Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

kisah aku dan dobi
December 22, 2024December 22, 2024

KISAH AKU DAN MESIN DOBI ROSAK

Hari ni saja nak kongsi kisah aku dan mesin dobi rosak. Cerita santai yang mungkin takde makna untuk korang tapi ianya amat bermakna buat Nina kerana disebalik kisah ni, Allah nak bagi rezeki yang tidak disangka-sangka buat Nina.

Isi Kandungan hide
1 KISAH AKU DAN MESIN DOBI ROSAK
1.1 HABIT SUKA TENGOK WASHER MACHINE PUSING-PUSING
1.2 EH! MANA BUIH BUIH SABUN ?
1.3 RUPANYA MESIN DOBI ROSAK
1.4 ALHAMDULILLAH REZEKI
1.5 Moral of the story
1.6 Related posts:
2 Places of interest in Singapore
3 Terkini di pasaran | Wet Tissue Antibakteria AIKEN
4 Dah kenapa sedap sangat Biskut Milo ChaKiss ni.. ? Viral dahh
5 Menu tutup mata - paling senang! Bendi masak asam rebus.... Tak reti gak tak tahu nak cakap apa daaa...

Korang pernah tak ke dobi basuh baju?
Gerenti pernah kann?
Korang suka yang mesin sekali sabun ke kena letak sabun sendiri? 
Opkos ada yang suka jenis dah siap sabun sebab baru lah ada bau dobi? Kannn…
Pernah tak tengok mesin tu pusing pusing buat keje? 
Ke korang jenis dah masuk pakaian, letak coin, tekan start tinggal je? 
Korang tahu tak minit ke berapa korang akan nampak mesin tu menghasilkan buih buih cinta? 

Haihh… Berapa banyak punya soalan daaa
Biasa lah orang rumah memang cerewet dia lain macam bab baju bagai ni. Setuju tak?

KISAH AKU DAN MESIN DOBI ROSAK

Ok sambung
Nak share pengalaman hari ni

Kisah hari ni, kitaorang spring cleaning kesemua toto selimut yang ada kat rumah. Memandangkan rumah kecik, washer machine kecik, tempat nak sidai pun kecik so bila nak basuh yang besau-besau ke dobi layan diri je tempatnya. 

Kat kawasan rumah Nina ni ada satu laundry layan diri yang kitaorang suka sejak dia beroperasi. Kira nya kitaorang regular customer dia lah walaupun lepas dia wujud, dah banyak dah laundry layan diri lain ada.  Dah cuba tempat lain tapi ke sini jugak akhirnya. 

HABIT SUKA TENGOK WASHER MACHINE PUSING-PUSING

Alkisah hari ni, membasuh banyak hari ni
Mesin 1 , 2, 7 dan 8. Yelah.. basuh toto selimut, segala sarung. Lepas dah tekan start Nina pun dok laa tengok mesin tu berpusing-pusing. Then macam pelik je tengok sebab dari awal hingga lah 10 minit terakhir dah kenapa mesin ni tak keluarkan buih buih cinta yang harum mewangi tuuu?

EH! MANA BUIH BUIH SABUN ? 

Ini tak boleh jadi nih! Something wrong some where
Pusing pusing kedai cari no help desk
Terus wasap Encik A
Bagusnya dia respond pantas!
Cerita laaa tentang mesin takde sabun
Rupanya maybe ada masalah teknikal. 

Aduyai acaner nih?
Dah rugi duit, rugi masa terbuang lama menunggu ..
Pung pang pung pang…. Encik A minta maaf
Dia refund! Fuhh… lega 

RUPANYA MESIN DOBI ROSAK

Ok laaa terjahit  laa sikit pocket yang berlubang. 
Dia kasitau kalau masih nak guna mesin tersebut kena masukkan sabun manually. 
Malas nak pi laundry lain, malas nak balik ambik sabun so Geng pi beli sabun kat kedai berdekatan. 

Tup tup Encik A wasap lagi offer servis percuma mesin yang kitaorang nak guna. Dia remote dari jauh je setting mesin tu. Kitaorang kena tekan start je
Allahuakhbar.. baiknya hati. 
Touching weyhh
Rezeki! Alhamdulillah…

ALHAMDULILLAH REZEKI 

Terima kasih banyak Encik A 
Tahniah diatas kerjasama pantas.
Masa mesin dah jalan baru laa Nina download pdf refund . Surprised! 
Ya Allah.. dah kenapa masuk lebih,  salah masuk duit nih?
Wasap semula minta acc no dia nak bank in jumlah beza sebab dia salah masuk duit. Salah kira kot?

MESIN DOBI ROSAK

Rupanya memang Encik A masukkan extra. Allah…
Tak tau nak kata apa, mampu jawab terima kasih je
Semoga dimurahkan rezeki. Aamiinnn…

Moral of the story 

Bila ada rasa ketidakpuasanhati takyah lah mengamuk, viral sana sini sampai ianya merosakkan reputasi dan periuk nasi orang lain. Laa ni bukan takat tu je, kecaman juga mampu membunuh seseorang. 

Sebaiknya tenang-tenang dulu, dapatkan cara baik  dan waras menyelesaikannya. Berkomunikasi dengan berbincang dan InsyaAllah masalah dapat diselesaikan dengan cara baik. Win win situation gitu kata omputeh. Kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah Allah juga bantu mudahkan urusan kita. 
Ini pun cabang rezeki juga. 

So pasni sapa yang pi dobi kasi alert 
Enjoy dan tengok laaa mesin tu pusing pusing sambil wash.dry.lepak
Haaaa gitu! 

Sekian story hari ni
Dapat sesuatu yg bermanfaat? 
Boleh laaa share kat kengkawan lain

Related posts:

Places of interest in Singapore

Terkini di pasaran | Wet Tissue Antibakteria AIKEN

Dah kenapa sedap sangat Biskut Milo ChaKiss ni.. ? Viral dahh

Menu tutup mata - paling senang! Bendi masak asam rebus.... Tak reti gak tak tahu nak cakap apa daaa...

Lifestyle Apa nak buatCeritera NinaDOBIkisah akuKisah benarKisah dan TauladanMesin dobi rosakRezeki yang tak disangka-sangka

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. lady bird says:
    December 23, 2024 at 6:53 pm

    Alhamdulillah, mr A baik hati

    Reply
  2. sue izza says:
    January 3, 2025 at 12:43 pm

    Alhamdulillah owner bagus ni tak sia2 support,saya jaga homestay ,pegi dobi comforter n bedsheet sekali stuck dalam mesin,call owner,owner kata tinggalkan je dan bagi no telefon n alamat rumah,sekali dia hantar yg dah siap basuh kering dan gosok sekali n refund duit ,syukur sangat2 …

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes