Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

resepi air jamu homemade
November 22, 2024November 22, 2024

RESEPI AIR MASAK TAK JADI Air Jamu Homemade mudah buat sendiri je

Pernah dengar resepi air masak tak jadi? Eerrkkk… Ok tipu! Yang betulnya air masak tak jadi ni bukan untuk masakan tapi untuk diminum. Atau nama omputeh dia homemade herbs drink, nama melayu ada yang panggil air jamu homemade untuk kesihatan. Hari ni takde resepi masak-masak tapi Nina nak kongsikan resepi Air Jamu Homemade. Paling best, bahan-bahannya mudah dapat dan gerenti setiap rumah pun ada bahan untuk masak air jus kesihatan homemade ni.

Isi Kandungan hide
1 AIR JAMU HOMEMADE
1.1 Apa khasiat manfaat air jamu homemade ?
2 Resepi Air Masak Tak Jadi cara Nina Jamu Homemade
2.1 Pernah dengar TIPS KURUS Air Serai Halia ?
2.2 Related posts:
3 Banoffee Pie Cake for EilYana birthday
4 Sinopsis Drama BICARA CINTA TV3 Comel jer gandingan Emma Maembong dan Adi Putra
5 Nak ringkas.... Ikan Sambal Berlado. Anak-anak tak makan pedas sila makan ikan goreng aje ehh....
6 Bubur Jagung Barli... lagi dan lagi....

Menariknya air jus kesihatan homemade ni, bukan hanya untuk wanita. Lelaki pun buleh! Dengan syarat bahan special untuk wanita iatu manjakani korang skip untuk lelaki. So maksudnya seisi keluarga pun boleh minum tanpa was-was.

AIR JAMU HOMEMADE

Cara buat air masak tak jadi :-
Hiris / ketuk bahan yang ada
Reneh api slowmo dalam periuk yang korang ada, kalau ada tefal ke, desseni ke, Le Creuset ke, LeNona ke, piuk tanah ke pun buleh. Yang penting piuk sendiri bukan pinjam jiran punya
Bila air dah mendidih, tutup api
Tunggu suam boleh laaa minum air masak tak jadi nih
Kalau minum esok , rasa dia lagi padu piaww!

Resepi air jamu homemade

Ppssttt
Jangan tanya sukatan sebab kita takde sukat ikut mood suka ria riang gumbira je
apa ada dalam fridge, kita lebur dalam piuk.
Kalau bahan non hado toksah migraine , rebus je air paip atau air tapis kukuuu koweyh pun buleh,
dah suam minum. Air ni pun bagus jugak untuk kesihatan. Paling penting ‘No Sugar’ dah 1 level up tanda kejayaan cemerlang.

Apa khasiat manfaat air jamu homemade ?

Opkos laaa untuk diminum dan ianya untuk kesihatan dalaman. Setiap bahan ada khasiat nya yang tersendiri. Untuk perut rasa selesa, usus senang membuang, buang angin bak hembusan taufan, badan rasa ringan cergas segar wangi awet muda dan macam² lagi nikmat kesihatan dalaman dan luaran.
Disclaimer kita takmo claim apa-apa.
Lain orang lain lain rasa bezanya, sendiri cuba rasai sendiri kesan positifnya.
Kita just share je sebab ramai tanya.

Bahan natural homemade gini senang je buat dan lebih bagus sebab tanpa sebarang cekadak tambahan entah apa². Lagipun bahan senang beli pastu rebus je.
Terlebih rebus korang boleh simpan dalam fridge, time nak minum nanti tambah sikit air panas. Mudah kann

Khasiat HALIA

Lupa pulak share bahan nya. Untuk resepi air masak tak jadi cara Nina, bahan utama adalah halia.
Bukan kunyit ya.

Resepi Air Masak Tak Jadi cara Nina
Jamu Homemade

Bahan-bahan
Halia paling utama!
Kunyit sikit je
Daun pandan
Bawang putih
Air asam jawa
Kurma merah
Gojibery – terpulang ikut suka
Serai – terpulang ikut korang
kadang kita letak satu je tapi selalunya tak letak sebab kita darah rendah takleh terlebih serai lebih nanti mereng umpama semua berputar jatuh menghempas kat kita

Manjakani – kalau kita share minum sama Geng, kita rebus asing sebab untuk MakMak je letak manjakani.
Kalau letak manjakani, time ABC takleh minum tau.
Rasa Manjakani ni pahit kaw kawww sampai ke tekak so kalau letak manjakani, suggest korang tambah laaa sikit gula melaka atau gula batu perang nak bagi balance rasa pahit. Mampu telan pahit, abaikan part gula melaka tu.

Tapi kalau korang tambah daun limau purut maka
rasa dia jadi acah-acah tomyam
Tapi kalau tambah daun kesum maka rasa dia jadi rasa asam rebus pulak. Eerrkkk….
Korang nak rasa yang mana?

nak kurus minum air rebusan khasiat serai halia

Pernah dengar TIPS KURUS Air Serai Halia ?

Ahaa… Korang boleh cuba jugak! Tak percaya tak apa, dah cuba baru korang feel kesannya.
Cara ni lagi senang, bahan pun tak banyak
tapi kesannya tak lah sehebat air masak tak jadi cara Nina / air jus kesihatan homemade yang Nina kongsikan.

Disclaimer : Korang, air jus kesihatan homemade ni sekadar air rebusan bahan dari dapur yang biasa kita gunakan seharian. Takde nak claim ianya bagus hebat atau terpaling sihat. Apapun kita sekadar berusaha dari bahan natural, sihat sakit sebagainya semuanya dari DIA. Hanya DIA yang Maha Mengetahui.
Salam sayang,
Nina Mirza

Kalau ada yang tak suka style minum gini, InsyaAllah next time kita share yang jenis bulat bulat kecik makan tu. Hok tu kena extra rajin. Rajin ke? Huhuuu…

Related posts:

Banoffee Pie Cake for EilYana birthday

Sinopsis Drama BICARA CINTA TV3 Comel jer gandingan Emma Maembong dan Adi Putra

Nak ringkas.... Ikan Sambal Berlado. Anak-anak tak makan pedas sila makan ikan goreng aje ehh....

Bubur Jagung Barli... lagi dan lagi....

Lifestyle Resepi Tips air haliaair jamu homemadeair kunyitherbs drinkjus kesihatanmanjakaninak cantiknak sihatPetua Orang Lamaresepi air masak tak jadiTips dan PetuaTips Kurustips wanitaTradisional

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. sueizza says:
    November 22, 2024 at 8:37 am

    pelik pulak air masak tak jadi hahaahaha,wahhh rajin kak nina buat jamu,saya order je maajun org kg buat hehehhe

    Reply
  2. Shariff says:
    December 17, 2024 at 6:59 pm

    Lama tak jenguk blog akak, masih terbaik perkongsiannya..

    nanti singgah blog kita juga kak https://saudagarkata.com/

    Reply
  3. papa's games says:
    December 29, 2024 at 10:08 am

    It was amazing, all delicious and attractive dishes.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes