumm
Nak buatlah petang nii.. xselalu masak kari nih.