BUFFET RAMADAN Royale Chulan Kuala Lumpur | Korang pernah jejak kaki masuk dalam hotel ni? Sejujurnya ini pertama kali Nina melangkah masuk dalam hotel 5 bintang yang terkemuka di Kuala Lumpur ni. Sebuah hotel yang cukup gah dalam kelompok golongannya yang tersendiri. Hotel mewah gitu ….
Saat Nina mendapat jemputan untuk ke Preview Buffet Ramadhan di Royale Chulan Kuala Lumpur, berbunga-bunga mekar mewangi hati ni. Tatkala kaki melangkah masuk ke Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur, hati tetiba rasa macam sesuatu. Wow! Kurrlasss nya hotel ni. Berkonsepkan tradisional Melayu Diraja cukup buat hati Nina rasa teruja akan keindahan senibinanya. Cantik lawa! Tetiba feeling anak Raja gitu. Ewah ewahhh …!! Eh.. gurau jer..
Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur – Citarasa Nusantara
Berkonsepkan Citarasa Nusantara, Warisan Cafe Royale Chulan KL menyajikan lebih 100 menu yang diketuai oleh Executive Chef Sobri Soid. Tentunya meriah Buffet Ramadhan kat sini. Yelah … Korang bayangkan 100 menu..!! Apa yang terlintas dalam kotak fikiran korang, ada kat sini. Tak payah pi jauh-jauh…
Apa yang menarik berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur
Royale Chulan Kuala Lumpur – diiktiraf Halal
Ahaa… Korang jangan tak tahu, Royale Chulan KL diiktiraf pensijilan HALAL untuk Cafe yang ada dalam Hotel ni. Bila ada nya pensijilan HALAL , terus pupus keraguan, was-was! Korang lebih yakin kann… Halal bukan saja dari segi bahannya, malah keseluruhannya dijamin bersih lagi mensucikan. Terbaik laaa Royale Chulan KL!
Menyajikan lebih 100 menu yang pasti buat korang terliur. Apa jua menu yang terlintas kat benak fikiran korang tuuu cer intai kat sini. Kot korang dah rindu masakan Mak kat kampung nun jauh tuuu, nak makan ker kann… Ada kat sini! Kot korang dah mula nak rasa suasana kemeriahkan Aidilfitri ker kann… Lemang, rendang – Ada kat sini! Nak Bubur Lambuk yang sedap? Ada kat sini!
Mmmm … Sedapnya Bubur Lambuk air tangan Chef Sobri Soid memikat selera
Buffet Ramadan Royale Chulan Kuala Lumpur | Citarasa Nusantara
Serius! Menu yang pertama Nina rasa adalah Bubur Lambuk. menu Favorite Nina tiap kali Ramadhan. Kalau sedap gini, hari-hari berbuka Bubur Lambuk Chef Sobri pun ai rela you! Tekstur nya yang smooth, sambil makan tuuu tergigit daging yang agak besar. Wow! Puashati … Kadang tuu kosong jer kannn, yang ni cukup rasa dan memang WIN hati Nina yang OCD cerewet bab makan. Heheh . . . Cerewetnya kalah juri Master Chef gitu. Ok perasan. Hahhaa…
Nasi Briyani Kambing
Aduduhhh … Nasi Briyani Kambing kat Royale Chulan KL ni memang kena ngan selera Nina. Suapan pertama buat Nina rasa “Aduyai… Nape sedap nasi ni? Camner nak diet ni…” Huwaaaa… Korang nak tahu, nasinya lembut, pastu rasa rempah nya tak terlalu kuat memang Nina suka! Cukup rasa, kena lak ngan dagingnya yang moist. Perghhh…. Kita tambah awak nasi ni. OOpppss…!! Tercakap lak. ngeeeee~
Pulut kuning, ketupat palas. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. eh!
Terlihat kelibat pulut kuning dok posing diapit Ketupat Nasi dan Ketupat Palas terasa macam dah nak Hari Raya Aidilfitri lak gamaknya. Eh ehh..!! Puasa pun belum. Haha… Korang dah ganti puasa ke belum tuuu?
Ulam- ulaman dan kerabu pelbagai rasa yang segar sedap
Terus terang Nina belum pernah makan kerabu sotong. Biasa Nina makan kerabu mangga jer. Pertama kali cuba rasa kerabu sotong rupanya … Eh! Kenapa sedap ni..?? Hahaha… .. padan muka! Tak cukup sepiring ciput jer Nina ambik. Kombinasi bahan yang di gaul bersama-sama buat rasa nak lagi, nak lagi … hahaa
Pemanis Mulut – Pulut Mangga tersenyum manisss
Pulut Mangga nya memula Nina macam pelik, Pulut tawar. Rupanya bila dimakan bersama pulut dan sos mangga nya memang bikin tak keruan! Tak cukup sepinggan tu jer… Nak ambik lagi malu laaa plak. Ok ngade. hehee . . .
Kueh mueh tradisional pelbagai jenis. Macma-macam ada! Nina tunjuk korang antara yang menepati selera Nina. Paling suka kueh onde-ondenya yang lembut, banyak inti kat dalam. Seronok bila rasa inti gula melakanya pecah dalam mulut. Asyiknya…
Tart nenas tu antara beberapa jenis biskut raya yang dihidangkan. Nina ambik tart nenas aje. Dah itu favorite Nina. Sepantas kilat Nina ambik sejurus Nina nampak. Oh my… Sedap! Tak cukup 3 ketul tuuu…hehee
Dessert, kek, puding yang comel
Dessert yang comel, cantik tak sanggup nak makan. Gerammm jer tengok! tapi akhirnya dari dok tenung jerrr Nina makan gak . Vavavaa… sedap asyik nikmatnya… Paling suka Red VelVet tu. Nina makan sambil pejam-pejam mata menikmatinya. Sedap awakkk!
Kenapa BUFFET RAMADAN Royale Chulan KL istimewa?
Lokasi yang statergik
Di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur. Korang yang bekerja tentunya tercari-cari tempat buka puasa yang menarik, sedap dan ada citarasanya yang tersendiri. Royale Chulan Kuala Lumpur sendiri punya ada daya tarikkannya yang cukup istimewa lagi gah. Tentunya jadi pilihan tempat berbuka puasa korang yang berkejaya hebat kannn…
Warisan Cafe yang tenang dan esklusif
Suasana Cafe yang tenang dan esklusif sememangnya tempat pilihan korang yang bekerjaya hebat kann..?? Sesuai untuk berbuka puasa sambil berbual santai. Tempat yang tenang, nyaman sambil berbuka hilang lah stress keje tuu kot kann…
Buffet Ramadhan Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara
Amacam..?? Macam best jer kannn?? Giler tak best! Menu yang pelbagai, sedap lak tuuu …. Lokasi yang statergik, kemudahan selesa lagi memudahkan dan paling penting adanya pensijilan HALAL. Harga? Berpatutan!
Harga
RM148 nett dewasa
RM98 nett warga emas
RM74 nett kanak-kanak (6-12tahun)
Note : Iftar buffet bermula hari ke-2 kita berpuasa.
Promosi
Ini lagi menarik tuk korang. Korang share-share 5 kawan, korang bayar tuk 4 orang aje!
Beli 4 pax percuma satu pax. Untung weyy … Promosi ni hanya pada mingu pertama Ramadhan jer. So… Cepatan berbuka dan rasai sendiri Buffet Ramadhan – Citarasa Nusantara kat Royale Chulan Kuala Lumpur ni.
Nah … Nina belanja korang dulu simple video yang sempat Nina rakamkan tuk korang cuci mata.
For reservations, call 03-26889688/611 or
email : royaleramadanbazaar@royalechulan-kualalumpur.com
Facebook : https://www.facebook.com/royalechulankualalumpur/
Website : www.royalechulan-kualalumpur.com
Alamat : No 5, Jalan Conlay (10.15 km)
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Ppssttt >>>> Kot korang tak cukup korum tuk 4 orang tuu, pastu tak tau nak belanja sapa, jangan malu-malu… Sila pm whatsapp atau email jerrrr Nina.! Kita rela temankan korang berbuka puasa bersama-sama kat Royale Chulan Kuala Lumpur. hehehe . . . Orang belanja sapa tak nak weyyy…. 🙂
Hurmm… Tercari-cari buffet luar dari Kuala Lumpur? Korang boleh lah intai ke Buffet Ramadhan 2023 Selangor . Harga murah dan 100 hidangan yang pelbagai pilihan.
Selamat Menyambut Ramadhan
Tak pernah rasa bubur lambok lagi. Pulut kuning tu favourite! nyumm.
Menggoda sungguh bubur lambuk tu. Menu lain pun nampak sedap.
semua nampak menyelerakan Kak Nina…nanti Sal try send link ni kat Mr Hubby ..hehehe
Nak briyani kambing tu…huwaaahuwaaa besaunya kambing…nyum nyuummmm!
Semua menu menyelerakan.
Semuanya nampak sedap dan menarik. Laparnya tengok makanan ni.
alamak. mcm best jugak sini pun.. hmmmm
100 ? perghh banyak ..bestnya macam-macam ada
Kerabu sotong tu betul ckp kak nina…ohsem!
Juju perasan dessert kat sini nampak tempting dan berlainan sangat2…tu sebab harga pun boleh tahan tp hebat cara hidangan tu mcm raikan besday orang je tau…tergoda!
Pernah dua kali bebuka puasa kat Warisan Cafe Royal Chulan ni.. Memang sedap-sedap menu yang disajikan.
Kak Nina punya gambar semua menyelerakan..
Wahhhh…sedapnya bubur lambuk. Last saya makan bubur lambuk, beberapa tahun lepas. Teringin nak makan bubur lambuk lagi. Heheheh. Terima kasih atas infonya. 🙂
Alaaaa….SA dapat gak jemputan masa ni..tapi ingat Royale Chulan Bukit Bintang SA declined sebab dah pergi..hahahaha…padan muka SA…apapun semua nampak best la kak Nina
Buffet royal chulan ni famous. Tiap2 thn dia offer hidangan menarik. Sebab dia kat pusat so antara tarikan jugakla
Sedap tu nasi briyani kambing. Confirm kenyang lepas makan. Dessert semua nampak sangat menyelerakan. Tergoda tengok.
Suka juga lepas makan kurma makan bubur lambuk supaya perut tak la terkejut bila makan selepas seharian tak makan. Banyak juga juadah yang disediakan. Biskut raya pun dah ada. Suasana raya makin terasa walaupun belum bulan puasa.
Time bulan puasa baru jumpa bubur lambuk. Sedapnya lah haihh…alamak, puasa…laju² komen.
meriahnya makanan dia. nampak sedap. tak tau kenapa tapi tahun ni rasa nak letakkan bubur lambuk as wajib cuba
Sekarang ni banyak sangat buffet Ramadhan tak tahu mana satu nak pilih kena tengok yang betul-betul menarik macam ni ada Bubur Lambuk mesti sedap….
Nak nasi briyani kambing itu!!! Huhu
waaaa.. boleh tahan harga utnuk dewasa tu yea.. rm148, tapi kalau ramai yang kata makanan di Warisan Cafe Royal Chulan ni sedap-sedap apa nak kira bayar lebih kan.. fuh.. menu-menu semua nampak lazat.. adoi.. lapar pulak rasa.. huhu.. Bubur lambuk tu kegemaran TB dan suami.. selalunya itulah menu bersahur kami setiap hari yang buat perut kami sentiasa OK je dari pagi sampailah waktu berbuka puasa..
Bubur lambuk tuuuuu dah lama nya tak rasa.entah bila last makan bubur lambuk.fav tu tapi susah nak jumpa
dah lama tak rasa bubur lambuk. bila time bulan puasa baru dapat rasa tapi taun lepas rasanya x de makan. kira dah 2 tahun la. ni tgk gambar bubur lambuk teringin plakk..
Wah banyaknya 100 menu. Pelbagai pilihan makanan yang banyak. Kambing, dessert, kerabu semuanya nampak sedap. Kalau pergi KL Ramadan ni boleh lah singgah Royale Chulan.
Ini di hotel Royale ke? Wah bagus sekali. Abby tau tempat hotel ini. Bangunannya mewah bht. Makanannya banyak jenisnya ya……
not only the bubur lumbuk.. all the desserts look good too. who can resisit delicious food during ramadan month… i wanna go there with my muslim clients
Pagi-pagi buka blog ada makanan. Seksanya perut saya..huwaaaa…. Kak nina kejam..kekejaman apakah ini…nak g dapur dulu. Bye
Lama tak pergi royale chulan, kuala lumpur… Harga dia.. boleh tahan gak la
The bubur Labuk looks so nice and it good to consume in hot with some side dishes. I like the Nasi Briyani kambing . All the food look tempting and the dessert part is attractive. Ramadhan buffet always the best as it feature variety of Asian Cuisine.
Stress tengok pulut mangga tu, haha. Nampak sedap sangat laaa
Hi iniroyal chulan jalan conlay ke? Mcm mana nak dapat kan lromotion untuk buffet ramadhan if more than 10 pax. Jatuh berapa ye untuk satu pax?
Tq
Anis
0133955237