Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

EHSAN WATERPARK PD Primaland Cuti Sekolah Murah Bajet
June 3, 2015April 4, 2023

Cuti sekolah mana best? EHSAN WATERPARK Primaland PD Murah Happening!

Ehsan Waterpark Primaland PD memang best murah happening cuti sekolah! 

Isi Kandungan hide
1 Cuti Sekolah sakan enjoy di EHSAN WATERPARK Primaland PD
2 Apa yang menarik Ehsan Waterpark Primaland PD ?
3 EHSAN WATERPARK PD Cuti Sekolah Murah Bajet
4 Harga masuk EHSAN WATERPARK PRIMALAND ?
5 Kat mana makan tengahhari sedap di PD?
6 Kemana BEST cuti sekolah selain Waterpark?
7 Related posts:
8 Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah
9 Minyak Zaitun EVOO untuk masak. Boleh ke?
10 Ayam Goreng Kunyit Berempah
11 Notis Gangguan Bekalan Air SYABAS 22 Jun - 28 Jun 2011

As’salamualaikum  dan Salam Sejahtera. Cuti sekolah telah bermula, ke mana destinasi ibubapa bawa anak-anak bercuti? Tak kan dibiarkan anak-anak dok rumah saje kan….. jangan lah gitu, asyik keje.. keje.. keje.. ajer tak sudah! Sampai bila pun keje tuu tak akan habis. #Eehh ehh… betul kan? Ok, noted!

Atleast bawa lah mereka yang tersayang keluar jalan-jalan sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
Tak perlu mahal exclusive … sekadar mengikut budget yang berpatutan dan dapat  isi masa berharga bersama-sama di luar kawasan liputan pun dah memadai. Macam coverage line internet lak kannn..! Ker masa bersama anak-anak macam biskut ‘Chipsmore’! Eerkk….. Keseronokan anak-anak akan memberi impak positif buat perkembangan  tumbesaran mereka. 

Cuti Sekolah sakan enjoy di EHSAN WATERPARK Primaland PD

Meh sini Nina sharekan holiday Nina sekeluarga yang lalu.
Dekat aje…. Di Ehsan Waterpark atau dolu nama nya Primaland Water Theme Park terletak di Batu 13, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Dickson. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson sekitar 1jam 30minit gitu. Buat yang mengikuti ceritera Nina, actually Nina ke sini beberapa minggu yang lalu namum terpaksa postpone sebab Baby Eilhan kena demam sawan tarik semasa check in. Sudi lah baca kat Pengalaman sedih panik pertama kali baby demam sawan tarik Serius ngeri weyhh! Takut bila teringat, trauma Nina. 

Apa yang menarik Ehsan Waterpark Primaland PD ?

Opkos kat sini anak-anak enjoy bermain air kolam yang banyak, besar sesuka hati sepanjang hati.. lalaa laalaaa~
Lagi?

Bilik studio nya besar. Ya besar! Standard room tapi ada extra ruang santai lepak tonton TV. So kalau ada yang plan nak bawak adik beradik, ipar duai, atok nenek boleh ajer belasah tido ramai-ramai kat ruang tersebut. Sila lah bawa toto. Settel

EHSAN WATERPARK PD Primaland Cuti Sekolah Murah Bajet

Bukak ke pintu bilik korang akan nampak katil . Bagi Nina bilik agak gelap so Nina prefer buka langsir bagi cahaya masuk. Takde carpet , sesuai untuk bilik themepark. Lebih mudah di urus kann? Ada carpet nanti berpasir bagai, basah dan busyuk lak. Nina ok je takde carpet.  Oh ya , 3 budak dalam gambar tu tak termasuk dalam pakej yaaa! HEhee

EHSAN WATERPARK PD Primaland Cuti Sekolah Murah Bajet

Atas kiri       =  Studio (2 katil single) memadai untuk family kecik. Nak letak  extra katil pun masih luas
Atas kanan    =  Ini lah ruang santai yang Nina katakan. Tolak kerusi meja boleh letak toto – luas!
Bawah kiri     =  ruang solat. Atas meja tuu ada disediakan sejadah
Bawah kanan = pantry kecik. Dalam kabinet bawah sinki tuu ada peti ais. Jadi laaa….

EHSAN WATERPARK PD  Cuti Sekolah Murah Bajet

Kawasan sini besar! Ada beberapa bahagian kolam. Ada untuk dewasa, kanak-kanak dan kat sini ada pasir buatan. So anak-anak boleh laa main pasir bina istana menanti. Ada macam gua pun ada. Acah-acah gua, lalu dalam terowong berbatu gitu. Dalam gua pun ada air mengalir. Fun lah!

EHSAN WATERPARK PD Primaland Cuti Sekolah Murah Bajet

Hah…!! Nampak tak tong hijau kat atas tuu…. Dah penuh air, tetiba hujan pun turun selebat-lebatnya… Debushhhh….!!! Seronok bebudak!
Mak pak budak pun joint sekali memasing tunggu air melimpah turun ke bawah. HAhaa

Kat area Waterpark pun ada cafe! So sambil mandi sure gerenti kelaparan. Macam-macam ada. Tepuk poket tanya selera. Kalau punya wang berjuta-juta, tanya lah selera dulu. Gitu! HAhaa

Nak sewa basikal, pelampung atau pun locker pun ada. Banyak kerusi dan payung disediakan

EHSAN WATERPARK PD Primaland Cuti Sekolah Murah Bajet

Harga masuk EHSAN WATERPARK PRIMALAND ?

Ini harga untuk masuk dalam Water Theme Park . Tengok betul-betul….. ada 2 sesi tau!
So korang plan betul-betul nak masuk sesi yang mana satu?

Selain dari waterpark, kat sini pun ada indoor game. Ada macam-macam permainan indoor kat sini…
Ini tak Free, bayar ikut token. RM1 per token.

Amacam best tak? Actually banyak lagi gambar yang Nina nak kongsikan buat kengkawan semua. Kalau nak tengok gambar lagi, ada banyak lagi kat facebook Nina. Click Facebook Nina – Cuti-cuti Malaysia Dekat ajer (klik sini)
 
Hhrrmm…… Mesti nak tahu kannnn…..  Berapa kos cuti-cuti Malaysia nie??
Tak mahal pun, murah ajer.  Harganya  kurang RM200. Huh..!! Less RM200?
Ya, Kenapa tak percaya? percaya laa…. memang betul, Nina tak bohong. Bohong dosa
Pakej room studio (2katil single) + 6 tiket water park sesi pagi + 6 tiket water park sesi petang + 2pack kombo untuk breakfast.  Nina book masa Matta Fair yang lepas kat kaunter Primaland Resort Themepark PD.

Overall Ehsan Waterpark Primaland PD memang BEST! Seronok sakan cuti sekolah anak tahun ni. Berpatutan sangat! Staff mereka pun friendly semuanya. Nina akan datang lagi? Ya mungkin!

Kat mana makan tengahhari sedap di PD?

Suka Nina nak kongsikan – Lunch Nina makan kat Ayam Bakar Station. Lokasi area Batu 11, Pasir panjang, Teluk Kemang. Tak jauh dari Primaland Water Park – sebelah kanan arah ke Pantai Awam Teluk Kemang. 
Story mory clickNasi Ayam Bakar Station PD   Nampak sedap kannn?
Tempat Makan Sedap Murah Nasi Ayam Bakar Station Port Dickson
 

Kemana BEST cuti sekolah selain Waterpark?

So buat  ibubapa yang tak punya cuti tahunan, bolehlah ke sini hujung minggu. Tak dapat stay, dapat happy kan anak-anak mandi manda enjoy pun seronok sakan dah bebudak. Tak silap boleh je masuk sini hanya untuk mandi Waterpark nya. 
Nina cadangkan bawa lah anak-anak shorts trip. Yang dekat-dekat pun ok, janji mereka dapat rasai suasana cuti sekolah. Selain  Waterpark, antara tempat short trip yang best dikunjungi adalah di Farm In The City kat Seri Kembangan Serdang. Menarik tau tempat ni. Boleh refer Trip Nina & family ke  Farm In The City untuk rujukan. 
FARM IN THE CITY TEMPAT MENARIK CUTI SEKOLAH
 
Pesanan penaja :: Jangan  ‘wujudkan’ pelbagai alasan untuk mengembirakan insan tersayang….
Carilah masa untuk bersama dan jadikan saat manis sebagai kenangan terindah buat mereka.  Kenangan tidak dapat dibeli dengan duit walaupun punya kemewahan melimpah…
 

Related posts:

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Minyak Zaitun EVOO untuk masak. Boleh ke?

Ayam Goreng Kunyit Berempah

Notis Gangguan Bekalan Air SYABAS 22 Jun - 28 Jun 2011

Lifestyle Parenting Review Tips Travel Ceritera NinaCuti SekolahInfo - ParentingInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaJalan Jalan Cari MakanPort DicksonPrimaland Port DicksonReviewTheme Park Murah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Tip Untuk Traveler says:
    July 26, 2016 at 9:37 am

    Wah menarik ni lagi-lagi kalau dapat bawa family pergi bercuti. Mesti kalau bercuti bawa adapter untuk charge hp dan pelbagai gadget yang lain. samping sebagai traveler perlukan juga adapter pelbagai guna dan tidak membebankan supaya memudahkan kita untuk charge semula gadget kita. Sekarang ini saya gunakan produk INNERGIE Life Hub Plus. Dengan produk ini saya tidak perlu membawa adapter lagi sebalik INNERGIE sudah cukup untuk saya charge 3 device/gadget dalam masa serentak

    Reply
  2. Fiqa says:
    December 26, 2016 at 8:42 pm

    PROMOSI HEBAT !!!!!
    Percutian menarik di Primaland Resort,Port Dickson.
    Apartmen 2 bilik tidur 2 bilik air.
    Syarat :
    1. Hanya semurah RM 200 (2 hari 1 malam).

    2. Booking tarikh beserta bukti pembayaran.

    3. Harga tidak kira cuti umum, perayaan atau sebagainya.

    4. Rumah hanya tingkat 1 blok A, bersebelahan lif dan berdekatan taman tema air yg luas.

    5. Untuk tempahan boleh hubungi/w.app kak nora(0133336227) / En Zul (0136181223).

    ☆Harga tidak termasuk tiket taman tema air☆

    JOM CUTI CUTI MALAYSIA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

    SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes