As’salamualaikum dan Selamat Petang,
Jerebu semakin teruk sekarang. Nampaknya tahun ini, pecah rekod anak-anak dok cuti sekolah. Sepatutnya minggu ini ada peperiksaan untuk akhir tahun namun natijah jerebu terpaksa sekolah di tutup dan exam tunda.
Sampai bila?
Dijangka Januari Tahun depan 2016 …!!!
Maksudnya, sekolah terpaksa buka tutup buka tutup buka tutup ……. ???
YA , untuk keselamatan dan kesihatan anak-anak. BETUL
Credit Mr.Google Nina pinjam dari SINI … |
Tapi, nampak kah kita beribu sekolah di tutup! Ini bermakna berjuta anak-anak terpaksa tidak ke sekolah dan ada yang pelajarannya terabai.
Oooo…. Anak dok rumah ulangkaji pelajaran. Itu untuk yang benar-benar nak belajar dan disuruh oleh ibubapa.
Bagaimana pula anak-anak yang endah tak endah oleh ibubapanya?
Main laaa … Apa lagi..!! Hahaha…. Lagi mau tanya~
Tahun ini andai ramai anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran usah dikesal ya..
Jangan lah dok marah kat anak-anak tuu. mereka tak bersalah. Cikgu disekolah juga tak bersalah. Pembelajaran mereka disekolah yang terpaksa ditunda.
Bukan pinta mereka pun….
Jangan nanti, cuti sekolah pun ditunda udah ler ya.. “Rusak ana punya program” bak kata dialog P.Ramlee HAhahaa~
Hurmm…. tak guna membebel
Kerajaan pun seolah tak de apa-apa tindakan. Walhal fenomena jerebu ini Rutin Setiap Tahun.
YA, setiap tahun without failed. Malah, tahun ini semakin mengancam jutaan-jutaan nyawa rakyat.
Oh MalaysiaKu
Oh MalaysiaKu
Sampai bila kah fenomena ini menjadi acara tahunan kita?
Hurmm…..
Sila lah ikut arahan Kementerian Kesihatan.
Pakai topeng – online jual banyak design tak yah lerr nak harapkan kerajaan sponsor
cuci tangan sebelum dan selepas buat apa pun
cuci muka kerap – kot muka tebal berjerebu tak kenal lak nanti Ahaks! hehee
sakit jumpa doktor doktor pun ramai sakit sekarang
minum banyak air masak tekak masih sakit jugakk
mata pedih – cuci ajer laaa mata tuu
kurangkan aktiviti luar rumah, sampai Januari 2016 YA!
banyak lagi….. pepandai lah jaga diri…
Yang terakhir, perbanyakkan DOA
Semoga fenomena tidak baik ini segera dijauhkan dari kita semua. Tamatkan lah segera musibah ini. Sesungguhnya yang baik dari hanya dari MU…
Aamiin…
keluh resah dan coretan ikhlas,
Nina Mirza