Anak Tulis Terbalik DISLEKSIA ke? Soalan yang bermain di minda tatkala terlihat hasil tulisan anak yang baru mula belajar. Puas dah tegur, puas dah ajar tetap jugak tertonggang terbalik. Geram nya rasa! Dah kenapa ni? Mulalah dok meng goggle. Pastu mula lah dok fikir memacam. MakMak selalu overthinking kann? Jenuh haihhh . . . Pernah tak alami situasi yang sama? ker Nina je gini? Huhuuu
Eicha Ohh Eicha! Anak Nina no.5 . Orangnya kecik comel size nya macam mama dia jugak. Sebab dia paling bongsu so karektor nya sinomin dia lah yang paling manja. Tapi dalam ramai-ramai amboi . . . macam lah ramai sangat! HAhaa . . . Ok Eicha paling suka melukis. Dan surprise dia mampu lukis dengan bentuk orang lengkap kaki tangan jari semua tu seusia 3 tahun. Sedangkan abang kakak nya dulu usia gini lukis gambar orang lidi jer.. Pastu Eicha boleh lukis gambar Koko! (kucing kita) Itu antara yang Nina perasan special nya Eicha. Setiap gambar yang dia lukis ada penceritaannya.
Eicha bijak olahkan lakar ke lukisan. Pandai lukis dia!
Memang Eicha cepat ingat so apa yang dia nampak dia mampu lakarkan memori dia atas kertas. Dan Eicha paling suka dapat hadiah ‘Maker Pen White Board’ . Ini aje dah cukup buat Eicha tersenyum meleret sepanjang hari. Sebab Eicha suka lukis atas white board. Selalunya gantikan yang baru. Beli kat kedai RM2. Tu pun dah memadai untuk Eicha. Seronok sakan dah dia… Kalau budak lain, mahunya hadiah mainan yang mahal kann…
Sejak Eicha dah pegi sekolah tadika ni, jari jemari dia semakin aktif di white board. Pengalaman hari pertama sekolah Tadika PASTI . Lagi seronok dia tulis ABC 123. Opkos Nina seronok sebab pencapaian dia nampak bagus. Cuma lately Nina perasan Eicha tulis terbalik! Oh hoo . . . As mom, terus ku google sebab Nina pernah dengar tentang anak yang tulis terbalik ni. Mula laaa cuak! Huhuuu . . .
Disleksia ke Tulisan Anak Terbalik ?
Disleksia
Kebiasaannya perkara pertama yang ibu bapa fikirkan mengenai dyslexia adalah bila kita dapati anak menulis terbalik . Lantas terfikir adakah anakku DISLEKSIA ?
Anak menulis secara terbalik seperti “mirror image” atau anak sukar membaca kerana nampak perkataan atau huruf itu bergerak-gerak seperti di dalam watak cerita “Percy Jackson”. Dah baca ni mula laaa seram. Tapi relax! Nina share sini untuk rujukan Nina kemudian hari jugak. So teruskan baca ehh… Panjang ni tau!
Dyslexia adalah orang yang mempunyai masalah di dalam pembacaan tetapi bijak dimana IQ sama atau lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya. Kadang kala pelajar-pelajar dyslexia di sekolah akan dianggap lembap oleh guru dan rakan-rakan kerana sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan keyakinan diri seorang kanak-kanak.
Alamak! Tulisan Anak ku Terbalik , DISLEKSIA ke?
Pengenalan Disleksia
Tenang tenang. Relax!
Tahukah anda bahawa orang-orang terkenal seperti Albert Eistein, Leonardo da Vinci, Thomas Edison, penulis Hans Christian Anderson, pelakon Tom Cruise dan Orlando Bloom adalah orang yang mempunyai dyslexia. Oleh yang demikian dengan bantuan awal yang betul, kita boleh membantu kanak-kanak dyslexia untuk menguasai bidang pembelajaran mereka. Tanda-tanda dyslexia boleh dikenal pasti seawal umur 5 ½ tahun. Antaranya contoh bila petanda awal adalah tulisan anak terbalik. Tidak kurang juga ada yang baru dikenalpasti semasa umur persekolahan. Tidak semua kanak-kanak dyslexia akan mempunyai tanda-tanda yang sama. Ingat tau . . . Tidak semestinya tulisan anak terbalik disleksia tau!
Antara simptom-simptom anak disleksia adalah
- Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut
- Tersalah pakai kasut
- Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh
- Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip)
- Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola
- Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang
- Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
- Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap
- Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
- Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital.
- Sukar menamakan objek
- Keliru antara kiri dan kanan
- Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti
- Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )
- Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul
- Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon
- Sukar mengenal masa/ membaca jam
- Keliru perkataan “semalam” atau “esok”
- Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad, bulan Januari – Disember.
- Sukar membaca secara fonik
- Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi tetapi membuahkan hasil yang sedikit.
- Oleh yang demikian kanak-kanak mungkin akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar
Kajian telah membuktikan bahawa diagnosa dan terapi yang cepat dapat membantu kanak-kanak dyslexia dengan lebih bagus. Jika ibu bapa atau guru-guru telah mengenal pasti anak-anak yang mempunyai ciri-ciri dyslexia , anda bolehlah pergi berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan dimana mereka akan membuat penilaian dan seterusnya akan membuat rujukan hospital ke doktor pakar kanak-kanak atau pakar perkembangan kanak-kanak (Developmental Pediatrician) sekiranya terdapat di hospital itu.
Disleksia bukan slow learner , Rujuk Doktor
Sebelum diagnosa dyslexia dibuat, kadang kala kanak-kanak tersebut perlu menjalankan ujian pendengaran, penglihatan atau ujian IQ untuk memastikan pelajar bukan “slow learner” atau lewat perkembangan global. Sesetengah daripada mereka akan dirujuk ke terapi pertuturan atau terapi cara kerja (occupational therapist).
Setelah itu, perbincangan dengan ibu bapa akan dibuat untuk membuat keputusan samada pelajar boleh dimasukkan ke sekolah yang mempunyai kelas khas dan mendaftar mereka sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.
Di Malaysia juga terdapat organisasi bukan kerajaan iaitu Persatuan Dyslexia Malaysia yang berpusat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Persatuan ini boleh membantu ibu bapa dan terutamanya kanak-kanak dyslexia.
Rujukan : Paediatric protocols for Malaysian hospitals 3rd edition | http://www.dyslexiamalaysia.org.my
Contoh tulisan disleksia
Kebiasaanya contoh tulisan disleksia adalah tulisan nya terbalik. Huruf D B C P U N M W dan antara yang kerap terjadi selain huruf adalah no 3 6 9 .
Pernah tak tengok? Anak yang baru belajar menulis memang kerap tersalah tulis kann? Tapi itu bukan bermaksud anak yang tulisan nya terbalik itu Disleksia
Okey . . .
So far Eicha idok ler ada semua ciri-ciri di atas, hanya tonggang terbalik je tulisan nya
So secara generalnya normal jer bebudak kecik tulis terbalik. Tulis jawi boleh pulak betul?
Lega mak!
Nina akan pantau lebih lagi perkembangan Eicha seterusnya . . . Hope progres dan proses Eicha belajar ni menulis terbalik sesekali bukanlah disleksia .
Ok Nina shrare lagi beberapa info untuk ilmiah kita bersama.
Apa nak buat anakku ada ciri-ciri DISLEKSIA ?
Biasanya, kanak-kanak yang menghadapi disleksia akan menunjukkan ciri-ciri seperti anak tulis terbalik , tidak fokus dalam pembelajaran atau perkara yang dilakukan, banyak mengelamun dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah dengan baik. Selain itu, mereka juga menunjukkan gejala lambat bercakap, sukar memahami dan sesetengah huruf ditulis secara terbalik yang menjadi kombinasi kepada masalah disleksia. Ada juga yang sukar untuk menonjolkan diri ketika berada di dalam kelas.
Ibu bapa perlu tahu setiap penghidap masalah disleksia itu berbeza sesama mereka yang mempunyai kelemahan masing-masing. Justeru, apabila ibu bapa melihat anak ada masalah seperti itu apatah lagi usianya sudah melebihi tujuh tahun, dapatkan rawatan segera dan berjumpa dengan pakar.
Jika dibiarkan, ia akan memudaratkan si anak misalnya mereka mungkin mudah terbabit dengan masalah juvenil. Mengikut kajian, 40 hingga 50 peratus pesalah juvenil dikaitkan dengan penghidap disleksia. Apabila kita tidak peka dengan masalah yang dihadapi, ini akan membuatkan mereka rasa rendah diri, sekali gus boleh bertukar kepada masalah sikap pula,”
Anak Disleksia tulis terbalik perlukan sokongan orang terdekat
Ibu bapa tidak perlu menyisihkan anak yang mempunyai masalah itu kerana mereka sebenarnya boleh dibantu. Jangan panik tetapi ibu bapa perlu rajin membuat pemerhatian dan mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai disleksia. Sokongan kuat daripada ibu bapa, keluarga, guru dan rakan sememangnya penting bagi mengelakkan rasa rendah diri yang akhirnya menggalakkan masalah emosi.
Cuba lihat kekuatan yang ada pada mereka dan berilah sokongan melalui kelebihan yang dianugerahkan.
Penghidap disleksia mempunyai kelebihan mereka sendiri. Untuk mengetahuinya, ibu bapa seharusnya menyelidik dengan duduk berbual atau tanya perkara yang disukai. Berilah pujian dengan pencapaian mereka.
Kenali bakat dan minat anak disleksia
Ambil masa untuk merapatkan diri dengan anak di samping melihat bakat mereka supaya boleh dikembangkan sekali gus memberi masa depan lebih cerah.
Ibu bapa perlu berbincang dengan anak dan jika ingin tahu kelebihan pada dirinya, boleh cuba menggunakan gambar jika mereka mempunyai masalah untuk memahami perkataan.
Cara mengajar anak disleksia
Selain itu, ajak anak melihat huruf bermula ‘a’ hingga ‘z’ dan ketahui masalah yang dialami mereka bagi memudahkan ibu bapa membantu anak menyelesaikannya dengan cara berkesan. Jika membabitkan bacaan, cuba gunakan warna dakwat berbeza bagi menunjukkan suku kata atau huruf berlainan bagi mengurangkan kekeliruan, sekali gus dapat membantu mereka membaca dengan baik.
Tidak pasti tuliasan anak tulis terbalik disleksia atau tidak , dapat kan nasihat dan pandangan pakar
Jika ibu bapa masih keliru samada adakah anak disleksia sebab menulis terbalik ke tidak , cuba dapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar untuk membantu anak supaya boleh berdikari dan berjaya. Jangan terus jatuh hukum kat anak. Bukan kehendak dia pun…
Perlu diingat, ibu bapa harus kreatif dan banyak bersabar untuk mendidik anak yang mempunyai masalah disleksia. Masalah berkenaan mungkin tidak dapat dikesan oleh ibu bapa yang bekerja apatah lagi jika anak dijaga oleh orang gaji atau pusat penjagaan kanak-kanak. Justeru, ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan anak dengan bertanya kepada orang gaji atau penjaga pusat penjagaan itu selain guru bagi mengenal pasti keadaan sebenar mereka.
Walau apapun , anak adalah anugerah yang tak ternilai untuk kita. Amanah Allah!
Buat ibubapa yang punya anak Disleksia, Nina doa kan semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya. InsyaAllah, Aamiinnn . . .
Ketahui TIPS seawal usia berapa daftar anak tadika , Kat mana, Kos berapa, Tadika jenis apa
DISLEKSIA ke anak ku bila dia tulisan dia tonggang terbalik hurufnya ?
So Eicha camner?
So far lepas dah beberapa kali praktis menulis, idok ler tulisan nya terbalik. Eicha boleh jer tulis dengan betul. Dia paling expert tulis jawi. Cepat belajar! Alhamdulillah. Eicha bukan lah disleksia tulis terbalik tu mungkin just journey learning proces dia jer.. Lega!
Ngade nya dia, Suka tau buat mama stress! Huhuhuu . . . Dah laa sekarang ni dok sibuk dengan PDPR Tuisyen Online laaa memang mereng tu datang sekali sekala. HAhaaa
Dan lagi Nina ni kekadang ada gak perangai overthinking! Nak buat lagu mana, bab anak memang risau tu lebih.
Korang pun gitu kannn dok terfikir adakah anak tulis terbalik disleksia ? Huhuuu . . . .
Part anak ni kak kan..kalau ada kelainan sikit je memang dah mengundang kerisauan dalam hati ibu . Kalau anak jatuh je kita dan terjerit kejap … nikan pulak yang melibatkan hal ehwal pembesaran samada fizikal atau dalaman . Sal dalam masa sendiri akan pantau , tengok kot ada kelainan pada anak . Nak harap pada taska & sekolah emmang takla kan sebab apa pun kita ni sebagai parents , Amanah tu kan … kena ada kesabar . Halamak .. terpanjang lak , huhuhu