Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Udang Goreng Kunyit
October 26, 2016September 10, 2023

Udang Goreng Kunyit | Menu Paling Sedap Mudah Ringkas

Udang Goreng Kunyit Mudah Sedap Senang style Nina ni antara menu paling sedap mudah ringkas pilihan Nina sekeluarga. Sebab nya bila  masak style gini, nasi panas sama satu lauk gini pun dah cukup. paling lebih pun Nina tambah telur dadar. Mmmmm… Menyelerakan!

Isi Kandungan hide
1 UDANG GORENG KUNYIT Mudah Sedap Senang
2 Related posts:
3 SWiPEL berkesan halau serangga dengan berkesan dan selamat
4 KISAH AKU DAN MESIN DOBI ROSAK
5 Cuti Sekolah Disember kat Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler laaa...!!
6 Sinopsis SETELAH TERLAFAZNYA AKAD ASTRO

Tak de mood nak citer banyak. Moh lerr tengok resepi sedap mudah style Nina. Moga ianya membantu korang yang mungkin tengah kebuntuan nak masak apa hari ni. Menu paling senang ringkas sebab kita boleh masukkan sekali sayur, carrot dan macam-macam lagi apa kita suka. Kiranya menu all in one gitu! Ikut suka korang nak masukkan apa sekali… Semua dalam satu menu! Jimat masa, senang makan.

Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah KL . Hanya RM125 bingkai + Alpha Blue 240 lens. Tak dapat kat tempat lain harga gini dengan lens yang bagus

udang-goreng-kunyit-sedap-senang-mudah
tengok…!! Gambar pun Nina snap dari dalam kuali aje.. Mood memang kelaut sungguh.. huhuu

UDANG GORENG KUNYIT Mudah Sedap Senang

Bahan-bahan
500gm Udang sederhana besar – cuci bersih dan toskan perap bersama serbuk kunyit
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
2inch halia – hiris nipis
2 batang serai – ketuk jer
Sos tiram 3 sudu
Sayur kacang boncis secukupnya – potong dalam 2inch
Carrot – potong kecil
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya -agak-agak jer

Cara penyediannya
1- Udang yang telah dibersihkan diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2- Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia dan serai hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan sos tiram, kacau rata dan sedikit air hingga mendidih.
4- Masukkan udang goreng hingga masak lalu masukkan sayur kacang boncis, dan carrot, gaul rata hingga masak.
5- Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab tadi masa perap dah letak…
6- Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan. Wallaa~

Selamat mencuba!

RESEPI UDANG TELUR MASIN MUDAH SEDAP

Udang Goreng Kunyit Sedap Mudah Senang

Tapi kalau korang rajin sikit, korang boleh try follow cara Nina masak Resepi Udang Salted Egg
Ya ampun..!! Nak pesan awal-awal, kalau masak ni sila lah masak lebih. Keunikkan rasa salted egg, lemak masin bersama aroma daun kari memang macam nak makan sekawah! Saka yang makan kot. HAhaa

Related posts:

SWiPEL berkesan halau serangga dengan berkesan dan selamat

KISAH AKU DAN MESIN DOBI ROSAK

Cuti Sekolah Disember kat Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler laaa...!!

Sinopsis SETELAH TERLAFAZNYA AKAD ASTRO

Lifestyle Resepi menu cepatresepi mudahresipi ringkasUdang Goreng Kunyit

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. adda syuhada says:
    October 26, 2016 at 10:35 am

    wah…..sedapnyer……

    Reply
  2. Finn says:
    October 22, 2017 at 12:39 pm

    Terbaik…….nk try

    Reply
  3. encikhafiz.com says:
    December 1, 2017 at 12:40 pm

    wahhh sedapmyaaa..ingatkan ayam goreng kunyit je ada. maaf saya noobs hal makanan ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 4, 2018 at 12:24 am

      Macam² boleh di gorengkan kasi kunyit kan sama dia. Kita yang masak. Hehee

      Reply
  4. hafiz says:
    June 3, 2018 at 5:35 pm

    Akak serai tak bagitau pun dlm resepi?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 4, 2018 at 12:23 am

      Hafiz..
      Yelah.. Baru perasan. Makaseh yaaa inform . Kak nina dah edit kat bahan.

      Reply
  5. example-of descriptive essay of a person says:
    September 16, 2018 at 2:24 am

    I am sure that the recipe you shared with us is extremely exclusive and original. Well, first of all, let me give it a try! I’ll soon write my feedback!

    Reply
  6. Aisha says:
    April 29, 2020 at 1:09 am

    Nak tanya, kalau xdak sos tiram nak ganti dengan apa ya?

    Reply
  7. Roadrunner says:
    October 6, 2020 at 1:44 pm

    Really appreciate this wonderful post that you have provided for us. I assure this would be beneficial for most of the people. I’m going to highly recommend this web site!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes