Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Putih Telur Crunchy Almond Biscotties Sedap
June 18, 2017June 18, 2017

Aduhhh …. Sayang nya nak buang putih telur ni..!! Resepi biskut putih telur yang sedap!

Woot woottt…!! Minggu depan aje dah Raya! Ada yang dah tak sabar nak sambut Raya ke? Amboi amboi amboi … Excited mengalahkan anak-anak gamaknya yaa? Bawak-bawak bertenang.. Hah! Biskut raya dah siap ke nak bawak balik kampung? Ker balik kampung lenggang kangkung? Ayoyooo… Buruk perangai

Isi Kandungan hide
1 Apa nak buat dengan lebihan putih telur ni?
2 Resepi Biskut Raya guna putih telur
3 Crunchy Almond Biscotties
4 Related posts:
5 VERTIGO | PUNCA SIMPTOM RAWATAN
6 Puding Oreo
7 TIPS CARA MASAK BERAS BASMATHI : NASI SIHAT YANG LEMBUT PEROI
8 Puff Puff Sausage Puff ...

Buat sesapa yang dah buat biskut raya tuu syabas beteyy..!! *tepuk tangan sambil tanda good ibu jari tuk korang* berapa balang dah siapkan tuu? bak laa mai sebalang tuk Nina.. eerkkk Muka tak malu kecek kat orang. Hahaa

Resepi Putih Telur Crunchy Almond Biscotties Sedap

Apa nak buat dengan lebihan putih telur ni?

Ni nak tanya… Korang yang suka buat biskut raya pasti ada masalah lebihan putih telur kann? Maklumlah biskut raya kebanyakkannya banyakkkk guna kuning telur jer. Kann…?? Habis tuu putih telur tuuu korang buang ker?? nehi nehi … Tak baik membazir tau!

Ahaa…!! Meh Nina share kat korang resepi yang guna putih telur. Idok ler membazir dibiar begitu saja. Biskut ni lain dari yang lain. Rare gitu..!! Jarang ada di mana mana.  Biskut ni sedap sedap sedap giler! Amboi… 3x sedap. Haha..  Rangup, asyik bila makan. Paling best terbaik bila korang potong nipis-nipis adunan tuu. Tatkala makan gerenti tak perasan dah licin sebalang. *sila buat lebih*

Resepi Biskut Raya guna putih telur

Crunchy Almond Biscotties ni femes kat overseas. Depa suka makan cookies ni sambil cecah ngan kopi. Sapa yang suka pi makan kat Starbuck , ada jual kat sana. Mahal ooii…!! Ok, meh tengok resipi nya

Resepi Putih Telur Crunchy Almond Biscotties Sedap

Crunchy Almond Biscotties

Bahan A
8 biji putih telur (400ml)
260gm gula castor
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Bahan B
240gm tepung gandum
60gm tepung beras

Bahan C
200gm badam biji
100gm walnut+gajus

Cara penyediannya
1.  Oven dipanaskan pada suhu 150c
2.  Pukul bahan A hingga kembang lagi gebu.
3.  Masukkan bahan B gaul rata hingga sebati (kaedah kaup balik)
4.  Kemudian masukkan bahan C, gaul rata kesemuanya
5.  Tuangkan adunan dalam loyang empat segi 10″X10″X2″ yang telah di alaskan kertas dan digriskan dengan majerin. Ratakan adunan tersebut.
6.  Adunan dibakar separuh masak selama 20-30minit. Kemudian dibiarkan sejuk selama lebih 6jam atau lebih lama pun ok…
7.  Setelah adunan sejuk, barulah dipotong adunan tersebut kepada 3bahagian. Setiap bahagian dihiris nipis-nipis. (Nina potong guna cutter knife)
8.  Susun adunan yang telah dihiris nipis-nipis dalam loyang untuk dibakar semula.
9.  Bakar pada suhu 140c selama 15 minit.
10.  Dah sejuk boleh disimpan dalam bekas kedap udara. .

Selamat mencuba dan Selamat Menyambut Aidilfitri..!!

Resepi Putih Telur Crunchy Almond Biscotties

Related posts:

VERTIGO | PUNCA SIMPTOM RAWATAN

Puding Oreo

TIPS CARA MASAK BERAS BASMATHI : NASI SIHAT YANG LEMBUT PEROI

Puff Puff Sausage Puff ...

Lifestyle Resepi Tips Biskut RayaCookiesCrunchy Almond BiscottiesExtra Putih TelurLebihan Putih Telurtips dari dapur

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. RAIHANAH AHMAD says:
    June 18, 2017 at 7:29 am

    oo biskut ni guna telur putih shj ya. good one

    Reply
  2. umminani says:
    June 18, 2017 at 11:04 am

    beguna resepi ini, tapi memang tak buat kuih raya.hehehe buat yang simple simple jer.

    Reply
  3. Permatabiru says:
    June 18, 2017 at 11:14 am

    Ohh jdkan biskut..menarik ni..syang selalu mmg buang je hihi

    Reply
  4. azni says:
    June 19, 2017 at 9:04 am

    baru tau…. camni rupanya nak buat biskut nih heheh….

    Reply
  5. Ubaidullah says:
    June 19, 2017 at 1:03 pm

    baru tau ada biskut ni hehehe

    Reply
  6. sueizza says:
    June 20, 2017 at 2:05 am

    huwaaaaa tak leh wat biskut raya tahun ni,dok gentel humaira je la sobs sobs

    Reply
  7. Julia Johari says:
    June 20, 2017 at 1:19 pm

    Rajinnya kak nina…suka tgk akak ni pandai olah jenis biskut dan kek…

    Reply
  8. Azhani Azhar says:
    September 13, 2017 at 12:37 am

    lamanya nk tuggu sejuk…
    baru tau…

    Reply
  9. Pn Fari says:
    June 1, 2018 at 4:10 pm

    Tqvm for d idea…memang ada byk lebihan putih telur dr projek kek lapis

    Reply
  10. Eja says:
    April 8, 2020 at 3:09 pm

    Terbaik ninamirza. Tqvm for sharing. Mmg krup krap krup krap.. Best boscotti recepi. Lama dah cari mcm ni.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes