• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni…

February 17, 2021 by Nina Mirza 11 Comments

Eilhan darjah 2
Tahun lepas masa darjah 1 entah berapa kali, entah berapa hari jer pegi sekolah. Baru nak fefeeling seronok sekolah rendah. Sekali PKP berbulan-bulan pastu sambung lak PKPB dan sekarang masih PKP. Huhuuu… Stress dengan Kelas PdPR

Baju Sekolah THOMX SCHOOL anti kedut putih tahan lasak berkualiti beli online lebih jimat mudah selamat. Salah size boleh tukar. Bagus

Alhamdulillah Eilhan tahu asas 3M membaca, mengira, menulis sejak tadika. Rezeki dia masa tadika kita orang pulun kaww kaww kasi dia get ready sebelum masuk alam persekolahan sekolah rendah..

Tapi bagaimana murid yang agak ketinggalan masa masuk darjah 1, sedar sedar anak dah darjah 2 kena bina ayat, buat karangan, susun perkataan, berfikir di luar kotak, selesaikan masalah matematik dan banyak lagi..?

Kemungkinan tak lama sekolah akan dibuka bilamana vaksin mula diagihkan.

Stress dengan Kelas PdPR!
Silibus ke laut dalam dah ni…

Adakah silibus akan dirombak?
Kementerian Pendidikan Malaysia
Takde lak dengar dengar.

So as parents kena usaha lebih sikit agar anak tidak ketinggalan nun jauhhhh
Please tanya..  Please pantau.
Yang diam jerr tu lagi laaa bahaya terutama yang dok cakap

“I’m ok mama..”

NO! Actually it’s not ok.

Kita tahu ker apa yang ok tu?
Kena duduk sekali, spend time dan selami apa yang ok dan yang tak ok. Siang busy tu normal semua orang pun busy . Spend time malam or weekend. Bukan untuk sesapa, anak sendiri, keluarga sendiri.. Apalah sangat korban kan sikit masa yang ada sementara masih dikurniakan masa untuk keluarga.

Bukan apa, payah nak kejar bila dah jauh  sangat ketinggalan. Cikgu terpaksa ikut silibus. Takkan nak ulang ajar kenal huruf, kenal nombor, mengira tambah tolak sedangkan silibus dah kena hafal sifir  dan buat karangan. Kann?

Tuisyen Online perlukan ke

Ya Nina hantar anak tuisyen online. Sedar diri anak Nina bukan lah fast learner. Jenis kena belajar patplohpat hari baru faham. So tak kan nak biar jer anak nonong tak faham iyer tak?

Kelas Tuisyen Online 2021

Tidak dinafikan anak-anak agak penat. Siang kena follow PdPR, malam tuisyen online.
Di tuisyen online ni, permulaan cikgu dia akan flashback refresh dan ulangkaji semula silibus tahun lepas tapi Nina suka!

Sebab kat sekolah nanti cikgu sekolah tak akan nak ajar semula. Hakikatnya tahun lepas anak-anak ni serupa tak pegi sekolah, serupa tak belajar pun.
Apa kita nak expect bila anak kita terpaksa  belajar sendiri  atau orang sekarang kata belajar norma baharu. Faham ke anak-anak apa yang dia dah belajar tahun lepas tanpa cikgu depan mata memberi penerangan ? Hurmmm…

TAHNIAH , Terima kasih pada Cikgu yang berdedikasi!

Ada cikgu sekolah yang amat berdedikasi!
Tahniah cikgu..
Tanpa jemu setiap hari GoogleMeet, Zoom ajar murid sampai faham.
Follow up murid yang tertinggal. Beri lagi bahan rujukan, collect keje sekolah dekat Guard. Salute! Cikgu memang seorang berjiwa  pendidik

Stress dengan Kelas PdPR!
Pelajar dan ibubapa tertekan

Bukan nak kata, tapi kenyataan..
Dalam setandan pisang ada yang tak menarik, tak cantik tak menjadi elok.
Jujur citer ada segelintir cikgu sekolah ni suka cakap sengsorang tanpa tunjuk bahan apa yang cikgu tengah ajar. Anak blur sokmo dok nampak muka cikgu saja!
Ada tu bukan saja kelas hingar bingar, ada yang sepi sunyi tanpa respon sebab cikgu suh tutup mic. Baik send video jer kann. Acaner.. Rasa tak apa anak kita rasa?

Pendekatan Nina cuba usahakan solusi tambahan lain.
Nina cuba hantar anak tuisyen online kat Flyhigh Training Centre . Puashati sebab cara cikgu mengajar memudahkan anak faham. Ada gambar slide yang sangat membantu. Ada komunikasi 2 hala, anak respon bila perlu dan ini sangat memberi inspirasi, menaikkan semangat anak terus belajar. Tak bosan dalam kelas. Cikgu pun mesra alam.

So apa persediaan kita bila sekolah akan dibuka nanti? Adakah prestasi anak seperti tahun lepas, tahun semasa atau dah jauh tertinggal sebab dok sibuk berjuang main game?

Nina Mirza,
Mak anak 5 yang acah² cool dalam kerisauan
Yelah, Mak mana yang tak risau kannn..

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Parenting, Personal Tagged With: Belajar Online, Ceritera Nina, Kelas Tambahan, Kelas Tuisyen Online 2021, kisah aku, PdPR

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Comments

  1. Ai says

    February 18, 2021 at 2:00 pm

    Beruntung pada anak-anak yang parents amik berat soal pendidikan walaupun tak dapat ke sekolah.

    Reply
  2. Rawlins GLAM says

    February 18, 2021 at 8:21 pm

    Rawlins cakap to my sisters, jangan percaya kalau anak kata ‘ok je kerja rumah dia’. Spend some time untuk semak dan belajar bersama.

    Nak recommend Fly High pada depa la.

    Reply
  3. bae roslan says

    February 18, 2021 at 10:05 pm

    betul. pdpr ni bukan saja guru, ibu bapa pun tertekan. elok ada tusyen online di rumah senang parents nak pantau

    Reply
  4. Ayu Rafikah says

    February 18, 2021 at 10:12 pm

    Cikgu yg dedikasi mmg penting kan utk boost mood anak time pdpr ni. Sama2 bantu anak dlm pelajaran

    Reply
  5. adianiez AIDA says

    February 19, 2021 at 7:00 am

    memang stress, nina. aida ada 2 anak skola menengah, form 2 and form 4.
    yg form 4 tu amik aliran sains tulen and pdpr. oh my Good! kesian dia.
    at this earliest stage, aida da pun belikan dia buku rujukan.
    for add maths & maths, aida masukkan dia tuisyen online.
    subjek lain, nanti dulu.

    yg bongsu standard 3, aida boleh lagi la homeschool kan dia.
    but tu la, manja sgt! skola tak brape hari last year.
    fefeeling tak nak skola pun ada 🙂 ha ha ha ha…
    bertabahlah kita kan dgn pendidikan anak2 yg agak kucar kacir now.

    Reply
  6. Sis Lin says

    February 19, 2021 at 9:47 am

    Turut simpati dengan anak-anak sekarang, begitu juga ibu bapa.. nak taknak kena hadap juga..
    Sis takde pengalaman tapi adik-adik semua dah mula merungut.. Sis mampu bagi support aje..
    Tang Cikgu tu, ikut rezeki kan Nina, kena cikgu yang betul mengajar, anak jadi seronok..

    Reply
  7. Kitkat Nelfei says

    February 19, 2021 at 9:49 am

    Yes, parent takyah stress2 fikir camna nak ajar the kids to understand dah since ada expert yang memang pro dalam mengajar kan… go online is the way now..

    Reply
  8. huda says

    February 19, 2021 at 4:25 pm

    kak nina lagi lah mencabar nak uruskan anak2 ramai. huda anak dua ni pun dah give up dah kak. sampai rasa lantak lah.. tunggu sangat anak2 naik sekolah tahun ni.

    Reply
  9. Nadia johari says

    February 19, 2021 at 9:15 pm

    Anak nad lagi sekrg 6 tahun, tiba2 tahun depan dah darjah 1..Allahu tak tau la macam mana nanti..Harap dia cepat tangkap . Kat rumah ni pun maknya dah jadi cikgu

    Reply
  10. Tini says

    February 22, 2021 at 1:29 pm

    Memang risau Kak Nina… Anak sulung Tini pun sekarang dah Form 1, yang lagi tiga pulak Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 5… Bila diorang kata OK, memang risau hati ni sebab tak sure apa yang okay kan… But slowly and steadily we tried to be with them masa kelas… Kalau tak sempat, balik keje terus check apa yang dah dipelajari and what not… InsyaAllah, semoga dengan ada ya FlyHigh, dapatlah membantu sedikit-sebanyak daripada segi pemahaman anak-anak kan…

    Reply
  11. Grace Ng says

    February 22, 2021 at 5:50 pm

    i enjoyed reading this article. i wouldnt understand the frustration and worry that a mother has to go through during the pandemic until i read about your article. things will get better soon, stay positive! 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI BUN KELEDEK OREN
    By : Tiffin Biru
  • Senaman untuk hilangkan lemak di pinggang atau Love Handles !
    By : Ben Ashaari
  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • KHASIAT DAN MANFAAT TIMUN JERUK UNTUK KESIHATAN
    By : Saidila Lifestyle
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa