Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 3, 2014July 1, 2021

Cream Puff versi 2. Sedapnya…..!! Tips puff menjadi dengan cantik dan jayanya…….

Sila cuba : TIPS RESEPI CREAM PUFF step by step jadi gebu cantik dengan jayanya!

Isi Kandungan hide
1 Bukan Mudah nak buat Cream Puff ni . . . TAPI
2 Homemade bakers. Cuba-cuba jer buat tak sangka jadi pendapatan sampingan
3 TIPS BUAT CREAM PUFF
4 TIPS CREAM PUFF JADI CANTIK GEBU BERONGGA
5 RESEPI CREAM PUFF MUDAH SUKATAN CAWAN
5.1 Cara buat Puff
5.1.1 CUBA LAH! TIPS RESEPI CREAM PUFF MUDAH SUKATAN CAWAN NI
6 Related posts:
7 Pernah ...
8 Yeah yeahh....!! KBBA Blogger's Day Out 2015
9 Ya ampunn..!! Resipi KEK BATIK VIRAL LEMBUT GEBU SEDAP. Tak pandang dah resipi lain..
10 Puashati seyh..! Hi-Tea di ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL

Aduh..!! Memang terasa nikmat tatkala menikmatinya. Seolah-olah berada kat awang-awangan.. Puff yang lembut gebus dikombinasikan bersama lemak manis filling cream castard memang Uummphh!! Sapa tak pernah makan manyak rugi oooo~ Kena cuba baru tau! Tak cuba tak tahu!

Amboi amboi……. Over lak Nina promote cream puff! 1st time makan ker..??
Haishh…. Tak laaa. Nina dah banyak kali buat dan makan. Cuma dah lama juga tak pekena. 
Al-kisah tersebut lah kisah…. Baru-baru nie, jiran Nina datang rumah pepagi hari dengan hajat besar nak order cream puff. Alamak..?? Cream puff??

Sejujurnya Nina agak sengal nak ambik order puff Berkrim sebab bagi Nina pembuatannya agak remeh memandangkan sekarang nie Nina ada  MyJambu Boy Eilhan Mirza. Nak buat puff nie, kena buat filling cream castardnya dulu. Kena kacau tanpa henti baru dapat hasil cream yang smooth. Bukan boleh tinggal, hangus, berketul-ketul nanti. Tak best!

RESEPI CREAM PUFF SEDAP MUDAH SUKATAN CAWAN

Bukan Mudah nak buat Cream Puff ni . . . TAPI

Risau kalau-kalau tengah-tengah buat nanti dia meragam. Hah! Camner? 
Buat puff nie bukan boleh tinggal-tinggal macam baking cake. Siap adun semua bahan, masuk oven, tinggal ——– 1jam 30 minit. Tunggu oven menjerit TING! 

Puff nie tak berapa tahan lama so kena buat betul-betul sebelum time pick up. Setahu Nina puff hanya tahan 2hari itupun dah simpan dalam fridge.  Lepas 2hari rasa puff dah jadi puff tapi jadi Puss! hehee… Style Nina memang nak sediakan yang fresh untuk customer. Tak mau laaa, time dia dapat lagi 2-3jam dah expired. Tak syok laaa kan. ..

Mind set Nina – as Homemade bakers haruslah menyediakan sesuatu yang fresh from oven. Dari rumah so mestilah baru masak dan terus disajikan. Begitu juga cake. Walaupun order awal, Nina hanya akan baking sehari sebelum collect. Kalau buat awal-awal, baik depa beli jer kat kedai cake terkenal.

Homemade  bakers. Cuba-cuba jer buat tak sangka jadi pendapatan sampingan

HomeMade tak femes. Iyer tak…?? Kotak putih plain aje….. Buat pun dari dapur kecik. Oven pun tak besar mana…. Tapi boleh laaa rajin tahap gaban kalau nak bakar cake budget setakat 100 box. Sanggup, rela dan pasrah walaupun terpaksa.  huhuuu . . . .
Tak der pekerja, buat sengsorang. Tak pakai topi tinggi ala-ala chef. Resepi pun ada kat blog. Tak der secret pun.. Sesapa pun boleh buat. Tiada bahan rahsia… 
Eh ehh….. dah melalut lak~

Back to story, memandangkan jiran Nina nak ambik pagi sebelum dia pegi keje so memalam buta semua orang sedap membuta dalam jam 4am Nina dah mula baking. Alhamdulillah…. Time gini baby Eilhan tido lena so boleh lah Nina membaking dengan aman damai, tenteram lagi sentosa. Focus focus…!! Tiap 30minit puff dalam oven dok layan fb pun buleh terlelap gak~ hahaa… nasib baik oven ada bunyi ‘ting’! hehee…. 

Ok, kat sini Nina share kan sikit beberapa tips nak buat puff supaya menjadi dengan jayanya.. Nak berjaya kena lah ada ilmu + kerajinan. Keikhlasan dalam membuat semua perkara pun perlu. Dan perlu dimulakan dengan Bismillah… wah wah wahhh…… ‘ter’over sudah~ hehee


Moh ler…. Ini antara petua dan tips yang mesti ikut >>>>>

TIPS RESEPI CREAM PUFF step by step jadi gebu cantik dengan jayanya

 

ppsstt >>>>  sejujurnya Nina bukan lah expert sangat buat cream puff nie. Nina tahu ada yang lebih pandai, arif lagi terror dalam bab resepi dan tips pembuatan cream puff. Nina disini sekadar berkongsi resepi dan tips yang Nina sedia maklum, guna pakai dan dari pengalaman Nina yang tak seberapa. Andai sifu cream puff di luar sana punya lebih banyak ilmu, sudilah share kat Nina….

Step By Step RESEPI CREAM PUFF SEDAP MUDAH SUKATAN CAWAN

TIPS BUAT CREAM PUFF

** Buat puff perlukan kesabaran, ketekunan, displin diri. Ikut resepi betul-betul. Jangan memandai nak short cut. No no no no.!!! Ikut resepi step by step betul-betul.

** Cream puff perlukan cream filling yang smooth, lembut, licin. Kena masak dengan penuh berhati-hati, kesabaran yang tinggi. Masa masak fillingnya  kacau sentiasa supaya tak beketul-ketul. Kalau tak licin, smooth creamnya –  tak kick!

** Time masak tepung dalam periuk, pastikan tepung benar-benar masak. Sampai nampak ada kepingan nipis terbentuk kat tepi-tepi periuk. Kalau tepung tak berapa masak juga antara faktor puff tak menjadi. Penyek, lembik, dalam tak masak.

** Masa lepas masak adunan tepung, ada pesan tunggu adunan tuu sejuk baru mix telur. Sila tunggu >>>> jangan tak sabar, gelojoh!  Buruk perangai tuu…..
Tunggu suam (rasa sikit kat tangan tuu) then baru mix sama telur. Sejuk sangat pun tak boleh ehh…. Jangan nak tunggu sejuk pi tido dulu~~ parah!

** Telur tuu perlulah dipukul dalam mangkuk lain terlebih dahulu. Then baru tuang dalam bowl adunan tepung. Ini untuk memastikan adunan tak terlebih cair. Kalau telur dipecahkan satu per satu terus dalam bowl tepung, kita tak dapat agak samada  adunan tuu nanti tercair sebab setiap biji telur tak sama intipati dalamnya. 
Atleast  masa kita mix, (jangan tuang sekali semua – tinggalkan sikit) kita dapat mengagak kepekatan doh tuu. Kalau dah nampak doh tu pekat dan boleh dipipekan kira ok dah ….. kalau macam keras baru tuang baki telur. Janji tak lembik!

TIPS CREAM PUFF JADI CANTIK GEBU BERONGGA

** Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum bakar puff. Ini penting untuk memastikan puff menerima tahap kepanasan yang tepat dan serata. 

** Lepas pipe atas tray, pastikan spray air atas doh. Ini penting untuk proses pengembangan yang cantik. Baru dapat result puff yang losong kat tengah dalamnya. Kalau tak der spray – renjis-renjis di pilis, ditepungi lah tawar, hai beras kunyit ditabur merepek dahh~

** Masa puff sedang dalam pembakaran, Tolong, tolong laaaaa….. 
Jangan sesekali buka pintu oven selagi belum cukup time masa! Paling pantang buat puff! Alamat nanti puff tu akan penyek! Hah….. kan rugi~
Terlebih sikit masa pun ok. Tapi jangan lah sampai hitam legam hangus lak yea….

** Bila puff dah siap pipe filling castard, dah ready untuk dihidangkan….. please laaa~
masa makan ingat-ingat sikit orang belakang. Jangan dok ngadap sorang! hahaaa……
Ada lebih pass kat jiran sebelah menyebelah, kalau tak pun hantar sikit kat rumah Nina nie hah! Wakakaa kah…!! 

Untuk makluman, Nina pernah buat creampuff sebelum nie, resepi dari Yani MyResipi. Adunan Yani menggunakan  sukatan cawan dan mudah. Boleh refer resepi kat Resepi CREAM PUFF SUKATAN CAWAN MUDAH. Kali nie Nina cuba resepi dari Zaliana MyResepi. Alhamdulillah….. menjadi dengan jayanya juga! Jom selongkar resepi nya . Zasss > > > > 

TIPS RESEPI CREAM PUFF step by step jadi gebu cantik dengan jayanya

Ini ajer yang sempat Nina selamatkan untuk tayangan sebelum Nina ngap! hehee . . . .

RESEPI CREAM PUFF MUDAH SUKATAN CAWAN

Mula-mula kena buat fillingnya terlebih dahulu. Bahan-bahan untuk filling 
2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning

Cara-cara penyediaan filling
1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk… Baru on api! Masak menggunakan api sederhana dan  kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus…masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau. Make sure adunan smooth licin. 
4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..

 
Dah siap filling baru buat puff nya pula….
Bahan-bahan puff
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)

Cara buat Puff

1.  Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan
2.  Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. Nina guna garfu ajer. Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain. Kemudian  masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.
3.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang

4.  Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah  dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah.  Kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff  sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.

5.  Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan  ringan, bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak,  puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. Jangan bukak oven sebelum  tamat tempoh. Ingat tuu….. Kalau degil,  memang puff turun penyek!

6.  Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling. Nina cucuk ajer dengan bucu nozel dan pipekan filling masak dalam rongga puff.

7.  Ready to eat!
 
Selamat mencuba!
CUBA LAH! TIPS RESEPI CREAM PUFF MUDAH SUKATAN CAWAN NI
So dah ada resepi sukatan cawan mudah ni boleh laaa cuba buat sendiri cream puff! Faham dan hadamkan tips cara buat nya betul-betul. Dan rupanya tak susah mana pun  CreamPuff resepi kann?  InsyaAllah menjadi dengan jayanya. Tak cuba mana nak tahu iyer tak?
Moga perkongsian ini memberi manfaat buat mereka yang memerlukan terutama yang ingin menambah pendapatan tambahan demi kelangsungan hidup. Ingat tau, usaha tangga kejayaan dan practice makes perfect!

Related posts:

Pernah ...

Yeah yeahh....!! KBBA Blogger's Day Out 2015

Ya ampunn..!! Resipi KEK BATIK VIRAL LEMBUT GEBU SEDAP. Tak pandang dah resipi lain..

Puashati seyh..! Hi-Tea di ZENDE SERI PACIFIC HOTEL KL

Lifestyle Resepi CookiesCream Puff sedapkudap kudapanKuih Muih Warisan KitaPastryResepi Krim Kastard Mudahresepi mudahResepi sukatan cawanresipitips buat cream puff menjadi cantik

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (23)

  1. CXopportunities says:
    November 3, 2014 at 10:26 am

    aduhai. cx suka sgt cream puff ni. bak sini satu please .. terliuq

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    November 3, 2014 at 10:47 am

    CX, kegemaran ramai….. cukup ker seketul? Nak ambik nie…. 3 ketul Nina bagi~
    hehehe . . . .

    Reply
  3. Sidratul Muntaha says:
    November 3, 2014 at 10:54 am

    salam singgah
    wah bestnya blog masak memasak
    kami pun ade blog memasak dan personal jugak
    klu tak keberatan boleh follow la blog kami
    boleh la kita kongsi2 tips and resepi

    http://iceboxrivet.blogspot.com/
    http://setotdanara.blogspot.com/
    http://lapassiondemacuisine.blogspot.com/

    btw: saya dah follow : 385

    Reply
  4. Hayani Nor says:
    November 4, 2014 at 11:52 am

    Saya memang suka makan cream puff tp x suka buat cream puff.. penah cuba dulu sekali.. memang cerewet..last2 beli kat kedai roti je..hihihi

    Reply
  5. adaa says:
    November 4, 2014 at 6:17 pm

    Salam kenal nina..huhu creampuff ni sgtlah menjadi fav adaa..nnt bolehlah order kat nina ek hehehe

    http://Www.adaa-inspiration.com

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    November 5, 2014 at 12:12 pm

    Terima kasih Sidratul sudi singgah blog Nina
    will follow u back~ 🙂

    Reply
  7. Nina Mirza says:
    November 5, 2014 at 12:13 pm

    Hayani Nor,
    sama lah kita ….. memang terasa buat cream puff nie cerewet sikit tapi memandangkan nak makannya ramai so better buat. Nak beli jadi mahal nanti. huhuu . . .

    Reply
  8. Nina Mirza says:
    November 5, 2014 at 12:15 pm

    Adaa,
    Buleh buleh ….. just email or whatsapp Nina. In sya Allah ada kesempatan Nina buatkan.
    Salam perkenalan juga dari Nina

    Reply
  9. Ezra Meza says:
    November 5, 2014 at 2:18 pm

    best! banyak makanan. i likeee
    hehee done follow

    Reply
  10. Nina Mirza says:
    November 5, 2014 at 3:48 pm

    Ezra Mez,
    terima kasih sudi singgah….. suka ehh? jemput-jemput cuci mata 🙂
    follow u back~

    Reply
  11. Norliney Ghazali says:
    November 6, 2014 at 5:22 pm

    best nya… saya suka creampuff.

    Reply
  12. Nina Mirza says:
    January 9, 2015 at 7:08 pm

    Petai Jeruk,
    Alamak….. Kak Mas yg mana ehh? Ramai gak kengkawan nama Kak Mas
    Huhuu~
    Anyway, andai benar ur Kak Mas follow resepi yg Nina sharekan dan menjadi puff nya dengan jaya,cantik lagi sedap ….. Nina tumpang happy!
    Syukur Alhamdulillah.
    Ppsstt >>>>> nanti suh ur Kak Mas buatkan tuk Nina sikit~ hehee….

    Reply
  13. Nina Mirza says:
    January 9, 2015 at 7:09 pm

    Petai Jeruk,
    Alamak….. Kak Mas yg mana ehh? Ramai gak kengkawan nama Kak Mas
    Huhuu~
    Anyway, andai benar ur Kak Mas follow resepi yg Nina sharekan dan menjadi puff nya dengan jaya,cantik lagi sedap ….. Nina tumpang happy!
    Syukur Alhamdulillah.
    Ppsstt >>>>> nanti suh ur Kak Mas buatkan tuk Nina sikit~ hehee….

    Reply
  14. alia says:
    May 30, 2017 at 7:56 am

    Kalau ikut resepi ni agak2 dapat berapa ketul eh??

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      May 30, 2017 at 10:11 am

      Bergantung pada size acuan puff Dan orang yg pusingkan doh tuu…
      Susah nak bayangkan

      Reply
  15. syahira says:
    February 22, 2018 at 1:38 pm

    slm,,mcm mana nk kasi cream custard tu keras ea? ni cair jee ahahaha
    susah nyaa buat cream puff ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 22, 2018 at 6:31 pm

      Wa’alaikumussalam Syahira
      Kastard tuu kena masak sampai dia pekat berkilat. Lenguh gak tangan… Huhuu

      Reply
  16. shafrin says:
    March 29, 2018 at 5:24 am

    Terbaiklah nasihat & amanat dr nina. No short cut klu nak cream puff yg canrik dan sdp. Nak tanya ada x cara yg blh buat gula ising yg kita tabur atas cream puff nampak berdebu cantik je utk tempoh masa yg lama. Selalu sy buat dlm 10 minit debunya dah ‘missing’ . Blh bantu ☺. Tq in advance nina

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2018 at 5:14 pm

      Shafrin,
      Debuan yang di tabur atas cream puff tuu bukan gula ising tapi snow powder. Ada jual kat bakery.

      Reply
  17. Suriati says:
    May 6, 2018 at 8:47 am

    Nk tnya mse bakar tu kipas oven nk kene on ke off ye

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      May 6, 2018 at 9:48 pm

      Suriati, Nina tak on pun kipas nya

      Reply
  18. Farah aqilah says:
    September 26, 2018 at 2:21 am

    kak nina….mcm mana nk kekalkan kepekatan kastard filling tu ?

    Reply
  19. Ain says:
    August 5, 2020 at 8:47 pm

    Sya first time buat ni cream puff. Sya bakar cream puff selama 40 minit dgn suhu 180celcius. Tapi dia tak masak bahagian dlm. Cemana tu? Sedih pun ada huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes