As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Sapa suka makan Puding Kastard Jagung? saya saya..!! Sedap kan..?? Lemak manis berkrim dan kaya dengan butir-butir jagung. Tapi . . . Pernah tak cuba buat pastu tak menjadi dengan jayanya? Sapa pernah? Kecewa kann…. huhuuu . . . Resepi Tips Buat Puding Kastard Jagung
Nina tengok beberapa resepi Puding Jagung ada yang berlainan sukatan. Dan paling hampa bila komen-komen yang mencuba dok kata sayangnya… tak jadi laaa.. Nape puding jagung saya lembik, ada yang jadi ala bubur, ada plak yang tak menepati selera.. Kenapa ehh?
Nina yang nak mencuba pun takut-takut, ragu-ragu.. Mau tidak, kalau tak menjadi tak sanggup mengharungi perasaan kecewa. Tapi kalau tak cuba tak tau lak.. Entah-entah jadi ker? kann….
Akhirnya, Nina cuba olah ikut gerak hati dan ubahsuai resepi yang ada. Nina lebihkan sikit tepung kastard dan kurangkan sikit kuantiti air. Bab try an error ni Nina suka..!! kalau tak jadi kiranya salah silap sendiri. Hahaha… Padan muka! Idok ler frust ikut resepi orang pastu tak menjadi. hehee….
Ni Nina nak share tips buat Puding Kastad Jagung supaya menjadi dengan jayanya. Resepi Tips Buat Puding Kastard Jagung
– Memula bancuh dulu adunan tepung kastard bersama air dan kacau hingga larut dan tak berketul-ketul. Nina bancuh dalam jug aje. Mudah nak godek.
– Pastu masa masak, pastikan adunan betul-betul jadi likat pekat dan berkrim. Kalau masih cair, sila lah gigih mengacau sampai pekat ya… Lenguh gak sebelah tangan ni..!!
– Nina guna api sederhana. Lebih kurang 10 minit baru adunan sedikit pekat. Pastu Nina perlahankan api dan masih mengacau sampai pekat likat. lebih kurang5 minit gitu.
– Tutup api dan sendukkan.. Kita akan nampak adunan agak berat nak turun. Ahaa… Kalau gini memang jadi!
Meh tengok resepi olahan Nina..
Puding Kastard Jagung
Bahan-bahan
1 tin Jagung Creamy
1 tin Susu Cair
3 Cawan Air
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan Tepung Kastard
1/2 cawan butir isi jagung (samada jagung fresh ataupun jagung beku – nyah bekukan dulu) ini tambahan..
1 sudu besar mentega
Cara penyediannya
1- Bancuh tepung kastard bersama air dalam jug sehingga sebati dan rata kesemuanya. Jangan ada berketul-ketul. Guna whisk senang..
2- Kemudian masukkan bancuhan tadi dalam periuk. Masukkan juga gula dan susu cair. Masak hingga pekat, likat dan berkilat. Guna api sederhana besar. Sentiasa kacau jangan berhenti. Nanti dia berketul-ketul tak cantik. Lebih kurang 8-10 minit adunan akan mula pekat. Perlahan api kecik dan teruskan kacau. Kemudian sekitar 3-5 minit, adunan akan betul-betul pekat, likat. Tutup api. Kalau masih cair, teruskan kacau.
3- Masukkan sesudu besar mentega. Teruskan kacau sampai mentega cair. Akan nampak adunan berkilat cantik!
4- Masukkan adunan dalam loyang atau bekas kesukaan. Sejukkan..
5- Dah keras boleh lah potong-potong dan sedia dihidangkan.. Nyummy!
Meh nina belanja picture step by step yang sempat Nina snap…
Selamat mencuba… Usaha tangga kejayaan.. caiyok! Resepi Tips Buat Puding Kastard Jagung
ui..sdapnya kak nina..:)
Alahai… Sedapnya.. Bulan puasa kali ni isteri saya belum pernah lagi buat Puding Kastard Jagung ni…. huhuhu
wow puding!puding jagung mmg favourite kite! kalu ada majlis pape mmg buat puding jagung je. potong2 masuk dlm acuan cupcake..
Thank you share resepi puding kastard jagung…berhasil..
híhí nч вru fírѕt tímє nk вuαt…tчє mαmα tвє mαmα ѕuh вkk gσσglє crí rєѕєpí nínαmírzα…αrαp2 jd lα..wíѕh mє gσd luck
Hello erysya
Apa khabar?
Nina doakan Moga puding jagung erysya jadi dengan jayanya
Aamiin…
Ikut Tau step by step nya betul²
insyaAllah… Jadi..!!
Kirimkan Salam kat your mum. Makaseh yaa sudi jadikan blog Nina sumber resepi. Terharu nya…
wahhh senang je buat dia rupanya…nak try lah untuk juadah berbuka nanti…makan sejuk-sejuk..Ya Allah dah terasa kat tekak…hihihi
Hari ni nk try buat puding jagung ni..harap2 jadi ke
Waah ari ni nk try la
Gojezzz..
aduhhhh sedapnyaaa. kena cuba nihhhhh. thanks for sharinggg.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Saya dah try. Sebijik ikut resepi ni, tapi puding jadi lembik =(
Kenapa ye?
Sya,
Terima kasih sudi singgah blog Nina dan cuba. Alhamdulillah ramai dah cuba jadi,. Berkenaan pertanyaan Sya –
Sekadar pandangan nina, kemungkinan adunan kurang cukup masak hingga pekat likat berkilat.
Allahualam..
Over masak juga nanti puding akan jadi keras. Nina sendiri banyak kali try an error sampai jumpa teknik yg betul. InsyaAllah akan menjadi.
Puding dan jagung kesukaanku, lagi belajar bikinnya haha
makasih infonya