Cuti sakit atau omputeh panggil MC – Selalunya bila dapat MC, maksudnya kita dapat cuti sakit , tak perlu pergi kerja, berehat dirumah. Oh indahnya! Tapi MC buat suri rumah seolah tak membawa apa-apa maksud sebab nya tugas suri rumah tetap perlu dilaksanakan. Setuju?
Mmmm …..!! Buat wanita yang berkerjaya tentu rasa heaven lepas doktor check dan bagi MC cuti sakit kan?
macam best jer kann, macam best jer kann..
Dah terbayang betapa indahnya nanti balik rumah dapat rehat, makan ubat dan terus lena tido tanpa gangguan. Cukup rehat bangun nanti pasti segar dan Insya’Allah kembali sihat sediakala esoknya.
Suri Rumah
Bagaimana ngan surirumah?
Bila tak sihat kena tunggu hubby balik sebelum pegi klinik, yelah nak kena ada 2nd mata tengokkan anak-anak. Pastu baru gi klinik, jumpa doktor – check-check dan dapat lak MC.
Hah…!! Nak buat hapa ngan MC ni doktor >>??
Nak tunjuk kat siapa? kan tak keje, tak kan nak bagi kat majikan hubby lak kan? poyo lah tuu..!! hahaa
Jangan kata balik klinik nanti verangan nak rehat, makan ubat pastu tido lena.
Oh tidak tidak…! Jangan lah nak bermimpi disiang hari yea Cik Kiah, Cik Peah, Cik Timah
“Jadikan malam ku lebih indah, jadikan siang ku lebih terang”
Chewah ~ siap bernyanyi riang lagu Akim ya.. Sorry salah lagu..!! hahaa . . . .
Tugas Suri Rumah
Andai lah MC itu benar sijil cuti sakit, namun ianya tak bermakna apa-apa pun buat insan yang bergelar surirumah. Sebab apa >>>>>
Kalau MC nanti sapa nak jaga anak-anak?
Sapa yang akan masak?
Sapa yang akan suapkan anak-anak makan?
Sapa yang akan mandikan anak?
Sapa yang akan buatkan susu anak?
Sapa yang akan redakan tantrum anak-anak?
sapa yang akan melayan kerenah permintaan anak-anak?
Sapa yang akan hantar jemput anak sekolah?
Sapa yang akan kemaskan rumah?
Sapa yang akan sidai dan angkat jemuran?
Sapa yang akan buat hal ehwal lain? Apa tuu…. surirumah jer tahu miscellaneous work~
Hurmm . . . . macam banyak jer, macam banyak jer..!!
Kalau nak list lagi boleh tapi mau hari 3malam tak sudah. Cukuplah ini yang utama….
Alangkah indahnya andai bila isteri surirumah yang dapat MC dan suaminya berhak dapat cuti ihsan dari majikannya. Atleast setahun beberapa hari kannn….
Ada ker?
Memang tak de laaa kan?? Verangan tak sudah~ hahaaa . . . .
Yang ada pun kalau masuk ward. Tak kan demam pun nak dok ward. Kaya giler gitu..!! Hahaha~
Habis tu macammana?
Mesti ada yang kata, suami lah ambik emergency leave, MC ganti dan sebagainya.
Tapi macam tak adil lak kann…. suami yang kena tolak cuti, tipu MC!
Haishh .. Tipu MC tak baik! Tak berkat gaji nanti .
Haishh .. Tipu MC tak baik! Tak berkat gaji nanti .
Dah dah dahh …… Udah ler dikusutkan fikiran dok memikirkannya.
Buat Nina, Syukur Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik setakat ini dan pandai lak demam menyinggah time weekend so MyGang lah yang banyak membantu menguruskan hal ehwal anak-anak dan rumah keseluruhannya. .. Dapatlah Nina berehat, makan ubat ubat dan tido secukupnya.
Peranan dan tanggungjawab Suami
Pernah juga Nina demam hari kerja, dan apa yang MyGang bantu, dia akan sediakan belikan breakfast dan lunch untuk Nina dan anak-anak. So Nina tak payah masak.
Siap tolong sidaikan jemuran, sapu kemas rumah sebelum pegi keje.. Baiknya! Somi sapa lah tu… hehee
Siap pesan kat anak-anak dont disturb mama rehat, mama demam. Anak-anak nina lak pesyen dengar cakap abahnya. Itu semua pun dah banyak bantu kannn. Yang lain-lain dia akan tolong sambung pas balik keje nanti. Beruntung Nina… Sayang Geng, muahhhhh!!!!
So disini, pepandai lah masing-masing menyelesaikannya sendiri ya.. Maklumlah, MC ni sensitif isu buat yang bekerja. Ketua keluarga tentunya lebih arif lagi bijaksana.
Tepuk dada tanya selera .. #Eh ehh … itu tuk makan. Hahaha ….
Peace no war. Sekadar luahan bebelan ala mak-mak sekali-sekala dan pesanan khidmat masyarakat dari Nina yang kengkonon penyayang gitu. Dan bagi pihak Persatuan Suri Rumah Malaysia
Salam sayang dari Nina dan jaga diri korang selalu…