Buffet Ramadhan KL The Boulevard Hotel – St Giles Hotel Mid Valley . Kat sini superb! Nina rekemen korang cuba dan nikmati juadah bersama yang tersayang here!
“Kat mana nak berbuka puasa ni?”
Soalan lazim yang dok berlegar-legar dalam benak fikiran setiap insan yang workaholic keje kat area KL ni kannn…?
Relax laaa… Nina pun pernah keje satu ketika dulu dan ini sekadar cebisan soalan standard untuk warga kota metropolitan. Nak nak yang bujang kannn..?? Kalau ikutkan hati opkos korang rasa nak balik kampong dok sana sebulan sepanjang bulan Ramadhan. Dapat berbuka puasa setiap hari without failed bersama keluarga terchinta. Iyer tak?
Namun hakikatnya tak sama. Tuntutan tanggungjawab ada keje so terpaksa laaa usha tempat yang menarik untuk berbuka puasa bersama kengkawan kann..?
Mana nak berbuka puasa Buffet Ramadhan best kat area KL ?
Okey, meh Nina cadangkan korang berbuka puasa kat area Mid Valley. Satu lokasi yang stategik, di tengah ibukota. Shopping Mall yang besar lagi gah, tempat tumpuan warga kota membeli belah, jalan-jalan cari makan dan lepak santai.
Nak datang sini pun senang sangat! Nak drive boleh, nak naik grab boleh, naik komuter lagi senang. Turun tren , laluan interchange terus masuk dalam Mid Valley. Lagi murah, jimat dan mudah. Setuju?
The Boulevard St Giles Hotel Mid Valley
Hurmm… Pernah dengar? Pernah nampak? Tapi macam di mana yaaa..?
Sebuah hotel dalam lingkaran Mid Valley. Kalau korang bawak kereta, nak masuk parking Mid Valley confirm korang akan nampak Hotel ni kann..? Atau silap hari bulan, yang suka selfie with nice view gitu opkos pernah selfie area sini. HEhee…
Jommm masuk dalam tengok apa yang menarik ada kat sini.
Bazaria Buffet Dinner – ‘Alfresco Dining by the Poolside’ At Wild Rice Restaurant, The Boulevard St Giles Hotel Mid Valley
Jangan tak tahu, dalam The Boulevard Hotel ni adanya sebuah restaurant yang cantik – Wild Rice Restaurant. Berkonsepkan indoor yang relax dan outdoor yang cozy siap ada view swimming pool lagi you! So bila malam dinner korang bertemankan bulan dan bintang. Menarik kann…? Oooo… baru ku tahu!
Oh my… Oh my! Cendol Durian seyh…!!
Aiseymann Giler laaa..!! Durian demok demokkk ni yang dok Nina usha sejurus Nina sampai sini! Kenapa laaa awak ni mengiurkan?? Huhuuu . . .
Signatures dish depa setiap tahun jatuh kepada Sup Gear Box! Paling menarik ianya di hidangkan bersama 20 jenis condiments. Banyakkk kannn? Pepandai laaa korang mix match mengikut selera sorang ehh..
Bahan utama yang ada opkos tulang gear box, paru, urat daging, hati lembu, lidah lembu, isi daging yang empuk lembut, bebola daging.
Sampingan dia lobak masin, tauhu, tauge, bawang goring, daun bawang, daun sup, limau kasturi, cili kicap, cili sambal merah, cili hijau.
Pastu ada bihun, roti benggali. Bila korang buh Sup Gear Box dalam mangkuk dan mix match bahan utama buh bihun dan sup, maka terjadi laaa Bihun Sup, buh bebola daging dah jadi Bakso. Pastu add nasi impit satay yang ada, jadi laaa Soto Sup. Macam-macam menu lain lagi yang korang leh reka cipta sendiri. HAhaa..
Kalau tanya pendapat Nina , kita suka buh tulang, add dagingnya yang lembut dan bahan sampingan Nina buh semua! Asyikkk hirup kuahnya. Kuah nya light taste dan tidak kuat rempah. Sesuai laa makan panas-panas bersama bihun.
Nasi Beriani
Nasi beriani dia menepati selera. Nasi nya lembut, tidak terlalu berempah. Baby Eicha dan Eilhan suka, depa dok ulang makan nasi saja.
Lauk-pauk dia menarik!
Bab lauk-pauk tradisional ada menu yang korang payah nak jumpa kat tempat lain. Asam Pedas Ekor. Rare kann…? Wajib cuba tau!
Nina paling suka Sambal Udang Petai dia. Makan dengan nasi panas-panas, tak toleh kiri kanan you..!! Anak mana? Eh! HAhaa… Dok asyik ngadap Udang petai gitu lerrr….
Lauk lain yang memikat selera jatuh kepada Terung Berlada, Ayam Percik, Kambing Bakar, Kepak Ayam Madu dan Ikan Bakar. Tak lupa ulam-ulaman. Meh Nina belanja korang gambar nya. Jangan tanya gambar aje ker…? Bababb kang! Yea awak, gambar jer.. HEhee
Kuih Mueh Tradisional
Aneka pilihan pueh mueh tradisional ada. Seri Muka, Pulut Panggang, Pulut Inti Kelapa, kuih Talam dan banyakkk lagi!
Dessert
Pelbagai dessert ada. Antaranya Serawa Durian, aneka Puding, jelly, ABC Cendol Durian tu nanti korang pi rasa tau! Tak lupa sagu gula melaka pun asyikkkk…!!
Amacam? Menarik menunya?
Ahaa… Tengah ada promo ni. Beli 1 dapat 50% diskaun untuk uang kedua. . Cepatan kasitau kengkawan ker, opismate ke, jiran tetangga ke, saudara mara ke boleh laaa plan bikin reunion. Menu menarik, lokasi cun. Kalau korang drive dan parking lebih dari 5 jam kat dalam Mid Valley, korang dapatkan cop flat rate dari kaunter reception.
Harga Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel
RM98.00+ Dewasa
RM48.00+ Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
Tengah ada promo ni.. Beli satu dapat diskaun 50% untuk yang kedua. Cepat book sebelum 10th May 2019 !
Untuk tempahan atau pun sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi:
Facebook: Boulevard Hotel Malaysia
Instagram: TheBoulevardStGiles
No. Telefon: 03-22958124 atau 010-2208124
Email: fnbblv@stgiles-hotels.com
Alamat
Wild Rice Restaurant,
Level 9, The Boulevard – A St Giles Hotel
Mid Valley Kuala Lumpur
Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa!
Maaf Zahir dan Batin
Ini mau tido kat sana. Ya ampun banyak gila pilihan makanan.
meriah tgk dessert cendol ada durian tu..kemain die kn…lapar la tgk menu2nya hah…….kalau bln puasa pasti rambang mata ..mn 1 nk mkn dlu kn…sagu gula melaka tu fav juga…yummyy
untung la siapa buka puasa kat sini boleh makan cendol durian..sedap terliur kita tengok. lagi-lagi lepas satu hari tahan lapar dahaga memang confirm nice gile dapat makan cendol sejuk tu. boleh la consider datang iftar sini..
i want that sup gearbox & ayam percik…yum yum
Banyak jugak menu bets best ye. Harga yang ditawarkan pun berpatutan. Yelah banyak pilihan makanan yang ada kan. Paling best ada censol durian tu. Perghh bikin air liur meleleh je tau
Wah sedapnya menu-menu kt sini. Teringin nak makan kt sini. Sambal udang petai tu mmg sedap. Terkeliur air liur kita. hahaha
Firstime kita dengar pasal hotel ni heheheh tak tahu pun sebelum ini wakakaka tapi tengok makanan tu banyak dan semua sedap-sedap belaka apa lah nasib badan bulan puasa ni makin besar lah kita heheheheh….
wahhh banyaknya menu2 sedap.. terliur la pulak.. lokasi pulak betul2 dkt tengah bndraya kuala lumpur… senang nk pgi.. in shaa Allah akan difikirkan untuk berbuka di sini. terima kasih sharing 🙂
Wah. Pilihan makanan dia banyak dan menarik ye. Pastu yang bestnya ada 50% diskaun pula tu. Harga dia pun well under RM100 kan. Lokasi dia plak betul-betul di lokasi yang Rawlins suka – senang nak akses kan.
Banyak jugak lauk pauk kat sini. Actually lokasi ni tak jauh dari rumah sewa emi. Sesuai sangatlah nak ajak housemate berbuka kat luar nanti, hehe. Thanks for the info.
ish mau rambang mata nk pilih..
Te gok bihun bakso tu mmg buat terliur je. Not bad gak menu-menu dekat sana kan?? Jenuh nak makan.. liez suka terung sambal tu dgn dessert tu.. heaven sungguh klau makan time -time panas skrg ni..
Ya Allah cendol durian tu menawan kalbu betul !!! Pasti ramai yg dok beratur nk dapatkan itu dulu. Meriah ya seleksi hidangan yg ditawarkan di sini. Rasa tak sabar pulak utk berpuasa. Nak singgahlah buka puasa dkt sni nanti
cendol durian tu perghhh..terliur nengoknya
Aduhh kak, cendol durian tu menggiurkan!
letopppppppppppp makanan dia! Rasa menyesal lak kita tak pergi sini wak. Tapi takpelah. Kita tengok gambar awak pun dah puas rasa. Makanan dia tu semua menggoda ye. 😀
Sumpah geram tengok abc durian tu. Terliur pulak bukan selalu ada Ramadan buffet Yang ada durian.
Wow just look at the menu. One will be spoilt for choice as there are so many different cuisines and dishes to eat. Kalau boleh saya nak makan semua lar. 🙂 Saya nak makan cendol tu lar.
Akak klu tgk menu mcm2 terhidang jd blur sekejap sbb tak tau yg mana nak tangkap dulu…haaaa
Cendol durian dengan sambal udang petai tu sedapnya…
wowww.. serius cakap.. melalui gambar ni pun TB dah nampak macam sedappp je semua menu-menu tu.. gambar awak menggoda betul.. TB tengok pun mau perut berkeroncong ni..
aduihh nina sedapnyaaa menu dia …geram jer tengok…..next time pergi sini ajak ai tauuu , nak merasa jugak hidangan dia yang sedap2 tu…ayam percik tu merecikkkk
I like to buka kat situ sebab after makan boleh lah shopping kat Mid Valley kan. Btw, i like the food there coz i attend my company training and we had our lunch there a few times.
2.27 pagi dan perut kite berbunyi dengan rancaknya.. hahahaha~ ni sape nak bertanggungjawab ni ?