Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur . Tolong lah buat! Tak lama pun sementara menanti azan berbuka dilaungkan korang berdoa lah seikhlas hati, mintak lah pada Allah semahunya. Dan lagi, selepas bersahur rehat lah sebentar sementara menanti azan subuh berkumandang bisikkan pada Allah minta yang baik-baik kerana DIA Maha Mendengar.
Fuhh.. setelah tonggang terbalik bak Marjinah kat dapur rasa sangat lega tu bila dah siap masak segala juadah berbuka puasa! Kebiasaanya anggaran jam 6.45pm atau sebelum waktu berbuka dah siap terhidang segala juadah berbuka MakMak baru mula nak berehat. Dah penat tentu lah berehat kannn? Termasuk lah Abah-abah dan anak-anak juga. Buat apa masa ni sementara tunggu waktu berbuka? Lepak laaa
Kekadang kita lupa
Hurmmm . . . Pastinya ada yang sedang nonton TV, ngadap phone dah tentunya kannn?
Usah ler nak menafikannya. HEhee . . . Kita pun sama! Seringkali terlupa atau bahasa telus nya lalai memanfaatkan waktu menanti saat berbuka dan sahur untuk berdoa. Ya Allah . . . Ampun kan hamba mu yang hina ini.
Terdetik hati ini nak berkongsi walaupun tahu ramai dah sedia maklum. tak pe laaa nak baca silakan, nak abaikan hamba tak de kuasa melarangnya. Huhuuu . . .
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur,
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Baca : Ada rezeki kirimlah DOA pada mereka yang pergi ke Tanah Suci dan ada caranya doanya.
Doa mustajab depan kaabah
Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai air mata mereka mengalir deras.
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan berbual leka. Mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu.. padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah).
Curi lah 5-10 minit masa untuk ber DOA
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 5-10 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT. Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa. Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja dan boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
Ketahui keistimewaan Salam Jumaat
Cadangan doa-doa yang baik ketika berbuka puasa
Bertambah iman
Sihat tubuh badan
Akhir hayat yang baik
Murah rezeki
Anak-anak soleh/ solehah
Keluarga bahagia
Barokah/Rahmah Allah
Jauhi azab kubur
Lapang dada
Kuat/kekalkan iman
Ampunkan dosa-dosa
Anak-anak berjaya
Perniagaan yang diberkati
Dijauhi segala penyakit
Ibadah yg diterima
Mudah segala urusan
Diterima taubat
Lapangkan kubur, terangkan liang lahat, masukkan haruman wangi syurga, jauhi roh dari siksa kubur
Dipermudakan bayar hutang-hutang yang ada sebelum mati
Diberi kesempatan jumpa Lailatulqadar
Dapat Syafaat Nabi SAW
Dapat Syurga Firdaus
Jauhi Neraka
Terima kitab tgn kanan
Selamat meniti Sirat
Jauhi fitnah Dajjal
Ketenangan hati
Doa ibubapa
Keluarga yg rajin/ringan tulang dalam dirikan solat dan beribadah
Diterima puasa Ramadhan
Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur
Dapat sesuatu?
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Boleh laaa ajak anak-anak sesama amalkannya.
Baca : Cara BERDOA yang betul moga Allah makbulkan setiap permintaan
Maaf Zahir Batin
Terima kasih sharing kak