Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 13, 2012January 11, 2016

Nikmatnyer Makan Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut ~~~

As’salam dan Selamat Petang Jumaat …

Alhamdulillah cuaca gerimis kat kawasan rumah Nina petang nie. Semenjak dua menjak nie asyik panas terik sehingga menggegarkan kepala Nina. Sakit nya tak terkira nak bilang. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Bila tak tertanggung sakit kepala nya, nak tak nak terpaksa juga lah Nina telan Panadol. Seboleh-bolehnya Nina nak elakkan makan panadol selalu… Tapi apakan daya.. kadang kala tewas  juga …

Dah lama teringin nak makan ubi kayu rebus cecah kelapa parut yang digaul bersama gula dan garam. Setiap kali Nina pergi market belanja barang dapur, Nina pasti akan jengguk kalau-kalau ada ubi kayu. Selalu tak ada. May be keadaan cuaca yang tak menentu kut …. Baru-baru nie , Nina pergi market Alhmadulillah ada. Tapi yang ada cuma kecil-kecil sangat sizenyer. Ikutkan perasaan yang dah lama nak makan ubi kayu rebus, Nina beli lah juga …. 😉

Ubi kayu nie selain makan bersama kelapa parut, sedap juga makan bersama sambal sardin, ikan masin, sambal ikan bilis atau pun sambal belacan. Nina makan bersama kelapa parut sebab nak makan bersama anak-anak yang tak makan pedas tuu …

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Nasi Lemak Sambal Sotong yang sedap kat mana?? Awak, awak kat mana.. Awak kat mana??
3 Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
4 Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?
5 APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
Betapa nikmatnya tak terkata dapat makan ubi kayu rebus nie time cuaca gerimis mengundang gitu. Sejuk sangat pun tak, panas terik pun tak ~~~ Nyaman nyerr makan bersama air tea ‘O’ 🙂
Syukur Alhamdulillah ..



Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut
Bahan-bahan
Ubi Kayu
Garam Air Gula

Cara-caranya
  • Ubi kayu dibuang kulit, dibelah-belah kecil lalu dibersihkan
  • Masukkan ubi kayu, garam dan air dalam periuk. Paras air agak-agak ubi kayu tenggelam jadi lah..
  • Rebus sehingga empuk
  • Kepala parut dicampur dengan garam & gula sikit. Digaul rata.
  • Dah masak, keluarkan dan sedia dihidangkan bersama kelapa parut tadi.
  • Nikmat nyer makan panas-panas!


Selamat bersantapan …






Related posts:

Nasi Lemak Sambal Sotong yang sedap kat mana?? Awak, awak kat mana.. Awak kat mana??

Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!

Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?

APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?

Lifestyle kudap kudapan

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes