Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 12, 2014January 23, 2021

Kari Kepala Ikan Kerapu…. jangan dok merapu sudaa lah yea… hehehe

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera . 

Kari Kepala Ikan….
Kari style mana yang sedap? 
Kari Melayu yang ada santan ker, Kari style mamak tanpa santan? Ker Kari style baba nyonya? Hah..!! Mana satu pilihan kalbu…

Bagi Nina pula, kari ikan mana-mana pun sedap. Itulah keunikkan makanan Malaysia. Satu jenis masakan yang dipelbagaikan akan terserlah kenikmatannya yang tersendiri. Itu belum bab kari lain2 negeri ……. Yang pedas, yang lemak, yang berempah, macam-macam ada…

Kalau masak kari ikan style Nina sangat simple! Pasal Nina pun tak gemar yang remeh~
Bahan asas yang utama mesti ada – rempah campuran kari ikan.
Apa tuu? Senang ajer…. Nina beli yang dah ready packing dan memang tertulis label rempah campuran kari ikan. Kat mana nak beli? Boleh didapati kat Mydin, Giant dan Tesco pun ada rasanya… Dalam satu paket semua ada… All in One

Selain tuu, bahan asas yang utama tentu lah rempah serbuk kari ikan. 
Jangan tanya Nina brand apa yang sedap. Macam-macam brand Nina cuba dan semuanya ada kelainan dan keunikkan rasa yang tersendiri.
Antara yang Nina suka adalah rempah Kari Ikan Babas dan Mak Siti. Sebab?
Kedua-dua brand ni tak berapa pedas. Ada sesetengah brand tu pedas dan kesian kat anak-anak sambil makan sambil minum air bergelen-gelen gamaknya… huhuuu . . . .
(walaupun Nina tak tambah cili dalam masakan)
Brand apa tuu? tak mau cakap brand apa. Tolong jangan paksa Nina kasitau cuz prinsip Nina tak akan cuba-cuba nak buka aib orang….. even setakat rempah yang bukan orang~ hehe…

Lupa nak kasitau, rempah Kari Ikan Babas ada 2jenis. Yang jenis pedas pun ada tau! Masa beli kena tengok betul-betul. Yang pedas tuu ada tertulis kat gambar ikan. Rasanya dia tulis ‘Hot Spice’ kot…..

Dalam fridge hanya ada ikan kerapu…. Fikiran dok melayang-layang memikirkan nak masak apa dengan ikan kerapu nie~ 
ikan kerapu kerr…… dok merapu??  Kalau dok merapu, Nina tak attached resepi…. hehee…

Memandangkan MyGang tak makan nasi, so Nina kena mix match (macam baju lak kann) hidangan yang boleh disesuaikan makan bersama roti.
Selalunya Nina akan masak sambal. Senang dan sedap buat cecah roti. Contohnya sambal sardine yang Nina masak masa Nina demam hari tuu…..

Disebabkan Nina nie suka yang ringkas ajer, so Nina jarang nak blend bawang dan sebagainya. Just hiris halus dan bawang putih lak Nina suka ketuk ajer. *malas basuh blender sebenarnya*
Pastu lak, kadang-kadang ajer Nina letak daun kari. *selalunya tak letak punr~* hehee….
Maklum lah kat rumah Nina tak der pokok kari. Nina just guna pakai apa yang sedia ada ajer kat rumah. Kalau ‘ter’ada daun kari (ambik kat rumah mama) Nina letak kalau tak der pura-pura tak tahu jerr~~ hehee
Ok jom kita masak kari Ikan Kepala Kerapu..

Isi Kandungan hide
1 KARI KEPALA IKAN KERAPU
2 Related posts:
3 Meroyan weyhhh..!! Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 TV3 (2020) HAhaaa
4 Chocolate Moist Cake untuk Elyana Dan Intan Nazira
5 Kat Buffet Ramadhan Shah Alam. Best Western i-City kannn ada!
6 Sambal Tumis Ikan Bilis Petai | Ketahui KHASIAT PETAI untuk kesihatan

KARI KEPALA IKAN KERAPU

KARI KEPALA IKAN KERAPU

Bahan-bahan
1-2 ekor ikan kerapu (bergantung pada size)
1 biji bawang besar – Nina hiris halus jer
2 ulas bawang putih – Nina ketuk cincang halus
1 inch halia – diketuk dan cincang halus
4 sudu besar serbuk kari Ikan – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
2 sudu besar rempah campuran kari ikan
2 biji tomato belah empat
1 paket santan serbuk – dibancuh dengan air 1cawan
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara penyediannya
1-. Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan rempah campuran kari hingga wangi.
2-. Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
3-. Masukkan bancuhan pes serbuk kari ikan. Masak hingga terbit minyak. Kacau selalu dan guna api sederhana.
4-. Tuang air mengikut citarasa nak banyak mana kuah. Nina suka kuah yang agak pekat pasal nak cecah sama roti. Masak hingga kuah mendidih
5-. Selepas itu, masukkan ikan, tomato dan santan serbuk yang dah dibancuh dengan air. Kacau sentiasa perlahan-lahan sampai mendidih dan ikan masak. Jangan kasar-kasar, hancur lak ikan tu nanti.
6-. Rasakan dengan garam secukup rasa dan sedia dihidangkan….

 Ini lah rempah campuran kari ikan…

Related posts:

Meroyan weyhhh..!! Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 TV3 (2020) HAhaaa

Chocolate Moist Cake untuk Elyana Dan Intan Nazira

Kat Buffet Ramadhan Shah Alam. Best Western i-City kannn ada!

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai | Ketahui KHASIAT PETAI untuk kesihatan

Lifestyle Resepi IkanKari IkanKari Kepala Ikan KerapuLauk LaukResepiresepi mudahresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Eny Abdullah says:
    November 12, 2014 at 12:11 pm

    sedapnyaaa roti cicah kari kepala ikan.. kalau kepala ikan suka isi kat bahagian pipi ikan tu lembut je hehehe

    Reply
  2. lia ummiirfan says:
    November 12, 2014 at 3:18 pm

    uishhh.. sedap ni..

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    November 14, 2014 at 12:43 am

    Eny,
    sama lah kita….. Nina pun suka part pipi ikan tuu~
    Nina ambik belah kanan, Eny ambik belah kiri ehh….. hehehe

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    November 14, 2014 at 12:44 am

    Lia Ummu Irfan,
    sedapppp….. sampai licin pinggan (lap sama roti) hehee . . . .

    Reply
  5. chew dukati says:
    August 13, 2019 at 11:32 am

    kawan saya chew boon hee kata sedap masak kari ni …
    dia beli kepala ikan sebesar 2 kg masak resepi ini untuk dimakan bersama keluarganya

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 16, 2019 at 10:30 pm

      Alhamdulillah menepati selera sekeluarga awak… Happy dengar!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes