Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Patin Tempoyak Paling Senang Sedap
March 21, 2017December 19, 2023

Mmmm…. Sedapnya Mama masak Patin Tempoyak ni…

Sapa suka makan Ikan Patin Masak Tempoyak? Saya saya saya saya ..!! Amboi … Ramai yang suka ya? Giler tak suka… Korang tau tak resepi ikan patin tempoyak paling senang sedap? Takmo yang susah masak. Ada tak? Sebab lauk ikan patin tempoyak ni favorite anak-anak Nina.

Isi Kandungan hide
1 Ikan Patin Masak Tempoyak
2 Ikan Patin Masak Tempoyak Paling Senang Sedap
3 Resepi Ikan Patin Tempoyak Paling Senang Sedap DiLaila Food
4 Sambal Tempoyak paling sedap
5 Kat mana nak beli?
6 WhatsApp Nina
7 Related posts:
8 Resipi BUBUR BIJI NANGKA lembut sedap kegemaran anak-anak
9 Day3 Resipi Mudah PASTA TRAFFIC LIGHT buat Bekal Sekolah Eilhan
10 Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?
11 Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang

Menu paling sedap, paling heaven makan ngan nasi panas-panas! Nak pulak dapat part ikan yang segar pastu paling banyak lemak. Kuahnya pula sedap hingga menjilat sudu. Slurpp slurppp… Ouuchh … Bertambah-tambah nasi dibuatnya..

Ikan Patin Masak Tempoyak

Buffet Ramadhan 2017 Halaman Haji Saad Seri Pacific Hotel

Ni nak kongsi satu rahsia…. Sebenarnya kan Nina tak reti masak tempoyak yang sedap. Ssyyhhh …!! Bukan mudah nak cari tempoyak yang betul-betul sedap.  Terkena yang tak sedap, spoil semua kuah. Rugi kann…? Kalau kami teringin nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak yang sedap, Geng akan bawak kami  makan sedap Ikan Patin Tempoyak Gobang Maju.  Perghhh…!! Memang sedap!

Ikan Patin Masak Tempoyak Paling Senang Sedap

Buat yang tak reti masak kuah tempoyak sedap macam Nina, ahaaaa….!! Ada resepi paling senang, cepat dan mudah tuk korang. Semudah 1,2,3, aje.. Korang try laa ni Nina sebab anak-anak Nina cakap “Mama.. sedap laaa mama masak hari ni. Rasa dia macam kat Temerloh!”

Amboi …. Rasa nak lompat bintang masa tu..!! Giler tak seronok kann… Depa makan sampai hirup-hirup kuah nya. Berselera! Terharu… Tetiba kat mata pedih macam tengok citer Hindustan Man. Itu lah citer hindustan pertama Nina tengok dan terus jatuh cinta ngan Filem Hindustan. Eh! Tak de kaitan ehh Tempoyak ngan Hindustan. Lantak laaa.. Nak citer gak! Hahhaa…

Resepi ikan Patin Tempoyak Paling Senang Sedap DiLaila Food
Mmmm …. amacam? Nampak sedap! Slurppp slurppp…. Asyik oooo hirup kuahnya!

Resepi Ikan Patin Tempoyak Paling Senang Sedap DiLaila Food

Bahan-bahan
Ikan Patin
1 Pes Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dilaila Food
Air secukupnya
1 Keping Asam Keping

Cara penyediannya
1- Ikan Patin dibersihkan, ditos lalu diketepikan. Didihkan air secukupnya dalam periuk. Anggaran secawan dulu.
2- Bila air dah mendidih, masukkan sepeket Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dilaila Food ke dalam periuk tadi.
3-  Kacau kuah tadi dan masak hingga mendidih.
4- Masukkan ikan patin, asam keping dan tambah air secukupnya mengikut citarasa.
5-  Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
6- Sedia dihidangkan..

Mmmm…. Mudah sangat kan? Korang hanya perlukan air, asam keping, Ikan Patin (haruslah kann…) dan bahan utama nya Sambal Tempoyak Ikan Bilis DiLaila Food.

Nah … Nina belanja gambar Step by Step cara masak nya

Resepi Patin Tempoyak Paling Senang Sedap

Sambal Tempoyak paling sedap

Sebenarnya kelmarin Nina agak malas nak masak. Memandangkan dalam fridge ada Ikan Patin, rancangnya nak minta Geng carikan tempoyak. Tapi nak cari tempoyak yang betul-betul sedap agak susah sebab banyakkkkk jer yang jual tu tak asli. Nanti tak sedap kuah nya kecewa merana lah diri. Ok alasan lagi.. Hahaa

Tetiba teringat yang Nina ada stok Sambal Tempoyak Ikan Bilis DiLaila Food, terfikir sambal tu dah sedia ada tempoyak, sedap lak tuu tu… Apa kata Nina cuba-cuba derhaka sambal tu letak air. Dalam hati dok berdoa moga menjadi dengan jayanya! Alhamdulillah…. Sedap! Yyeayy…!! Senang laaa pasni

Buat yang tak mengikuti perkembangan semasa atau lebih tepat korang ketinggalan update viral makan sedap. Ni Nina nak kasitau, STIBP Dilaila sedap giler makan ngan nasi panas-panas! Haishh … Korang kalau pekena sambal ni, gerenti bertambah-tambah nasi korang. Buat para isteri, sila standby masak nasi lebih sebelum ada yang meroyan nasi tak cukup! Jangan cakap hakak tak payung ehh… Hakak dah bagi soft reminder hokey!

Dilaila Food

Kat mana nak  beli?

Dengan tersenyum simpul semanis kurma cer bayangkan dulu Nina nak kasitau korang. Buat yang dok kat area batu Caves, Selayang, Gombak, Taman Ehsan dan Sentul.. Korang bernasib baik sebab Nina adalah salah sorang dari agen DiLaila Food.  Korang boleh COD jer ngan Nina. Yang dok jauh dari Nina, jangan teriak naaa, ramai lagi agent DiLaila yang ada mengikut kawasan.

Tapi kalau korang gedik ngade-ngade manja nak order gak ngan Nina pun boleh, nanti Nina courierkan… Zaman la ni semua pun di hujung jari. Iyer tak?

WhatsApp Nina

Kot korang terlebih vitamin R, korang pi intai page facebook Dilaila Food . Kat sana macam-macam hado! Ppssttt >>>> Pes Masak Merah dia sedap! Tak sempat snap gamba dah licin!

Related posts:

Resipi BUBUR BIJI NANGKA lembut sedap kegemaran anak-anak

Day3 Resipi Mudah PASTA TRAFFIC LIGHT buat Bekal Sekolah Eilhan

Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?

Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang

Lifestyle Resepi Review Tips DiLaila FoodIkan Patin TempoyakLauk PaukMenu buka puasaPes Segeraresepi mudahResepi Patin Tempoyak Paling Senang Sedapresipi ringkasresipi segera siap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (14)

  1. lisak says:
    March 21, 2017 at 12:00 pm

    sedap sambal tempoyak tu . hehe lisa dlu order sampai 2 bekas. hihihi… tapi pening lepas tu . tk tau kenapa.. lisa jenis special sikit agknya … sedap tu sedap..

    lisa suka makan tempoyak ikan patin , tapi tak reti masak..hahaha nk cari kedai makan yg jual pun bukan senang.. nak g pahang jauh la pulak. hahahah ,,, ritu ada beli pes gak dari kak sue , nti try juga la dari kak dlaila pnya pes…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 4, 2017 at 3:42 am

      nanti Lisa try laa… Senang dan cepat!

      Reply
  2. adda syuhada says:
    March 21, 2017 at 2:04 pm

    sedapnyer……

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 4, 2017 at 3:42 am

      Mmmm…. sedap! Bertambah-tambah nasi
      hehe

      Reply
  3. Suriaamanda says:
    March 21, 2017 at 5:40 pm

    Alahaiiii….terus teruja nak makan patin tempoyak..mana plak nak beli ikan patin ni….

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 4, 2017 at 3:43 am

      Ikan patin pahang memang sedap! tapi …. Mahal nya yang tak tahan tuuu

      Reply
  4. Julia Johari says:
    March 22, 2017 at 7:24 am

    Wahhh kak nina agen ye…tp tu la kami tak makan tempoyak plak lahai…nanti review lg ye sis apa lg sis jual.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 4, 2017 at 3:45 am

      Juju..
      Selain sambal tempoyak ikan bilis, ada gak pes lain…
      Pes Masak Merah
      Pes Asam Pedas
      Pes Masak Lomak
      .
      Pes Masak Merah paling laju….. Sedap weyy… Tambah air jer, pastu curah atas ayam goreng! Walaa

      Reply
  5. e'in says:
    March 22, 2017 at 5:14 pm

    e’in tak penah makan lauk nie.. huhu

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 4, 2017 at 3:46 am

      Ein, nanti try laa…. sedap! Nak nak hirup kuahnya… MMmm…. tak tau nak bilang gi mana

      Reply
  6. Khairul Zamri says:
    March 22, 2017 at 10:39 pm

    Terbaik ni patin tempoyak memang kegemaran lah

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 4, 2017 at 3:47 am

      Khairul, sama lah taste kita… Sep!

      Reply
  7. Adam says:
    April 1, 2017 at 4:51 am

    Saya nak pergi kuantan ni. Kenduri kawen. Balik dari kuantan nak singgah temerloh. Kalau ada patin sungai segar , saya beli. Nak juga buat ikut masakan nina tu,

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 4, 2017 at 3:48 am

      Adam,
      Wallaweyy…. sedap nya kalau dapat Patin Sungai. Fresh!
      Kalau nak ikut style Nina harus beli Sambal Tempoyak Ikan Bilis DiLaila
      Baru terangkat!
      .
      ppsstt >> Nak order whatsapp Nina 019-340 6454

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes